Home Buku Fantasi The New King
Bab 98

Hasil Kemenangan 


Peperangan antara dua kota yang telah berlangsung lama kini telah selesai sudah. Pertempuran ini telah merenggut beberapa nyawa orang termasuk Farurin, anak Raja Bahrin. Kemudian Rioma, suami kepada Rinda. Dan yang terakhir mangkatnya Raja dari kerajaan Rin iaitu Raja Bahrin.


Kairin pula tidak sedarkan diri. Dia di rawat oleh doktor di kerajaan Daye. Kemungkinan akan di tahan sehingga mentalnya stabil. Orang-orang kota pula merayakan kemenangan mereka bersama-sama dalam fasa damai. Mereka akan di perintah oleh kerajaan baru dan seorang Raja Baru. Ini bermakna hanya ada satu Raja yang akan memerintah dua kota.


Badar di ruangan makan terus makan kerana kelaparan. Namun sebaik sahaja Raja Darul masuk dia terus berhenti makan. Semua orang bangun untuk menyambut ketibaan Raja itu.


Raja Darul : duduklah.


Semua orang-orang yang berhubungan dengan masalah itu hadir. Anak Raja Darul, Adik beradik Rin dan kelompok Badarien.


Raja Darul : beta sudah berhabis fikir.. namun beta masih tak dapat siapa yang akan menjadi Raja Baru di negeri Frexe ni.


Delirin : kenapa tidak anak tuanku yang menyambung warisan?


Darul : tak boleh. Nanti mereka akan fikir beta berat sebelah.


Crisa : carilah seseorang yang mempunyai hati rakyat.


Darul : itu akan memakan masa yang lama.


Mereka terus berfikir...


Dahlia : kita jadikan Delirin Raja Baru!


Harin : akan ada yang tak setuju. Begitu juga jika kita memilih orang dari Kota Daye.


Nurin : pilih daud je..


Tama : nurin! Jangan menyampuk.


Nurin diam. Raja Darul melihat Badar yang sedang termenung.


Darul : apa yang kamu fikirkan wahai Badar?


Badar : ah? Tak ada apa. Saya cuma tengok makanan ni. Bila nak makan? Hahahaha..


Nurin : Raja apa macam ni?


Seluruh ruangan bergema dengan gelak tawa.


Ozen : Kalau Zafar ada di sini, dia mungkin boleh bagi nasihat.


Darul : beta setuju. Beta nampak kelebihan dia dalam memberi pendapat.


Man : tapi dia pergi tinggalkan kita.


Badar : kalau dia rindu.. dia akan balik.


Heigo : betul tu. Kita dah jauh berjalan. Mana mungkin berhenti begitu saja.


Dayendra : eh kenapa ubah topik pula ni?


Darul : haa anakanda beta yang beta segani.


Dayendra : hah? Terima kasih ayahanda.


Darul : siapa kamu rasa yang layak menjadi Raja?


Dayendra : apa yang saya nampak, Badar lebih sesuai memegang tahta Raja.


Darul : beta setuju.


Badar : hahaha.. tak setuju. Saya nak kerajaan saya sendiri. Sebuah benua yang kosong. Saya nak mula dari awal.


Darul : benua Reinland?


Badar : eh macam mana tuanku tahu ni? Haish, kau lah ni Man. Aku dah cakap, kita kena jaga-jaga dalam percakapan kita. Ini baru pasang niat dia dah tahu.. baru pasang tau..


Darul : Crisa yang bagitahu beta.


Man : hah kau.. sedap-sedap je tuduh aku.


Badar : maafkanlah kesalahanku Man.


Daud : jadi kalau kau tak boleh, habis siapa yang boleh?


Badar : hahaha senang. Carilah orang yang akan cinta dengan negerinya. Maka semua warga akan di jaga dan di pimpinan yang betul.


Delirin : siapa?


Badar : siapa nak jadi Raja Baru angkat tangan ?


Tidak ada seorangpun yang mengangkat tangan.


Harin : aku tak terlalu tertarik dengan Raja. Aku nak hidup senang je.


Sairin : ya. Siapa pun jadi raja, kami pasti akan jadi bangsawan. Itu saja.


Darin : betul juga. Kita robohkan istana dan jadikan rumah untuk para bangsawan kota.


Yaewrin : err saya setuju saja.


Patarin : hmm bolehlah selagi mampu makan 3 hari sekali. Banyak duit.


Nurin : apasal kamu semua cerita rancangan seterusnya? Kita tengah pening siapa nak jadi Raja. Saya cadangkan Daud jadi raja.


Daud : eh aku tak nak. Menyusahkan. Aku nak menikmati hidup segar bugar.


Badar : berhentilah berkata perkara yang tak penting.


Darul : Bunyamin?


Badar : Saya tahu siapa orang yang cinta akan negeri nya..?


Darul : siapa?


Tama : siapa? Kenapa berdebar-debar ni?


Werza : entahlah ... Siapa Badar?


Badar : Orang itu... Dayendra..


Tersentaklah semua orang sambil menoleh ke arah Dayendra.


Harin : kenapa dia?


Badar : sewaktu perang, dia tidak berperang. Malah dia menyelesaikan tugas raja. Dia juga orang yang menyampaikan tamatnya perang. Cara dia bercakap itu, lantang seperti pemimpin.


Darul : bila di fikirkan balik, ada benarnya kata-kata kamu Badar!


Daud : saya setuju saja. Bagaimana dengan adik beradik Rin?


Harin : saya setuju je lah. Jangan lupa jadikan kami bangsawan di negeri Frexe ni.


Qan yang curi-curi dengar pembicaraan mereka itu terus berlari keluar istana.


Qan : Raja Baru!! Sudah di umum kan!!!


Orang kota 4 : siapa?! Qan?!!


Qan : Dayendra!!! Raja Dayendra!!!


Qan terus berlari-larian hingga ke kota sambil berteriak ....


Qan : Raja Baru Dayendra!!!


Warga kota Rin menghentikan Qan.


O.K. Rin 1 : tak akan lah. Kenapa harus dia?


Qan : sebab dia sangat berpengaruh ketika perang. Dia orang yang membela rakyatnya.


O.k.r 15 : ok lah tu.. lagipun lepas ni dah tak ada dua kota. Kita semua akan bergabung di bawah satu pimpinan yang sama.


O.k.Rin 90 : kenapa tak buat seja undian?


Qan : sudah.. Badar menjadi penentu.


O.k.R 559 : Badar ? Hish kalau dia yang buat keputusan kita kena akur. Dia orang yang sudah membantu kita mencapai kedamaian!!


Qan : yaa.. Ramai-ramai! Raja Dayendra!!


O.k.Rin 2 : malam dah ni..


O.k.R 1 : hahhhh ini hari kemenangan! Bawa semua makanan dan minuman ke tempat Kota Daye!!


Di istana pula... 


Dayendra : saya tak setuju. Berat! Tanggungjawab yang berat. Saya tak mampu..


Darul : dengar sini Dayendra.. kamu boleh buat.


Dayendra : mereka tak akan setuju ayahanda.


Daud : sejak bila kau menentang ayahanda , wahai Abang?


Badar : Raja Dayendra.. sedap nama tu..


Dayendra : aku tak setuju. Delirin! Katakan sesuatu..


Delirin : haha aku setuju..  abang iparku..


Nurin : wekk nak muntah dengar..


Tama : wekkkk eeee apa ni.. belum pernah keluarga Rin bercintan cintun ni...


Dayendra : kamu semua berpakat kenakan aku. Macam mana kalau aku gagal?! Tidak.. tidak..


Darul : kamu boleh Dayendra.. ayahanda percayakan kamu..


Kemudian terdengar suara ramai orang bersorak-sorai memanggil nama Raja Dayendra.


Darul terus membuka tingkap.


Darul : lihatlah! Mereka semua harapkan kamu.


Dayendra : justeru itulah anakanda tak berani..


Badar : tengok dulu kat luar tu.


"Raja Baru!!!"


"Raja Dayendra!!!!"


"Hidup Raja Dayendra"


Dayendra yang melihat itu merasa terharu. Sebak di dadanya. Entah kenapa dia mengangkat tangannya lalu melambai-lambaikan tangan.


Badar pun bangun lalu ke arah tingkap itu.


Badar : kita pesta makan!!!


"Yahhhhhhhhhhhhh!!!!!!"


Semua orang bersorak gembira. Malam itu sunggun meriah. Unggun api ada di mana-mana. Mereka tertawa bersama tak kira dari mana mereka berasal.


Hari pun sudah larut malam. Ramai yang tertidur di sana. Termasuk Badar, Ozen, Tama dan Heigo. Yang lain masih di dalam istana. Man memandang suasana itu dengan hati yang hangat di atas istana.


Crisa : eh kau tak tidur lagi?


Man : oh.. Crisa... Saja tengok dia orang ni.


Crisa : bahagia kan? Kalaulah semua orang bersatu macam ni.


Man : Bahagia?...


Crisa : kenapa?


Man : tak ada apa..


Crisa : lepas ni, kita akan ke kota Bluetal. Hantar Werza. Berat hati nak lepaskan Werza. Kita dah lama bersama.


Man : manusia itu datang dan pergi, Crisa.


Crisa : apa hal kau ni? Tiba-tiba jadi si bijak pandai pula.


Qan : hey!


Mereka menoleh. Ternyata Qan.


Crisa : kau pun tak tidur lagi?


Qan : lah.. aku tentera istana. Memang kerja aku berjaga-jaga. Nanti siang aku tidurlah. Kau orang buat apa ni? Ohh bercinta ya?


Crisa : eh tak ada lah. Kita orang borak kosong je.


Qan : tengok tu. aku tak pernah impikan semua ini terjadi. Benar-benar terjadi. Wah! Hebat si Raja Badar kamu itu. Dia mampu menyatukan semua orang.


Man : hahaha. Bukan itu saja. Kau tak tahu masa dekat desa bahtera.


Crisa : ya betul tu. Dia senang betul dapat kawan. Macam kau lah Man. Tiba-tiba je kenal orang.


Qan : wah menarik. Kalaulah aku dapat ikut pengembaraan kau orang.


Crisa : ikut je lah. Kami nak cari benua Reinland yang hilang tu.


Qan : tapi aku.. tak sanggup nak tinggalkan negeri ini. Banyak susah senang aku di sini.


Man : kau nak ikut, ikut saja. Tak nak , tak payah.. senang.


Qan : betul tu. Mana boleh paksa kan?


Crisa : esok kami akan berangkat ke negeri 12.


Qan : semoga kamu selamat dalam perjalanan. Aku nak pantau tempat lain.... 


Qan terus pergi. Tinggallah mereka berdua kembali.


Crisa : sekarang.. kelompok Badarien tinggal sedikit.. tinggal 6 orang. Badar nak 10 orang ikut dia.


Man : ya. Aku pun tak tahu apa nak jadi.


Crisa : Gelana..


Man : jangan sebut nama dia. Nanti rindu. Lagi-lagi di depan Delima. Dia sensitif sikit.


Crisa : saja je. Agaknya apa khabar lah dia orang berdua sekarang.


Man : entahlah..


Suasana kembali hening kembali. Mereka tidak tahu mahu sembang apa.


Man : Crisa, aku sebenarnya.. dah lama suka kan engkau..


Crisa : hah? Apa? Kau merepek ke ni?


............


Pagi itu ramai orang bangun awal dan menuju ke rumah masing-masing. Hari ini adalah hari pertabalan Raja Dayendra. Kerana itu mereka bersiap-siap lebih awal.


Di bilik...


Ozen : Man ? Kau pergi mana semalam?


Man : eargghhh.. mengantuknya. Aku jalan-jalan dengan Crisa semalam.


Heigo : erhh.. kau tak habis-habis dengan Crisa... Orang bodoh macam kita tak kan dapat perempuan yang bijak macam tu..


Tama : eh mengaku pula bodoh.


Heigo : apa kau cakap?!


Ozen : eh kejap. Aku rasa macam ada sesuatu yang kita lupa lah.


Man : apa tu ? Zafar ?


Tama : ye lah. Aku pun rasa macam sesuatu ni... Ingat tak ingat ni.


Heigo : apa dia? Zafar ke?


Ozen : bukan..


Tama : Kuda Badar!!


Heigo : alamak!!! Kat kota Rin.. jauh woi..


Tama : biar aku pergi.


Ozen : biar aku pergi sebab aku pantas.


Ozen terus terbang mengguna kan Core anginnya.


Heigo : huh mandi pun tak.


Tama : kita memang jarang mandi.


Heigo : hari penting ni.. kena lah kemas.


Pintu bilik mereka di buka dengan mengejut.


Patarin : siap-siap! Kita ada hari penting... Arrgghgggg!! Apa tu?!!


Man : woi, yang kau masuk sini kenapa?!!


Tama : nasib aku sempat tutup tadi..


Bersambung.......



Previous: Bab 97
Next: Bab 99

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy