“THANKS Kak Rose kasi pinjam kereta.”
“Takper. Janji minyak penuh.”
“No
problem. Tu jangan risau gerenti tangki penuh punyalah.”
Awin menyandang tas tangan di bahu.
Hujung minggu begini seronok kalau keluar bershopping. Aktiviti kegemaran Awin Aweena.
Awin menatap jam di pergelangan
tangan. Dia perlu mengambil Mint sekali. Mereka dah berjanji keluar bersama.
Awin menyarung sneaker di kaki. Senang bergerak bila berjalan. kalau kasut
bertumit ni mudah terpelecok. Lainlah bila bekerja. Awin bergaya santai dengan
jeans dan t-shirt. Rambut panjangnya ditocang satu.
Mint sudah menghantar mesej. Perempuan
sorang ni tak reti bersabar betullah.
“Kak Rose… Awin pergi dulu!” Awin
melolos masuk ke dalam kereta.
Sedap juga bawa kereta Myvi milik
Kak Rose ni. Kalau Satria Neo dah uzur nanti bolehlah tukar pada Myvi pulak.
“BILA
laki kesayangan kau balik?” Tanya Awin sebaik memarkirkan Myvi milik Kak Rose.
“Lusa. Bosan giler aku duk sorang di rumah.”
“Takper
aku kan ada. Call je aku datang.”
Awin memeluk bahu sahabat baiknya itu.
“Tulah. Mujur aku ada kau kat sini.”
Awin dan Mint melangkah masuk ke Mid
Valley. Awin nak shopping sakan. Nak
beli baju kerja baharu dan kasut yang baharu. Tas tangan pun kena tukar yang
baharu.
“Cantik tak?” Awin menayangkan blaus
pink itu kepada Mint.
“Esh, takderlengan. Carilah yang berlengan.” Mint mengomen.
“Ala, boleh pakai dengan blazer nanti.”
“Yang ni lagi okay.” Mint menarik
satu blaus pattern yang sama dipegang
oleh Awin tetapi blaus tersebut berlengan panjang.
“Okay jugak.” Awin membelek-belek
blaus tersebut dari tangan Mint.
“Kau ambik aja yang ni, Awin.”
“Aku ambikdua helai. Pink
satu and maroon satu.”
“Nice
choice.”
Awin membayar kedua-duanya di
kaunter.
“Kau tak nak beli?”
Mint geleng.
“Baju aku banyak lagi. Kalau aku nak beli, aku nak beli baju pregnant je.”
“Macam bagi hint je kat aku.”
“Belum ada rezeki lagilah. Kalau ada
sah-sah aku khabarkan pada kau. Tapi my
husband dulu first kena tahu.”
“Aku doakan kau dengan laki kau
cepat-cepat dapat baby. Aku pun tak
sabar nak dapat title auntieni.”
Awin menarik Mint kedai kasut. Mint
mengikut saja langkah Awin. Rambang mata melihat pelbagai jenis kasut.
“Awin, rehat kejap. lenguh kaki
dah.”
“Kita cari port untuk melepak dan
makan.”
“Awin…”
Tiba-tiba Mint menyiku lengan Awin.
“Nape?”
“Aiman dan Rania.”
Mint memuncungkan bibir ke arah pasangan
merpati dua sejoli itu. Kali ni betul-betul depan mata. Awin tak boleh mengelak
lagi.
Sakit
pula hati Awin tengok pasangan depan matanya itu. Boleh pula mereka bertemu
empat mata di Mid Valley ini. Spoilkan
moodbershopping Awin. Aiman Hakim
dan Rania. Pasangan bahagia konon-kononnya.
Awin mengertap bibir melihat gelagat manja Rania. Gelilah manja-manja
tempat awam ni. Takder coverlangsung.
Lantaklah dia nak over
romantik ke, hapa ke, Dah laki dia, Awin oii!
“Awin! Tak sangka jumpa kau kat
sini.” Terpekik Rania.
Hati Awin dipalu kencang. Kakinya
bagai dipaku dekat situ. Argh! Kenapalah kaki tak boleh melangkah dah. Mint pula sekadar senyum nipis.
“Lama aku tak jumpa kau.”
Rania merapati. Terkaku Awin dalam
pelukan tiba-tiba. Lemas pun ada dengan bau minyak wangi yang kuat menusuk ke
lubang hidung.
“Apa khabar, Awin.” Aiman Hakim
menyapa. Senyuman yang pernah bikin hai Awin cair dulu terhias di bibir lelaki
itu.
“A... aa… aku baik.” Awin senyum
dalam terpaksa.
Esh, kenapa kau
tergagap-gagap pulak ni Awin.
“Tak tanya khabar aku sekali ke?”
Mint mencelah. Aiman dan Rania seperti tidak perasan dia berada di situ ke?
“Hi Mint. Aku tak perasan kau tadi. Sorry…” Rania tersenyum-senyum. Dia
memaut semula lengan Aiman Hakim.
“Oh, yeke?” Tak perasan atau
buat-buat tak perasaan. Faham sangat dah dia dengan fiil minah sorang ni.
“Shopping
ke?”
“Taklah. Sedang cari calon suami.” Mint
membalas selamba. Sudah nampak beg-beg plastik/kertas di tangan mereka boleh
pulak si Rania ni bertanya.
Rania ketawa kecil. Getik pula Mint
melihat tawa rania. Tawa manjalah konon.
“Pandai kau melawak Mint. Aku dengan
Aiman sedang cari present weddinguntuk
cousin Aiman. Tak jumpa-jumpa lagi.”
“Ouch, kami pun nak cepat ni. Kami
pun cari present wedding officemate.”
Mint berdalih dan mula memaut lengan Awin yang seakan macam menjadi batu bila
bersua dengan Aiman Hakim.
“Tak nak join kami sekali. Nanti
boleh makan sama-sama. Lama tak jumpa mesti ada banyak cerita nak dibualkan.”
Rania mempelawa.
“Takperlah.
Next time okay.”
Mint terus menarik Awin.