Home Novel Seram/Misteri ROH DI KEDAI MAKAN
ROH DI KEDAI MAKAN
Fahmi Razi
24/4/2018 15:00:35
32,941
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 1

 

                                                                      PANGGILAN


18 Februari 2018 Terengganu,


Nama aku Fahmi , aku tinggal dikawasan perkampungan yang mana di tengah-tengahnya terdapat sebuah desa yang rakus dengan pembinaan sehinggakan habis ciptaan Tuhan diranap oleh mereka.


Petang yang membosankan, kecewa dan duka aku menerima satu pesan ringkas daripada kawan baik aku sewaktu sekolah menengah, Nurul latifah (bukan nama sebenar). Dia menghantar satu lembaran ala-ala flyers  tentang kedai makan yang bakal  dibuka milik keluarganya. Bagi aku, sebagai sahabat yang paling setia dan baik hati  ,aku terus menjalankan  kewajipanku untuk menghebahkan kedai makan tersebut. 


Seminggu sebelum kedai makan itu dibuka iaitu 3 mac 2018.


Aku aturkan rancangan untuk pergi menikmati makanan di kedai tersebut dengan rakan-rakanku yang lain  tetapi apakan daya , aku dan rakan-rakan yang lain terlalu sibuk malah ada yang tengah membuat persiapan untuk membina masjid, inilah lumrah setelah selesai sahaja alam persekolahan .  Tetapi apa yang  aku pelik  sewaktu aku memberitahu ayahku bahawa aku ingin pergi makan dengan rakan-rakan di kedai makan itu , dia memberitahu bahawa bangunan tersebut masih belum siap dan sudah lama terbengkalai


Dengan semangat inkuiri yang membara ingin kepastian aku terus menyambar mesin canggihku dan mula menaip menggunakan GBoard janaan google yang sudah pasti lancar dan gempak , “ latifah, ayah aku cakap tapak yang kau buat kedai makan tu masih belum siap? Betul ke ? ” tanya aku.“eh mana kau dengar cerita ini?, memang lah bangunan itu belum siap sepenuhnya tetapi port kedai makan itu memang dah boleh digunakan” balas si latifah. “ owh ye ke ? Okay lah kalau macam tu nanti kalau aku nak datang aku bagitahu kau dulu “ jawab si penulis.


Kisah seterusnya ini bermula ketika umur dunia mencecah 5 mac 2018 tepat jam 2 malam 1 minit 35 saat 6 detik , handphone aku berdering  ( jam didinding terus berdetak arrr )  memaksa aku bangun . Tersedar , longlai , lebam dan lemau. Letih sangat , lantas aku tanya diriku “aku set alarm ni nak bangun buat solat tahjud ke ? monolog si penulis . Aku tidak hairaukan , lantas  aku bingkas pergi ke tandas sekejap untuk tunaikan apa yang patut. 


Masa aku keluar dari tandas , gajet pintar aku berdering sekali lagi. Aku dengan cepatnya menyambar kotak canggih yang dibuat daripada 7075 Aluminum itu, dan dengan rakusnya terus aku angkat dan memulakan bicara “assalammulaikum siapa kat sana” ? . dia tak jawab . Sekali lagi aku tanya pada dia “  siapa kau ? kau jangan nak main-main dengan aku weh mende tak lawak kot kalau kau call aku malam-malam buta camni , kau nak apa? “ bicara si penulis. Adrenaline aku sudah tahap mengila . Cuak juga malam-malam buta ini ada spesies jenis macam  ini call aku.


Tidak mengapa aura jantan aku masih berbisa , aku tanpa befikir panjang  mengambil keputusan untuk pergi tidur. Dalam aku nak lelapkan kelenjar lakrimal aku yang sudah bengkak ini  , terus gegendang telinga aku menghasilkan satu getaran impuls


Dia call lagiiiii , aku terus angkat . tetapi time ini ada suara. Dia cakap “weh syaitan esok pergi kedai makan Latifah nak tak ? ”jawab si spesies annoying ini .   “ kau ni siapa ?” si penulis dalam kebingungan.“ mukmin lah b*d*h !@#$$$%.  Aku kekadang terkejut jugak. Yelah kan aku kenal si Mukmin ini dah lama sudah,  tak pernah pulak dia cakap merapu macam ini. 


Aku terus cakap “ okay esok aku call kau balik tapi kalau  aku tak call kau , kau tunggu je kat pokok besar depan sekolah itu okay!. Minnnnn… kau boleh tak call Fitri kejap sebab  dia memang suka bab-bab makan ini, bagi dia  join kita jugak ” kata aku. Lepas daripada itu aku terus tidur .


 aku nak bagi rehatkan hormone testosterone aku ini dulu takut-takut naik jerawat pulok esok ,  ini punca si spesies yang menjengkelkan  punya pasal habis sudah tak seimbang hormone jantan aku ini. 

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fahmi Razi