Home Novel Seram/Misteri Yang Tak Terlihat
Yang Tak Terlihat
Lemon
15/10/2020 09:11:27
40,407
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 7

Setelah seronok bermain air dan bermandi manda, mereka bertujuh bersama menjamu makanan yang sudah Elisa dan Raihana sediakan pagi tadi. Gelak tawa menghiasi kawasan air terjun tersebut, terhibur dengan gelagat Hanif dan Rayyan yang sememangnya moodmaker di dalam kumpulan tersebut.

"For some reasons, aku jadi teringat pula apa yang Farah ceritakan di dapur. Aku dapat rasa macam ada yang tak kena dengan villa Indah tu. Pelik semacam" Tutur Danial secara tiba-tiba, mengundang riak aneh pada yang lain.

"Apa maksud kau? Pelik macam mana tu?"

"I don't know if this is just imagination or what. Everything in that villa doesn't look right. The owner, the environment, the villa itself. Dari kita keluar dari tempat tu sampai perjalanan ke sini, aku dapat rasa macam ada sesuatu tengah perhatikan kita. Entahlah"

Narmi dan Rayyan sekali lagi berpandangan, lantas Rayyan menyentuh bahu Danial. "Perasaan kau mungkin. Kau fikir sangat apa yang Farah cakap pagi tadi"

"Mungkin"

"So, lepas ni kita nak buat apa? Balik villa tu?" Soal Elisa, mengunyah sandwich buatannya. Walaupun muka dia nampak berani, tapi dia pun pandai cuak bila orang sentuh tentang isu mistik dan paranormal. Cerita Farah, reaksi Rayyan dan Narmi, firasat Danial, semua tu bukan satu benda yang kebetulan.

Tiba-tiba dia teringat filem seram yang dia tonton bersama Zahara dan Raihana tempoh hari. Alahai, jangan pula mereka alami perkara seperti itu!

Farah menjulingkan mata ke atas. "Yes, obviously. Aside from this air terjun, there is nothing to elso see. Kalau kau nak bermalam, go on. Biar kau dengar suara mengilai tengah malam di sini, padan muka"

"Oi oi, mulut tu tolong jaga sikit"

"I'm just asking, moron. Gila ape nak bermalam tempat macam ni? I mean, well, it's beautiful but can be quite scary at night. Bukan setakat selimut, kaki kau tu pun boleh kena tarik masuk dalam air" Balas Elisa tidak berpuas hati.

"Haih. El, no bad words, remember?" Raihana menggelengkan kepala. Bukan main seronok dan berbaik dua orang ini bermain air sungai tadi, siap ambil gambar sama-sama. Sekarang ni gaduh balik pula? Alahai. 

Narmi mengetap bibir, dia rasa keseorangan bila melihat kawannya berborak antara satu sama lain. Pandangan dia zahirkan pada mereka. Hanif dan Rayyan yang rancak bergelak tawa, Farah dan Elisa pula tak habis bertikam lidah berebutkan sandwich manakala Danial dan Raihana berbual mesra mengenai series netflix yang dia kurang pasti mengenai apa. Keluhan Narmi lepaskan, apa mereka tak nampak dia di sini?

"Well, seems like  we have to end the joy here. Lepas kita kemas-kemas semua ni, kita balik villa dan korang decide nak buat apa malam ni dalam perjalanan"  ujarnya tegas, mematikan mood-mood mereka yang masih ingin 'berseronok'.

"Gambar-gambar kau ambik ni semua fotogenik, Far. Cantik. Nak tak nak aku mengaku sepupu aku ni ada bakat ambil gambar" Puji Hanif melihat satu per satu gambar yang Farah ambil. Ada macam-macam ragam mereka di dalam gambar, terhibur pula dibuatnya.

"Iyalah. I patut hire you jadi fotografer waktu I kahwin one day. Eh, I minta nanti tau! Jangan you delete pulak" Puji Rayyan pula, teruja melihat gambarnya di dalam kamera Farah. Yang lebih teruja, dia dapat lihat Raihana dan Farah dalam satu gambar yang sama walaupun ada Elisa di tengah-tengah.

Farah tersenyum simpul. "I dari dulu lagi minat ambil gambar, korang yang tak nak ambil kisah. I ambil gambar-gambar yang random lepas tu lekat di bilik. Sometimes I posted dekat ig yang satu lagi"

"You sure do. I still remember you took a picture of this random guy and posted it online. Surprisingly it went viral because people mistook him for a model" ujar Raihana dengan tawa halus, teringatkan kenangan lalu.

Farah turut melepaskan tawa, terkenang waktu itu. "Right! That's when I started to gain follower from only hundreds to thousands. Lelaki tu pulak dm I sebab ingat I minat dia, oh God!"

"I know right! Dia siap tuduh you stalker lepas tahu you reject dia. Memang tak tahu malu langsung. Dia tak tahu you sebab dia jadi femes macam tu"

Melihat Raihana dan Farah bergelak tawa macam tu, Elisa ikut senang. Tak sia-sia dia paksa Farah ambil gambar mereka, senang juga melihat Farah yang diva menjadi dirinya semula.

"It's good to see them in a good terms, Hanif's idea to bring Farah pun tak adalah teruk mana. I mean, I tak pernah tahu mereka pernah gaduh" Suara Danial dari tepi menyentakkan Elisa yang masih memandang mereka.

Elisa mengangguk. "Tak gaduh, Danial. Cuma ada kesalahfahaman tapi El harap sangat mereka boleh jadi macam dulu. El cuba cari pasal dengan anak manja tu sebab nak tengok Raihana defend dia"

Mata Danial serta merta membesar. "Wait...what? Jadi you memang sengaja cari pasal dengan Farah? Cuma nak tengok reaction Raihana? Is that all?"

"Oops, I spoiled it. Jangan kasi tau dorang tau, El kerat-kerat you nanti" Elisa mengenyitkan mata pada Danial sebelum berlalu.

Danial menggelengkan kepala, tersenyum. Elisa memang aneh, seperti mana gadis itu waktu pertama kali dia jumpa. "She is definitely unique, unpredictable!"

"You patut bagitahu I awal-awal, Farah. Tak pasal-pasal I dah judge you, simply because of that. Well, you gave a bad impression to me, you know?" Sampuk Narmi.

"Bad...impression? Contoh?"

"Hm, diva. Orang yang macam nak jadi center of attraction tapi jenis kasar. Tapi sekarang tak lagi, sikit"

Farah mencebik, wajah Narmi dia jeling sekilas sebelum melangkah ke hadapan. Bila tengok Narmi, perasaan nak marah pun tak jadi. Alah! Susah betul bila berhadapan dengan orang yang good-looking macam Narmi. Kau benci dia pun jadi suka, tau!

"Kenapa tu? Merajuk ke?" Soal Narmi pada Hanif bila melihat Farah berjalan mendahului mereka. Hanif menggelengkan kepala, keluhan dia lepaskan saat memandang Narmi. Bahu Narmi ditepuk lembut.

"Kau fikir sendiri, bro"


Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lemon