Home Novel Seram/Misteri ROH DI KEDAI MAKAN
ROH DI KEDAI MAKAN
Fahmi Razi
24/4/2018 15:00:35
32,874
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 6

KECELARUAN



Demam melanda ketahap 99.8 darjah Fahrenhei atau 37.8 darjah celsius. Thermostat gagal berfungsi. Seluruh badanku dari hujung kaki ke hujung kepala menjadi kaku. Aduh terketar.“Fahmi kau pergi mana lah semalam sampai demam macam ini , wei... risaunya aku ini” kata ibuku sambil membelai-belai rambutku dengan air yang direndam dengan ketam batu .



Mujur hari ini aku tidak kerja . semalam Nabil si rambut korea tu yang replace aku. Semangat-semangat. Ustaz Dol atau namanya Dollah Saad kawan dari kecil ayahku , si Mat Razi. Terataknya terletak 10 m dari rumahku. Dia memang terkenal dengan Dol berubat. Dia ini duda anak 3. Seorang tu sama umur dengan aku, nama dia Za’im . 2 lagi perempuan , 12 tahun dan 8 tahun. Si Batrisya dan si Aisyah. Kami sering bermian bersama-sama dah macam aur dengan tebing.



Za'im perwatakannya kasar , suka bermain alat muzik dan suka lepak. Apa kejadah lah budak ini sorang. Ayahnya seorang ustaz . Sakit jiwa  si Cik Dol. Dia ini juga kaki pukul dan kaki ponteng. Aku kira beruntung lah juga rapat dengan dia. Dia sangat hormat dan hargai aku sebagai sahabat. Slogan kami 'bro cik cik , mana kaki lu bergerak wa mesti follow'.



Rapatnya mereka dengan keluarga aku. Makan , minum , mandi dan tidur kerap kali di rumah si Mat Razi. Ustaz Dol memang panas punggung untuk duduk di rumah , dia senantiasa beri’tikaf di masjid. Bab-bab agama memang A+ . Aku memang benar-benar rapat dengan Ustaz Dol bukan macam seorang ayah tetapi sebagai seorang abang.



“Dol kau tengok sikit si Fahmi ini , terketar-ketar , mimpi bukan-bukan. Aduh aku dah tak faham semua ini , ya Allah apa lah yang rasuk kau ini” kata si ibu kepada Ustaz Dol sambil kerisauan. “ sabar Pah , saya sedang usahakan” kata Dol kepada Zaiffah.



Alunan ayat suci al-Quran dibacanya. Aku sedikit tenang. Peluh terpancut-pancut keluar dari ruang-ruang roma badanku tanpa henti. Owh , jiwaku kaku , dibalut bayangan semalam. Di balik-balik nya terngiang-ngiang suara mereka. Aku ketakutan. Aura jantan aku kian lumpuh , luluh dan terburai. Sesungguhnya , aku tidak jangka akan tertirap juga  dihujungnya baka rare aku yang diimport khas dari moyang-moyang terdahulu. Maafkan aku. Ini memang tidak disengajakan. Sumpah.



Lena aku sebentar. Malam yang tenang , aku memandang sekeliling terlihat Cik Dol sedang bertafakur dimuka sejadah , mulutnya tekumit-kumit membaca sesuatu. Kelaparan mengundang.  Aku memanggil Cik Dol “ Cik Dol lapar lah , nasi ayam satu” kata aku sambil ketawa kecil. “kejap Cik Dol ambikkan” balas si ustaz.



Kelibat Cik Dol kelihatan sambil tangannya membawa beberapa keping roti dan segelas air. Bagaikan di istana. Layanan padu! Selasai sahaja makan Cik Dol menyuruh aku tidur  kembali. Aku menuruti tetapi aku sempat memulakan bicara. “Cik Dol , fahmi tahu apa yang Cik Dol tahu , Fahmi nampak Cik Dol dalam mimpi ?”. kata aku sambil memandang tepat ke arah mata beliau. “Fahmi , mende ini sangat bahaya tak boleh bawak main” balas ustaz.



“Cik Dol tahu kan sudah berapa minggu Fahmi kerja kat situ” balas aku ingin menyakinkan. “Fahmi bangunan tu tak wujud , semua tu tak wujud. Cukup.  Cik Dol dah tak nak dengar Fahmi cakap bukan-bukan macam ini” kata Cik Dol dengan tegas.  “ Cik Dol rasa Fahmi orang yang terpilih dalam kalangan yang terpilih ke ?. Fahmi nak bantu mereka , mereka dalam kesakitan”kata aku.”Aku kata cukup.. kau tak faham bahasa ke” kata Cik Dol dengan nada yang tinggi.



Belum pernah Cik Dol meninggikan suaranya kepada aku. Ini kali pertama dalam seumur hidup. Gemaan memecah malam yang hening. Mak dan ayah bingkas bangun melihatapa yang berlaku. Keadaan sedikit tegang. Retak si bulan yang sedang mengambang penuh. Aku terus tidur. Celoteh kedengaran. Kebenaran terungkap dibawa oleh si Ustaz Dol. Kini segalanya telah tertimbus. Adakah aku insan terpilih lagi ?



Siang menjelma lagi ,  fajar menyingsing tenang di daerah timur. Bersyukur kerana masih ada waktu untuk bertaubat. Burung menyanyi merdu. Tiupan angin selembut kalbu .tertiup dengan merdu. Aku lafazkan segala permintaan kepada Yang Maha Esa agar hari ini lebih baik dari hari semalam.



“Fahmi ini mak bawakan nasi goreng yang dimasak dengan sentuhan ibumu yang sememangnya cantik dan menawan ini” kata ibuku sinis membuat lawak sambil ketawa. Aku ketawa kecil. “mak.. , mak dah tahu ke?” ayat pertanyaan dilontarkan. “Fahmi ujian dan dugaan itu datang kerana izin-Nya , kamu mesti reda atas segala apa yang belaku. Takde apa lah tu… yang penting ini hah makan nasi goreng ini dulu baru kuat anak jantan mak ini seorang kan” balas ibuku memberi nasihat. Aku memeluknya dengan erat. Lacrimal sac aku pecah , bersembur air mata terpancut keluar. Huh leganya.

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fahmi Razi