Home Novel Seram/Misteri ROH DI KEDAI MAKAN
ROH DI KEDAI MAKAN
Fahmi Razi
24/4/2018 15:00:35
32,935
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 14


                                                                  KEPASTIAN




Petang yang hening dengan kicauan burung yang menyanyi merdu. Aku bangun setelah keseluruhan badanku memperoleh tenaga yang mencukupi. Aku memandang si Za’im di sebelah , masih terbonkang tidur. Malas untuk aku kejutkannya. Aku bingkas mengenakan tuala dan terus kebilik air untuk mandi meredakan kepanasan siang. Aku melangkah agak lemah dan sedikit lesu.



Selesai sahaja mandi aku terus ke almari si Za’im mencari pakaian yang sesuai untuk dipakai. Baju si Im , baju aku juga dan sebaliknya. Kita memang tak kisah semua itu. Perkara biasa. Sahabat selamanya. “Im aku ambil baju T-shirt kuning danseluar track warna hitam kau ini  , boleh tak ?” tanya aku dengan penuh sopan.“ambil jelah yang mana-mana pun” balas si Za’im. “ Im , kau ini bila nak bangun dah pukul 5:00 petang  dah , jom ikut aku solat asar”.“ kejap nanti aku bangun , tak pun kau solat lah dulu nanti aku menyusur kemudian” balas si sahabat dalam kepenatan tenaga.



Za’im seorang sahabat yang amat susah nak bangun tidur. Tahap 10. Kritikal dalam Unit Rawatan Rapi (ICU)  Sangat bahaya.Seorang anak yang degil. Aku kejutkan ada juga dibalasnya tetapi kalau si abinya kejutkan memang sah tidak dibalas. Itu sebab kami pergi sekolah lewat. Aku terpaksa pergi ke rumah si Dol untuk kejutkan dia terlebih dahulu sebelum ke sekolah. Kalau tak memang birulah badan Za’im  terkena pukulan rotan si Dol berubat. Memang sakit , rotannya berketebalan 5 cm itu. Aduh ! aku terasa sengatannya. Aku dah pernah kena tahun lepas dengan rotan puaka itu sebab skodeng anak dara Pak Man Ikan kampung sebelah. Ini semua kerana pengaruh rakan sebaya. Kes ponteng sekolah dengan si Za’im dan geng sekepalanya. Nampaknya aku yang bersalah. Kantoi. Itu dengan Dol tak lagi dengan si raksaksa , ibuku. Aku rasa itu adalah hari yang paling teruk dalam sejarah hidup. Life is not fair. Terseksa.



Aku bingkas ke bilik sebelah, ingin mengejutkan Abang Am. "Abang Am oh AbangAm , eh mana pergi abang ini" tanya aku sambil mataku meraba-raba mencari susuk tubuh Abang Am yang tidak kelihatan. Aku teriak perlahan memanggilnya.



Bunyi dentuman kuat dari arah dapur mungkin itu Abang Am. Aku membuka langkah dengan penuh iltizam ,  pasrah dengan apa yang bakal berlaku seketika nanti. Kelihatan  Abang Am di jendela tingkap sedang merapu-rapu memarahkan sesuatu,percakapannya tidak bergitu jelas mungkin kerana penyakit yang dialami olehnya selama ini. Aku tidak bergitu pasti.




"Abang Am , abang buat apa tu. " kata aku yang sedang mendekati beliau.  Perlahan-lahan aku merangkak. "kau faham tak aku dah tak nak terlibat dalam kerja kotor kau tu , kau baik pergi dari sini , apa yang kau nak lagi , kau dah dapat kan? Pergi, pergi , pergi kau dari sini" kata Abang Am sejak dari tadi memarahkan sesuatu. Aku risau tambahdengan kebingungan. Aku kemudian berada tepat dari arah belakang  Abang Am. Pertanyaan aku mungkin terjawab." Abang Am cakap dengan siapa tu ? " tanya aku dalam kenaifan .




Abang Am kini diam. Denyutan jantungku tiba-tiba bergetar kuat. Bertambah laju. Selaju kilat sepantas petir yang menyambar. Aku merintih kesakitan. Terasa sakit dibahagian dadaku. Aku kemudian memandang keluar. Kelibat lembaga hitam sedang memerhatikan. Kekadang tiada kekadang muncul. Telinga aku berdersing macam gasing berputar di  paras semetri yang sama. Kokleaku aku luluh. Tube eustachian atau lebih dikenali sebagai pharyngotympanic tube kian kehilangan daya. Aku mungkin tidak seimbang lagi. Ia semakin kuat dan bertenaga. Lemas aku tertanam dipusaran pasir yang berpusar laju. Kelihatan Abang Am terbaring jatuh. Akumeminta tolong. Telingaku berdering dengan kuat. kepalaku terasa pening. Aku meminta tolong. Suaraku kian perlahan. “Allah kau Yang Maha Berkuasa atas segalanya bantulah aku dalam keperitan ini” aku meminta pertolongan daripada Yang Satu. Merasakan tangan aku dipegang mungkin Cik Dol atau mungkin juga Za’im. Kepastian sudah tiada lagi. Aku dalam kegelapan. Dalam pada itu aku terdengar suara jeritan yang melantun-lantun , gemaan yang bergema dan irama yang yang berombak.




Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fahmi Razi