''Abang, boleh
tak berhenti dekat kedai makan tepi simpang nanti? Fia nak beli bubur nasi.
Kawan-kawan Fia cakap dekat bubur kedai tu sedap..Fia teringin nak rasa..''
''Lain kali
lah..abang dah lambat ni..ada meeting....''
Sofia
mendiamkan dirinya. Dia tahu sebenarnya Irfan tidak mempunyai mesyuarat tetapi
sebaliknya ingin pergi ke hospital untuk menjaga madunya itu.
''Sekejap je bang..bukan lama sangat pun''
“Abang
ada hal pentinglah..esok jelah beli..bukannya kedai tu tak jual dah esok..''
''Kalau macam
tu, abang tinggalkan je Fia kat tepi kedai..nanti Fia boleh balik naik teksi.''
''Eh kau ni tak faham bahasa ke? Kalau aku
kata esok, esok lah aku bawa..kau tengok kat atas tu! Dah macam nak hujan
lebat..takkan aku nak tinggal kau tepi jalan time hujan!''
Sofia sekali
terdiam mendengar Irfan meninggikan suaranya. Dia agak berkecil hati apabila
Irfan memarahinya sebegitu rupa. Hatinya bertambah terguris kerana Irfan
semakin kerap meninggikan suaranya sejak pulang dari Beijing. Jauh berbeza
dengan Irfan yang dikenalinya dahulu.
Keesokkan
paginya Sofia pergi ke dapur. Alangkah terperanjatnya apabila melihat diatas
meja terdapat sebekas makanan yang mengandungi bubur ayam. Sofia tersenyum
gembira, lantas dia mengambil sudu dan terus menjamah bubur itu.
Tiba-tiba
irfan muncul di hadapannya. Akibat terkejut dengan kehadiran suaminya itu,
bekas makanan berisi bubur yang dipegangnya itu terus jatuh ke atas lantai.
Wajah Irfan bertukar merah padam akibat menahan marah. Bubur nasi itu sengaja
disediakannya pada awal pagi itu untuk Jasmine.
Baru-baru ini
kesihatan Jasmine agak terganggu dan selera makannya turut berkurang. Oleh
kerana itu dia memasak bubur itu untuk diberikan pada Jasmine supaya mudah
untuk dimakan oleh isterinya itu.. Namun usahanya sia-sia kerana habis semua
bubur yang disediakannya sejak awal pagi itu telah ditumpahkan oleh Sofia.
''
Abang..maaf, Sofia tak sengaja nak tumpahkan bubur ni....Fia masakkan yang baru
untuk abang ye?''
Irfan merenung
wajah isterinya itu...oleh kerana tidak dapat mengawal perasaan marahnya, dia
terus menampar wajah Sofia. Sofia pula tergamam tatkala pipinya ditampar oleh
suaminya.
''Kau
ni, kalau tak menyusahkan orang boleh tak? Penat aku bangun pagi-pagi nak masak
bubur ni untuk Jas...''
Irfan berhenti
bercakap. Nyaris dia menyebut nama Jasmine didepan Sofia. Risau hal mengenai
Jasmine diketahui oleh Sofia, dia lantas meninggalkan dapur itu dalam keadaan
marah. Sofia pula tersandar ditepi peti ais. Dia merenung bubur nasi yang
berselerak di lantai. Air matanya mula mengalir lebat. Perasan kecewa
menyelubungi hatinya.
Pada mulanya
dia menyangka irfan menyediakan bubur itu khas untuknya namun dia tidak
menyangka bahawa bubur itu disediakan oleh irfan untuk madunya. Hatinya terasa
sedih apatah lagi selama ini irfan tidak pernah menamparnya. Sofia mengelap air
matanya sambil mencapai kain buruk untuk membersihkan kesan tumpahan itu.