Home Untold Story Umum Drama 6 bulan
Drama 6 bulan
Izatul Husna
15/4/2021 11:05:19
13,080
Kategori: Untold Story
Genre: Umum
Senarai Bab
1
2
3
4
3

Borang pencalonan selesai diisi. Macam calonkan diri sendiri jadi menteri pula rasanya. Menteri dicalonkan ke?

"Lesen ni nak bubuh apa?" tanya Nor sambil menyiku aku.

"Kau ada lesen ke?" tanya aku pula.

"Ada. Lesen kereta. Tapi kereta tak ada. Last aku bawa kereta masa jpj. Lepas tu yilek," jawab Nor dengan berani.

"Bubuh lesen D," jawab aku.

Nor menganggukkan kepalanya sekilas. Tidak lama kemudian, datang seorang wanita ke arah kami berdua.

"Adik dua orang sudah siap isi?"

Aku dan Nor menganggukkan kepala. Tiba-tiba Nor menahan aku.

"Kejap. Anggaran gaji kau letak berapa? Dua ribu?" soal Nor.

"Dua ribu? Banyak betul. Kita ni pengalaman kerja tak ada. Setakat intern je. Itu pun stapler kertas. Tak membantu apa," bidas aku.

"Tapi kita ni graduan degree tau. Budak degree. Bukan SPM. Kau letak anggaran gaji berapa?" soal Nor pula.

Aku terdiam. Nor masih menanti jawapan daripada aku. Muka dia menakutkan. Macam aku bakar kereta orang. Seram!

"Seribu ... lima," jawab aku perlahan.

Terbuntang luas mata Nor. Aku dah cakap, muka Nor menyeramkan. Kening dia tercantum jua. Marilah kita lihat apa bebelan Nor. Aku dah bersedia. Apa yang dia bebelkan, aku akan pastikan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

"Murah betul gaji kau. Kau tahu tak purata gaji budak degree berepa?" soal Nor. Dia main soal-soal pula. Alah, kacang!

"Entah. Yang aku tahu seribu dua untuk diploma. Itu pun ada pengalaman, gaji jadilah seribu tiga. Kan?"

Huish .... Hebat betul gaya aku jawab. Macam budak bijak!

"Kau letak nilai sijil degree kau sebanyak seribu lima? Selama tiga tahun kau belajar macam orang gila, seribu lima je Aimi? Kau biar betul. Dapat seribu lima, kau bayar duit itu ini tinggal berapa sen je wei. Belum lagi tolak PTPTN. Belum lagi duit nak berjimba. Kau biar betul. Fikirlah logik sikit. Kita mohon kerja bahagian pengurusan, admin. Kerja yang pakai otak yang kau sumbat dengan macam-macam ilmu sepanjang kau hidup ..."

"Dah boleh masuk bilik meeting. Nanti Kak Anne sampai," sampuk wanita tadi.

Fuhhh! Telinga aku selamat daripada bengkak menerima bebelan Nor. Ya Allah!

Wanita itu membawa kami berdua menuju ke bilik yang dimaksudkan. Mata aku terpesona melihat rekaan dalaman laluan ke bilik itu. Rasa macam bos bos melawat.

"Kamu berdua panas tak?" soal wanita itu.

Aku memandang Nor dan Nor memandang aku semula. Panas? Terus aku mencari ting ... kap. Sekejap. Bilik ni tak ada tingkap! Patutlah rasa macam dalam ketuhar!

"Panas, kak," jawab Nor. Wanita itu terus menghidupkan pendingin hawa. Terus rasa sejuk.

"Kak Victo, kejap lagi saya mulakan iv. Dua orang kan?"

Tiba-tiba ada kepala menjenguk ke bilik yang ada kami. Kus semangat! Ingatkan ada penanggal dekat sini. Kau gila?

"Ya, Kak Anne. Ini mereka berdua," jawab Kak Victo sambil beralih ke tepi.

"Nanti minta seorang keluar dulu. Saya buat iv sorang-sorang. Saya nak uruskan Satya dulu. Boleh Kak Victo?" tanya Kak Anne sambil berlalu pergi.

Aura Kak Anne macam bos. Ke dialah bos?

"Siapa nak iv dulu?"

Nor terus bangun. Aku terkesima. Kak Victo membawa Nor keluar dari bilik itu. Tinggallah aku seorang diri.


Previous: 2
Next: 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Izatul Husna