Home Buku Fantasi The New King
Bab 15

Asal-usul


Badar yang tidak dapat menenangkan hatinya terus berlari pergi ke akademik. Sebenarnya Badar tidak tahu tempat itu di mana, cuma kerana dia sedang marah dia berjalan terus.
Zafar, Tama dan Heigo mengejar Badar yang tergesa-gesa berlalu dari situ. Zafar cuba menenangkan Badar.

Zafar : Sabar Badar . Tenangkan hati kau. Anggaplah kita datang untuk berhibur.
Heigo : ya. Lupakan apa yang terjadi disini. Tarik nafas, haaa lepas ..

Badar melakukan apa di suruh Heigo. Akhir Badar kelihatan tenang. Zafar merasa lega kerana ini pertama kalinya dia melihat Badar marah sebegini. Badar yang di kenal selama ini hanyalah seorang yang tenang dan memperhatikan keadaan.

Badar : maafkan aku... Aku benci melihat seseorang yang di dera seperti itu.
Zafar : ya kami faham.
Badar : sekarang kita cari akademik.
Heigo : tapi kita kan tak tahu mana tempatnya...

Oleh itu, mereka kembali semula pada Pak Maon. Namun Pak Maon tiada di tempat itu..

Tama : mana pak cik ni?
Zafar : mungkin dalam kedai buku tu kot..

Masih terlihat beberapa orang menarik kereta orang kaya seolah-olah manusia itu lembu.. Badar cuba menahan amarahnya ...

Tisss!!!

Orang kaya itu mencambuk belakang tubuh budak nya itu.. Badar cepat-cepat masuk ke dalam kedai buku itu...

Heigo : mak aiii.. besar juga kedai buku ini ..
Pak Maon : ada yang lebih besar dari sini...

Dari hujung kelihatan Pak Maon berada di kaunter buku. Mereka pergi ke situ....

Pak Maon : ya ada apa? Nak cari buku?
Badar : tak..
Zafar : kami nak tanya akademik tu kat mana.
Pak Maon : ohh ingatkan nak tanya pasal perbudakan disini...
Zafar : bukan pak...
Badar : boleh juga..
Zafar : hah?
Badar : kalau boleh cerita dari awal .
Pak Maon : dari awal.. setahu pak maon lah,.....

Asal Usul Desa Bahtera

Pak Maon menjelaskan tentang asal usul Desa Bahtera dimana dahulunya bumi di penuhi air. Tiada daratan ketika itu. Hujan di zaman itu tidak berhenti mencurahi bumi sehingga lah terjadinya banjir besar dan tidak ada daratannya seperti sekarang. Namun ada seseorang yang membuat kapal besar lebih tinggi dari gunung dan lebih besar dari pulau.  Kapal itu di sebut Bahtera yang dimana kapal itu di buat hampir banjir.

*Bah dalam maksud yang lain adalah banjir yang besar.

Di pendekkan cerita, setelah ratusan tahun. Banjir mula surut dan daratan mula muncul di permukaan air. Kononnya, Kapal itu berlabuh di suatu tempat rata namun lama kelamaan tanah semakin tinggi sehingga ke atas kapal... Orang-orang terdahulu membongkar kayu-kayu kapal dan terjadi lah belahan antara di tengah gunung. Orang-orang terdahulu itu pun memilih tempat itu untuk membuat penempatan di situ. Dan penempatan itu di sebut Desa Bahtera!
Di dalam kanan gunung itu terdapat banyak kedai-kedai dan penjualan. Tempat itu kebih kepada bisnes. Sedangkan di kiri gunung, di dalam nya banyak tempat-tempat untuk orang kaya dan orang yang memiliki ilmu pengetahuan..

Perbudakan

Badar ingin tahu tentang perbudakan yang terjadi di Desa ini. Perbudakan di desa itu terjadi apabila manusia di bumi itu sudah semakin banyak. Mereka berpindah berbagai-bagai tempat. Namun Desa Bahtera menjadi desa menjadi desa tertua di tempat itu dan kaya. Kenapa kaya? Kerana kayu-kayu dari bahtera itu mereka jual dengan harga yang tinggi. Dari situ lah mereka mendapat kekayaan malah sehingga turun temurun.

50 tahun dahulu, ada seseorang yang mencadangkan untuk menjadikan manusia yang miskin sebagai hamba atau budak kepada orang kaya. Ramai yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju. Tetapi kuasa kekayaan menang dalam pilihan itu.. sehingga sekarang.. Para budak juga memiliki harganya masing mengikut darjatnya.
Manusia yang miskin, di level yang bawah. Kemudian, manusia yang memiliki kemahiran seperti memasak, kemas rumah, basuh baju itu di level tengah. Sedangkan di level yang tinggi, manusia yang memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi.

Setiap level harga nya juga berbeza. Orang yang memiliki budak akan di anggap orang kaya dan dihormati oleh orang desa. Sedangkan orang yang berstatus sederhana akan bekerja berhempas pulas untuk kaya. Jika mereka memiliki anak, mereka akan jual anak kepada Ketua Desa.. dan ketua desa akan menjual kepada kaum kerabat nya..

Ketua Desa

Ketua Desa adalah orang yang paling berpengaruh dan berkuasa dalam desa ini.. desa ini tidak mempunyai Raja, jadi sistem nya tertakluk kepada pemimpin di sini. Ketua Desa memiliki orang bawahan yang sangat kuat....

........................................................................

Heigo : berapa?
Pak Maon : hanya seorang. Namun orang itu sangat kuat luar biasa. Dia selalu menghukum orang secara terang-terangan dan tidak ada yang melarangnya. Orang desa takut dengan keberadaan nya.
Badar : siapa nama orang itu?
Zafar : sudah lah... Jom kita pergi ke akademik.. dekat dalam gunung kiri kan?
Pak Maon : ya.. di tengah itu ada pintu masuk.. jangan main pecah masuk je... Sini ada polis yang menjaga...

Mereka kemudiannya mengundur kan diri dan terus pergi mencari pintu masuk yang dikatakan oleh Pak Maon..

Heigo : apa lah kau Zafar? Tengah seronok dengar cerita.. kau menyampuk..
Zafar : kita datang nak cari pengikut ... Jangan lupa.. lagipun kita tak nak buat hal dalam desa ni. Badar juga perlukan rehat walaupun dia tak buat apa-apa...
Badar : boooooooooo!!
Heigo : boooooo Zafar...
Badar & Heigo : boooooooooo Zafaria~~~
Zafar : nama aku bukan zafar ria!!!
Tama : oi kita dah sampai..

Ternyata pintu itu agak besar. Mereka pun masuk.. Alangkah terkejut dan terpananya mereka melihat isi di dalam gunung kiri itu... Cantik dan banyak tumbuhan hijau seperti taman. Pembangunan nya di warnai dengan putih dan hijau tua... Sungguh menyegarkan mata..

Badar : Cantik nya!!
Heigo : betul tu.. kalau lah ada Gelana dan Delima kat sini. Mesti mereka menjerit.. hahaha..

Zafar hanya terdiam melihat tempat itu walaupun sebenarnya dia kagum dengan keindahan itu namun di sedar terdapat keburukan dalam keindahan itu. Mereka pun berjalan masuk sambil melihat-lihat. Zafar melihat beberapa orang memakai baju uniform berwarna hijau lalu di tanya nya tempat akademik.

Zafar : tumpang tanya, mana akademik?
Pelajar perempuan : tu kat tengah sana..
Zafar : siapa yang paling pandai kat akademik tu?
Pelajar perempuan : rasanya Clara.. tapi maaf saya tak tahu dia kelas apa?

Pelajar perempuan itu berlalu pergi. Jadi, mereka teruskan berjalan sehingga sampai ke pintu masuk Akademik..

Zafar : Tumpang tanya.. kenal Clara tak?
Pelajar 2 : ya kenal. Dia tengah ulangkaji dekat perpustakaan..
Heigo : yahh kita terus pergi sana.
Tama : Badar.. apakah pengikut kita kali ini perempuan?
Badar : tu lah. Aku harapkan lelaki.. sebab nak jadikan pasukan raja aku bila dapat tahta nanti. Tapi tak apa lah. Ini di kecuali kan, sebab kita perlu kan nya.
Tama : betul juga.. percayalah, apapun arahan kau aku akan ikut.
Badar : jangan terlalu ikut. Kau harus kenal yang mana perintah aku yang betul .

Sedang mereka asyik berborak, sampai lah di perpustakaan. Badar terus masuk sehingga membuatkan para pelajar di situ terkejut melihat mereka.

Badar : Ada tak sesiapa yang bernama Clara?!!!

Semua orang menunjuk ke arah perempuan yang sedang menyusun buku di rak perpustakaan itu..

Clara : Hah? Ada apa encik?

Bersambung,.....

Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy