Home Novel Seram/Misteri ROH DI KEDAI MAKAN
ROH DI KEDAI MAKAN
Fahmi Razi
24/4/2018 15:00:35
32,893
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 2

 PERWATAKAN

 

Rabu 7 Mac 2018 ,  Terengganu


Hari pertama aku dilamarkan kerja di kedai makan yang agak mewah itu. Kak Sah (bukan nama sebenar) berkulit sawo matang mukanya agak panjang dan merupakan seorang yang berani, kental dan baik hati. Dia owner kepada kedai makan yang ala-ala klise dan santai ini. Abg Hamid , orangnya sangat baik penuh  kata-kata yang sopan.Dia ialah orang yang pertama  yang aku kenal di dapur. Ops lupa nak bagitahu yang aku ini dak dak dapur je tapi jiwa aku power beb! jangan main-main.


 Kendatipun begitu, biasalah kan, mula-mula masuk kerja mesti nak cari geng satu kepala beb!. JI dan Che Lah nama diberi kepada dua makhluk yang berdarah sama dan kental habis!! kalau dicincang memang tidak  akan putus selamanya punya. Some of the familiar things , seorang itu macam senior aku dekat sekolah dan seorang lagi macam cikgu tersayang aku (dia single lagi). Bagi aku nak rapat dengan diorang tersangat lah mudah.


Mangsa kedua yang aku kenal ialah si rambut korea yang berbadan ikan bilis dan sudah semestinya beliau si pokok pisang tingginya dan kulitnya diimport dari Africa ala-ala arab sikit. Namanya Nabil. Seorang yang pendiam pada awalnya tetapi bertukar menjadi seorang yang berani menyuarakan sesuatu , baik sesangat  dan seorang yang tak lekang duduk dirumah.Tetapi pepatah ada menyatakan bahawa rumahku syurgaku. Fikir-fikirkan lah.


Malu dengan suara, segan dengan kata-kata, susah untuk menzahirkan tetapi lebih mudah untuk dilafazkan. Lama kelamaan kami jadi makin rapat bagai isi dengan kuku, memang tidak boleh dipisahkan lagi. Yes kenapa? Minat yang sama , pemikiran yang sama. Kita mempunyai sikap toleransi yang kukuh membuatkan kita sukar  jatuh , tergelam atau tertimbus. Bersatu teguh bercerai roboh.


Lupa nak bagitahu tentang si tukang masak dan si assistance nya si Abg Am dan si Kak Dah. Mula-mula okay , sporting , caring and loving tetapi hubungan kami jadi lebih rengang apabila masing-masing sudah tidak mempercayai suatu kebenaran. Kebenaran yang benar lagi saksama iaitu LETIH. Puas berdebat menyatakan pendapat macam dalam mahkamah cuma tiada hakim sahaja , kuasa mandatori telah dikuasai , dicabuli dan dilumpuhi. Ia sudah tidak boleh diselamatkan lagi. Hancus lebus.


Pengenalan aku dengan  si penghantar-penghantar makanan. Antaranya ialah Siezuka namanya. Orangnya baik, lawak dan periang. Well , dia ini agak senang untuk dekati dan mudah untuk dimarahi. Dia ini juara ketawa antara benua tau jangan main-main. Seterusnya , dak dak kolej komuniti iaitu Wan , Irol , Mushin , Napi dan Man. Mereka semua chill lah. Boleh dikatakan matang dan berkebolehan. Mereka ada talent. Yang paling aku rapat ialah si Mushin si badan ikan. Nak tahu kenapa ? kerja-kerja ditempat yang agak sukar dan sempit seperti bawah meja dan segala bawahan lagi lah.  Bagi je dekat dia ini , dia rembat sampai licin.


Kedua , Man si gigi besi yang mudah untuk mempercayai , didekati dan senang untuk dibuli. Dia ini kadang- kadang tertirap jugak. Irol si budak poyo dari gold sand , Kelantan , senyum je memanjang . no content sebab dia tak banyak cakap dengan aku. Wan dan Napi dua serangkai yang memang tak akan boleh terpisah , telerai dan terhapus . Bak kata Aiman Tino dimana ada jalan disitu ada kami. 


Wan si kacak yang berjaya . orangnya baik dan mesra . tak kering gusi jugak layan dia ini  apabila dia berceloteh mengeluarkan kata-kata. Napi si muka potato, dia agak malu, segan dan dia ini di antara al-Kicek sikit dalam kalangan si bujang-bujang komuniti . no content sebab dia jarang mengeluarkan kata-kata mungkin sebab untuk menjaga ilmu daripada hilang.


Abg Is atau gelaran manja “Pok Cik” di kalangan remaja seperti kami. Pok Cik si rajin yang berkebolehan. Dalam pada letih ada kecekalan dia hati beliau , dalam pada kurus kering ada kekuatan dalam dirinya. Disebabkan dia dah berumur sikit ,kami hipotonikkan pengalaman yang pahit dan manis daripada beliau . Aku bangga dengan beliau . 


Seterusnya Abang Amir si saka jelmaan. Kenapa? Sebab setiap apa yang dibuat , dikata ataupun disoalkan pasti ada jawapan yang bernas dan logik dan tidak boleh dinafikan kehebatannya. Suka berpantun dan juga suka mendengar lagu-lagu rock kapak.Mesra dan berdedikasi , tegas dalam menilai dan pantang dicabar.


Amar dan Haikal si kembar tak seiras , senantiasa bersama mengharungi liku-liku kehidupan. Haikal perwatakannya biasa tetapi berkebolehan tinggi kalau digilap dengan “ngasoh” pasti berkilat dan tajam. Amar , seoarang yang baik dari segi pertuturan , solat 5 waktu dijaga baik punya. Aku masih teringat akan pepatah saktinya “motor sumber rezeki tiadanya tiadalah kehidupan”.


Selain itu , Ihsan si tangkas menyambar. Dia ini dak asasi. Budak pandai , hebat dan kental. Dia ini “slow and steady”.  Nak sebut pasal kematangan dialah orangnya tetapi kalau kacak , macho dan bergaya aku lah orangnya. Poyo jugak si penulis ini. Namun, dia mudah untuk diajak berbual. Telinga si tangkas menyambar ini macam gajah , semua didengarnya dan matanya sentiasa melakukan pemerhatian. Macam budak psiko!.


Hasiful kembar kepada En.Hasif si cashier yang poyo dari Perth, Australia ( 1 tahun sahaja ) ,  balik-balik orang Melayu juga. Manusia yang sudah berjaya dan kaya. Sukar untuk dipercayai dan sukar untuk diterjemahkan . Suka berangan- angan dan kadang-kadang  aku nampak dia ketawa seorang-seorang, tah apa yang diangankan olehnya pun aku tak tahu. Aku rasa macam nak bagi satu penumbuk sahaja sewaktu dia mengeluarkan celoteh. Dasar dak poyo! Ini memang aku serius.


Fitri si budak bergaya. Dia ini , Entahlah tak tahu aku nak describes macam mana. Orangnya baik ,peramah dan berdedikasi. Kuat angan-angan , selalu buat keputusan terburu-buru , pendirian selalunya tidak tetap dan banyak lagilah. Si fitri ini aku sudah kenal 6 tahun yang lalu , jadi untuk menggambarkan perwatakan beliau mesti aku bukukan dalam satu novel ataupun dalam satu bab.


Mukmin si muka kartun. Eh dia budak siang tapi nak rembat jugak. Dia ini sahabat bukan kawan. Bergaduh,menghina , membuli dan banyak lagi. Semua kami telah lakukan. Rahsia antara kami? No Way antara kami tiada rahsia , dalam semua hal , perkara dan semuanyalah . Bagi aku dia memang sahabat sejati. Mana nak dapatkan ? . Bak kata seniman P Ramlee “dimana kan ku cari ganti”.

 

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fahmi Razi