7,432
Kategori:
Genre:
Senarai Bab

Part I

                                                            “Our love will last forever.”

Do you love me?”Soalan mengejut dariBrian. Wajah polos milik Izaara di renung.

“Brian... jangan mulakan.” Izaara tidak suka.

“Kahwini saya...” Di dalam kantung roda Ferris dia melafazkan kata lamaran.

Marilyn kagum dengan abangnya. Tanpa memberi sebarang isyarat supaya Izaara bersedia, dia mengajak gadis Melayu itu agar mengahwininya.

“Tak nak...” Izaara menolak lembut. Rasanya ayat itu sudah biasa disebutnya kerana ini kali ketiga lamaran Brian.

Please, Izaara. I cannot live without you.” Brian memujuk.

Sepuluh tahun dia menunggu Izaara. Dia perlu akhiri penantiannya. Lokasi melamar dah cukup romantik. Bersaksikan matahari terbenam, di puncak roda Ferris... hari itu akan jadi sempurna kalau Izaara setuju. Cuma dia tidak berlutut seperti kebiasaan lelaki melamar perempuan. Dia gayat kalau bergerak-gerak. Dia duduk membatu. Hanya kepala menoleh ke kanan kiri depan dan belakang.

“Saya tak sempurna, Brian.” Gadis kurang upaya beralasan. Sejak lahir dia sudah kehilangan penglihatan.

Brian terus merenungnya. “Awak tak sempurna atau saya yang tak layak?”

Izaara menggigit bibir. “We have talk about this last year, right? Kita berbeza.”

“Kita tak berbeza. Awak yang letakkan tembok pemisah antara kita.” Brian mengalihkan perhatian arah sekawan burung yang sedang berterbangan pulang ke sarang.

Marilyn pula hanya mampu melihat. Dia bersedih untuk Brian. Tapi dia menghormati Izaara.

“Kalau awak faham erti ‘perbezaan’, awak tak akan ajukan lamaran.”

“Bukankah perbezaan juga boleh menyatukan dua hati?”

“Ya, tapi bolehkah awak jadikan perbezaan itu menjadi persamaan? Kita berlainan agama, lain fahaman tentang ketuhanan, budaya dan bahasa. Hanya sekadar menjadi teman pun sudah mengganggu fikiran.” Izaara menyuak rambut ke belakang.

“Apa pun alasannya, awak tetap tak akan terima saya.”

“Kalau awak dah tahu, kenapa tak serik lagi.”

“Saya…” Brian ingin membalas kata Izaara tetapi dilarang oleh Marilyn.

“Jangan rosakkan suasana boleh tak.” Marilyn takut Izaara dan Brian bergaduh pula. Mood bersuka ria tadi akan lenyap jika mereka mula bertikam lidah.

Brian menahan perasaan. Dia memang mudah marah kalau Izaara tidak memahaminya.Dia sudah cuba berulang kali. Pelbagai cara dia lakukan demi mendapatkan Izaara. Tetapi hasilnya zero.

Izaara menarik nafas perlahan. “Tak bolehkah kita berkawan aje, Brian?” Pertanyaan Izaara memecahkan kebisuan sesaat.

“Kawan? Saya tunggu awak sampai sekarang bukan untuk suka-suka. Bukan semata-mata bersama awak selama-lamanya hanya untuk berkawan.Awak boleh kalau dicuba.” Brian mahu Izaara menukar perasaan biasa kepada cinta buatnya.

I’m sorry, Brian.” Izaara masih menolak.

Roda Ferris mula memperlahankanpusingan. Giliran Izaara, Marilyn dan Brian turun. Brian segera menggengam tangan Izaara. Dia memimpin wanita itu berjalan.

Itulah Brian. Walau apa pun yang berlaku, dia tidak mendedami wanita itu. Sikap seorang pelindung dan pecinta, mendorong Brian melupakan sesuatu yang melukakannya. Walau Izaara memiliki hati sekeras berlian, tetapi hati Brian selembut angin petang.

Mereka bertiga berjalan dan melalui sebuah gerai bunga. Brian berhajat untuk membeli sekuntum bunga. Dia memilih bunga ros merah jambu. Lalu dihulurkan pada Izaara. Nak berdamai semula.

Brian mengadap pemandangan petang sambil berjalan perlahan. Seronok memerhatikan orang ramai yang lalu lalang di depannya.

Marilyn melepaskan pandangan pada Brian yang sedang berjalan sendirian menghala laluan tanpa tujuan. “Sis, memang abang Brian berbeza dari sis tapi dia sanggup terbalikkan dunianya demi wanita yang dia cinta. Saya jamin, dia tak akan meninggalkan sis.”

Izaara menarik nafas. Dia melangut. “Tapi...”

“Sis, bukan semua orang setabah abang Brian. Ya, sis boleh gelar dia sebagai manusia yang tak malu dan tak faham bahasa. Tapi, bila dia jumpa sis, hidup dia penuh warna warni. Sis adalah tujuan hidupnya sekarang.” Marilyn memegang bahu Izaara. “Kalau Lyn dapat lelaki baik dan bertanggungjawab macam abang Brian, Lyn tak akan lepaskan dia.”

Izaara menyulas helaian rambutnya. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar fizikalnya. Marilyn sudah habis meluahkan kata-kata. Hanya Izaara yang boleh mengubah keadaan. Keputusan di tangannya. Kebahagiaan dan kedukaan Brian, Izaara yang akan tentukan.

Brian berpatah balik. “Kita balik. Hari dah hampir malam.” Brian memegang lengan Izaara. Wanita itu mengikutnya.

Next:

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh