Home Untold Story Umum Drama 6 bulan
Drama 6 bulan
Izatul Husna
15/4/2021 11:05:19
13,067
Kategori: Untold Story
Genre: Umum
Senarai Bab
1
2
3
4
2

Signal kiri diberi. Stereng dipusing ke kiri sedikit. Pedal minyak dilepaskan. Brek kaki dipijak. Nyahsignal kiri. Tarik brek tangan. Betulkan stereng sedikit dan voila~

"Kau yakin nak mohon kerja dekat sini? Kilang woi! Mana ada bahagian pengurusan," pekik Nor.

"Tak tahu pula kilang tak ada bahagian pengurusan," sindir aku.

Nor mencebik. Aku tersenyum kemenangan. Yes!

"Macam mana kau tahu kilang ni ada kerja kosong?"

"Facebook!"

"Jawatan apa yang kosong tu?"

"Pembantu pembelian!"

Nor memandang aku dengan satu pandangan yang entahlah macam mana aku nak ungkapkan. Matanya terbuntang. Kemudian dipejam sekejap.

"Kau tahu kan kita berdua ni lepasan apa?"

"Ekonomi?"

"Apa kaitan ekonomi dengan pembelian? Lagi-lagi kilang macam ni. Kau ingat kau tu dah boleh hujah ekonomi ke?"

"Sebab tu aku mohon benda lain,"

Nor terkesima mendengar jawapan aku. Aku malas nak bertekak pagi petang siang malam dengan dia. Bergaduh benda yang tak logik.

Fail yang berisi dengan sijil-sijil aku pegang kemas. Enjin kereta aku matikan. Nak tak nak Nor kena ikut aku. Muka dia terpancar sinaran ketidakpuashatian.

Pondok pengawal kami tuju. Lelaki tua beruban putih yang sedar akan ketibaan kami sudah tersenyum dari tadi.

"Assalamualaikum. Pak cik, sini ada kerja kosong tak?" sapa aku ramah.

"Waalaikumussalam. Kamu berdua nak kerja operator kilang ke?" teka pak cik.

"Eh, tak lah pak cik. Kami berdua nak mohon kerja pejabat," sampuk Nor.

"Iya ke. Yelah, orang muda macam kamu berdua ni mesti nak kerja bawah air cond kan. Sesuailah dengan sijil kamu. Universitikan?" sambung pak cik tu lagi.

Kami berdua hanya menganggukkan kepala. Nor tampak lebih yakin. Walaupun sekadar memakai seluar jeans untuk memohon kerja.

"Tulis nama dulu. Pak cik bagitahu orang yang buat duga temu. Nanti kamu berdua terus pergi lobi kanan sana," arah pak cik itu dengan senyuman dibibir.

"Terima kasih, pak cik," jawab kami berdua serentak.

Aku dan Nor terus meninggalkan pondok jaga dan menuju ke lobi yang dimaksudkan. Tiba sahaja di pintu kaca, aku dan Nor saling berpandangan. Pintu berkunci.

"Mana satu loceng? Kanan ke kiri?" soal aku.

"Aku rasa kiri," jawab Nor acuh tak acuh.

Baiklah rakan-rakan, mari aku ceritakan apa yang terjadi sebenarnya. Ada dua kotak suis bersebelahan. Satu warna putih dan satu warna hitam. Dua-dua nampak serba canggih.

Aku memilih untuk menekan butang suis berwarna hitam. Hitam nampak kerlas begitu. Sedang jari aku sedang mendarat di atas suis itu, tiba-tiba ...

"I already call Mr Wong yesterday. He said everything just okey. Why you told me overthere being disaster already? Haiya..."

Seorang wanita yang aku syak umur dia 40-an sedang berdiri di sisi aku. Cepat-cepat Nor menarik aku. Panggilan telefon dimatikan.

"Hello. You guys datang sini nak mohon kerja kan? Nanti Anne turun dia handle. Anyways, good luck!" ujar wanita itu sambil tersenyum seperti tiada apa-apa baru saja berlaku.

Wanita itu terus menekan-nekan pin pada kotak suis hitam dan menolak pintu masuk.

"Thank you," jawab kami berdua serentak.

"Jap. Macam mana kita nak masuk kalau pintu dah berkunci?" tanya Nor.

"Soalan yang bijak dan sangat menarik," balas aku.

Previous: 1
Next: 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Izatul Husna