Home Novel Keluarga Mentua Aku Sporting
Mentua Aku Sporting
Rabihah Nur Ridhuan
21/3/2014 22:54:53
202,463
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 18

Hannah duduk membisu di atas katil. Langsung tidak memandang Rayyan. Dia takut memandang wajah menyinga Rayyan itu. Dia sendiri tidak tahu apa yang berlaku kini. Bingung!

“ Memang dasar pelacur! Kau sengaja mahu memerangkap aku bukan?” Marah Rayyan sambil memandang tajam kepada Hannah.

Hannah yang duduk di atas katil sambil memeluk bantal hanya menangis. Bilik hotel yang disewa oleh Rayyan setelah mereka dihalau oleh Tan Sri Ghazali sedikit pun tidak mengembalikan ketenangan dalam dirinya. Malah dia semakin serabut.

“ Hei perempuan!” Tengking Rayyan sambil menarik bantal yang dipeluk Hannah lalu di baling ke dinding.

Hannah nyata terkejut dengan perilaku Rayyan itu. Dipandang wajah Rayyan yang sedang menahan kemarahannya. Kemudian Hannah menunduk kerana begitu takut dengan pandangan menyinga Rayyan itu. Wajah menyinga Rayyan saling tak tumpah seperti wajah menyinga Kamal membuatkan Hannah semakin gerun.

Kemudian Rayyan menarik rambut Hannah dengan kasar menyebabkan wajah Hannah terdongak ke belakang.

“ Hei perempuan, apa muslihat kau hah? Kenapa kau perangkap aku?” Tanya Rayyan.

“ Mana ada. Saya pun tak tahu bagaimana boleh jadi macam ni. Saya pun diperangkap. Percayalah, Tuan Rayyan,” kata Hannah dalam juraian airmata. Dia begitu takut sekali dengan Rayyan. Dia tahu saat ini dia tidak boleh mencabar kemarahan Rayyan. Kalau tidak pasti nahas jadinya. Dia takut tubuh badannya menjadi mangsa pukulan Rayyan seperti mana dia menjadi mangsa pukulan Kamal suatu masa dahulu.

“ Puiiihhhh…kau ingat aku boleh percaya dengan kau, perempuan sundal!” kata Rayyan terus menolak kepala Hannah.

Hannah menangis lagi. Sakit hatinya apabila tidak habis-habis Rayyan memaki dirinya.

“ Saya tak bohong, Tuan Rayyan dan Allah menjadi saksi,” kata Hannah lemah.

“ Kau jangan nak main dengan nama Allah di sini. Aku tahu perempuan jenis kau ni hanya tahu memerangkap lelaki kaya dengan tubuh kau semata-mata untuk mendapatkan kesenangan,” kata Rayyan.

Hannah mengeluh lemah. Rayyan tidak habis-habis mahu meletakkan kesalahan ke atas dirinya. Dengan debaran di dada, Hannah cuba menyatakan kebenarannya.

“ Oh maknanya saya yang salahlah. Habis tu kenapa Tuan Rayyan boleh tidur di bilik saya? Saya juga boleh menuduh yang Tuan Rayyan telah memperkosa saya!” Kata Hannah takut-takut. Dia tahu dia perlu membela diri.

“ Apa?” Tanya Rayyan tidak puas hati dengan tuduhan yang dilemparkan oleh Hannah itu.

Hannah menunduk. Dia tidak berani untuk memandang wajah Rayyan yang menyinga itu. Dengan terketar-ketar dia cuba meneruskan bicaranya.

“ Bagaimana Tuan Rayyan boleh berada di bilik saya? Ternyata Tuan Rayyan berniat tidak baik terhadap saya! Tuan Rayyan telah merogol saya dan sekarang Tuan Rayyan nak salahkan saya pula?” Tanya Hannah. Inilah persoalan yang bermain di mindanya sejak dia mendapati dirinya tidur bersama dengan Rayyan. Persoalan ini juga yang memaksa dirinya untuk merelakan perkahwinan ini. Apa lagi pilihan yang dia ada selain berkahwin dengan Rayyan setelah maruah dan harga dirinya di rentap oleh lelaki itu.

“ Kurang ajar!”

Serentak dengan itu penampar sulung Rayyan hinggap di pipi Hannah. Dia jadi tidak sabar apabila Hannah terus-terusan menuduh dirinya. Hannah menggigil ketakutan apabila ditampar sebegitu. Entah kenapa wajah Rayyan di hadapannya sudah bertukar menjadi Kamal.

“ Eh pelacur, kau jangan nak tuduh aku. Kau yang perangkap aku!”

Hannah hanya mampu menangis. Dia tidak berani untuk melawan bicara Rayyan lagi. Dia takut Rayyan akan terus mengasari dirinya. Sedetik dia mula teringatkan peristiwa bagaimana dia di dera tanpa belas oleh Kamal dahulu.

Melihatkan airmata Hannah membuatkan Rayyan semakin marah. Dia tahu Hannah cuba meraih simpati daripadanya dengan menangis. Ah kalau tidak masakan ada perumpamaan yang mengatakan airmata adalah senjata wanita.

“ Eh perempuan, kau tak payah berlakon dengan akulah. Aku nak tengok sampai bila kau nak sembunyikan identiti kau yang sebenarnya. Sekarang ni kau cakap dengan aku berapa harga diri kau?” Tanya Rayyan kasar.

Hannah menggeleng dalam tangisan yang penuh syahdu. Begitu rendah sekali maruah dirinya di mata Rayyan.

“ Dua ratus? Dua ribu? Dua puluh ribu? Cakaplah!” Tengking Rayyan sambil menolak kepala Hannah. Dia menjadi semakin marah apabila Hannah hanya tahu menangis sahaja.

Hannah hanya membatu. Dia tidak berani melawan. Tubuhnya pula sudah bergegar menahan sendu yang semakin bergelora.

“ Perempuan jalang macam kau ni, memang taksub dengan hartakan!” Tuduh Rayyan lagi.

“ Saya tak bersalah. Percayalah. Saya tak bersalah dan saya juga diperangkap!” Tangis Hannah.

Rayyan mencebir dengan bicara Hannah itu.

“ Hei, cermin diri kau sikit. Siapa nak percaya perempuan murahan macam kau ni!”

Hannah menggeleng. Dia tahu tanggapan Rayyan kepadanya tidak akan berubah walau beribu kali Hannah cuba menerangkan kepadanya. Oleh itu lebih baik sahaja Hannah keluar dari bilik hotel ini sebelum Rayyan melakukan sesuatu di luar jangkaan terhadapnya.

“ Sudahlah Tuan Rayyan. Saya tak mahu bertekak dengan awak lagi dan saya yakin kita menerima nasib yang sama iaitu diperangkap. Sudahlah saya nak keluar dari sini,” kata Hannah mula bangun. Dia tidak berani untuk berlama dengan Rayyan di situ. Dia bimbang Rayyan akan memperapakan dirinya.

Namun Rayyan terus merentap tangan Hannah dan terus menolak tubuh Hannah jatuh ke katil.

“ Sekarang aku nak kau bayar balik kehancuran yang dah kau lakukan kepada aku!” Tengking Rayyan.

Belum sempat Hannah berbuat apa-apa, Rayyan sudah menindihnya dengan membawa teddy bear yang dijadikan perhiasan di atas meja solek oleh pihak pengurusan hotel. Nyata Hannah begitu terkejut dengan teddy bear yang berada di tangan Rayyan. Dia bimbang Rayyan akan melemaskan Hannah dengan teddy bear tersebut seperti mana Kamal lakukan kepadanya suatu masa dahulu.

Ternyata tekaan Hannah tepat sekali. Tanpa menunggu sesaat, Rayyan terus melemaskan wajah Hannah dengan teddy bear di mukanya. Hannah yang ketakutan mengelupur cuba menyelamatkan diri. Namun dek kerana fobia dengan kisah silam membuatkan Hannah semakin sesak nafas dan akhirnya Hannah pengsan tidak sedarkan diri.

Rayyan yang cuak setelah mendapati Hannah tidak bergerak mula memeriksa nadinya dan Rayyan menarik nafas lega apabila mendapati Hannah masih hidup.

“ Woooiii..bangunlah,” kata Rayyan sambil menampar-nampar muka Hannah.

Debaran di dadanya semakin kuat. Bimbang juga jikalau sesuatu yang buruk terjadi kepada Hannah sedangkan niatnya hanyalah mahu menakutkan Hannah sahaja.

Dalam beberapa minit kemudian, barulah Hannah sedar semula. Wajahnya panik dan ketakutan.

“ Kau ni memang pandai berlakonlah,” kata Rayyan yang membaling teddy bear yang ada di tangannya ke muka Hannah.

Hannah yang masih fobia terus menjerit kuat membuatkan Rayyan mendenggus kasar.

“ Memang dasar drama queen,” kata Rayyan sambil berlalu dari situ.

Previous: SINOPSIS
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.