Sofia mengemas
pinggan mangkuk yang telah dicucinya. Sebentar tadi kedua ibu bapa Irfan baru
sahaja datang ke rumahnya. Sengaja mereka datang untuk makan malam bersama anak
dan menantu mereka. Dan seperti biasa Sofia sedaya upaya berlakon seolah olah
tiada masalah diantara dia dan Irfan. Dia tidak mahu mereka risau jika mendapat
tahu hubungannya dan suaminya itu sedikit renggang.
“Fia…”
Sofia
berpusing mengadap ibu mentuanya yang berdiri dibelakangnya.
“Ye ummi?”
“Fia ada Eye Mo tak? Mata ummi
pedihlah. Masuk habuk agaknya.”
“Yeke? Ada dalam bilik..ummi tunggu
sekejap ye?”
Sofia bergegas
masuk kedalam biliknya. Diluar kedengaran suara suaminya dan ayah mentuanya
sedang rancak berbual. Sofia membuka laci-laci meja soleknya. Namun tidak
menjumpai Eye Mo yang diminta oleh ibunya.
Tiba-tiba dia
teringat yang Irfan sering membawa Eye Mo didalam briefcasenya. Lalu dia
membuka briefcase suaminya itu dan akhirnya menjumpainya. Tatkala mahu menyusun
kembali barang-barang yang telah dikeluarkan dari dalam briefcase suaminya itu.
Tiba-tiba matanya tertumpu kepada satu sampul surat yang mengandungi beberapa
helai dokumen. Lantas diambil lalu dibacanya dokumen itu.
Tatkala membaca tajuk dokumen itu, tangannya
mengeletar. Fikirannya mula dipenuhi dengan pelbagai persoalan. Mengapa
suaminya itu menyimpan dokumen perceraian didalam begnya? Jika benar dokumen
itu milik Irfan, kepada siapakah dokumen itu hendak diserahkannya. Sofia
mengelap air matanya yang tumpah. Entah mengapa berat hatinya untuk mengakui
yang didapat merasakan dokumen itu akan diserahkan kepadanya. Tiba-tiba Sofia
terdengar ibu mentuanya memanggilnya.Lantas dia mengelap air matanya dan
mengemaskan briefcase suaminya itu.
“Fia..ada tak?
Kalau tak ada, ummi boleh pakai dekat ruma.Ayah kamu pun dah ajak balik tu….”
“Ada
ummi…kejap lagi Fia bawa…”
Selepas sahaja
kedua ibu bapa mentuanya itu pulang kerumah mereka, Sofia menyambung mengemas
pinggan mangkuknya. Fikirannya masih bercelaru memikirkan dokumen-dokumen
pernceraian yang berada didalam beg suaminya itu. Tiba-tiba kepalanya terasa
pening. Pandangan matanya hampir menjadi gelap lalu pinggan yang dipegangnya
itu terlepas dan jatuh berkecai diatas lantai. Irfan yang mendengar bunyi
pinggan pecah itu lantas bergegas ke dapur. Dilihatnya isterinya itu sedang
mengutip serpihan kaca yang berselerak di atas lantai.
''Kenapa
Fia?''
'’Tak
ada apa..Fia terlepas pegang pinggan ini tadi..sebab tu pecah..abang pergilah
rehat..Fia nak bersihkan serpihan kaca-kaca ni..''
Irfan merenung
wajah isterinya itu. Raut wajah Sofia yang kelihatan pucat lesi menunjukkan
bahawa dia tidak sihat.
''Fia tak sihat ke?''
''Sihat..letih sikit je..abang pergilah ke
depan..biar Sofia kemaskan sepihan kaca ni''
Sofia cuba
membangunkan dirinya. Namun tatkala dia ingin bangun,dia tidak dapat
mengimbangi dirinya dan hampir sahaja terjatuh. Melihat isterinya itu hampir
pitam Irfan lantas memegang tangan isterinya itu.
''Tak apa, abang kemaskan..Fia rehat dalam
bilik ye..''
“Fia
boleh buat…”
“Fia..Fia
tak sihat sangat ni…rehat dalam bilik ye? Abang pimpin Fia..”
Sofia akhirnya
mengangguk tanda akur sambil membiarkan dirinya dipimpin oleh suaminya ke bilik
tidur mereka. Kepalanya terasa berdenyut-denyut dan tubuhnya terasa begitu
lemah.Sampai sahaja kebilik dia lantas membaringkan diri keatas katil dan
melelapkan matanya.
Tidak lama
kemudian Irfan masuk kedalam bilik setelah usai membersihkan serpihan kaca yang
pecah itu. Dilihatnya isterinya itu sudah lama terlelap. Lalu dia duduk
disebelah isterinya. Perasaan bersalah menyelubunginya. Dia teringat kata-kata
Maya beberapa hari sebelum ini.
''Luth,
Sofia dah tahu pasal Jasmine. “
Irfan
tersentak tatkala Maya memberitahunya.
“Macam mana
dia boleh tahu sedangkan hal ni kita berdua sahaja yang tahu?”
Maya mengeluh
perlahan-lahan.
“Sofia bukan
budak lagi yang kau boleh tipu. Aku terjumpa dia waktu dia ekori kau ke
hospital. Dia cakap dah lama perhatikan kau.”
“Dia ekori
aku?”
“Haah…Bila aku
tengok dia bersungguh-sungguh tanya pasal Jasmine, aku pun ceritakan semuanya
dekat dia. Aku faham kau mesti serba-salah. Tapi aku rasa kau patut jaga hati
Sofia. Jangan abaikan dia.''
Irfan
memandang wajah pucat isterinya itu. Dia juga perasan yang Sofia lebih banyak
mendiamkan diri. Tidak seperti selalu. Biasanya pagi-pagi hari lagi dia sudah
mendengar suara ceria isterinya itu. Ada sahaja benda baru yang akan
disembangkan oleh Sofia.
Namun ternyata baru-baru ini Sofia semakin
kerap mendiamkan dirinya. Apatah lagi selepas kejadian dimana dia telah
menampar Sofia kerana menumpahkan bubur yang telah dimasaknya untuk Jasmine.
Mungkin benar kata-kata Maya yang dia terlampau mengabaikan Sofia kerana sibuk
menjaga Jasmine.
Malah dia juga semakin bersikap panas baran
terhadap Sofia. Sofia seolah-olah menjadi tempat untuk dirinya melepaskan geram
sedangkan isterinya itu langsung tidak bersalah.
Irfan kemudiannya menarik selimut lalu
diletakkan diatas tubuh badan isterinya. Panadol yang dia bawa bersamanya tadi
diletakkan di meja tepi katil supaya Sofia boleh mengambilnya apabila bangun nanti.
Rambut panjang isterinya itu dielus lembut. Dahi isterinya juga dicium
perlahan-lahan supaya tidak membuatkan isterinya itu terjaga dari lenanya.
Hatinya benar-benar diselubungi perasaan bersalah.
Keesokkan paginya,
apabila Sofia terbangun dari tidur, dia mendapati suaminya itu telah
menyediakan sarapan beserta panadol ditepi katilnya. Turut disertakan oleh
Irfan ialah sekeping nota. Lantas dia mengambil dan membaca nota itu.
''Sayang….
Abang minta maaf sebab abang tampar Fia sebelum ni..abang betul-betul tak
sengaja..tak terniat pun nak sakitkan Fia...Kalau Sofia tak sihat, jangan lupa
makan ubat. Malam nanti abang janji akn jemput Fia dekat kolej dan lepas tu
kita dinner sama-sama ye..abang nak ganti balik malam anniversary kita hari tu
..Abang pergi kerja dulu ye sayang..''
Sofia
tersenyum membaca nota itu. Hatinya yang selama ini sedih bertukar menjadi
gembira. Sebenarnya sejak peristiwa dimana Irfan menampar wajahnya itu, dia
banyak mendiamkan diri apabila berada di rumah. Dia cuma berlagak seperti biasa
apabila kedua ibu dan ayah mentuanya datang kerumah mereka. Seakan-akan tidak
ada pekara buruk berlaku. Namun di dalam hatinya dia benar-benar kecewa dengan
layanan Irfan terhadapnya. Apatah lagi pabila dia mendapati suaminya itu
mungkin ingin meninggalkannya.
Namun setelah
membaca nota itu, hatinya menjadi gembira kembali. Perasaan risau dan
khuatirnya terhadap dokumen perceraian itu juga hilang. Malah badannya yang
lemah juga terasa seperti bertenaga semula. Dilihatnya jam di dinding baru menunjukkan
pukul 10 pagi. Masih banyak masa untuk dia bersiap memandangkan dia perlu
menghantar thesisnya pada waktu petang. Lantas dia bangun dari katil untuk
membersihkan diri dan mengemas rumah.
Sofia berjalan
kearah tempat menunggu bas sambil tersenyum. Sebentar tadi dia baru menghantar
thesisnya yang sudah lengkap kepada lecturernya Puan Kalsom. Itu bermakna dia
hanya perlu menunggu keputusan peperiksaan akhir sahaja lagi untuk memastikan
dia lulus dan boleh menamatkan pengajiannya.
Apabila sampai
ke pondok menunggu bas, dia sempat melihat jam ditangannya yang menunjukkan
pukul 5 petang. Sebelum dia keluar dari rumah Irfan telah menghantar mesej
mengatakan dia akan menjemput Sofia pada pukul 5 petang itu. Namun sehingga
kini Irfan masih belum muncul.
Sofia tidak
begitu risau memandangkan dia beranggapan suaminya itu mungkin tersangkut dalam
kesesakan jalan raya. Untuk menghilangkan perasaan bosannya ketika menunggu,
Sofia membuka zip begnya untuk mengeluarkan novel untuk dibaca. Namun matanya
tertumpu kearah sebuah kotak yang berbalut kemas di dalam begnya itu. Sofia
tersenyum sambil mengeluarkan kotak itu dari begnya. Dia membelek kotak itu
bagi memastikan balutannya masih kemas dan cantik.
Sepatutnya
kotak itu diberinya kepada suaminya sebagai hadiah ulang tahun pertama mereka.
Namun kerana Irfan begitu tergesa-gesa meninggalkannya pada malam itu, sehingga
kini hadiah itu masih belum sempat diserahkan kepada suaminya. Jadi dia telah bercadang
untuk memberikan hadiah itu kepada suaminya pada malam ini.
Jasmine
memerhatikan Irfan yang nyenyak tidur itu. Sudah dua hari dia dibenarkan pulang
dari hospital. Sebentar tadi Irfan datang menjenguknya dan membawa makanan
untuknya. Ketika suaminya itu meminta diri untuk pulang, Jasmine lantas
memintanya untuk menemaninya sebentar. Sebenarnya dia agak bosan tinggal di
kondominium itu berseorangan.
Tiap kali dia mengajak Irfan menemaninya pada
waktu malam, suaminya itu pasti menolak dengan alasan takut ibu bapanya
mempersoalkan mengapa dia tidak pulang kerumah pada waktu malam.
“I
bosan tinggal seorang…please don’t leave me alone…”
“I know..tapi
I kena balik rumah malam ni.. Kalau I tak balik rumah, nanti parents I fikir
yang bukan-bukan..”
“Then take me
with you Luth…mereka tahu kan kita dah kahwin…pasti mereka tak fikir
bukan-bukan lagi…”
Irfan
memandang wajah sedih isterinya itu. Bukan dia tidak mahu membawa Jasmine
pulang kerumahnya..Jika dia tidak berkahwin dengan Sofia, pasti sudah lama dibawanya
Jasmine pulang. Namun sekiranya dia membawa Jasmine pulang ketika ini, pasti
keluarganya dan keluarga Sofia tidak dapat menerima hakikat itu.
“Jasmine..I
understand that you feel so lonely..tapi I tak boleh bawa you balik macam tu
je..parents I ingatkan you dah meninggal dunia selama ni..i perlukan masa untuk
explain dekat mereka dulu..So I betul-betul harap you bersabar..I promise..tak
lama lagi I bawa you balik…Ok?”
“Ok….but
please don’t go home right now..I sunyi..temankan I sampai petang boleh?”
“Well..ok..I temankan you
sebentar..”
Akhirnya Jasmine
akur kerana dia tahu sejak mereka berkahwin lagi ibu dan bapa Irfan tidak
merestui perkahwinan mereka. Begitu juga kedua ibu bapanya. Malah, ketika Irfan
muncul di rumahnya di Beijing untuk membawanya pulang ke Malaysia amatlah
ditentang oleh ibu bapanya. Namun apabila Jasmine merayu meminta mereka
membenarkannya mengikuti suaminya itu, akhirnya mereka membenarkannya pergi ke
Malaysia.
Lamunan
Jasmine terhenti apabila terdengar suara suaminya terbatuk. Dilihatnya Irfan
baru sahaja bangun dari tidurnya.
''You
dah bangun? I panaskan makanan ye? Kita dinner sama-sama''
Mendengar perkataan dinner terus membuatkan
Irfan terhadap janjinya untuk makan malam bersama Sofia. Dilihatnya jam
didinding menunjukkan hampir pukul 8 malam. Irfan lantas menepuk dahinya, dalam
fikirannya memikirkan Sofia yang pasti sudah lama menunggunya.
''Luth, do you hear me?''
''What?..oh sorry Jasmine..not tonight ok..I
have things to do.''
''Oh..ok..by the way, someone called you
before. Since the phone keep ringing, I answered it for you.''
Pasti Sofia
yang menghubunginya. Getus Irfan didalam hati. Lantas dia mencapai kunci
keretanya.
''Jasmine, i
ada hal penting...so I need to go right now… If you need anything, call me ok?''
Jasmine mengangguk sambil membuka pintu untuk
suaminya. Baru sahaja Irfan mahu menyarungkan kasutnya, tiba-tiba telefonnya
berdering. Di skrin tertera nama Maya sebagai pemanggilnya. Lantas dia menekan
butang menjawab. Terdengar suara Maya yang cemas dihujung talian.
''Kau kat mana
Luth? Aku call kau dari tadi tahu tak? Kau datang ke Hospital Anggerik secepat
mungkin sekarang juga!''
''Kenapa Maya? Ada masalah ke?''
''Luth…
Sofia...''
''Kenapa dengan Sofia?''
Degupan hati
Irfan seakan-akan terhenti tatkala mendengar nama Sofia disebut. Dia dapat
merasakan sesuatu yang buruk telah berlaku terhadap isterinya itu.
''Sofia kena
rompak..dia cedera teruk! Sekarang ambulans on the way ke hospital. aku jumpa
kau kat sana ye.''
Sebaik sahaja mendengar berita buruk itu,
Irfan terus berlari meninggalkan Jasmine di muka pintu tanpa berkata apa-apa.