Home Novel Komedi/Romantik Komedi Terakhir Yang Pertama
Terakhir Yang Pertama
Amora L.
24/5/2019 04:14:32
74,767
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 14

“Jangan keluar idea gila boleh tak?” Suara Alia dah naik. Budak ni betul lah menguji kesabaran. Hanya bunyi cengkerik kedengaran.

Nazmi di depannya buat muka lima sen, mengharap. “Please?”

Hari tu hari ketiga Kem Terapi Minda. Memang seronok betul datang sini, tak kisah lah kena gabung ke apa sebab tempat ni memang best.

Tapi budak ni punya request memang tak best!

It’s 6.30 a.m.” Keras suara Alia.

Nazmi kelip mata banyak kali. Berharap.

Alia mendengus. “Ni masa free aku tahu tak.” Dia mengingatkan.

Nazmi sengih. “Ha, apa kata manfaatkan masa tu dengan tolong saya? Please?” Mukanya masih lima sen.

Alia dah buat tap-dance dengan kakinya sambil menyilang tangan, menunjukkan sabar yang makin turun. “Tahu lah kita dekat kem nak insafkan diri nak dekat big exam, takkan kau terus insaf nak PMR kot?” Suaranya naik.

Nazmi dah rapatkan kedua tangannya. “Pretty please?”

 

--------------------------------

Alia menjeling manusia di sebelahnya. Kemudian dia mendongak sambil menutup mata. Sejuklah hati, sejuklah.

Deruan air terjun mendamaikan fikirannya. Ah,bestnya duduk sini!

“Awak.”

Matanya terbuka. Matanya cerun memandang Nazmi di sebelah.

Nazmi sengih. “Tolong soalan nombor 7?” Takut takut dia menghulur buku di tangan.

 

 ------------------------------

Angkatan Form 5 kawan-kawannya tu dengan Five Star tak berhenti ketawa di dewan makan pagi tu. Alia dah naik bola mata namun Nazmi hanya sengih.

“Kau ni Mi, tanya lah kitaorang dulu pun alasan apa sesuai kalau nak date dengan Kak Alia.” Ane memegang perut yang terasa sakit ketawa.

Alia dah bulat mata memandang Ane.

“Entahnya. Boleh keluar idea nak belajar Sejarah pagi-pagi buta tepi air terjun?” Jau dah sambung ketawa. “Kau ingat Hindustan?”

Ketawa pecah lagi di meja tu. Kecik mata Alia memandang kawan-kawan kelasnya. Memang dari kem ni dorang dengan Form 3 jadi rapat. Tapi rapat nak membahan dia je!

Nazmi hanya sengih. “Elok apa belajar Sejarah pagi-pagi. Boleh ingat kot segala kesan Zaman Darurat ke atas politik, ekonomi dan sosial negara.”

Hoo!!!” Ketawa lagi di meja tu. Alia senyap malas nak layan. Nazmi di depannya hanya sengih memandangnya.

“Tu satu hal. Yang budak ni terjatuh dalam air tu apa cerita? Nasib tak dalam.” Khairul mengingatkan lagi satu kisah air terjun tadi.

Alia dalam hati bersyukur. Nasib baik tak jadi apa-apa waktu tu. Budak ni boleh tergelincir masuk air terjun waktu nak balik. Mahu tak melopong semua tengok bila balik hotel basah satu badan.

“Aku rasa aura Alia kot kuat sangat sampai tertolak Mi dalam air.” Numan, kawan kelas Alia menggosok dagu memikir. 

Pecah lagi ketawa di meja tu. Alia senyap menahan sabar. Terbakar jugak lah rasa hati ni. Seronok betul semua membahan aku ye.

Cawan berisi air ditolak ke hadapan. Alia angkat mata bertemu pandang dengan Nazmi. “Minum air tu. Macam nak terbakar dah saya tengok awak.”

Ketawa pecah lagi di meja tu.

Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Amora L.