SINOPSIS [kali ini saya letak sinopsis sebelum continue. Thrilling right?
Sinopsis
Dua jelitawan, Dania dan Danila yang berwajah seiras ialah pelajar
genius dua bersaudara. Mereka terlalu akrab, dan amat menyayangi satu
sama lain. Tidak pernah berpisah sedari kecil lalu sering disalah
anggap sebagai kembar, meskipun berbeda usia setahun.
Tamat tingkatan 3 Dania terus ke sebuah Insitiut Teknik , SMTSU di
Selangor manakala Danila yang kecewa kerana terpaksa berpisah dengan
adik kesayangannya, nekad menerima tawaran melanjutkan pelajaran di
Universiti Southampton berbekalkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan
SPM.
Di Institiut tersebut Dania menempa populariti kerana bakat melukisnya
yang tiada tara. Dania yang memiliki pakej yg lengkap terus menjadi buah
hati sekolah. Dia jadi anak emas sekolah. Disayangi oleh majoriti
guru di sekolahnya dan menjadi anak angkat kepada Pengetua Encik Mat
Nor.
Dialah juara tenis antara sekolah. Dialah juara petandingan cerpen
peringkat nasional . Paling mengagumkan, dia sentiasa mengungguli
tempat pertama di mana-mana pertandingan melukis yang diadakan.
Bermula dari peringkat sekolah hinggalah ke peringkat negeri dan
nasional. Dia meraih ratusan trofi dan dianugerahi hadiah-hadiah
lumayan disamping turut diberi peluang melawat Kota Paris. SMTSU
menjadi masyhur kerananya.
Kedatangan guru Fizik yang juga merupakan guru Lukisan kejuruteraan,
bernama Masriezal ke situ telah membenihkan sesuatu yang diluar
kemampuan untuk dia menolaknya. Dia gagal bertahan dan jatuh cinta.
Sayangnya, guru itu tidak tertarik dan menganggapnya masih mentah.
Meskipun dia berusaha sedaya upaya menarik perhatian guru tersebut
bermodalkan kejelitaannya dan bakat melukis luar biasa yang dipunyainya.
Tanpa segan-silu, dia menghadiahkan guru itu karya-karya lukisannya
hampir sebilang masa. Meskipun cintanya tidak dilayan guru tersebut,
namun Dania tidak pernah berputus asa. Sesuatu terjadi ketika guru itu
menyambut pelawaan Dania bertandang ke kampungnya di utara, iaitu di
Perlis.
Barulah guru itu mengetahui betapa daif dan melaratnya gadis hebat yang
menjadi ikon dan idola para pelajar SMTSU itu. Di sebalik semua itu,
Masriezal berasa amat terharu dan kagum. Ini kerana Dania tidak
pernah berasa malu menunjukkan kemelaratan hidup dia dan keluarganya.
Yang gadis itu tahu, dia mahukan Masriezal yang dicintainya itu
menikmati keindahan desa di mana dia dibesarkan. Dia seorang pelukis.
Sudah tentu dia juga pencinta keindahan. Dan dia mahu berkongsi rasa
dan minat itu dengan lelaki yang amat dikaguminya.
Di tengah-tengah bendang sawah, Dania mempamirkan kemahirannya melukis
yang sungguh tiada tara. Dia menunjukkan betapa mudahnya dia
memindahkan segala keindahan di situ ke atas sebuah kanvas dengan
semudah ABC. Masriezal kagum. Terlalu kagum. Minat yang mendalam
terhadap bakat Dania menunaskan rasa kasih dalam dirinya terhadap gadis
itu. Lalu bersemilah perasaan cinta.
Tercetus konflik bila tiba-tiba Dania berubah sikap. Dia menjadi amat
penyedih dan seakan-akan dibelenggu kesusahan atau masalah yang terlalu
serius. Namun dia tetap enggan menyatakan punca dia berdukacita itu
kepada Masriezal yang bahkan bersedia hendak membantunya bila-bila masa
sahaja buat gadisnya. Dania seolah-olah terikat kepada sesuatu yang
tidak mampu dirungkai oleh sesiapapun. Tiba-tiba saja SMTSU mengalami
pertukaran Pengetua. Lelaki yang menjadi ayah angkat Dania digantikan
oleh seorang pengetua yang lebih muda bernama Khir Nawawi.
Pengetua baharu itu mendatangkan kecurigaan di hati Masriezal. Dia juga
kelihatannya amat rapat dengan Dania. Masriezal mengesyaki ada
sesuatu yang tidak baik berlangsung di antara Dania dan Pengetua yang
masih muda itu.
Atas sesuatu sebab, Dania tiba-tiba mengambil cuti untuk pulang ke
kampungnya. Dia bertembung dengan kakaknya Danila yang baru pulang
dari Southampton kerana bercuti juga. Namun hanya seketika mereka dapat
bersama. Kerana Dania kembali semula ke SMTSU, tapi kali ini dengan
sikap berbeza. Dia kelihatan lebih radikal dan lebih agresif.
Perubahan itu tentunya mengejutkan Masriezal yang teramat
mencintainya. Dania seperti mahu menjauhkan diri daripadanya. Tetapi
kenapa? Dia malah, bersikap aneh dan berlagak tidak seperti dirinya
sendiri. Apakah yang membelenggu Dania hingga mengubah personalitinya
sedrastik itu? Masriezal sedih dan bingung.
Beberapa hari sesudah itu Dania ditemui tergantung di kipas siling
kelasnya. Paling menyayat hati, Masriezal yang tidak tahu apa-apa telah
dituduh menghamilkan Dania sehingga menyebabkan gadis itu nekad
membunuh diri.
Bukankah Dania mencintainya sepenuh jiwa?
Masriezal meninggalkan profesion perguruannya dan berkhidmat sebagai
seorang eksekutif di sebuah syarikat pengilangan di Selangor. Dia
berikrar tidak akan ke sekolah itu lagi. Juga tidak akan jatuh cinta
lagi. Dia benar-benar kecewa dan sungguh-sungguh menderita dek kematian
Dania..
Manakala Danila, sesudah kematian Dania, enggan meneruskan
pengajiannya semula di Southampton. Dia menghidap kemurungan dan
sentiasa mengurung dirinya di kamar adiknya yang dipenuhi alat-alat
lukisannya. Walhal dia, amat bencikan lukisan malah memusuhi apa saja
yang berkaitan dengan seni lukisan.
Jika benar Danila membenci apa saja elemen yang berkaitan seni lukisan, kenapa dia betah mengurung dirinya di situ. Siapa sebenarnya yang ditemui mati tergantung? Ada misteri yang sukar dirungkai di sini. Di SMTSU itu pula, ramai kenampakan entiti yang menyerupai wajah
Dania. Kelibat menyerupai arwah Dania itu dilihat bergentayangan di
merata-rata tempat di sekolah tersebut. Fenomena itu menakutkan para
pelajar yang belajar di sana. Kelas tempat Dania pernah belajar dulu
terpaksa ditutup dan dijadikan stor.
Penemuan nota kecil di luar pintu kondonya membuatkan Masriezal
bertekad untuk kembali semula ke sekolah tersebut demi membersihkan
nama Dania yang diaibkan dengan tohmahan membunuh diri. Dia tidak
percaya pelajar bijak dan genius seperti Dania sanggup melakukan
perbuatan terkutuk itu. Masriezal dengan dibantu oleh beberapa orang
pelajar Kelas Elit yang pernah dibimbing arwah Dania, berusaha
menyingkap misteri di sebalik kematian pelajar genius tersebut.. .
Maniam yang merupakan jaga sekolah tersebut akhirnya terpaksa dimasukkan
ke wad psiakiatri setelah diserang lembaga yang berkeliaran di SMTSU.
Sebelum mati, matanya asyik merenung ngeri kipas siling di wad di mana
dia dirawat. Dia mati kejung dalam keadaan kedua tangannya kaku di
leher seolah-olah sedang mencekik dirinya sendiri. Kenapa?
Sebuah kisah sedih. Kisah impian yang berkecai . Kisah pengharapan
yang luruh bersumberkan sebuah kisah benar seorang pelajar membunuh
diri si sekolahnya setelah hamil diperkosa jaga sekolah ini. Namun
sesudah derita ada bahagia. Ada kejutan menanti anda di hujung cerita. Yang pasti, anda semua pasti suka ;) Nantikan terbitannya...
Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.
Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.