Home Novel Keluarga Mentua Aku Sporting
Mentua Aku Sporting
Rabihah Nur Ridhuan
21/3/2014 22:54:53
202,964
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
SINOPSIS

Disebabkan dendam membuatkan hidup Hannah terhimpit. Siapa sangka seorang lelaki yang dipanggil papa sanggup menjualnya ke sarang pelacuran hanya disebabkan dendam. Dendam Hanif kepada sepupunya, Rayyan pula memerangkap Hannah kepada sebuah perkahwinan yang tidak dirancang. Status Hannah yang meragukan membuatkan Rayyan menganggap Hannah yang telah memerangkap dirinya sendiri untuk berkahwin dengan Rayyan. Lalu Rayyan melayan Hannah dengan buruk sekali. Namun Hannah beruntung kerana mempunyai ibu mertua yang cukup sporting. Dia tidak pernah memandang kisah silam Hannah. Sebaliknya dia memberi sepenuh sokongan untuk mencetuskan keharmonian dalam rumah tangga anak dan menantunya itu. Dia jugalah yang menjadi ’mastermind’ dalam setiap projek untuk memikat hati Rayyan. Dan tatkala baru sahaja Hannah mahu mengecapi kebahagian dalam rumah tangganya, kedua-dua lelaki itu datang semula dalam hidup Hannah untuk melunaskan kembali dendam mereka sehingga hampir mengorbankan rumah tangganya. Dapatkah Hannah mengecapi kebahagian dalam rumah tangganya? Bagaimanakah Hannah dapat menyelamatkan diri dari dendam papanya?

Previous: bab 17
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.