Home Novel Seram/Misteri Yang Tak Terlihat
Yang Tak Terlihat
Lemon
15/10/2020 09:11:27
40,263
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 13

Mereka berenam segera berpecah tiga. Elisa bersama Hanif dan Danial mencari keberadaan Farah di tingkat bawah, Raihana pula bersama Rayyan dan Narmi di tingkat atas. Masing-masing mencari di setiap sudut yang ada, tentang keberadaan Farah yang tidak kelihatan.

Dalam kesibukan mencari, lampu terbuka dan terpadam dengan sendirinya. Berkelip-kelip seolah ada yang bermain dengan suis. Namun itu tidak menghentikan mereka berenam dari meneruskan misi mencari Farah. Apa yang pasti, mereka harus keluar dari rumah itu dengan selamat sebelum malam menjelma.

"Rasa-rasa Farah ada di mana? Macam mana dia boleh hilang?"

"Rai kan dah bagitahu Yan, dia hilang waktu bilik stor tu tiba-tiba berkunci. Bila Dani bukak je pintu, dia takda"

"Nak cari semula kat stor? Who knows she might be there" Cadang Narmi dan mendapat anggukan dari Raihana dan Rayyan.

Tup!

Tup!

Terdengar satu bunyi aneh, Raihana pergi mengikut bunyi itu bersama yang lain. Seperti bunyi tompokan air ke atas lantai, tidak pasti kalau itu benar. Apa yang dia tahu, bunyi itu datang dari bilik Farah. Rayyan memberanikan diri membuka pintu tersebut, mencari kelibat Farah namun tersentak bila rasa sesuatu jatuh menitik ke atas bahunya.

"Apa benda yang menitik ni?"

Hairan, Narmi dan Raihana turut memandang ke arah bahu Rayyan. Mata mereka berdua terbuntang luas, mereka jadi kaku seolah kaki sudah dilekat dengan gam gajah. Rayyan mencalit tangan pada bahunya dan menghidu dengan berhati-hati. Matanya membesar.

"D-d-darah?! Biar betul?!"

Titisan demi titisan merah semakin lancar menitis ke bawah menyebabkan mereka jadi kurang senang. Tak habis dengan itu, mereka bertiga terdengar pula bunyi aneh dari atas siling. Jantung berdegup kencang bagai tiada penghujung. Perlahan-lahan, mereka mendongak ke atas dan mendapati satu sosok hitam sedang menyeringai ke arah mereka. Gigi taringnya menonjol dengan cairan darah yang mengalir.

"A-a-apa b-benda t-tu?"

"I don't know but we have to get out from here!"

Seakan menjawab soalan Narmi, makhluk yang melekat pada siling meleraikan tawa yang menyeramkan. Rayyan mengundur perlahan-lahan, namun kakinya tergelincir menyebabkan dia terduduk di depan pintu. Narmi pula segera menarik kawannya itu keluar. Rasa sakit tak pula Rayyan rasakan saat itu, cuma rasa takut yang mendalam. Ini pertama kali dalam hidupnya bersemuka dengan makhluk yang tak pernah terlintas di depan mata.

Peluh dingin memercik di dahi. Rasa panik menyelubungi diri mereka ketika itu. Hingga Elisa dapat rasakan seluruh tubuhnya menggeletar ketakutan. Rasa macam dia di dalam filem seram, cuma tak pasti kalau dia selamat atau tidak dari tempat ini. Dia menarik hujung baju Danial dengan erat, risau kalau Danial dan Hanif hilang dari pandangan tatkala leka.

"Mana Farah ni? Aku rasa kita dah puas cari satu area tapi tak jumpa jugak" Luah Hanif. Riak wajah lelaki itu jelas risau mengenai keberadaan sepupunya.

"You tenang je, Nep. InsyaAllah kita akan jumpa dia nanti. She's a brave girl anyway"

Jalan punya jalan, kaki Danial berhenti melangkah. Automatik Elisa dan Hanif pun berhenti melangkah. Tidak bertanya, tidak bersuara, sebaliknya mata mereka halakan pada satu susuk di hadapan. Perlahan-lahan, mereka memandang dari atas sampai ke bawah. Farah?!

"Farah? Goodness, it's you!" Hanif menghembus nafas lega. Dia cuba mendapatkan sepupunya itu bila tiba-tiba Farah meleraikan tawa yang aneh. Lebih kepada mengilai. Macam Farah tapi bukan Farah. Suara itu lain betul.

"Far, kau okey tak? Farah, kau janganlah takut-takutkan aku dengan yang lain. Jomlah keluar dari rumah ni" Pujuk Elisa, turut berjalan ke arahnya namun lengannya terlebih dahulu ditarik oleh Danial. Lelaki itu hanya menggelengkan kepala.

"It's not her"

"Are you kidding me? It's obviously her" ucapnya, menepis pegangan Danial. Dia berjalan ke arah Farah yang hanya berdiri seperti patung.

Baru hendak menarik tangan Farah, gadis itu tiba-tiba mengerang kesakitan. Kedua-dua tangannya memegang telinga, bagai menahan suara dari terus masuk ke dalam fikiran. Dia menjerit kecil, wajahnya merah padam seperti tomato masak ranum.

"Kenapa ni?"

"Farah, is that you?"

Raihana, Rayyan dan Narmi turut berada di tempat itu. Sama seperti yang lain, mereka bertiga juga hairan akan Farah yang sebegitu. "Farah, kenapa ni?"

"Kalian! Kalian ingat kalian semua bisa berlari keluar dari tempat ni? Cuba saja kalau berani. Saya akan pastikan kalian semua menderita sama seperti apa yang kawan kalian rasakan!" Tutur 'Farah', sekali lagi melepaskan tawa yang kurang menyenangkan.

"Farah, kau-"

"Saya bukan Farah! Andai saja kalian tidak membangkitkan rasa marah saya, saya tidak akan begini. Keadaan tidak akan begini. Sekarang, kalian patut menderita atas perbuatan kalian" Jerkah 'Farah'.

Danial mengerutkan dahi. Dia berbisik pada Raihana, "Marah? Ada ke kita buat sesuatu yang naikkan kemarahan dia? Or is it something related to Farah?"

Seakan menyedari sesuatu, Raihana menampar lembut bahu Danial. Dia baru perasan! Patut sahaja ada benda yang tak kena sepanjang perjalanan mereka tempoh hari. Sebelum tiba di sini, mereka singgah sebentar di satu tempat untuk membuang air. Di sana, Farah terjumpa satu botol yang berbalut. Farah spontan menendang botol itu, menyebabkan penutupnya terbuka dari badan.

"Siapa pulak yang baik hati nak balut botol hodoh ni? Menyusahkan orang lain. Sepatutnya buang dalam tong sampah!"

Dia memandang ke arah 'Farah' yang seakan senyum kepadanya. Pasti 'dia' tahu apa yang Raihana fikirkan saat ini. Dari kejauhan, Narmi memberi satu isyarat pada Hanif. Hanif mengangguk, mengeluarkan botol yang lelaki tua itu berikan pada mereka. Dengan lafaz bismillah, dia memercik air itu ke arah Farah. Gadis itu menjerit sekuat mungkin sebelum rebah ke lantai.

"Farah!"

"It's okay. Anep, kau pergi angkat sepupu kau. Jangan berpecah! Whatever it is, let's get out from this creepy place"


Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lemon