Home Novel Seram/Misteri Yang Tak Terlihat
Yang Tak Terlihat
Lemon
15/10/2020 09:11:27
921
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 15

Seakan terjatuh, Narmi bangun dari tidur. Dia membuka mata, terkejut melihat perkara di depan mata. Macam mana dia boleh ada di dalam kelas? Mana pula keberadaan yang lain? Apa semua tu? "Aku mimpi dalam...mimpi?"

Tidak mahu tertipu lagi, dia menampar pipi sekuat mungkin. Narmi mengaduh kecil, kuat juga tamparannya walaupun badan tidak sasa mana. Dia bangun, membawa beg sandang bila bahunya tiba-tiba ditepuk dari belakang. Rasa seram sejuk menyelubungi diri. "S-siapa pulak ni?!"

Narmi berpaling ke belakang, perlahan-lahan namun tiada pula orang di situ. Haih, siapa pulak yang nak main hide and seek dengan dia? Kemudian, dia perasan bayang seseorang sedang duduk terpuruk sambil menutup wajahnya sendiri dengan telapak tangan. Dari gaya rambut belakang sahaja nampak macam Rayyan. Narmi mengeluh panjang. Entah lega atau geram, yang pasti pelakunya adalah manusia.

"Tak guna punya kawan"

Rayyan melepaskan tawa sebesar alam. Wajah pucat Narmi masih segar di ingatan. "Mi, kau tidur sepanjang kelas. Nasib baik hari ni kelas sekejap je. Tapi kau tidur mengalahkan orang yang tak tidur sebulan. Muka kau berpeluh, kau mimpi apa?"

"Bro, kalau aku cerita pun kau takkan percaya. This whole dream is damn confusing. Mimpi aneh. Aku tak tahu macam mana nak explain"

Rayyan mengerutkan dahi. Mimpi aneh? Aik, macam bukan seketul Narmi. "Aneh maksud kau? Sekejap. Baik kita ke kafe dulu, kau ceritakan semua pada kami. Jomlah, lama diaorang tunggu kau"

Tiba sahaja di kafe, kelihatan susuk tubuh enam orang manusia di meja sudut. Narmi mengerutkan dahi. Macam mana adik Rayyan boleh ada sekali dengan mereka? Elisa pun ada? Sekejap. Bukan sebelum ni mereka tak kenal satu sama lain?

Mimpi tu sebenarnya betul ke tidak?

Raihana mengetuk-ngetuk jam di tangan. Wajah menyampah dia tayangkan di hadapan Rayyan. "You're ten minutes late, Rayyan"

Danial mengangguk, menyisip teh ais lemon sambil memandang Narmi dan Rayyan silih berganti. "Janji melayu sangat, ni"

Rayyan mengangkat tangan, macam orang menyerah kalah. "Maaflah. Aku tunggu sleeping beauty kita bangun tidur. Lama betul, lepas tu dia cakap dia mimpi aneh"

"Mimpi macam mana tu, Mi?"

"Alah. Lepas ni aku bagi tahu kau orang. Lepak sini tak inform dulu. Bangunkan aku pun tak"

Hanif melepaskan tawa. Sebaik sahaja Narmi melabuhkan punggungnya, dia memandang Elisa dan Raihana silih berganti. Kemudian, pandangannya dikalihkan pula pada gadis di sebelah Elisa. Itu membuatkan ketiga-tiganya rasa tak senang duduk.

Dah kenapa mamat ni?

"Oh, lupa aku nak kenalkan. Guys, ini Narmi. Panggil dia Nami je. Nak panggil dia Mi pun boleh. Mi, ini pulak adik kembar aku, R-"

Belum habis Rayyan bersuara, Narmi sudah memintas. Yakin sahaja riak wajah lelaki itu. "Rai. Raihana, kan? You pulak Elisa and...?"

"Jhahawa. Shawifah Jhahawa" Jawabnya dengan mulut yang masih penuh dengan pau ayam.

"Zahara? Nice to meet you" ucap Narmi dibalas dengan senyuman.

"Woi, macam mana kau kenal Raihana dengan Elisa? Setahu aku, kau tak pernah jumpa Rai atau Elisa sebelum ni. Zahara tak pulak kau kenal. Sesuatu sangat" usik Hanif, disambut gelak tawa Danial.

Narmi menepuk dahi. Dia lupa semua itu hanya wujud di mimpinya. Matanya melilau ke sana dan sini mencari jawapan yang logik. "Oh, Aku...aku nampak dari tag dia orang. Tu, tag nama dia orang ada atas meja. Orang rabun pun boleh nampak, guys"

"Iyalah. Narmi, is it? You tak rasa kita pernah berjumpa ke sebelum ni?"

"Ha'ah. Supermarket, remember? I thought you were talking to me, but turns out you're talking with someone" Sebentar. Kenapa rasa macam pernah keluarkan ayat ini sebelum ni?

"Eh? Oh, yeah. You rupanya. So, Rayyan cakap you mimpi perkara aneh tadi. Mind to tell us the dream?" Raihana sekadar bertanya.

Narmi melepaskan keluhan. Mahu tak mahu, dia membuang segala rasa segan dan bercerita lebih lanjut. Dia pula sengaja menggunakan nama mereka untuk watak dalam mimpinya padahal itu memang mereka, kecuali Farah. Tidak seperti yang dia fikirkan, mereka memberi reaksi yang berlainan. Ada yang seakan tidak berminat dan ada juga yang berbual sesama sendiri. "Lah, kenapa reaction macam tu? Bukankah mimpi tu aneh?"

Danial menepuk bahu Narmi. Senyuman dia lemparkan. "Mi, aku faham kau tak sabar nak pergi bercuti. Itu yang kau sampai bawak je mimpi"

"Danial, kau merepek apa ni? Aku ceritakan perkara yang betul. Mimpi aku ni, it feels real. Tak rasa macam mimpi langsung"

"Aku rasa kau terlalu banyak tengok filem hantu" Jawab Hanif dengan muka selamba. Apa pulak tinggal di tempat tak wujud? Pemilik berubah menjadi hantu dan mimpi dalam mimpi? Merepek.

Elisa mengangguk. "Rai, I dan Zahara dah tonton filem yang macam you ceritakan. The same thing. You pasti ke you tak terbawa-bawa filem tu dalam mimpi?"

"Tak. I yakin seratus peratus. But whatever, it's just a dream. A weird dream, indeed. Oh Hanif, kau ada sepupu perempuan tak?"

Hanif menggelengkan kepala. "Aku tak ada sepupu perempuan. Semuanya lelaki, bro. Kenapa kau tanya?"

"Oh, tak. Saja" Jawab Narmi selamba. Sekejap. Kalau Hanif tak ada sepupu perempuan, habis perempuan di mimpinya itu siapa pula?

Macam mana pulak pengakhiran gadis itu?

"Tolong!"

Farah menjerit sekuat mungkin, namun tiada jawapan. Dia tidak pasti bagaimana dan mengapa, apa yang dia tahu dirinya berada di sebuah botol kaca. Sedaya upaya dia lakukan untuk membuka penutup dan keluar namun tidak berhasil.

Botol itu tidaklah jelas mana, tapi dia yakin dia masih lagi di villa itu berdasarkan keadaan di sana. Bertemankan kotak-kotak yang kelihatan besar, dia masih ada di stor tempat dia dan Elisa menjumpai botol ini. Namun, tak dapat pula dia teka apa yang berlaku selepas itu.

Bagaimana dia boleh ada di dalam botol ini? Apa yang berlaku? Di mana pulak keberadaan kawan-kawannya?

"Hanif? Rayyan? Raihana? Elisa? Danial? Narmi? Kau orang di mana?"

-FIN-


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lemon