Home Novel Seram/Misteri Yang Tak Terlihat
Yang Tak Terlihat
Lemon
15/10/2020 09:11:27
40,332
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 10

Ruang tamu besar itu dipenuhi dengan mereka bertujuh, masing-masing menoleh ke arah Narmi dan Raihana. Mana tidaknya, semua tak sabar nak dengar cerita malam tadi. Tentang sesuatu yang buat Raihana jatuh pengsan, perkara yang buat Narmi membisu sampai ke sudah.

"Well, nak kami tunggu sampai bila? Tell us what happened" Tidak sabar, Danial terus menyoal mereka. Rasa ingin tahu sudah membuak-buak, kalau dipendamkan boleh meletup macam gunung berapi.

Narmi mengeluh panjang, rambut diraup ke belakang. "Aku tak tahu kalau benda ni imaginasi aku atau apa. Macam yang puan Indah cakap, ini mungkin sekadar perkara yang menganggu fikiran. Sebab aku fikirkan sangat benda yang berlaku, aku jadi nampak benda yang tak wujud"

Farah menggelengkan kepala. "I tak rasa benda ni imaginasi, Narmi. I sendiri dah pernah alami perkara aneh dalam rumah ni. Korang tak rasa ke ada sesuatu yang puan Indah sembunyikan?"

"Hm, fine. Kau orang nak aku cerita dari mana? Dari aku dan Rai ke bilik tu atau dari aku jumpa dia kat tingkat bawah?"

"Sekejap. Kenapa kau boleh jumpa adik aku kat tingkat bawah? Rai, Rai buat apa dekat tingkat bawah? Bukan bilik di tingkat atas ke?" Soal Rayyan, mengerut dahi.

Raihana tertawa kecil. "Yan, don't start it. Sebenarnya macam ni, Rai terbangun sebab dengar satu bunyi pelik somewhere. Tak nak bangunkan El, Rai pun pergi keluar senyap senyap. I turun bawah sebab ingat bunyi tu datang dari dapur. Mana tahu one of you tengah cari makanan sebab lapar...?"

"Seriously?!"

"Now, now. Focus. Aku pulak baru balik dari toilet. Aku dengar bunyi tapak kaki, aku pun follow out of curiousity. Siapa pulak sangka en orang tu Rai? Lepas tu, kitaorang dengar satu bunyi dari tingkat atas. So we decided to follow the voice"

"Lepas tu apa pulak jadi?" Hanif pula menyampuk. Semangat betul telinganya mendengar cerita misteri dari Narmi dan Raihana.

Narmi dan Raihana pun menceritakan lebih lanjut tentang kejadian malam tadi. Walaupun tidak pasti perkara itu imaginasi atau realiti, namun cukup menghasilkan riak wajah yang kurang menyenangkan bagi yang lain. Rayyan pula sekadar membisu dan tidak bereaksi, mungkin sudah dapat mengagak perkara ini akan berlaku mengenangkan apa yang berlaku pada dia dan Narmi tempoh hari.

"Aku rasa tak sedap hati betul. Lepas perkara yang jadi, aku dengan Danial tak dapat nak tidur lena. Mungkin aku salah, tapi aku dengar bunyi orang menangis dari arah bilik puan Indah. Kau tak rasa ke Farah cakap benda yang betul?"

Elisa turut mengangguk, dia bersetuju sepenuhnya dengan Hanif. "Itulah pasal. I bangun pagi ni, nampak bilik dia terbuka sikit. Bila I intai, I nampak ada pintu tapi dia cover guna almari. I have a feeling yang dalam pintu tu ada misteri yang kita tak tahu"

"Apa kata kita balik? Tak payah tunggu esok. Kita tak tahu lagi apa yang nak jadi lepas ni" Cadang Rayyan.

"Aku pun fikir macam tu, tapi minyak kereta dah nak habis. Aku tak tahu pulak mana tempat nak isi" Balas Narmi. Nampak riak wajah mereka masing-masing kecewa.

Belum sempat Hanif membuka mulut, mereka dikejutkan dengan kehadiran puan Indah. Wanita itu tersenyum, membawa dulang minuman di tangan. "Apa kalian mencari stesen minyak? Ada tidak jauh dari villa ini. Kalau kalian mahu, saya akan bawakan pada kalian"

Narmi pandang Rayyan, Rayyan pandang Hanif dan Hanif pandang Narmi. Tidak lama, mereka bertiga menganggukkan kepala. Sempat lagi Rayyan memberikan isyarat pada Raihana. Raihana pula membalas dengan thumbs up, seolah tahu apa yang kembarnya itu fikirkan.

Sepasang mata ralit memerhatikan pergerakan kenderaan itu keluar dari kawasan villa. Memastikan kenderaan milik Narmi sudah menghilang dari pandangan, Elisa memberi isyarat pada Danial, Raihana dan Farah yang menanti. Farah dan Elisa bergerak ke stor barangan milik villa ini manakala Danial dan Raihana mengorak langkah ke bilik puan Indah.

Danial yang membuka tombol pintu mengerutkan dahi. Aneh. "Dia tak lock pintu? Seriously? Why do it feels like she knows what we're up to?"

"I don't know. Mungkin jugak dia lupa nak kunci dan fikir kita takkan buat apa-apa perkara yang tak menyenangkan. Kalau dia tahu, dia takkan pergi dengan dia orang and stay with us"

Danial mengangkat bahu. Dia menarik nafas sedikit dalam, menggunakan sedikti keberanian untuk membuka tombol pintu bilik tersebut. Empat pasang mata itu memandang sekeliling bilik puan Indah yang penuh dengan dekorasi gelap. Kosong! Langsir pun tidak wanita itu buka, menimbulkan tanda tanya di fikiran mereka.

Raihana menangkap pintu yang Elisa maksudkan, lantas menepuk bahu Danial yang sibuk membuka setiap laci di bilik wanita itu. "Look, ada pintu belakang almari tu. You rasa you larat alihkan tak?"

"Alia Raihana, what do you think I am? Squid?"

Raihana tersengih, betul jugak. Tiba-tiba dia menangkap sesuatu bayang di luar bilik. Dia menoleh ke belakang, namun tiada apa pula di sana. Tidak mahu terus mengendahkan hal remeh itu, dia kembali fokus pada apa yang di depan sehinggalah dia berpaling untuk kali ke-dua dan menangkap benda hitam bergerak laju melintasi mereka. Meremang, namun dia cuba untuk tidak peduli. Mungkin imaginasi.

Siang begini mana ada perkara benda seperti itu.

Farah membuka satu per satu kotak di stor, banyak pula barang-barang  lama milik puan Indah di situ. "Mind to tell me, apa yang kita buat di stor ni? Kenapa nak selongkar barang-barang lama puan Indah tu?"

"Entah. Rayyan cuma bagitahu, kalau jumpa barang yang mencurigakan, ambik. Dia tak cakap pun kenapa. So, kau jangan banyak tanya dan check"

"Whatev...aik? Ini botol apa? Kenapa dia dibalut dengan kain batik?" Soal Farah, menayangkan botol itu pada Elisa yang juga memandang ke arahnya.

"Jom bawak keluar"

Farah mengangguk. Memastikan kotak kembali berada di kedudukan asal, dia melangkah keluar bila kakinya terpijak sesuatu. Botol itu pula melepas di tangan dan jatuh ke bawah. Terkejut, Elisa turut berpatah semula ke hadapan bilik. Dalam kesamaran, dia melihat Farah sedang duduk merenung botol kaca yang pecah itu.

"Farah, kenapa kau ni?"

Tidak bersuara, sebaliknya Farah hanya mengangkat kepala. Reaksinya mengundang rasa yang tidak senang di hati Elisa. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang tidak elok sedang terjadi, keadaan sudah seram sejuk. "Kau buat apa duduk kat situ? Jom keluar"

Sekali lagi, Farah tidak bersuara. Dia hanya merenung pada Elisa, lantas meletakkan jari telunjuk di mulutnya. Barangkali memberi isyarat agar Elisa tidak membuka mulut. Tapi kenapa pula tangan gadis itu menggeletar? Beberapa saat kemudian, air mata Farah berderai bagai titisan air paip.

"E-Elisa...tolong aku..."

Elisa panik, ingin melangkah masuk ke dalam stor itu bila pintu tiba-tiba tertutup dengan kuat. Elisa segera membuka tombol namun ternyata berkunci dari dalam. Kenapa pula ni? "Farah! Farah buka bilik ni! Farah!" ujarnya, mengetuk pada pintu bilik stor dengan kuat. Macam mana boleh terkunci pulak?

"Farah!"

Mendengar suara jeritan Elisa, Danial dan Raihana berpaling. Namun kaki mereka seolah dilekat pada gam, tidak mampu untuk bergerak bila mendapati bayang puan Indah ada di depan mata. Wanita itu tersenyum. "Kalian buat apa di kamar saya?"

Danial dan Raihana memandang satu sama lain. Kalau puan Indah ada di rumah ini, jadi siapa yang pergi dengan mereka bertiga sebentar tadi?!


Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lemon