Home Novel Cinta ACAH ACAH CINTA
ACAH ACAH CINTA
Aira eddy
26/1/2017 10:49:41
26,602
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab BAB 9

Part 9

Acah acah cinta..

"Ash tahu apa kena buat kan?"

Ayat yang dihantar melalui aplikasi whats up dibaca oleh Ash Firdaus. Keluhan kecil keluar dari bibirnya. Pantas tangan menaip sesuatu.

"Ma..."

"Yes..."

Keluhan lagi yang keluar dari mulut Ash. Tangan masih memegang telefon.

"Nothing.."

Telefon dicampak di atas sofa sebelah. Kepala disandar kebelakang.

"Jelaskan pada Naurah dan ceraikan dia. Jangan dengar cakap Am, tapi dengar cakap Mama. Am tertekan sekarang ni, dan ianya mengganggu proses pemulihan jantung dia. Doctor tak bagi Am stress"

Kata kata Puan Kirana melalui aplikasi whats up menerjah ketelinga Ash Firdaus. Fikiran tak boleh berfikir dengan jelas. Runsing.

Klik! Pintu hotel terkuak. Naurah masuk bersama dengan bungkusan makanan. Ash sakit kepala, malas nak keluar katanya. Naurah bergerak ke bahagian sofa.

"Jom makan."

Ajak Naurah. Ash hanya memerhati tingkah laku isterinya. Baru 3 hari bergelar isteri dan kini dia perlu menceraikannya!.

"Ash?"

Naurah melayangkan tangan di hadapan suaminya. Ash Firdaus tersedar. Cepat sahaja dia mengalihkan pandangan. Hati tak tenteram. Perasaan apa yang tengah bermain dalam hatinya. Cinta? Atau tanggungjawab? Ash sendiri buntu.

"Awak makanlah, saya tak lapar"

Balas Ash ringkas seraya bangun dan menghampiri katil. Pantas tangan dipaut oleh Naurah. Ash masih tidak berpusing melihat isterinya. Naurah bergerak dan menghadap suaminya.

"Ash...."

Panggil Naurah lembut. Entah kenapa hatinya sebak melihat perlakuan Ash yang selalu mengelak bila bersama.

"Ash. Awak ada problem ke? Awak...."

Zap! Naurah dibawa ke dalam pelukan. Macam mana saya nak jelaskan semuanya Naurah. Awak isteri saya tapi awak bukan milik saya. Saya... saya.... mungkin sayangkan awak. Hati kecil Ash berbicara. Pelukan dileraikan.

"Ash, saya rasa saya macam baru kenal Ash. Ash lain sangat."

Ash melihat anak mata isterinya yang mula bergenang dengan air mata. Sekali lagi Naurah ditarik ke dalam pelukan. Ya Allah! Apa harus aku buat ni. Allah....

#################

Tangan lembut Puan Kirana menyentuh dahi anaknya yang masih menggunakan bantuan oxygen. Airmata mula membasahi pipi.

"Patient ada sebut nama Naurah, sapa Naurah?"

Tegur Doctor yang merawat anaknya. Puan Kirana mengesat airmata. Nama itu juga yang disebut oleh Am semasa dia separuh sedar tadi.

"Ada masalah ke doc?"

Soal Puan Kirana.

"Dia nampak tertekan masa sebut nama tu. Kalau boleh sekarang ni jangan buat dia stress"

Doctor yang merawat Am berlalu pergi. Pantas tangan menaip sesuatu di aplikasi whats up.

"Nothing..."

Puan Kirana membaca ayat balas yang dihantar oleh Ash. Hati menjadi tidak tenang dengan ayat terakhir anaknya. Lupa dengan perasaan Ash Firdaus kerana terlalu memikirkan kesihatan Am.

Previous: Bab BAB 8
Next: Bab BAB 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.