Home Novel Komedi/Romantik Komedi 10 PERKARA SAYA BENCI AWAK!
10 PERKARA SAYA BENCI AWAK!
Illya Abdullah
7/4/2015 12:20:18
33,181
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 4

SEGALA perabot, peti ais, televisyen dan apa sahaja barang di rumah sewanya Awin angkut ke rumah sewanya yang baru. Puas hati! Rumah sewa barunya juga cantik. Bilik untuknya luas. Teman serumah baru bernama Kak Rose itu pun baik orangnya. Mint beritahu yang Kak Rose sudah lama duduk di rumah itu sendirian. Kak Rose janda muda. Suaminya sudah meninggal dunia. Keluarga mertuanya pula membuang dia. Kak Rose sebatang kara. Anak yatim piatu. Sedih Awin mendengar kisah Kak Rose. Kalau ikutkan rumah teres tingkat ni sewa bulanannya tentu agak mahal. Kak Rose bagi sewa RM 250.00 sebulan untuk bilik sebesar ini. Baik sungguh Kak Rose. Moga Kak Rose murah rezeki.

Mint turut membantu Awin mengemaskan barang-barangnya. Awin kata mahu hantar peti ais dan barang elektriknya ke kampung. Awin mesti akan heret dia balik kampung sekali. Mint mana boleh tinggal suami dia seorang di rumah. Tak berasap dapur nanti. Mint terpaksa menolak lembut. Alasan Mint kukuh tahu. Awin tak boleh buat apa-apa. Awin buat muka merajuk. Mint memeluk bahu Awin.

“Awin sayang… Awin bukannya budak kecik kan? Cheq memang tak boleh teman. Cheq ada date dengan husband cheq.”

Hang memang saja kan.”

Mint ketawa kecil.

“Awin… Kedah tu bukan jauh berjuta-juta batu pun. Aku dah berkahwin. Lainlah kau bujang lagi. Macam tak biasa balik seorang.”

“Aku takutlah dengan abah aku tu. Kau pun tahu mulut dia macam bertih jagung bila membebel. Lagi-lagi bab rambut kaler dan pakaian aku.”

“Itu aku memang tak dapat menolong.”

Makin cemberut muka Awin. Betul juga kata Mint. Mint sudah berumahtangga. Suami yang utama. Dia ni asyik jadi tukang kacau.

Sedap bau aroma nasi goreng. Mesti Kak Rose yang memasak di dapur. Lapar pula jadinya. Pagi tadi sempat minum susu kotak aje.

Kak Rose terpacak depan pintu dengan senyuman. Kak Rose macam tahu-tahu saja mereka berdua ni sudah lapar.

“Makan dulu.” Pelawa Kak Rose.

Jadi… memang langkah kanan betullah. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Serbu meja makanlah.

“TUAN rumah ni ada lima biji rumah sewa. Satu yang Kak Rose duduk. Tiga lagi kat Semenyih.” Kak Rose membuka cerita.

Kaya tuan rumah. Banyak duit beli rumah untuk disewa.

“Tuan rumah tu lelaki ke perempuan kak?”

“Perempuan. Dia duduk berjiran dengan kita.”

Tersedak Awin. Nasib baik nasi goreng Kak Rose ni tiada cili api. Kalau tidak mahu dengan hidung dan muka sekali merah.

“Berjiran…” Mint tersengih.

“Jangan risaulah. Tuan rumah tu baik.” Jamin Kak Ainun.

“Berapa umur tuan rumah ni, kak?”

“Dalam 50-an.”

“Baya-baya mak kitalah.” Terjongket kening Mint. Dia pula yang lebih-lebih mengutarakan pertanyaan.

“Kau ada mak. Aku tak ada mak dah.” Sayu wajah Awin. Awin rasa sendu. Selama ini dia hanya menumpang kasih pada abah. Emak meninggal dunia ketika melahirkannya. Abah membesarkan dan menjaga dia seorang. Tapi dia seorang anak degil yang suka melawan cakap abah.

“Awin…” Kak Rose mengusap-usap bahu Awin. Dia memahami perasaan Awin.

Mint menekup mulut.

“Maaflah.”

“Tak apa. Aku ni kan sensitif dan emosional sikit.”

“Tambah satu lagi?”

“Apa dia?”

“Panas baran!”

“Mint!”

Kak Rose ketawa melihat gelagat dua sahabat baik itu.

Mint pulang setelah urusan perpindahan barang-barang Awin selesai. Awin menghela nafas panjang. Hari ini dia berpeluh satu badan. Biliknya juga sudah berkemas dengan molek. Nampak saja dia macam minah pemalas tetapi dia jenis yang menjaga kebersihan. Dia tidak suka berselerak. Abah sudah ajar dari kecil ajar sentiasa menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal. Kalau malas abah sebat dengan rotan di kaki.

Rambut ala perang yang ditocang tinggi Awin lepaskan ikatannya. Rambut separas bahu itu dipotong mengikut trend masa kini. Stail reverse ombre.Bagi hipster di luar sana, mungkin rambut ombre ni sudah menjadi kebiasaan bagi mereka. Reverse ombre – rambut yang gelap atau warna rambut sebenar di bahagian atas dan berwarna lebih cerah atau kontras di bahagian bawah menjadi trend warna pilihan ramai. Mungkin warna rambut seperti ini terlalu moden bagi wanita berkerjaya di luar sana.Bab fesyen memang Awin selalu ikuti. Majalah kegemaran Awin adalah majalah fesyen.

Awin membuat senaman ringan di luar beranda. Hirup sedikit udara segar di luar. Nyamannya. Cantik permandangan petang ini dengan bunga-bunga ros yang mekar. Kak Rose memang suka bunga ros agaknya. Rata-rata bunga dalam pasu yang ditanam adalah bunga ros yang punya pelbagai warna.

Eh-eh, ada kapal terbang kertas melayang dan mendarat di atas lantai beranda rumah. Awin garu kepala. Budak kecil mana pula main kapal terbang kertas sampai mendarat masuk sini. Ikut hala tuju dari rumah sebelah. Tuan rumah ada budak kecil agaknya. Awin capai kapal terbang tersebut. Dia membuka lipatan kertasnya. Wajah Awin berubah.

Tak manislah seksi-seksi bersenam dia diluar. Tertonjol mata lelaki tengok tau. (termasuklah saya) Ada lukisan gambar kartun kelakar dilakarkan sekali.

Awin pandang kiri dan kanan. Tiada sesiapa pun. Tulisan yang terlakar pada kertas ni cantik. Orang selalu cakap kalau tulisan cantik orangnya tidak hensem. Boleh caya ke?


AWIN buka akaun facebooknya. Beberapa hari ini dia tidak update status baru di wall facebook sejak terkejut dengan blind date tak menjadinya itu. Penipu punya lelaki. Kalau sudah tidak handsome cakap sahajalah tidak handsome. Dia reject terus. Ada lima orang baru add di facebook nya. Awin approve satu-persatu. Apabila sampai nama Jejaka Idaman Malaya, mouseAwin behenti. Gambar muka pelakon tamil Rajinikanth tapi nama facebook Jejaka Idaman Malaya? Awin gigit kuku. Dia confuse sedikit dengan identiti lelaki itu.

Ada juga mamat yang minat hero tamil. Aku nak add ke tak? Kalau dia ikhlas nak berkawan di facebook apa salahnya. Kalau mahu ajak blind date? So sorry lah. Aku tak minat Rajinikanth. Not my taste!

Awin add juga menjadi rakan facebooknya. Satus malam ini…

Gadis Comel: Aku dah pindah rumah baru :P

Dia suka melihat like dan komen dari rakan-rakan facebook. Pengomen pertama mesti dari Mint.

MintHousewife: Macamlah aku heran sgt.

Gadis Comel: Ko jeles!

MintHousewife: Sorry nok, aku nak jeles dengan kau.Tak kuasa I.

Awin terkekeh. Awin membalas komen Mint. Mint buat muka kartun ketawa. Awin dan Mint saling berbalas komen sehinggalah Jejaka Idaman Malaya menyampuk dalam status Awin.

Jejaka Idaman Malaya: Hi, gadis seksi!

Mana dia tahu aku seksi. Aku memang tidak pernah letak gambar sendiri dalam facebook. Profile gambar pun sekadar beg tangan berjenama. Tidak pun aku letak gambar kasut tumit tinggi. Bahaya! Kot-kot orang ambil gambar aku buat guna-guna. Tak ke naya aku.

Awin ketap bibir.

Gadis Ccomel: Hi, Jejaka Idaman Malaya.

Jejaka Idaman Malaya: Best tak rumah baru?

Gadis Comel: Look my icon… I smile kan. Sudah tentulah ok.

Jejaka Idaman Malaya: Smile ke? Bukan pic lidah terjelir.

Aiseh, salah letak icon pulak. Awin membaca sambungan komen si Jejaka Idaman Malaya.

Jejaka Idaman Malaya: Baguslah. Tapi kalau nak buat senaman ringan tu pakai sopan sikit tau. Hampir gugur iman saya bila tak sengaja tertengok.

Erk! Awin gigit bibir. Jejaka Idaman Malaya tegur direct tu. Macam mana pulak mamat ni tahu. Musykil betullah. Entah-entah mamat ni yang hantar kapal terbang kertas tu. Tapi… macam mana pula dia tahu facebooknya? Awin tidak membalas komen Jejaka Idaman Malaya. Dia terus menutup facebook. Layan lagu dalam you tube lagi best.

“Tak tidur lagi?” Kak Rose menyapa di muka pintu. Kebetulan terlihat pintu bilik Awin terbuka dan lampunya masih menyala. Awin dilihat sedang menirap atas katil mnghadap lap-top.

Awin tersenyum. “Belum mengantuk lagi kak.”

“Jangan tidur lewat-lewat sangat. Kesihatan kena jaga.”

“Terima kasih kak.”

Kak Rose berlalu. Awin bingkas bangun dari katil dan menutup pintu bilik. Dia kena tidur awal. Esok sudah ‘monday blues’ Cuti dua hari bukannya terasa sangat. Cepatnya masa berlalu.

Awin hempaskan kepala atas bantal. Dia sedang memikirkan tentang Jejaka Idaman Malaya. Selama berkawan dengan lelaki di alam maya tidak pernah dia memberitahu mereka tempat tinggalnya. Dia memang tidak suka lelaki bertandang ke rumah. Lainlah bekas teman-teman serumahnya, sampai ada yang angkut lelaki masuk dalam. Itu yang Awin tak berkenan. Dia pun jenis mengedik juga tetapi maruah mesti mahu jaga. Mampus kena kelar dengan abah nanti!

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.