Home Buku Fantasi The New King
Bab 99

Sebenarnya Cinta



Semua orang berkumpul di sebuah lapangan yang luas. Di sana ada satu pentas besar yang diduduki oleh petinggi istana Daye dan keluarga Rin. Badar juga ada di situ kerana di minta oleh bekas Raja Darul.


Ketika itu, Raja Darul memberi ucapan kepada mereka semua. Kemudian dia memanggil Dayendra untuk menerima tahta menjadi Raja Baru di negeri Frexe. Pedang di tangan Raja Darul dan Dayendra melutut hormat akan pemberian pedang itu. Secara tak rasmi Dayendra menjadi Raja!


Seluruh lapangan itu di isi dengan tepukan dari warga tempatan di sana. Kini giliran Raja Dayendra untuk berucap.


Dayendra : .........


Dia mengambil nafas panjang.


Dayendra : sudah lama kita berseteru antara satu sama lain. Dan akhirnya kita mencapai satu kemerdekaan dari perang yang tak bermakna. Sebagai Raja baru negeri ini, saya umumkan tiada lagi kelompok atau perkauman Rin dan Daye. Kita semua sama!


Bersorak-sorai orang-orang yang ada di sana. Ada yang menjerit kegembiraan.


Dayendra : terima kasih atas sokongan kamu semua. Kita akan bina negeri ini dengan cara yang baru. Saya juga mahu berterima kasih dengan kelompok Badarien. Untuk ini, kita akan berpakat dengan Bunyamin Badar. Kita akan membantu mereka dalam masalah suatu hari nanti jika di perlukan.


Semua orang tekun mendengar ucapan Raja Dayendra.


Dayendra : bagi mengakhiri ucapan ini, saya mahu membuat satu permulaan untuk meraikan kejayaan kita. Dan juga untuk membuktikan kita boleh hidup bersama. Saya memberi restu kepada adik saya iaitu Dahlia untuk berkahwin dengan Delirin.


"Apa?!"


Kebanyakan orang yang terkejut itu adalah orang-orang dari Daye. Dahlia yang cantik itu milik orang lain.


Dayendra : jangan sedih.. bunga bukan sekuntum. Hahaha..


Seseorang mengangkat tangan lalu berteriak untuk bertanya.


"Apa nama kota baru kita nanti?"


Dayendra : ya lah. Tak terfikir pula.


Badar : bagi je nama apa-apa.


Dayendra : baiklah. Nama kota baru kita nanti bernama Kota .... Errr


"Eh apa dia?"


"Cakaplah"


Dayendra : hmm saya rasa nak bagi Badar yang namakan kota baru kita.


Badar : ehhhhh??


"Setuju"


Orang-orang setuju dengan pendapat Badar.


Delirin : haa Badar. Bangun lah..


Badar pun bangun menuju ke arah Dayendra berucap.

Semua orang tertunggu-tunggu akan jawapan Badar. Nama apakah yang akan di beri?


Dayendra : aku serahkan kepada kau Badar...


Badar termenung sebentar... Kemudian..


Badar : Tamala .. ya kota Tamala!!


Tama : Badar...


Tama menjadi terharu... Begitu juga Nurin.


Dayendra : Kota Tamala!!!


"Yeahhhhh!!!"...


Sejurus itu, mereka berada di ruang makan. Sarapan..


Darul : akhirnya fasa bersara. Hahaha..


Harin : ya kita sambut Raja Darul yang akan bersara juga.


Patarin : Mana Tama dengan Ozen?


Man : dia orang pergi ambil kuda. Lagi pun nanti kami akan terus ke negeri 12.. lalu sini dekat sikit.


Darul : ya betul.


Crisa : pelik lah.


Man : kenapa?


Crisa : kenapa tak jumpa dengan Raja Benua? Bukan ke peraturan nya kena bertemu Raja Benua untuk jadi Raja Kecil?


Semua terdiam... Lebih-lebih lagi Pak Darul.


Badar : kenapa diam ni?


Heigo : ya..


Delirin : aku tak tahu apa-apa. Sebab tu aku diam.


Harin : hmm masalahnya macamana kau tahu peraturan Raja itu?


Crisa : Dari Maze Book.


Yaewrin : apa? Tempat tu wujud ke?


Crisa : ya. Aku membesar di sana.


Nurin : wah hebat kau. Berapa buku yang kau baca?


Crisa : semua..


Tersentak mereka mendengar itu.


Badar : hahaha terkejutkan ?


Heigo : ehh kenapa ubah topik pula?


Delima : ya. Saya nak tahu kenapa diam tadi tu?


Werza : aku.. mungkin boleh jawab.


Semua orang memandang Werza. Pak Darul juga menumpukan perhatian nya.


Darul : nampaknya kamu bukan orang luar.


Werza : ya. Saya asal kota Bluetal.


Badar : kenapa Werza? Apa dah jadi?


................


Sementara itu, Tama dan Ozen berjalan kaki untuk mencari Kuda Badar.


Tama : apa lah kau. Kata nak cari tadi.


Ozen : masalahnya aku lupa kat mana.


Tama : cakap je tak tahu kan senang.


Ozen : kau nak gaduh ke?


Ozen menggunakan Core angin nya untuk melempar Tama. Tama terbang jauh kerana kekuatan Ozen.


Tama : oh kau cari fasal ya?


Ozen : siapa yang mula dulu?


Tama : kau yang serang dulu. Terima ni.. Hentakan Tanah!!


Tama menghentak tanah dengan dua pedangnya itu. Ozen dengan angin mampu meringankan badannya.. jadi dia dapat mengelakkan dengan mudah. Qan datang dengan menaiki kuda hitam nya. 


Qan : berhenti!!!


Tama : Siapa kau?


Qan : lah .. tak kenal ke?


Ozen : yaa. Jangan ganggu kami. Ada urusan hidup mati kat sini. Flash attack!


Ozen memanah dengan angin nya. Dia menciptakan busur angin lalu memanah ke arah Tama.


Tama : Perisai tanah!


Tama dapat menahan serangan itu.


Tama : oh main kasar. Fire smash!!!


Qan : berhenti!!


Qan menghentikan serangan Tama begitu saja dengan tangan.


Tama : macam mana kau boleh buat begitu?


Qan tersenyum dengan wajah menyeramkan.


Qan : kau orang makan pedas tak?


Seketika mereka teringat akan sosok yang mengamuk di medan perang kelmarin.


Ozen : kau rupanya.


Qan : jangan sampai aku makan cili ni.


Tama : eh eh tak.. kami bergurau..


Ozen : kami kawan baik sejak kecil..


Mengingat kekuatan nya yang mampu mengalahkan Zafar yang memiliki Core Raja, mereka menghentikan niat untuk bergaduh sesama sendiri.


Ozen dan Tama saling memapah bahu masing-masing.


Ozen : marilah kita cari kuda.


Tama : baiklah sahabat selamanya ku. Marilah.


Qan : naik lah.


Tama : hah?


Qan : aku tumpangkan kamu berdua. Naik lah.


Mahu tak mahu mereka naik menumpang Qan untuk mencari Kuda Badar.


.........................


Pembahasan masih berlanjutan sehingga Werza memberi tahu kebenaran nya.


Werza : maafkan aku sebab sembunyi kan kebenaran ini dari kamu semua.


Badar : .........


Werza : semasa kita berjumpa, aku ingatkan kamu semua hanya bermain-main saja nak jadi Raja. Setelah lama aku ikut.. aku sedar yang kelompok Badarien ini serius mahu menjadi kan Badar sebagai Raja Baru.


Heigo : cakap je lah! Tak payah melengahkan masa.


Heigo yang tak sabar menjadi geram. Semua orang memandang dia.


Heigo : errr .. hehehe teruskan dik Werza..


Darul : dari khabar angin mengatakan bahawa Raja Benua telah lama menghilang diri 


Badar : maksud tuan ? Saya tak faham. Raja Benua Oasis?


Werza : ya. Khabar angin itu benar belaka. Tapi kami tak tahu apa yang terjadi sebenarnya... Ada juga khabar angin yang mengatakan bahawa wazir iaitu penolong kanan Raja Benua itu yang membunuhnya. Untuk mendapatkan tahta sebagai Raja benua.


Mereka semua terpana akan cerita Werza.


Man : berat ni.. macamana nak dapatkan restu Raja, kalau raja benua hilang?


Dayendra : itu kamu kena cari sendiri. Saya . Hmm Maaf. Beta juga harus mencari Raja benua itu untuk meminta restu. Tetapi selepas Raja benua itu muncul nanti. Buat masa sekarang beta mahu membantu baik pulih kota Tamala.


Badar : aku semakin bersemangat!! Pengembaraan baru!


Badar terus menyuruh mereka untuk berkemas kerana ingin segera berangkat. Crisa juga bersemangat. Semua keluar dari ruangan itu. Werza yang baru mahu melangkah keluar di panggil oleh Darul.


Darul : Werza... Kamu pasti ke tak nak cakap apa-apa fasal kota bluetal tu dekat mereka semua?


Werza : oh . Tuan darul perasan? Bukan apa.. saya tak nak keseronokan mereka hilang kalau saya bagi tahu. Sebab Kota Bluetal itu akan buat mereka teruja dan ternganga. Hahaha..


Balas Werza. Pak Darul tersenyum senang. Werza pun mengundurkan diri.


Darul : teringin pula nak jadi muda lagi. Boleh kahwin lagi. Eh bergurau pulak.


Dayendra : ayahanda! Tak sayang ibunda ke?


Darul : eh sayang... 


...........


Barang yang mereka kemas sudah pun tersedia di depan pintu istana. Kuda Badar pun sudah di tambat di depan. Semua keluarga rin ingin menghantar Kelompok Badarien keluar.


Man : lama betul kau ya. Kita orang yang kemas barang kau.


Tama : ni haa Ozen. Tak tahu jalan.


Ozen : kau cari fasal lagi ke?


Qan : nampaknya aku kena ikut kau orang..


Man : apa?!!


Tama & Ozen : tidak?!!


Crisa : baguslah. Kita dah ada pengikut baru.


Badar yang baru siap keluar dari istana itu.


Delima : Badar, Qan nak ikut kita.


Badar : eh baguslah.


Tama : huhuhu.


Ozen : Kenapa semua ini terjadi begitu cepat?


Badar : apa kau sudah siap sedia nak mengharungi pengembaraan yang merbahaya?


Qan : siap..


Dayendra : beta tak setuju! Qan, kau sahabat aku. Aku nak kau jadi wazir.


Qan : ......


Daud : biarkanlah. Dia masih muda.


Darul : ya betul.. lepaskanlah dia..


Qan : maafkan aku. Aku teringin nak tengok kota-kota di luar sana.


Badar : ya. Hebat dan indah.


Dayendra : baiklah... Tapi jangan pernah lupa asal usul kita.


Qan : terima kasih Dayendra.. Raja Dayendra..


Badar melihat ke arah Nurin. Dia tersenyum.


Badar : Nurin.. kau nak...


Nurin : hebatnya Daud..


Tama : Nurin! Kenapa tak layan Badar?


Nurin : maafkan saya Abang.. tapi Badar bukan jenis yang saya suka.


Badar hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Ya, cintanya di tolak. Dia cuba menahan rasa sakit.


Badar : dah jom jalan.


Badar naik ke kudanya.


Man : asyik kau je naik kuda ni. Bagi lah aku pula.


Badar : tak boleh..


Akhirnya, perjalanan baru mereka bermula. Menuju ke kota Bluetal, Negeri 12.

Nurin melihat Badar dari jauh...


Nurin : kita tak ada jodoh Badar.. perjalanan kau masih panjang.


Dalam tak sedar, Nurin menangis.


Nurin : Aku tak nak jadi beban.. Badar, jagalah abang aku baik-baik. Dia sudah menemukan orang yang menerima dirinya.



Bersambung......



Previous: Bab 98
Next: Bab 100

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy