Alia berbaring di atas katil. Matanya memandang putaran kipas di siling. Kemudian dia menutup mata dengan lengan. Dia mengeluh perlahan. Penat!
Cuti seminggu diambil bila rasa otak tak boleh fokus untuk kerja, bila otak fikir bermacam perkara dan hati fikir bermacam perasaan. Dia mengeluh lagi. Penat lah tahu tak penat? Penat sebab tak boleh buat kerja dengan sepenuh perhatian. Sebab…
Sebab fikir dia ke?
Laju kepalanya menggeleng. Merepek aku ni. Mula lah otak nak fikir benda tak patut. Patutnya aku yang control fikiran aku, bukan vice versa.
Alia duduk bersila. Matanya jatuh pada pantulan dirinya di cermin. Dia merenung lama dirinya. Dia mengeluh perlahan. Dada terasa berbuku tiba-tiba.
Susah. Memang susah. Ingat senang nak lupa ke? Sembilan bulan. Sembilan bulan yangmemberinya warna baru dalam hidupnya. Hampir setiap hari dalam sembilan bulan yang memberikan kenangan yang dia merasakan indah sebelum dia habis sekolah.Indah sekiranya semua itu bukan dirancang…
Dia mengeluh perlahan. Dengan orang lain dia boleh tipu. Dengan orang lain dia boleh berlakon. Tapi dengan diri sendiri, hanya dengan diri sendiri dia boleh jujur dengan perasaannya yang sebenar. Perasaan yang tak pernah dia ceritakan pada sesiapa, kerana merasakan perasaan tu tak patut ada.
Dia senyum sumbing. Siapa sangka dia boleh suka dekat Nazmi? Siapa sangka dia boleh jatuh hati dekat junior dia sendiri? Dia menggeleng dalam senyum. Bila mana rasa tu datang, dia sendiri tak boleh kawal. Segala kenangan yang pernah ada pasti membuatkan dia tersenyum sendiri apabila mengingatkan. Pelik. Walaupun benda tu dirancang, dia masih rasa sesuatu.
Alia tersedar. Senyumannya mati. Dia menggeleng sebelum meraup wajahnya. Apa kau ni Alia? Nak kena tipu lagi ke dengan dia? Nak bagi dia celebrate dengan kawan-kawan dia bila dia tahu kau suka dia? Dia senyum sumbing. Bersorak mungkin budak-budak tu kalau tahu kau suka Nazmi. Dia menggeleng sendiri sebelum merenung kosong.
There are lots of things you can play with, but feelings are definitely not one of them.