Home Novel Komedi/Romantik Komedi Terakhir Yang Pertama
Terakhir Yang Pertama
Amora L.
24/5/2019 04:14:32
74,789
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 4
"Ujian Mac bila eh?" Dia membuka planner.

"Before cuti sekolah lah kot.”
Before cuti sekolah… satu… dua… tiga.. tiga! Tiga minggu lagi je! 

Yahoo!!!” 

Laju Fatin pandang Alia di kirinya. “Kenapa kau ni? Sakit ke?” Kot ye pun seronok nak cuti sampai jerit macam tu. 

Alia sengih pandang Fatin. “Tiga minggu lagi before aku habis seksa.” 

Fatin angkat kening. Seksa apa? 

Alia pandang Fatin. “Tutor tu lah.” Dia sengih pada plannernya. 

“Nak?” Choki – choki dua batang diletak atas meja. 

Khairul tarik kerusi depan Alia macam biasa sebelum duduk. “Apa kau jampi Mi tu sampai dia puji kau non-stop dekat aku?” 

Huh? Alia dan Fatin kerut kening. “Apa kau sembang ni?” 

Khairul sengih dengan choki – choki tergantung dekat mulut. “Nazmi tu kata kau baik gila. Explain dekat dia sampai dia paham. Otak bebal centu pun boleh jadi Einstein dia kata.” 

Heh? Alia angkat kening. 

Uuuuuu. Benci benci pun tutor betul – betul budak ni.” Fatin menyiku Alia. 

Alia muka bosan. “Aku tak kata aku benci dia pun.” Sakit hati level maximum tu mungkin. 

Uuuuu.” Khairul dan Fatin buat muka mengusik. 

“Kalau tak benci, sayang lah ni?” Khairul menambah sebelum lari dari tempat duduk bila Alia dah angkat buku teks Add Maths tebal tu nak pukul dia. Fatin hanya ketawa. 


-----------------------------------

“Kau buat elok – elok eh ujian Mac ni.” Alia dah tuding dia pakai pen di tangan. 

Nazmi sengih angkat bahu. “Tengok lah macam mana.” Dia mengusik. 

Semenjak dah selalu tutor dengan Alia ni makin okey Alia layan dia. Okey lah tu, kalau tak muka macam nak telan orang. 

Laju pen di tangan dibaling. Tepat kena kening Nazmi. Dia mengaduh. 

“Kau jangan main - main la. Malu aku je nanti. Result nanti aku nak tengok.” Buat main pulak budak ni!

Nazmi ketawa sambil menyapu dahi. Dia mengutip pen yang dibaling tadi sebelum menopang dagu merenung Alia. 

What?” Alia mengangkat kening. Nak lawan siapa kelip mata dulu? Tangannya memusing pen yang dibaling tadi. 

“Betul ke awak punya kerja kes letak anak lipas dalam form box dekat pejabat?” Nazmi memandang Alia. 

Bosan lepas buat homework Maths dengan Sejarah tadi. Nasib baik Alia ni jenis cool je aku bagitau tak nak tutor sebab nak siapkan homework

Alia angkat kening.“How do you know?” 

Nazmi angkat bahu. “Well, everyone knows you.” Dia merenung Alia. 

This is different.” Serius suaranya. Betul, tak ada sesiapa yang tahu pasal semua prank dia yang dia pernah buat waktu lower form selain kawan rapatnya. Kot kalau Khairul yang cerita memang nak kena baling dengan protrector nanti. 

Seketika Nazmi diam. 

“Asal? Tak ada alasan lain nak goreng dah? “ Alia senyum sumbing kepada Nazmi. 

Well, Khai bagitau.” 

Alia angkat kening. Menipu aku ke budak ni? 

Haa, tak percaya saya lah tu.” Nazmi menuding pen ke arah Alia. “Saya dah boleh hafal riak muka awak tu.” Tiba – tiba nada sayu mengada suaranya. “Awak ni, selalu sangat sangka buruk dekat saya. Saya ni tak lah teruk mana tau.” 

“Ha'ah, memang. Dah kalau first time kau jumpa aku pun kau pandang aku atas bawah. Kau siapa nak pandang aku macam tu? Kau tu junior.” Alia dah bebel. 

Nazmi ketawa. “You and your seniority.” 

Bola mata Alia naik. Suka hati lah kau nak cakap apa. “By the way, start next week aku ada latihan kawad. Since kau tiba – tiba rajin datang every day nak tutor, tu yang aku bagitau kau tu. Kang datang tak ada siapa.” 

Nazmi memandang Alia. “Ala. Mana boleh macam tu. Ujian dah dekat kawad apanya?” Nazmi muka dah macam jeruk. 

Alia kecik mata pandang Nazmi. “Tak payah mengada. Kau dengan kawad aku tu, kawad aku lagi penting.” Dia diam seketika. “Lagipun…” Dia terhenti. 

Nazmi angkat kening. “Apa?” 

Alia angkat bahu. “Nothing.” 

“Cakap laa…” 

“Kau tak payah buat perangai merengek kau tu lah. Baling kang pen ni.” 

Tiba – tiba dua orang pelajar perempuan datang ke meja mereka dengan buku dan pen.“Abang Nazmi, tolong ni kejap…” 

Laju Nazmi bangun sebelum budak tu habis cakap. “Jom duduk sana.”Dia sengih pada Alia sebelum berlalu. Alia kerut kening. Dia menghantar pandangan sebelum membuka buku Physics.

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Amora L.