7,432
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Part V

Part V

Bila Izaara sedar dari lena hari ini, sudah genap tujuh tahun berlalu. Dia kini menjadi tenaga pengajar di pusat latihan orang kurang upaya. Ina sudah berkhawin dan dikurniakan dua orang anak. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Di rumah itu, hanya Izaara yang tinggal. Dia hidup lebih berdikari tanpa seseorang di sisi.

Izaara turun dari katil. Mengeliat sedikit.

“Izaara! Umi datang ni. Bukak pintu!” Umi ketuk pintu berulang kali.

Izaara lekas berjalan ke ruang tamu. Dia meraba-raba pintu dan membuka kunci. Umi dan abi terus masuk ke dalam rumah.

“Kenapa lama sangat buka pintu?” Tanya abi sambil duduk di sofa.

“Izaara tidur tadi.”

“Hey, anak dara tidur sampai matahari tegak kat umbun-umbun. Tak elok! Macam mana nak jadi isteri nanti.” Umi meletakkan bekas-bekas yang terisi makanan.

“Ni… malam nanti dah nak nikah tapi bersenang-senang hati tak buat apa-apa. Umi panggil balik, saudara mara dah penuh kat rumah, kamu buat derkk aje. Call banyak kali, kamu tak angkat. Nak suruh Ina jemput kamu, dia sibuk layan laki. Terpaksalah umi ke sini ambil kamu. Pergi siap sana. Sekejap lagi mak andam nak solek.” Umi bising.

Izaara mengeluh. Ya, malam nanti Izaara akan bergelar seorang isteri. Calonnya pilihan abi sendiri. Kebetulan Izaara setuju pula. Sejak Brian pergi, Izaara senang bersendirian. Abi pula yang tak boleh duduk diam. Dia cuba carikan jodoh untuk Izaara. Katanya biar Izaara tak sunyi bila Ina sudah berkhawin nanti.

Selepas tujuh tahun Ina mendirikan rumah tangga, abi makin rancak cari calon suami untuk Izaara. Satu persatu lelaki yang hadir Izaara tolak. Mungkin saja orang akan mengutuk Izaara. Sudahlah kekurangan, memilih pula. Tapi itu bukan prinsip Izaara. Dia menunggu hatinya terbuka. Andai kebetulan tika hatinya dibuka, ada lamaran yang tiba, Izaara terima walau siapa pun orang itu.

“Keluarga pengantin lelaki dah sampai?” Soal Izaara.

“Dah, mereka menginap di hotel berdekatan.” Abi jawab.

Izaara pergi bersiap. Jarak rumahnya dengan orang tua tidaklah jauh tapi dekat dengan tempat mengajar. Bukan dia tidak mahu ke rumah orang tua dan tinggal sementara waktu hingga hari khawin tapi dia tak suka dengar macam-macam versi tentang bakal suaminya dari orang sekeliling. Mentang-mentang dia buta, suka mereka mengusik dan cakap benda-benda mengarut. Rimas!

“Izaara, umi ada bawa minyak wangi bau ros. Umi dengar bakal suami kamu tu suka bau-bau bunga.” Umi letak di tangan Izaara. “Buat alat untuk goda suami kamu.”

“Umi!” Merona merah pipi Izaara. “Tak malu ke cakap macam tu?”

Umi gelak sambil keluar dari bilik. Izaara mengemam bibir.


INA memeluk Izaara dari belakang. Kenapalah Ina teruja sangat. Walhal yang khawinnya Izaara. Ina mendorong tubuh Izaara ke bilik pengantin. Dia pun faham yang sedara mara dah mula nak bercakap-cakap.

“Tahniah, dik. Khawin jugak akhirnya.”

“Tak payah suka sangat.”

“Kenapa ni?” Ina dudukkan Izaara di kerusi. “Tiga jam lagi akad nikah bermula. Mamat kacak tu akan jadi milik Izaara. Bertuah kau dik.”

“Kalau kacak pun, bukannya Izaara nampak. Izaara pakai mata hati ajelah. Kenali dia melalui hati. Kalau boleh jatuh hati, maka jatuhlah. Kalau tak, Izaara jalankan aje tanggungjawab.”

“Ada cakap macam tu. Kalau dah jadi suami, memang wajib kamu suka kat dia. Macam Brian pernah kata. Lebih baik mencuba. Kalau tak, menyesal nanti.”

Izaara mengeluh. “Dahlah kak. Panggil mak andam. Izaara dah ready.”

Ina tersenyum.


USAI angkat nikah, Izaara disuruh masuk ke bilik. Dia sempoi. Tak rasa apa-apa pun walaupun saudara mara asyik mengusik. Suara-suara riuh mereka tembus masuk ke bilik pengantin. Izaara pekakkan telinga.

Bunyi pintu ditutup menjengah ke pendengarannya. Pasti itu suaminya.

Lelaki itu menghampiri Izaara yang sedia duduk di birai katil. Dia memerhatikan Izaara seketika sebelum meraih tangan kanan Izaara. Izaara terkejut dan hampir saja merentap tangannya tetapi bila jarinya menyentuh kelopak bunga, Izaara sedar suaminya menghadiahkan sekuntum bunga buatnya.

Ternyata kata-kata umi benar. Suaminya sukakan bunga. Tangan lelaki itu mendarat di atas kepala Izaara. Serta merta jantung berdegup pantas bagaikan nak runtuh. Rambut Izaara yang panjang dan lembut dibelai-belai.

Inilah kali kedua jantungnya berdegup kencang untuk seorang lelaki. Bila jadi begini, Izaara teringat kembali pada Brian.

“My dearest sweetheart, Izaara. I’m madly in love with you.”

Izaara bingkas bangun. Tak mungkin! Tak mungkin! Tak akanlah sampai suara Brian pun boleh didengari.

“Muhammad Brian Nur Islam?” Terpacul nama Brian dari bibirnya. Tak terfikir pun kalau suaminya jadi tertanda tanya. Baru beberapa jam nikah, Izaara sebut nama lelaki lain. Memang cari nahas. “Ummm…” Izaara serba salah. Cuba nak cover line tapi tak ada idea.

“Yes.”

Yes? Tak akanlah. “Muhammad Brian Nur Islam?” Izaara bertanya untuk kepastian.

Brian angguk. “Saya dah jadi suami awak sekarang.”

“Tapi… tapi… macam mana boleh jadi macam ni?” Izaara tak sangka. Patutlah berdegup degap jantungnya. Dia tidak sedar dari awal yang Brian adalah suaminya. Memanglah, otaknya ke lain masa akad nikah dan ketika membatalkan air sembahyang.

“Setahun yang lalu, ketika berjalan menuju ke masjid, saya terpandang sepasangan suami isteri yang sedang berpegangan tangan. Kala itu yang terlintas difikiran adalah awak. Sejak dari hari itu, saya jadi resah.

Emel dari akak Ina menyedarkan saya. Abi dan umi sedang mencari menantu. Rupa-rupanya wanita yang pernah singgah di hati saya masih belum berpunya.

Saya balas emel akak Ina. Tanya pendapat dia. Katanya, selagi Izaara belum dimiliki, jangan berhenti mencuba. Nanti menyesal. Tapi kali ini mintalah Izaara melalui saluran yang betul.

Saya sembahyang istikharah. Saya cari jawapan pada soalan saya sendiri. Haruskah saya cuba sedangkan wanita ini tidak suka saya di sisinya. Malam itu saya bermimpi. Mimpi yang indah. Esoknya saya sampaikan hasrat pada abi dan alhamdullilah, awak yang berikan jawapannya.”

Ina punya kerja!

“Brian…”

“Perkhawinan ibarat batu loncatan yang menumbuhkan benih-benih cinta. Cintailah saya kerana sang Rabb. Kelak cinta yang halal ini membawa kita menuju kebahagiaan. Redalah dengan ketentuan ini, Izaara.” Dengan harapan Brian mahu Izaara memekarkan perasaan suka kepada cinta. Dia tahu, hati Izaara telah digerakkan agar menyukai dirinya. Keliru menyebabkan dia terkandas di persimpangan hidup yang mana dia mahukan.

Izaara meraba jalan. Akhirnya dia duduk disebelah Brian. Dia menarik nafas perlahan dan mendongak muka. Tak tahulah kalau arah pandangnya salah, asalkan Brian dapat mendengar suaranya.

“Bila saya dah terima lamaran seseorang, bermakna saya dah reda. Saya terima siapa pun suami saya. Dan takdrinya ketika lamaran diterima, awak yng menyusulkannya. Lagipun, tiada salahnya saya mencintai seorang suami yang ternyata boleh membimbing saya menuju syurga.”

“Benar?”

Izaara angguk.

“Saya dah agak dah, awak memang sayang saya. Kira tak rugilah saya abadikan kasih saya untuk awak selama 17 tahun. Alhamdullilah, doa saya dikabulkan.” Brian lega. Ingat susah nak pujuk Izaara. Sejak Izaara terima lamarannya, dalam fikiran tak lari dari memikirkan kemungkinan Izaara akan memarang kepalanya kerana rasa tertipu. Pandai abi, umi dan Ina uruskan hubungan mereka agar berjalan lancar. Bagi mereka, Brian yang paling sesuai menjadi suami Izaara.

Benar kata orang. Keras hati wanita macam kerak nasi. Tapi bila direndam dengan air, lembutlah ia. Kemahuan Izaara kepada seorang lelaki tidaklah berat. Dia hanya mahu seorang lelaki beriman sebagai suami. Tika mendengar Brian mendapat hidayah, Izaara juga senang. Lebih mudah dia membuka hatinya.

“Tapi, saya pula yang tak sepadan dengan awak.” Kini dia rasa dirinya yang tidak layak untuk Brian.

“Layak atau tidak, hanya Allah tahu siapa yang terbaik untuk kita. Terima ajelah yang awak dah jadi suri di hati saya.”

Izaara tersenyum. “Kita solat sunat, lepas tu kita tengok bintang.”

“Tengok bintang? Awak kan… tak nampak.” Brian pelik.

“Awak kan boleh jadi mata saya. Dan sebenarnya, saya nak tenangkan dup dap dup dap ni. Macam nak meletup aje.”

“Macamlah boleh. Selamanya awak akan berdebar bila dekat dengan saya. Dari awal begitu, sampai akhirnya begitu.” Izaara buat muka. “Baiklah isteriku. Kita tengok bintang lepas solat ye.” Izaara senyum semula. Senyuman yang comel dan ikhlas untuk seorang suami.

Brian memimpin isterinya ke bilik air untuk mengambil wuduk.

“Awak ada nampak minyak wangi, haruman ros? Umi ada bagi siang tadi. Rasanya akak Ina ada letak kat dalam bilik kita ni. Tapi kat mana akak Ina letak? Cuba awak cari.”

Brian sengih. Ya, minyak wangi hadiah darinya. Satu keluarga mentua dia hadiahkan minyak wangi. Tapi untuk Izaara special. Minyak wangi dari pati ros. Sesuai untuk Izaara yang cantik semekar bunga ros. Brian nak jadi kumbangnya. Kumbang bermata biru. Hehe…

“Oh, ya. Mariam kirim salam. Dia tak dapat datang. Dia jadi sukarelawan kat Palestin. Tiga bulan lagi baru dia balik.”

“Mariam?”

“Mariam nama Islam. Marilyn sebelum mengenal Allah.”

“Ya Allah, alhamdullilah.” Izaara gembira. Adik iparnya menganuti agama Islam juga.

“Siti Aisyah…”

“Siapa pula?”

“Nama anak kita.”

Izaara tersenyum. Merona merah mukanya. Cepat-cepat dia suruh Brian keluar dari bilik air. Brian berdiri di muka pintu. Dia bahagia. Dan Izaara pasti lebih bahagia.

Malaikat pernah bertanya kepada Adam a.s. “Adam, apakah engkau mencintai Hawa?”Adam menjawab. “Ya, aku mencintainya.”Kemudian malaikat bertanya pada Hawa. “Hawa, apakah engkau mencintai Adam?”Hawa menjawab. “Tidak.”Padahal di hatinya tersimpan rasa cinta yang berlipat ganda dibandingkan rasa cinta Adam kepadanya. (Tafsir Qurtubi)

Previous: Part IV

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh