7,432
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Part IV

Part IV

MARILYN mengikut langkah Brian. Marilyn terkejut besar. Bila Brian tersengih padanya selepas membuka pintu, Marily kaget melihat penampilannya. Sangkanya orang surau tersalah ketuk pintu.

“Biar betul ni Brian.” Brian masuk Islam tanpa memberitahunya. Last call Brian kata nak balik Amerika.

“Lyn, apapun yang terjadi lepas ni, I’m still your brother.” Brian mendaratkan tangan di bahu Marilyn.

“Hurmm… When are you leaving?”

I am leaving tomorrow, In shaa Allah.” Brian melepaskan pelukkan dan berjalan menuju balkoni. Pangsapuri Berlian, tempat mereka dua beradik tinggal mengadap menara berkembar. “I have lived in KL for ten years. Itu jumlah yang sama usianya ketika mula-mula jatuh hati dengan Izaara. Terserempak kat Pasar Seni asalnya. Elok-elok abang nak cari rumah sewa, abang ikut dia di sepanjang jalan kat Pasar Seni tu. Bila akak Ina sedar abang ikut mereka berdua, cepat-cepat abang beredar.

Selang seminggu, abang jumpa dia lagi. Susah payah abang berusaha nak jadi kawan dia. Kena yakinkan akak Ina dulu, barulah dapat dekati Izaara. Susah nak pikat gadis Melayu. Anak dara orang memang ‘mahal’. Bermaruah pulak tu. Kalau bangsa kita dik, virgin is nothing. Serah free aje kat lelaki. Malu kalau masih dara. Terhina dianggap ketinggalan zaman. Modenlah konon. Lagi tak malu yang bida mahkota sendiri kat ‘jantan’.” Brian toleh ke kanan. Marilyn yang sedari tadi hanya mendengar dipandang.

“Walaupun kita tak seagama, tapi abang harap Marilyn ada pemikiran yang sama dengan abang. Jangan merosakkan akhlak sendiri.” Brian meletakkan tapak tangannya di atas umbun-umbun Marilyn. “Kalau abang mampu, abang nak bawa Lyn memeluk agam suci dan adil ni.”

Marilyn hanya tersenyum. Sebagaimana Marilyn menghormati kehendak Brian, Marilyn juga mahu Brian menghormati pilihannya.

“Abang yakin nak tinggalkan Izaara?”

“Ya. Abang tak nak fikirkan lagi. Jodoh tu ditentukan Allah. Lagipun, haram bercinta tanpa ikatan, dik. Abang nak jumpa dia tadi pun kena minta izin dengan Abi Izaara.”

Marilyn angguk. Masyarakat Islam kaya adatnya. Banyak pantang larang. Kalau kat Barat, kawan atau teman lelaki siap bergolek atas katil walaupun orang tua mereka tahu.

Please be happy.” Itu saja keinginan Marilyn. Brian sekadar angguk.

Brian dan Marilyn memerhatikan pemandangan malam. Indah. Sangat indah.

SELEPAS orang tua Ina dan Izaara balik ke rumah mereka, Ina mencari Izaara. Adiknya sedang berbaringan di atas katil.

“Kenapa ni?” Ina turut berbaringan di sebelah Izaara. Muka satu sen adiknya ditatap.

“Brian dah masuk Islam.” Nampaknya Izaara masih tidak percaya.

“Buruk mana tanggapan kita terhadapnya, kalau Allah berhendakkan, dalam sekelip mata manusia boleh berubah. Mungkin lebih baik dari kita, dik. Tuahlah untuk kamu Izaara. Dah tak payah kamu nak fikir macam mana nak mengelak Brian. Tak lama lagi selamatlah dia balik ke Amerika.” Ina menguap. Dia bingkas bangun. Jam dah berdetik hampir tengah malam.

Izaara menghela nafas berat. Dia pejamkan mata dan meruap muka. Kedua tangannya dihempas.

“He stopped loving me...” Izaara menggigit bibir.

“Belum lagi rasanya. In shaa Allah tak lama lagi dia akan lupakan kamu.” Ina belum pergi lagi. “Dewasalah sikit dik. Kalau dah buat keputusan, jangan nak mengada-gada tarik balik. Mentang-mentang dia dah berubah, tak akan suka pulak. Dengan tiba-tiba pulak tu.”

Izaara bingkas duduk. “Ya, Izaara tahu tapi ni...” Izaara letak tapak tangan di dadanya. “… dup dap dup dap lepas dengar nama Islam dia. Macam kena lanyak aje hati Izaara ni. Kebas, rasa kembang… tangan menggigil, bibir terketar-ketar, lutut rasa lemah. Bila Brian kata dia nak pergi, Izaara rasa berat hati.

Izaara tahu, memang ada perasaan bersalah menyelinap dalam fikiran. Izaara tahu…”

“…. yang Izaara sayangkan dia? Cintakan dia?”

Izaara diam.

“Izaara memang suka menyusahkan orang, kan. Kenapa baru sekadar Izaara baru nak sedar? Kenapa tak sedar sebelum Brian masuk Islam? Ada juga orang yang macam kamu ni dik.”

“Mana ada!” Izaara berbaringan semula. Bantal diletakkan di atas mukanya.

Ina menjuih bibir. “Itulah. Jual mahal tak bertempat.” Ina melangkah pergi.

“Izaara, kenapa dengan kau ni? Kau sengaja cari fasal ke apa?” Izaara mengeluh.

Previous: Part III
Next: Part V

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh