Home Buku Fantasi The New King
Bab 37
Umur Pendek



Crisa berjalan-jalan di kota malam itu bersama Man yang menemani nya. Tempat itu sungguh indah dengan cahaya lampu yang menerangi kegelapan malam.


Crisa : cantik nya tempat ni. Macam kota romantik dalam buku cerita..

Man : ya betul. Kita pun macam tengah temujanji pula kan.

Crisa : hish kau ni. Cukup lah menggoda aku.. Goda lah orang lain.

Man : hahaha.. relax.. santai ja .. aku bergurau lah..


Mereka berdua tiba di suatu tempat yang ramai orang berbaris. Ternyata tempat itu adalah klinik. Mereka pun masuk..


Jururawat : haa cik berdua sakit ke?

Crisa : tak.. kami datang nak tengok-tengok..

Dr. Kalatu : tak apa, biarkan mereka.


Klinik itu agak kecil. Masuk saja dari pintu terus jumpa doktor dan tempat merawat pesakit.


Jururawat : pesakit seterusnya..


Pesakit itu duduk di kerusi samping doktor.


Dr. Kalatu : ada gejala apa-apa tak?

Orang kota : pagi ni saya agak susah nak bernafas.


Doktor itu terus memeriksa keadaan pesakit itu.


Dr. Kalatu : sakit kamu ni agak parah.

O. Kota : berapa lama saya akan hidup?

Dr. Kalatu : sekitar setahun saja.


Pesakit itu hanya tersenyum dan memeluk kawannya yang menemani dia.


O. Kota 80 : hei aku tinggal satu tahun lah. Hahaha..

O. K. 45 : ya ke ? Aku lagi lah.. 6 bulan je tinggal..


Mereka tidak menunjukkan rasa takut akan mati malah gembira mendengar itu. Itu membuatkan Crisa dan Man agak terkejut.


Crisa : betul lah kata Mr. Ragaman.

Man : ya, orang-orang sini memang memiliki umur yang pendek.

Dr. Kalatu : ya. Mereka datang ke sini hanya untuk tahu berapa lama mereka hidup.

Crisa : kenapa macam tu?

Dr. Kalatu : itu sebab lapisan oksigen di sini menyekat perjalanan darah. Mereka semua mati tanpa tua.

Crisa : mereka suka mati muda?!


Setelah semua penjelasan itu, mereka berdua keluar dan berjalan ke tempat lain. Di situ ada jualan makanan dan pakaian. Memang riuh rendah..


Man : kita beli makanan nak?

Crisa : kau ada duit ke?

Man : tak ada.

Crisa : nasib baik pak Maon bagi aku duit. Tapi duit emas. Kat mana nak tukar ni?


Man hilang di sebelah Crisa.


Man : hahaha terima kasih lah jemput saya makan sini.

O. Kota 21 : ala bukan orang lain. Kenalan aku juga. Makan-makan..

Man : Crisa, sini!


Man sudah pun beramah-mesra dengan penduduk kota.


Crisa : dia ni... Cepat betul akrab dengan orang..

Man : haa makan lah..

Ok 21 : kawan kamu ke ni man? Keeee isteri kamu..

Man : ehh mana ada. Saya kalau kahwin nak cantik macam puteri raja.. hahaha..

Ok 21 : hahaha..

Crisa : cis!

Ok 21 : makan lah jangan malu. Untuk man, saya bagi free je..

Crisa : nasib tak ada tama... Bang, kat mana nak tukar duit?

Ok 21 : sini tak ada tempat tukar duit. Tapi nak tukar dengan orang boleh. Berapa nak tukar?

Crisa : 1 emas..


Orang kota itu tersembur mendengar perkataan emas.


O. Kota 21 : banyak sangat tu.

Crisa : kalau macam tu tak apa lah.. nanti saya cari orang lain 

O. K 21 : bukan apa . Taraf hidup orang kat sini rendah..

Man : kenapa?

O.K 21 : kamu tahu lah, orang sini hidup tak lama. Macam abang, tinggal 3 bulan.

Man : abang... Tidak!!

O. K 21 : memang benar, bila kita tak ada nanti, orang yang mencintai kita akan rindu dengan kita..

Man : cukup abang. Jangan cakap lagi. Marilah kita nikmati saat ini.. minum bang!


Mereka berdua menjadi rapat sambil minum.


Crisa : sebab tu ke?

O. K 21 : ya... Bukan itu saja, tengok tu. Anak-anak sini ramai. Setiap orang yang berkahwin boleh jaga anak sampai 7 orang.. itu untuk memastikan kota ini tetap ada.

Crisa : ohh macam tu..


Selepas makan, mereka meminta diri.. Man dan Crisa pergi dari situ.


O. K 21 : eh siapa lelaki tu? Tak pernah kenal pun. Rasa kenal tapi tak kenal. Ahh lantak lah.


Ketika mereka menyambung perjalanan, mereka bertembung dengan Badar.


Badar : Man ?

Crisa : Badar..? Nak pergi mana?

Man : haa macam tergesa-gesa je.

Zafar : rupa-rupanya Mr. Ragaman tu Raja Benua.


Langsung mereka tersentak.


Crisa : kenapa raja benua boleh tinggal di situ?


Sambil mereka berjalan menuju ke rumah Mr. Ragaman, Zafar menceritakan semua apa yang mereka tahu sebelum itu. Sesampai nya mereka di rumah Mr. Ragaman...


Badar : mana Mr. Ragaman? Are you home ? Please tell me a story please..

Zafar : apa kau merepek ni?

Badar : saja pecah dinding ke empat.. hahaha..

Gelana : Mr. Ragaman? Dia kat kubur isteri dia. Kenapa?


Badar terus pergi ke tepi halaman rumah Mr. Ragaman tanpa berkata apa-apa.


Crisa : jom gelana. Ajak Delima sekali..

Tama : sediakan air. Nanti Badar haus.

Gelana : ok.. 


Mereka sampai di perkuburan isteri Mr. Ragaman. Memang benar dia ada di situ bersama Ozen.


Ozen : kenapa ramai-ramai ni?


Suasana menjadi sunyi di situ.. hinggalah Mr. Ragaman membuka mulut.


Mr. Ragaman : jadi kau dah tahu..

Badar : ya.. jika abang nak kami semua dengar cerita abang...


Badar terus duduk bersila di situ..


Badar : kami akan mendengarnya...

Mr. Ragaman : betul ke?

Badar : luah kan saja apa yang terpendam...


Gelana datang dengan membawa Jug air.


Badar : eh macam tahu-tahu je.

Gelana : hehehe..


Mereka menunggu cerita dari Mr. Ragaman. Dengan hari yang malam gelap dan hanya di temani oleh cahaya dari obor api. Tama memasang obor api tambahan agar tempat itu lebih cerah ...


Mr. Ragaman : hmm.. ini akan jadi cerita yang panjang. maka dari itu, duduklah dengan manis dan santai.


Katanya dengan wajah yang tersenyum. Terlihat dari wajahnya bingung mahu mulakan dari mana. Dia mengambil nafas panjang sebelum memulakan cerita...


Mr. Ragaman : aku mulakan dari awal. Raja benua ulala 300 tahun dulu telah secara turun menurun mewariskan kekuasaan nya sehinggalah ke aku, keturunan terakhirnya.


Wajah Badar berubah menjadi orang yang serius. Mr. Ragaman sedar akan itu..


Mr. Ragaman : ya, tugas kami yang diturunkan secara warisan dari 300 tahun dulu adalah menghapuskan Raja Baru yang ingin mencari Reinland...

Crisa : apa?! Kenapa?

Heigo : jangan-jangan abang ni jahat?!

Zafar : jangan menyampuk! Biar abang ni habiskan cerita..


Zafar memarahi mereka kerana ini juga ada sangkut paut dengan dirinya yang asal dari Reinland.


Mr. Ragaman : tugas itu di berikan oleh keturunan 6 raja benua ketika itu. Itu kerana, moyang kami... Yang membantai habis orang-orang dari Reinland.. dan menghancurkan benua Reinland tanpa sisa. Tetapi tentang benua Reinland itu , aku tak tahu bagaimana.

Badar : teruskan..


Ujar Badar sambil meminum air.


Mr. Ragaman : atas sebab itulah, kami di didik dengan kasar dan ganas terhadap rakyat. Agar rakyat takut dengan kekuasaan Raja. Begitu juga dengan aku. Sebelumnya, aku Raja yang kejam yang pernah menghancurkan sebuah kota dalam semalam. Buktinya, tempat ini. Inilah hasil nya ...

Ozen : jadi tempat ini berlubang sebab dulu pernah ada kota ?!

Mr. Ragaman : ya.. kemudian aku pergi. Setelah 7 tahun aku kembali, tempat ini sudah ada kota nya yang di panggil kota malam. Jadi aku memutuskan untuk tinggal di sini dan mengisytiharkan kerajaan baru aku di kota malam. Tempat ini agak tersorok sebab itu aku memilih tempat ini. Tetapi aku suka dengan orang-orang yang tinggal di sini. Mereka peramah dan berhati mulia.

Man : betul tu. Aku setuju.

Mr. Ragaman : jadi aku tak sanggup nak membunuh atau mencuri duit rakyat secara terbuka. Aku kurung diri aku di istana. Dan hanya keluar sekiranya terdapat bandit yang masuk di sini..


......................................................................


Bandit itu membawa seorang wanita bersamanya. Dia ingin menculik wanita dari kota malam tersebut. Raja benua itu terus menyelubungi tubuh bandit itu dengan aura gelap yang menhancurkan tubuh Bandit tu..


Sya : terima kasih tuan.. tuan sudah menyelamat kan hidup saya.


Raja itu hanya diam.


Sya : siapa nama tuan?


Rakyat kurang kenal dengan Raja benua kerana selalu mengurung diri di istana dan jarang menampakkan diri. Sebab itu lah tak ramai yang mengenali wajah Raja itu.


Sya : tuan ? Saya tanya ni? Nama siapa?

Aman : nama beta . Eh bukan. Nama saya Aman.

Sya : ohh Aman. Sedap nama tu. Tuan pun ada Core ya? Jangan-jangan tuan ni askar istana ?

Aman : lebih kurang ...


Sya menjeling-jeling kepada Aman yang sifat nya tidak bersahabat.. Sya, orang asal dari kota malam. Dia berwajah cantik walaupun sedikit pucat..


Sya : Raja benua tu tak pernah keluar langsung tengok rakyat nya 

Aman : er kenapa?

Sya : hmm tengok tu.. tempat ni kosong. Patut buat rumah lah kat sini.. rumah dua tingkat..

Aman : bukan ke rakyat sudah aman sentosa ? Buat apa ada rumah kat sini?

Sya : buat rumah kosong untuk orang luar ke ? Kan?


Aman terus pergi dari sana.. namun kata-kata perempuan tadi membuatkan fikiran nya terngiang-ngiang bermain di kepala.


Aman : Dayuda!

Dayuda : ada apa tuan ku? 

Aman : pergi buat rumah dua tingkat dekat hujung kota berdekatan dengan tangga itu!

Dayuda : untuk apa tuanku, bukan kah semua orang di sini punya rumah.

Aman : haa itulah yang aku nak jawab tadi.. tapi buat saja jangan banyak soal!

Agim : bukan kah rumah itu akan kosong nanti?

Aman : biarkan, untuk orang luar yang berziarah di sini.. aku nak siap malam ini juga!

Dayuda : baiklah tuanku.. kerahkan orang-orang kita dan tukang kayu seramai yang boleh.

Agim : kita kena siapkan malam ini juga.

Aman : buat dua tingkat. Jangan lupa itu!


Mereka pun pergi membuat rumah dua tingkat dengan alasan yang kurang masuk akal. Pagi yang gelap itu, Dayuda datang membawa perkhabaran...


Aman : macamana? dah siap?

Dayuda : sudah tuanku.

Aman : kalau begitu, aku nak pergi tengok .

Agim : saya akan teman kan.

Aman : jangan! Biar aku seorang..


Aman terus pergi keluar dari istana.


Dayuda : jangan lupa, dia Raja benua.

Agim : kadang-kadang risau kena serang ke apa?

Dayuda : apa nak di risaukan? Bukan orang kenal sangat dengan dia.


Aman pergi melihat rumah yang di siapkan oleh pembantu istana nya itu. Ketika hampir sampai, dia melihat ada perempuan sudah berada di situ..


Sya : Aman! Tengok ni, tiba-tiba ada rumah lah. Sama macam saya mintak semalam.

Aman : haa ya..

Sya : jom kita tengok dalam..


Mereka berdua pun masuk ke dalam rumah..


Sya : hmm nampak kosonglah.

Aman : nama pun rumah kosong..

Sya : kalau ada perabot kan bagus. Ada katil, dapur.. mesti cantik...

Aman : hah?


Aman pun terus meluru pergi... Di istananya,...


Aman : Dayuda!

Dayuda : ya tuanku?

Aman : pergi beli perabot, perhiasan dan perlengkapan untuk letak di dalam rumah itu. Kosong je.

Agim : aik? Nama pun rumah kosong.

Aman : Agim!!


Tangan Aman mengeluarkan aura yang berwarna hitam.


Agim : baik tuanku! Akan di laksanakan dengan segera!


Keesokan harinya, Aman pun pergi lagi ke rumah itu dan masih ada perempuan yang bernama Sya tercegat di situ..


Sya : Aman!

Aman : ......

Sya : tengok kat tingkat tu. Ada langsir.. jom tengok .


Kali ini Sya terkejut dengan ada yang dia lihat.. rumah itu sudah di penuhi dengan perhiasan, perabot dan perlengkapan lain nya.


Sya : wahh!! Cantik nya. Apa dah jadi ni?

Aman : mana saya tahu..


Sya tersenyum manis memandang Aman.


Sya : jom kita pergi ke pasar...


Sya menarik tangan Aman dan terus ke pasar bersama-sama. Sya memilih lauk-lauk yang Aman suka.


Sya : ikan?


Aman menggeleng kan kepala nya?


Sya : ayam ?


Aman mengangguk perlahan.


Sya : Pak cik, ayam ni saya nak 4 peha.

Aman : peha ?

Sya : semua orang suka peha kan?

Aman : hmm boleh lah.

Pak cik : nak Sya.. teman baru ke tu.

Sya : tak lah. Kawan baru kenal hahaha.. dia lah yang selamatkan saya dari bandit tempoh hari tu.

Pak cik : dia? Wah baik ya kamu anak muda.. jaga anak orang ni elok-elok..


Aman kelihatan janggal di situ. Dia keliru mahu marah atau mahu menundukkan kepalanya dengan hormat...


Sya : ehh jangan lah cakap macam tu. Sya tak suka orang kasar...


Aman mendengar itu dan terus meresap ke fikiran nya.. tiba-tiba ada seorang budak menendang bola sehingga tepat ke muka nya..


Aman : ergggh!

Budak : maafkan kami..

Aman : kau!!


Matanya terus melirik pada Sya...


Aman : haa lain kali main elok-elok ya.. main lah kat tanah lapang..

Budak : hihihi maaf ya bang.


Budak itu terus berlalu pergi...


Sya : baik ya dia...


Mereka berdua terus ke rumah kosong itu..


Aman : kenapa kita ke sini lagi?

Sya : masa untuk masak! Dah jom ke dapur.. tolong saya potong bawang...


Tidak terbayang oleh Aman, dirinya seorang Raja benua harus memotong bawang dan membantu perempuan ini di dapur..


Aman : dah lebih ni...

Sya : nah ini bawang merah. Hati-hati, jangan nangis ya . Hahaha .


Aman tiba-tiba jadi hairan. Setelah dia cuba mengupas kulit bawang, baru lah dia tahu .


Sya : Alololo nangis ya.

Aman : diam lah . Ehh.. pedih-pedih..


Sya cuba menbuka paip tetapi tiada air yang keluar dari paip itu. Sya yang memotong sayur terluka jarinya..


Sya : aduh.. kenapa lah orang buat rumah ni tak pasang sekali paip air dengan elektrik?!!


Di istana...


Agim : ampun tuanku.. kenapa mata membengkak kemerahan tu?

Aman : ini semua korang punya pasal!!!


Bersambung.... 



Previous: Bab 36
Next: Bab 38

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy