Home Novel Thriller/Aksi Kultus Ibrahim
Kultus Ibrahim
DK Sarah
1/7/2019 01:25:46
12,584
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 4

Akar Beringin.


Atu moyang kitani tu, sebab zaman dulu-dulu pergelutan kuasa baik secara halus mahupun terang-terangan ani biasa. Maka moyang merajuk dan berperahu lah mereka disepanjang sungai Brunei sehingga sampai ke Papar dan mendirikan penempatan disana. Aku sempat meliat salasilah keluarga. Sampai ke susur galur Almarhum di Luba. Menurut kata orang tua-tua, salasilah atu tersusun rapi di batu bersurat yang masih dijaga sehingga sekarang, waris saja yang boleh memigang batu bersurat atu. Kalau bukan waris, niscaya paning tu kepalanya memigang, kabas batisnya.” Kata Haji Aripin. Perbualan mereka semakin rancak.

 

“Hmm… biar betul Haji Aripin ni, susur galur Almarhum di Luba? Tapi kalau betul pun waris, apalah kelebihannya? Di zaman sekarang ni hubungan pertalian darah sahaja tidak cukup untuk survival, hanya pertalian akaun bank yang penting sekarang ni. Beginilah orang Melayu, banggakan sangat dengan pertalian darah. Ramai sahaja yang mengaku waris. Kenyataannya ekonomi entah kemana, tanah tergadai.” Fahmi tiba-tiba menjadi sensitif memikirkan nasib bangsanya. Mungkin darah patriot turut mengalir didalam tubuhnya.

 

Au, mungkin ada benarnya tu Ji.” Pg Matusin tersenyum palsu, mengiayakan sahaja kata-kata Haji Aripin walaupun dia berasa sangsi dan malu dihadapan mereka berikutan dakwaan bahwa Sultan Brunei yang ke-16 adalah moyang mereka. Namun tak sampai hati dia mengaibkan sepupunya itu disitu juga.

 

“Kalau dulu-dulu adi-beradi, sepupu sepapat berabut takhta. Sekarang ani, parti-parti politik pula berebut kuasa. Orang kitani ani, memang nda pernah kan bepakat, kadang-kadang, kerana nyamuk seekor… habis kelambu dibakar.” Pg Matusin mengulas dan mengalihkan topik perbualan mereka.

 

“Betul tu Pengiran, sebab itu lah terjadinya krisis perlembagaan baru-baru ni kan Tuan Morshidi,” Sophia tak habis-habis dengan krisis perlembagaannya.


“Ya Sophia, lebih kurang begitulah. Sebenarnya, saya melihatnya sebagai sesuatu yang menarik apabila Pg Matusin membangkitkan soal perebutan takhta di antara keluarga ni. Sebabnya perebutan kuasa ini boleh berlaku dimana-mana, universal…mengingatkan saya mengenai kerabat ‘The Plantagenets’ yang lahir dari Geoffrey the fair dan Matilda. Ia mengisahkan politik keluarga yang berlaku ketika era dunia pertengahan England. Yang mana, pemerintahan pada ketika itu didominasi oleh keluarga Plantagenets selama lebih tiga ratus tahun lamanya. Struktur kerajaan diwarnai politik keluarga, skandal keluarga. Sesiapapun pasti pernah mendengar mengenai pemberontakan Richard si Hati Singa. Perebutan takhta sebegini banyak berulang didalam lipatan sejarah. Meskipun begitu, tidak ramai yang mengambil pengajaran daripadanya. Berdasarkan kisah Plantagenet, dapatlah saya simpulkan, fahaman politik yang bersandarkan kepada kepentingan yang salah boleh menjadi alat atau daya yang kuat untuk berbunuhan. Jangankan dua bangsa, dua parti… bahkan, satu keluarga pun boleh berbunuh-bunuhan! Semua ini disebabkan dahagakan kuasa, tamakkan harta.


“Ya betul lah tu. Malahan, pada zaman itu doktrin agama sangat berpengaruh dan turut sama melakar dunia Plantagenet termasuklah ketika peristiwa perang salib yang dipacu oleh Richard si Hati Singa. Kalau dilihat pada arus semasa, agama selalu sahaja dijadikan alat untuk mengukuhkan kedudukan seseorang.” Mustafa menambah.

 

Membari ijap kitani yang hidup ani mendangar, betabak, betatak disebabkan nafsu serakah kan berkuasa.” Sahut Haji Aripin.

 

“Huh! Bernas hujah Morshidi. Tak sangka pula, Mustafa juga tahu mengenai The Plantagenets. Nampaknya, aku kena lebih membaca lagi selepas ini.” Fahmi terpegun.

 

“Benar sekali Tuan Morshidi!” Sophia memberi senyuman dengan pandangan mata yang sangat optimis.

 

Fahmi tahu benar Sophia sedang memburu prospek terbarunya, iaitu Morshidi. Dan dia sangat yakin Sophia akan berjaya menjadikan Morshidi klien. ‘Krisis perlembagaan’ hanyalah batu loncatan ataupun ice breaker untuk memenangi hati Morshidi supaya mengambil pelan takaful terbaru Sophia.

 

“Sebenarnya, semua ini ‘sunnatullah’. Syurga-neraka, benar-salah, baik-buruk… alam ini kan diciptakan dengan keteraturan. Kita perlu menyadari hakikat bahawa perebutan kuasa, pembunuhan adalah salah satu hukum alam yang tuhan jadikan untuk membersihkan dunia ini, bagi memastikanya berjalan dengan sempurna. Seseorang harus melakukannya mewakili kehendak tuhan.” Mustafa tidak ketinggalan menyuarakan pendapatnya.


Fahmi sebenarnya agak terpesona dengan perbualan mereka. Walaupun masih muda, Sophia dan Mustafa mampu berbicara soal-soal arus perdana dengan fasih. Namun dia kurang bersetuju dengan ayat terakhir Mustafa. Seolah-olah pembunuhan bukanlah sesuatu yang salah, sekiranya disambung dengan ayat, ‘dengan nama Allah’ dibelakangnya. “Hmm mungkin aku yang menokok tambah, dia hanya berhujah soal sunnatullah.” Fahmi meneruskan monolognya.

 

“Betul tu Sophia, Mustafa, disebabkan itu jugalah salah satu hajat saya menjemput biskita kemari Sophia, Fahmi. Untuk memperkenalkan kamu dengan anak-anak saya.” Sebab, perkara pertama yang perlu saya lakukan adalah membentuk perhubungan diantara kamu semua ni dahulu. Generasi kamu inilah yang akan meneruskan kelangsungan ekonomi bangsa kitani di kemudian hari nanti.

 

“Terima kasihlah diatas jemputannya Pengiran. Saya sebenarnya tertanya-tanya juga kenapa Pengiran tidak menyertai dan aktif sahaja berpolitik, bukankah politik adalah wadah terbaik untuk memperjuangkan nasib anak bangsa? ” soal Sophia.

 

“Ya, memang saya ada terfikir juga Sophia, parti politik adalah platform yang tepat untuk memperjuangkan nasib anak bangsa. Tetapi, harus diingat, kita juga perlukan kekuatan ekonomi untuk bangun. Mungkin, itulah peranan kecil saya setelah mewarisi harta keluarga Morni dan mengusahakannya pula. Semestinya saya bercadang untuk memastikan kesinambungannya turun kepada anak-anak saya pula. Tambahan pula, bukankah saya seharusnya dilihat sebagai ahli perniagaan yang bersifat neutral?” Pg Matusin mengenyitkan matanya menjawab pertanyaan Sophia.


“Betul tu Pengiran, saya bersetuju. Kerana, selain berpolitik banyak lagi saluran-saluran lain yang berkesan sebenarnya. Badan dakwah umpamanya, badan-badan NGO dan persatuan-persatuan.” Mustafa mencelah.

 

“Sebab anak-anak saya ni yang akan mewarisi perniagaan serta harta keluarga kelak. Meneruskan perjuangan ekonomi bumiputera yang hanya tinggal beberapa kerat sahaja lagi. Bagi saya, kepercayaan dan persefahaman antara kamu semua haruslah dibentuk dari sekarang untuk kelangsungan syarikat.” sambung Pengiran Matusin.

 

“Oh ya, dimana anak-anak kita Pengiran?” Tanya Fahmi.

 

“Mereka sebenarnya masih dalam perjalanan kemari.” Dijadualkan selepas Asar mereka sampailah.

 

“Hmm, Pengiran Matusin nak kenalkan aku dengan anak-anaknya, ngam! Inilah kesempatan terbaik untuk aku membina hubungan dan meraih lebih kepercayaan dengan keluarga Morni." Sophia berbisik sendirian.

 

Disebalik wajah naif Sophia, tersembunyi nafsunya yang besar untuk mendapatkan status Million Dollar Agency lagi tahun ini. Ataupun lebih daripada itu, mendaki status sosial yang terhormat. Walaupun sistem kasta telah lama tiada.

 

Sementara itu Mustafa yang hanya mengikuti gurunya kemari untuk mengambil peluang bercuti, kini memahami tujuan jemputan Pengiran Matusin. Dia sebenarnya berasa sedikit terasing kerana tidak mempunyai peranan dan tak dijemput sendiri secara peribadi oleh Pg Matusin. 


Didalam kerancakan mereka bercerita, sebenarnya mereka lupa bahawa mereka juga adalah sebahagian daripada 'sistem' yang telah lama wujud berakar ke dalam setiap lapisan masyarakat. Ibarat daun-daun yang tumbuh, bergantung harap kepada akar pohon beringin yang sudah tua dan berjanggut.

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh DK Sarah