Home Novel Komedi/Romantik Komedi Benci ke Sayang? (Oh... My Encik Tunang?)
BAB 34 - PART 2

ERENA menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Aduh… nak tanya ke… tak nak tanya? gumamnya dalam hati. “Err… Ana, boleh akak tanya sesuatu?” tanyanya kelihatan teragak-agak. Waktu itu, mereka dalam bilik tidur Diana.

Dahi Diana berkerut seribu. Memek muka hairan terpancar di wajah gadis cantik itu. “Apa dia, kak? Tanya ajelah,” jawabnya sambil matanya memandang wajah bakal kakak ipar yang umurnya hanya beza dua tahun tua daripadanya.

Erena terdiam sejenak. Sebuah keluhan terhembus keluar dari bibir gadis itu. Nak tanya ke tak nak? Kalau aku tanya… jatuhlah maruah aku. Yalah, aku kan tak sukakan dia. Tapi, sibuk-sibuk aje nak ambil tahu. Hisy, macam mana ni? Aduh, kusutnya! bentak hatinya keliru.

Hmm… sekali lagi keluhan panjang dilepaskan. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Tapi kalau tak tanya, aku juga yang serba tak kena nanti. Aduh! Kau ni dah kenapa, Erena Amani? Lagipun, kau kan tak sukakan dia. Jadi, yang sibuk sangat nak ambil tahu pasal mamat serius 24 jam tu, buat apa? Puiih! Hati Erena membebel untuk kesekian kalinya.

“Akak? Err… akak okey ke ni?” tanya Diana. Dahinya berkerut hairan.

Erena tersentak. Spontan, lamunannya terbang menghilang. Dia tersenyum, walaupun kelat. “Err… akak okey, Ana.”

Dahi Diana semakin berkerut. “Dah tu, kenapa akak termenung? Jauh pula menungnya. Macam gaya orang baru lepas putus cinta aje. Padahal akak baru aje bertunang. Haa… apa yang akak sedang fikirkan?” desaknya lagi. Mahu tahu apa sebenarnya yang sedang bersarang di dalam fikiran Erena.

Erena mengeluh. Dia menguntum senyuman kelat. “Tak ada apa-apalah, Ana. Err… Ana lupakanlah soalan yang akak nak tanya tadi tu. Anggaplah akak tak pernah tanya apa-apa pada Ana, ya,” balasnya bersungguh-sungguh.

Diana tercengang. Lalu, dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. “Aik? Akak ni peliklah! Tadi beria-ia akak nak tanya, sekarang tak jadi pula?” Dia tersenyum. “Akak tanya ajelah. Bukannya Ana nak marah pun.”

Sekali lagi Erena mengeluh. “Sebelum Qasy bertunang dengan akak, err… dia pernah ada sesiapa tak sebelum ni? Maksud akak, kekasih ke?” Teragak-agak dia bertanya.

Aduh, aku sanggup menjatuhkan maruah aku semata-mata kerana nak tahu kisah silam mamat serius 24 jam tu! Apa dah jadi dengan kau ni, Erena? Kenapa tiba-tiba aje sibuk nak ambil tahu pasal dia? desis hatinya.

Diana tergelak. Dia menggeleng. “Akak ni… nak tanya pasal Abang Qasy pun, takut-takut. Akak, tak salah kalau nak ambil tahu pasal Abang Qasy. Lagipun diakan tunang akak, jadi akak berhak tahu.”

Erena menguntum senyuman kelat. Memang dia berhak ambil tahu. Tapi, dia tak nak ambil tahu pun. Cuma… sejak dua menjak ini, dia seakan-akan menjadi berminat untuk mengambil tahu kisah encik tunangnya. Kenapa ya? Takkanlah dah jatuh cinta kot? Huh, no way!Minta simpanglah!

Diana menarik nafas panjang lalu dia membetulkan duduknya. Dia duduk bersila sambil matanya menatap wajah kakak iparnya itu.

Erena diam. Walaupun hatinya meloncat-loncat kerana tidak sabar ingin tahu, namun dia sedaya upaya mengawal gelojak perasaannya. Takkanlah nak melebih-lebih pula? Malu kot!

Diana menguntum senyuman nipis. Dia masih terbayang raut wajah cantik milik Kak Zehan. Wanita itu sungguh cantik. Malah, wanita itu juga sangat baik hati. Namun malang, takdir tidak berpihak pada mereka. Di hari pernikahan yang hampir tiba, tiba-tiba sahaja mereka menerima perkhabaran yang langsung tidak diduga. Perkhabaran yang sekali gus merentap sanubari mereka sekeluarga.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.