Home Untold Story Umum Drama 6 bulan
Drama 6 bulan
Izatul Husna
15/4/2021 11:05:19
13,066
Kategori: Untold Story
Genre: Umum
Senarai Bab
1
2
3
4
1

Hari Selasa.

Aku berjaya sampai di depan rumah Nor tepat pada jam 10:00 pagi. Macam biasa, aku kena tunggu dia sekejap. Kucing-kucing dia tak nak bagi dia keluar. Kelakar. Patut tuan kucing yang kawal kucing tapi ini sudah terbalik. Macam-macam hal!

"Sorry weh lambat!"

Dengan tak bagi salam apa, Nor terus masuk dalam kereta tak pandang kiri kanan. Tali keledar selamat disemat.

"Tu botol air kau atas pagar. Biarkan saja?" soal aku. Jari aku menuding ke arah botol air Nor yang cantik terletak di atas pagar. Macam pameran muzium botol air.

"Wei! Lupa! Sekejap eh," pinta Nor.

Aku hanya menggeleng-gelengkan kepala. Mata aku menangkap seekor kucing peliharaan Nor cuba memanjat pagar. Aku tersengih.

"Tahniah dah konvo. Tak sangka kau konvo dulu."

Entah macam mana, ayat tu masih bermain dalam fikiran aku. Daripada seorang bekas kekasih. Dia tak pernah terlupa nak wish apa-apa kejayaan aku. Waktu dia minta jadi kawan pun rasa macam dia bagi penghargaan. Kelakar pula rasanya.

Tapi itu dulu. Sekarang aku dan dia entahlah. Malas nak cakap. Cakap lebih-lebih rasa syok sendiri. Penat.

"Kau termenung apa tu?" sampuk Nor tiba- tiba.

"Aku tengah tengok kucing kau tu meronta-ronta nak ikut kau cari kerja," balas aku.

"Aimi ... Aimi .... Sudah-sudahlah buat lawak hambar kau tu. Tak kelakar. Sedih aku dengar. Dah jom gerak. Singgah kedai sana nak print resume. Boleh kan?" pinta Nor.

"Dekat sana ada kedai eh?" soal aku bersahaja.

"Iya. Aku ni bukan senang macam kau. Kau lainlah ada printer dekat rumah. Aku ni baru pindah sini. Lepas arwah ayah ..."

Sepi.

"Jom pergi print resume kau. Gambar dalam resume kau helok tak? Ke nak aku tacap pakai mekap? Takut tukang iv terkejut bila tengok kau lagi lawa daripada gambar resume kau," usik aku.

Pang!

Tu dia rakan-rakan. Tamparan daripada Cik Nor kita! Sakit! Perit!

"Sakitlah! Patah tangan aku ni kau tampar nanti siapa nak drive?" ugut aku sambil menggosok-gosok tangan kiri aku yang boleh tahan sakit.

"Kau tu lah. Sudahlah buat lawak hambar, menyakitkan hati aku pula. Itu habuannya!" ujar Nor sambil memeluk tubuh.

"Salah aku juga? Ini laki kau kena pukul, entah-entah meninggal di tempat kejadian," usik aku lagi.

"Aimi!"

Brek tangan dilepaskan. Pedal minyak ditekan. Destinasi sekarang ke kedai komputer. Baik sampai cepat sebelum aku arwah kena tampar dengan Nor. Seram!

Selesai saja Nor memcetak resumenya, baru aku dan Nor berfikir. Termenung.

"Kita nak mula dari mana dulu?"

Soalan yang sangat menarik. Tempat mana kami dan cari kerja? Ada ke jawatan kosong untuk budak-budak mentah macam kami? Hmmm.

"Aku harap dapatlah kerja bahagian kerani. Sebab kos aku bidang tu je ada," ujar Nor sayu.

"Kita cuba je dulu. Dapat tak dapat belakang cerita. Mohon je mana-mana dulu. Jadi operator kilang ke, apa ke, terima je dulu," jawab aku.

"Lagi satu masalah. Aku mana ada kenderaan nak pergi tempat kerja. Kalau aku dapat, macam mana aku nak pergi kerja? Kereta tak ada. Motor pun tak ada," luah Nor.

Baiklah. Ini kes yang agak berat.

Next: 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Izatul Husna