Home Novel Seram/Misteri Yang Tak Terlihat
Yang Tak Terlihat
Lemon
15/10/2020 09:11:27
40,410
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 5

Rayyan terjaga dari tidur bila mendengar bunyi tapak kaki dari luar pintu. Jam di telefon dia pandang, seraya menguap kecil. Siapa agaknya yang masih bangun di waktu begini? Dia ingin bangun dan memeriksa tapi naluri penakutnya memang tinggi sehinggakan dia hanya boleh membatu di situ.

"Fikiran kau mungkin" ucapnya, menyenangkan hati. Dia kembali memejamkan mata namun sekali lagi bunyi tapak kaki itu kedengaran. Semakin mendekat dan jelas kedengaran, seperti ingin menuju ke biliknya membuatkan jantung Rayyan berdebar sepantas mungkin. Takut barangkali.

Tap...

Tap...

Tap...

Diburu rasa resah dan gementar, Rayyan membangunkan Narmi yang sudah lena tidur di sebelah. Narmi terjaga dari tidur, mendapati Rayyan sudah duduk dengan peluh di dahi. Dah kenapa? "Oi, kau kenapa tak tidur lagi?"

"Shh. Cuba kau dengar bunyi tu" Bisiknya dalam nada perlahan, jelas ketakutan sambil melirik ke arah pintu. Peluh yang sudah menitis di dahi dia kesat sekilas.

Narmi bangun, menggosok-gosok matanya sebelum berpaling ke arah pintu. Dia mendekatkan telinga ke depan, cuba mendengar bunyi bising yang Rayyan dengar. Mata yang kuyu itu tiba-tiba berkerut, dia memandang kembali kawannya. "Kau nak aku dengar bunyi orang berjalan, seriously?"

Rayyan mengeluh panjang, meraup wajahnya. Apa bengap sangat lelaki ini? Inikah dekan yang dibanggakan pihak fakulti? "Kau sedar tak pukul berapa sekarang? Siapa yang gila nak merayau tengah malam macam ni?" Bisiknya.

"Rayyan, seriously? What if they just want to go to the toilet? Macam mana pula kalau orang tu owner villa yang tak dapat nak tidur and she just needs fresh air lepas berkurung dalam bilik berpanjangan? Kau ni pun, mudah betul nak triggered dengan bunyi remeh macam ni. Tak cool, bro" Bebel Rayyan, marah barangkali tidurnya diganggu. Penatnya masih belum hilang lepas drive tiga jam lamanya tanpa henti.

Rayyan mengetap bibir. Dia menggaru kepala, seolah anak kecil yang baru dimarahi oleh bapanya. Tidak dia nafikan logik dari kata-kata Narmi, tapi kenapa dia masih rasa tak sedap hati? Rasa macam kau dah bunuh semut yang cuma nak sebutir nasi dari pinggan kau. Atau macam kau tengah bersembunyi dari perompak di bawah katil.

Mengalah, dia mengiakan sahaja kata-kata dari Narmi. "Fine, aku minta maaf. Baliklah tidur, kita pun ada aktiviti sepanjang hari esok"

Narmi mengangguk, bergerak kembali ke arah katil. Baru sahaja dia ingin menarik selimut, mereka berdua dikejutkan dengan ketukan di depan pintu. Narmi mendengus geram, tidak cukup dengan Rayyan, ini ada pula manusia yang menggangu tidurnya. "Apa pulak kali ni?!" 

Narmi bangun untuk kedua kalinya, diikuti Rayyan di belakang. Sebaik sahaja pintu dibuka, mereka mendapati tiada sesiapa di luar selain gelapnya ruang dan lampu kecil di bilik tidur mereka. Narmi mengerutkan dahi, memandang kiri dan kanan.

"Siapa tu? Dani? Anep? Tolonglah. Aku ni penat betul nak main hide and seek" ucapnya kembali menutup pintu. Sakit betul hati dipermainkan begini. Esok pagi dia akan menyiasat seorang demi seorang yang menganggu tidur lenanya.

Farah menapak ke dapur, di mana ada beberapa orang di sana berborak mesra. Sempat lagi dia bertegur sapa dengan Danial dan Hanif sebelum mengambil tempat di sebelah Hanif  yang sedari tadi menjamah mi goreng instan buatan Elisa.

"Farah, kenapa bawah mata you gelap semacam? You tak tidur ke malam tadi?" Tegur Danial, orang pertama yang sedar akan perubahan pada wajah Farah.

Farah mengangguk, dia menuang air teh ke dalam cawan plastik lantas mengalih pandangan pada Danial. "I tak dapat tidur langsung. Setiap jam mesti I akan terbangun. Hm, you berdua ada rasa apa-apa tak malam tadi?"

Danial dan Hanif menggelengkan kepala, lena juga mereka tidur malam tadi. Namun, wajah yang budak berdua itu tayangkan jelas seperti ingin tahu mengenai cerita di sebalik soalan Farah. Jarang gadis itu ingin bertanyakan soalan aneh kecuali ada sesuatu yang berlaku.

"Ha, Rayyan, Narmi. You berdua macam mana pula? Selesa tidur malam tadi? Ada sesuatu yang pelik tak berlaku?" Soalnya bila Rayyan dan Narmi muncul di situ.

Narmi dan Rayyan berpandangan seketika. Narmi menggelengkan kepala, Rayyan menganggukkan kepala. Bila Rayyan gelengkan kepala, Narmi pula mengangguk. Alahai, Narmi mengeluh panjang. "Nothing happened, I guess. Nak cakap selesa, tak juga. Tidur pun cukup makan, penat kan. Kenapa, Farah? Apa yang berlaku?"

Rayyan sekadar tayangkan muka toya. Tiada apa? Waktu serius macam ni pun Narmi nak sembunyikan fakta? Mana tahu apa yang berlaku malam tadi bukan berpunca dari manusia? Mana tahu ada kaitan dengan soalan Farah? Haih, haih.

Elisa yang baru muncul membawa telur mata mencebik. "Tak tahu pula orang macam kau ni penakut. Itulah, aku suruh tidur sekali tak nak pulak. Ego sangat. Tengok apa dah jadi? Macam panda versi kurus pulak aku tengok"

Farah automatik melemparkan jelingan pada Elisa. Ada-ada sahaja isu yang perempuan itu tak puas hati. Nak sahaja dia simbah Elisa dengan air teh di tangannya. "Kau diam, Elisa. Aku tak tanya kau pun, jadi tak payah nak menyibuk hal aku"

Raihana hanya menggelengkan kepala. Dia hanya mampu mendiamkan diri, menjadi pemerhati di antara mereka berenam. Apa yang dia tahu, perutnya itu harus diisi. Bangun sahaja dari tidur, perutnya meragam minta diisi makanan. Parah betul!

"So, tell us. Apa yang jadi malam tadi, Far?" Soal Danial, menyedari keadaan sekarang mulai kelihatan janggal dan dingin. Dia pun tidak mahu gadis-gadis itu bermasam muka di hadapan rezeki.

Farah melepaskan keluhan. "I tak pasti kalau semua ni cuma imaginasi atau apa, tapi I dapat rasa yang macam ada benda tarik selimut I malam tadi. Bila orang bangun je, selimut dah ada di atas lantai. I fikir mungkin sebab angin kuat sangat, jadi I pergi kutip balik selimut tu. When I was about to continue my sleep, I dengar ada suara orang berbisik di bilik sebelah padahal sebelah tu stor barang"

"Kau pasti ke benda tu betul-betul jadi? Maksud aku, kau tak rasa kau bermimpi ke? Maklumlah, kau tu imaginasi tinggi"

"Kau ingat aku ni penipu ke? Aku cerita benda betul. Aku siap cubit tangan aku sampai merah macam ni. Bilik tu pun rasa sejuk semacam. Taknaklah fikir benda yang berkaitan dengan paranormal bagai tapi selimut aku memang kena tarik setiap satu jam. Lepas tu, aku dengar pulak suara orang. Haih, ingat aku main-main ke benda macam ni?" ujar Farah, siap tunjuk lagi kesan merah di tangan kiri akibat cubitan. Mana tahu budak Elisa ni tak percaya.

"Macam mana pulak dengan suara orang yang you dengar tu? Macam suara lelaki ke? Perempuan ke apa? You pasti tu bukan suara puan Indah?"

Farah mengangkat bahu. "Kalau puan Indah pun, kenapa nak berbisik? Nak berbisik dengan siapa bila dia sorang kat villa ni? Tak silap I, suara tu macam suara orang tua. Ish, meremang pula bulu roma bila fikir hal malam tadi"

"Hm, aku pun tak berani nak cakap apa-apa. Ini villa lama, kita pun tak tahu apa yang jadi kat tempat ni. Apapun, Farah, kau janganlah fikir sangat tentang hal ni. Nanti lain pula jadinya" Hanif cuba menenangkan sepupunya.

Narmi mengangguk, bersetuju dengan Hanif. Perkara yang berlaku malam tadi pun, biarlah antara dia dan Rayyan saja. Dia tak nak menakutkan mereka yang lain. Mungkin apa yang berlaku malam tadi cuma imaginasi dia dan Rayyan. Entahlah.

"Dah, dah. Sampai sini je dulu. Elisa, Raihana, korang ada plan ke tak lepas ni? Farah macam mana pulak? Kami berempat ingat nak ke tempat air terjun yang kami bincang haritu. Nak ikut tak?" Cadang Hanif.

"Farah ikutlah kalau macam tu. Lagipun, tak berani pulak nak tinggal seorang kat villa ni. Puan Indah tu dari semalam sampai sekarang tak nampak batang hidung. Hesy, tak naklah fikir bukan-bukan"

Sepuluh pasang mata beralih pula pada Elisa dan Raihana. Gadis berdua itu memandang satu sama lain, lantas mengangguk serentak. Mereka pun tiada aktiviti selain mengikut plan Rayyan dan kawan-kawan. Lagipun, bukan selalu mereka dapat pergi ke tempat air terjun!


Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lemon