Home Novel Komedi/Romantik Komedi Benci ke Sayang? (Oh... My Encik Tunang?)
BAB 38

SARAH NATASYA? Siapa yang tidak mengenali model terkenal tanah air itu? Seorang model yang putih gebu bak bedak Baby Johnson’s, seksi bak pelakon telenovela dan hotbak ayam KFC hot and spicy. Bak goreng pisang panas, model cantik itu sememangnya digilai ramai.

Natasya melabuhkan duduk di atas sofa empuk, lalu dia mengeluarkan kipas tangannya yang berwarna merah jambu dari dalam beg tangannya. Kemudian, model cantik itu mengipas dirinya. Huh, panas!

Ah, penatnya! Kerja… kerja… dan kerja! Huh! Masanya banyak dihabiskan ke arah itu. Dengan fashion show… photoshootuntuk majalah-majalah, macam-macamlah. Dunianya sentiasa busy.

Fasha menarik muncung Donuld Duck. Dia menayang memek muka geram. “Oii nyah, kau pergi mana, hah? Semua orang cari kau tau! Tau-tau aje dah hilang. Hisy… sengaja tau buat propa.” Suara Fasha lantang. Fasha adalah lelaki, cuma bezanya dia seorang yang lembut. a.k.a abe si merah jambu.

Natasya mengerling sekilas wajah pembantu peribadinya a.k.a PAnya.Dia menghela nafas panjang. Dia mengurut tengkungnya. Ah, lenguh rasanya. “I penatlah, Fasha. And I need some rest.You sendiri tahukan, I langsung tak ada rehat. Always busy with my fashion show and photoshot. I’m really tired, Fasha,”keluhnya.

Fasha tergelak. Kedengaran agak manja bunyinya. “Ala nyah, kau tukan model terkenal? Biasalah tu… mestilah busy 24 hours,kan?” balasnya dengan gaya lemah lembutnya. Sopan santunlah dikatakan.

Natasya mengeluh panjang. “Tulah. Banyak betul kerja I kali ni tau.”

Fasha menjungkit sebelah keningnya. Bibirnya terukir senyuman sumbing. “You ni Tasy, macam tak biasa pula? You tu kan tengah hot sekarang ni? Almaklumlah, orang cantik kan, putih gebu pulak tu. Hisy, Jealous mak, nyah,” balasnya selamba.

Natasya tersenyum. “Ada-ada aje you ni, Fasha.”

Fasha mencebik. “Eleh… tak nak mengaku pula? Oii nyah, aku cakap benda yang betul, okey? Kalau tak, tak adalah si Ray CEO buaya darat tu terkejarkan kau, nyah. Kan… kan… kan?” balasnya bersungguh-sungguh.

Mata Natasya membuntang luas sebaik sahaja nama itu terkeluar dari mulut Fasha. “Don’t mention that name ok. I don’t like it!Helo,nama tu langsung tak ada dalam kamus hidup I tau,” balasnya tegas. Hisy… geli-geleman aku bila dengar nama buaya darat tu. Iyyuuuu… tolonglah! bentak hatinya geram.

Kening Fasha terjungkit sebelah. Lelaki lembut itu memeluk tubuh sambil bola matanya memandang wajah model terkenal itu. “Kenapa kau tak nak terima aje CEO kacak tu, nyah? Kalau aku jadi kau kan nyah, confirmaku terima dia. Walaupun dia tu buaya darat, at leastdia berduit tau. So,bolehlah aku kikis duit dia sampai habis. Hebat tak aku, nyah?” Dia ketawa.

Natasya mencebik. Dia menjulingkan matanya ke atas. “Hello, he is not my taste ok! I tak pandang semua itulah, Fasha. Benda-benda macam tu, I boleh cari sendiri tau. Lagipun, tu semua duit bapa dia, bukannya duit dia pun. Kalau duit dia, tak apalah juga. Bolehlah I kikis sampai licin. Daripada I kikis dia, lebih baik I kikis bapa dia. Baru masyuk poket I!” balasnya selamba.

Fasha menjungkit sebelah keningnya. Mulutnya ternganga luas. “Wah… hebatnya kau, nyah! Erk… kaki pengikis juga kau ni ya, nyah?”

Natasya ketawa. “Haruslah, Fasha! Nak hidup di bumi Kuala Lumpur ni, semuanya kena pakai duit.”

Fasha ketawa. “Baguslah kau ni, nyah. Hisy… suka mak! Kau ada wawasan diri.”

Natasya mencebik. Dia menjungkit keningnya berkali-kali. “Tengok oranglah, Fasha.” Masuk bakul angkat sendiri.

Mereka berdua ketawa.

Fasha memandang Natasya. “Oii, nyah…”

“Hmm…” balas Natasya acuh tidak acuh.

Fasha tersenyum penuh makna. “Aku rasakan nyah, tak salah kalau kau nak cantas si Ray tu. Lagipun, diakan tergila-gilakan kau? Kau buatlah sampai dia melutut di kaki kau, nyah. Bila dia dah betul-betul sukakan kau, tinggalkan dia. Masa tu, barulah dia terkial-kial nanti. Padan dengan muka buaya darat dia tu.”

Kening Natasya terjungkit sebelah. “Cantas mamat CEO tu? Huh… itu bukan cara I, okey. I tak minat dialah, Fasha. Sikit pun I tak pandang muka buaya darat dia tu. I tak tahulah, kenapa semua perempuan boleh tergila-gilakan dia? Buang masa ajelah I nak buat semua tu, I banyak kerja lagi, okey.”

Bibir Fasha masih lagi terukir senyuman penuh makna. “At leastdia berduit, nyah. Kau jadikanlah dia tu sugar daddykau. Mewah hidup kau nanti.”

Natasya ketawa. “Sugar daddy? Huh, please…Aku tak nak semua tu! Itu duit haram okey!”

Fasha mencebik. “Suka hati kaulah, nyah,” Tiba-tiba dia bangun berdiri. “Haa… aku nak pergi beli minuman dan makanan ni. Kau nak kirim apa-apa tak?” tanyanya.

“Tak naklah, Fasha. I nak rehat aje,” jawab Natasya ringkas.

“Okey.” Fasha terus berjalan pergi meninggalkan Natasya sendirian di situ.

“HELO, abang? Qasy ni,” sapa Dr. Qasyiful sebaik sahaja nada talian bersambut.

“Oh… Qasy rupanya? Abang ingatkan, awek manalah callabang. Siap pakai private numberlagi,” kata Shukri selamba.

Dr. Qasyiful tergelak. “Sorry,bang. Qasy guna private numberQasy. Actually, numberQasy lagi satu kehabisan kredit. Tu yang Qasy call abang pakai nomborni.”

“Oh… patutlah pakai nomborni. Lain kali, jangan callabang pakai nomborni, okey. Qasy tahu kan kerja abang macam mana?” balas Shukri. Nada suaranya kedengaran agak tegas.

Dr. Qasyiful tersenyum. “Baiklah, bang.”

“Sorryya, Qasy. Bukannya abang nak kecilkan hati Qasy. Cuma…”

“It’s ok, my brother. I’m understand.Lagipun, abang Qasy ni kan pegawai polis. Mestilah ada banyak enemy.”Dr. Qasyiful segera memotong percakapan abangnya. Tidak mahu abangnya itu berasa serba salah.

“Thank you because understanding me, Qasy. I’m appreciate it,”balas Shukri lega.

“Abang, actuallyQasy call ni nak bagitahu abang yang kami berdua dah selamat sampai. Nanti bagitahu mak dengan ayah, ya? Risau pula dia orang nanti kalau Qasy tak bagitahu apa-apa.”

Shukri tersenyum. “Okey Qasy, nanti abang bagitahu mak dengan ayah. Lagipun, dia orang bukannya ada pun kat rumah sekarang ni.”

Dahi Dr. Qasyiful berkerut seribu. “Dia orang pergi mana, bang?”

“Pergi rumah Mak Su Khadijah. Kak Long Maria baru bersalin petang tadi,” beritahu Shukri lagi.

“Oh!” balas Dr. Qasyiful. “Eh, bila abang nak balik ke Kuala Lumpur?”

Shukri tersenyum. “Insya-ALLAH, esok.” Dia berdehem. “Err… Qasy, abang nak tanya sesuatu, boleh?”

“Apa dia, bang? Tanyalah!” balas Dr. Qasyiful ingin tahu.

Shukri menarik nafas panjang, lalu menghembusnya perlahan. “Macam mana hubungan Qasy dengan Amani?”

Dahi Dr. Qasyiful berkerut. Aik, kenapa Abang Shukri tanya macam ni? Ada sesuatu ke yang dia cuba selindungkan daripada aku? desis hatinya. “Err… kami okey aje, bang. Kenapa?” Dia cuba berlagak selamba.

“Bukan itu maksud abang, Qasy. Abang tahu, hubungan Qasy dengan Amani memang okey. Cuma… macam mana Qasy boleh tergerak hati nak bertunang dengan dia?”

Dr. Qasyiful terpempan. Hah, alamak! Kenapa pula ni? Apa yang Abang Shukri cuba sampaikan? Aduh, susah betul berabangkan pegawai penyiasat polis ni. Segala macam dia nak tahu, gumam hatinya lagi.

“Qasy?” panggil Shukri apabila tiada tanda-tanda Dr. Qasyiful menjawab pertanyaannya.

Dr. Qasyiful menarik nafas panjang, menenangkan dirinya sebelum menjawab soalan cepumas itu. “Sebenarnya bang, kami bertunang atas permintaan Datuk Harris.”

Shukri mengeluh. “Memang abang dah agak, Qasy. Patutlah abang tengok Qasy dengan Amani nampak macam kekok aje. Amani pun nampak macam nak mengelak daripada Qasy. Seorang ke utara, seorang lagi ke selatan. Hmm… rupa-rupanya,memang ada udang di sebalik batu.”

Dr. Qasyiful mengeluh. Lalu, dia menceritakan segala peristiwa yang berlaku pada dirinya dan Erena sebelum dan sepanjang tempoh mereka menjalinkan pertunangan. Tiada satu pun yang disembunyikan dari pengetahuan abangnya.

Sebaik selesai Dr. Qasyiful bercerita, Shukri mengeluh panjang untuk kesekian kalinya. “Qasy tak patut buat keputusan drastik macam ini. Qasy patut bincang dengan kami dulu.”

Dr. Qasyiful menguntum senyuman kelat. “Qasy serba salah, bang. Lagipun, Datuk Harris dah banyak bantu Qasy.”

“Tapi ini bukan caranya, Qasy. Masih ada banyak cara untuk membalas budi,” balas Shukri beria-ia.

Dr. Qasyiful mengeluh lagi. “Entahlah, bang. Qasy tak boleh tarik keputusan yang Qasy dah ambil, bang. Qasy tak nak jatuhkan air muka orang lain. Lagipun, Qasy dah pun menjadi tunang Erena. Qasy tak boleh mengelak apa-apa lagi.”

Shukri terdiam. Tidak tahu ayat apa lagi yang boleh digunakan untuk membalas kata-kata adik lelakinya itu.

Dr. Qasyiful tersenyum kelat. “Abang jangan risau. Qasy tahu apa yang Qasy dah buat. Qasy tetap akan teruskannya juga. Walaupun Qasy yang makan hati, tapi Qasy akan cuba sampai Qasy berjaya menawan hati tunang Qasy.”

Erk? Mampu ke aku menawan hati Erena yang keras macam Tugu Negara tu? ngomel Dr. Qasyiful dalam hati.

Shukri mengeluh. “Baiklah, Qasy. Kalau itu keputusan Qasy, abang ikutkan aje. Cuma… banyak-banyakkan bersabar. Amani tu masih budak mentah. Berusaha sedaya upaya untuk memenangi hati dia ya, dik?”

Dr. Qasyiful tersenyum. “Insya-ALLAH, bang. Terima kasih.”

Selepas mematikan talian, Dr. Qasyiful meletakkan telefon bimbitnya di atas meja makan. Dia mengeluh. Ya ALLAH… kuatkanlah hati hamba-MU ini untuk menghadapi karenah tunang aku. Sekiranya Erena memang tercipta untuk aku, aku ikhlas menerimanya. Amin!

Next: BAB 39

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.