Home Novel Keluarga Mentua Aku Sporting
Mentua Aku Sporting
Rabihah Nur Ridhuan
21/3/2014 22:54:53
202,581
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 23

PUAN Hajjah Salamah duduk berteleku di ruang tamu sendirian. Dia begitu bimbang dengan perbuatan ganas Rayyan kepada Hannah. Ternyata Rayyan tidak dapat menerima perkahwinan mendadak ini. Malah disuruhnya Hannah tidur berasingan dengannya. Mana ada suami isteri yang tidur berasingan bilik. Rayyan ni memang sudah gila!

Puan Hajjah Salamah semakin bimbangkan keselamatan Hannah. Dia takut Hannah akan diperlakukan sesuka hati oleh Rayyan yang membenci Hannah dan lebih buruk lagi jika Hannah membuat laporan polis. Pasti hidup anaknya akan bertambah menderita. Puan Hajjah Salamah tidak boleh membiarkan semua ini berlaku kepada anaknya. Dia begitu sayangkan Rayyan. Begitu juga dengan Hannah.

“ Kenapa ibu panggil Rayyan?” Tanya Rayyan sambil duduk di hadapan Puan Hajjah Salamah.

Puan Hajjah Salamah memberikan sekeping cek berjumlah RM200 ribu kepada Rayyan.

“ Ambil cek ini. Guna duit itu untuk buka perniagaan Rayyan sendiri,” kata Puan Hajjah Salamah.

“ Terima kasih, ibu,” kata Rayyan yang masih belum memikirkan tentang hala tuju hidupnya selepas ini. Perkara yang berlaku ini terlalu mendadak membuatkan Rayyan begitu tertekan.

“ Jangan kecewakan ibu lagi,” kata Puan Hajjah Salamah.

Rayyan segera mendongak memandang ke dasar mata Puan Hajjah Salamah. Bicara ibunya begitu menusuk hatinya. Adakah Puan Hajjah Salamah kecewa dengan dirinya? Ah ibu, kalau tidak kerana Rayyan di perangkap oleh Hannah pasti Rayyan tidak akan mengecewakan ibu, desis Rayyan di dalam hati.

“ Maksud ibu?”

Puan Hajjah Salamah mengeluh lemah. Dipandang Rayyan yang sedang memberi tumpuan kepadanya.

“ Ibu begitu kecewa dengan perbuatan Rayyan yang mengasari Hannah petang tadi. Begitukah sikap yang ibu didik selama ini?”

“ Ibu, dia memang patut pun diberi pengajaran begitu!” Kata Rayyan sambil menggelengkan kepalanya. Dia begitu marah kerana Puan Hajjah Salamah yang masih mahu membela Hannah setelah apa yang berlaku kepadanya.

“ Salah atau tak Hannah, bukan kau yang menghukumnya. Kau ni tak de hati dan perasaan ke Rayyan? Sanggup kau pukul isteri kau begitu!”

“ Dia bukan isteri Rayyan. Rayyan tak pernah inginkan dia menjadi isteri Rayyan!”

“ Mahu atau tidak dia dah jadi isteri kau dan kau harus terima takdir ini.”

Rayyan mendenggus kasar.

“ Rayyan tak akan tunduk dengan takdir ini. Ini bukan kemahuan Rayyan dan Rayyan tak akan kalah untuk membuktikan yang Rayyan tidak bersalah,” kata Rayyan.

“ Bagaimana kau nak buktikan yang kau tak bersalah? Adakah dengan terus memukul Hannah? Sebanyak itukah kebencian kau kepada Hannah?”

“ Ya, Rayyan bencikan dia dan Rayyan tak boleh terima dia sebagai isteri Rayyan. Dia tu pelacur! Dia tu khadam kita je!”

Puan Hajjah Salamah menggeleng lemah. Ternyata bicara Rayyan atas dasar emosi semata-mata.

“ Jadi kau rasa kau lebih baik daripada dia dan dia tak layak untuk kau?”

“ Memanglah ibu! Rayyan ni dari keturunan orang baik-baik dan siapa pula dia? Sememangnya bekas pelacur seperti dia tak layak menjadi isteri Rayyan. Rayyan dah ada Irene dan dia yang layak menjadi isteri Rayyan,” lemah benar suara Rayyan di hujung bicaranya. Sebenarnya dia begitu kecewa. Apatah lagi peristiwa ini akan memberikan impak yang besar terhadap perhubungannya dengan Irene. Bagaimana dengan perkahwinan yang telah dirancang oleh mereka?

“ Dengan mengasari Hannah adakah membuktikan yang kau lebih baik daripada dia?”

Terkedu Rayyan dengan soalan yang diberikan oleh Puan Hajjah Salamah kepadanya.

“ Sudahlah Rayyan jangan asyik nak menyalahkan orang. Kau memang berhak untuk cari kebenaran untuk diri kau tetapi kau juga harus menerima takdir yang telah ditentukan untuk kau. Tentang pertunangan kau dengan Irene, ibu rasa kau perlu memutuskannya. Anggaplah yang dia bukan jodoh kau,” kata Puan Hajjah Salamah lagi.

“ Mana boleh! Rayyan tak akan putuskannya. Rayyan sayangkan Irene dan tiada siapa yang dapat pisahkan Irene daripada Rayyan!” Bangkang Rayyan kasar sekali.

“ Tetapi keluarga Irene mahu memutuskannya. Mereka datang ke rumah atuk semalam dan Irene akan sambung belajar ke luar negara.”

Tersandar Rayyan apabila mendengarkan berita yang disampaikan oleh ibunya. Rayyan semakin kecewa. Sungguh dia tidak menyangka takdir untuknya begitu perit sekali. Segala istana cinta yang diangankan musnah dipertengahan jalan.

“ Tak mungkin. Semua ini tidak mungkin berlaku. Rayyan nak jumpa Irene. Rayyan nak terangkan semuanya kepada Irene.”

“ Tak perlulah.”

“ Mana boleh ibu. Rayyan mahu pujuk Irene. Rayyan tahu Irene akan percaya dengan bicara Rayyan.”

“ Semua sudah terlambat Rayyan. Irene sudah ke luar negara petang tadi. Irene begitu kecewa dengan apa yang sudah terjadi.”

Rayyan mengeluh lemah. Tanpa sedar kelopak matanya sudah bergenang. Hatinya semakin lara. Kenapa cintanya sering diuji begini?

“ Ibu, semuanya tidak adil buat Rayyan. Rayyan di perangkap!” Kata Rayyan menunduk. Dia mula berperang dengan kesebakan yang padu.

“ Sabarlah Rayyan, pasti ada hikmah disebalik kejadian ini. Kau mesti redha dengan takdir ini. Terimalah Hannah sebagai isteri kau.”

“ Tak boleh, ibu. Tak boleh. Rayyan tak dapat terimanya!”

Previous: Bab 22
Next: Bab 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.