Home Novel Cinta Hatiku Not For Sale
Hatiku Not For Sale
Batiah Hadi
23/5/2015 22:35:39
455,176
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Beli Sekarang
Bab 6

      Seperti biasa hujan yang lebat kadang-kadang cepat pula redanya. Zahra terasa lega bila hujan berhenti tetapi bas yang ditunggu belum nampak kelibatnya pula. Untuk melihat bas, Zahra bangun dan berdiri agak hampir dengan jalan menjenguk kalau-kalau ada bas. Di hadapan bus stand itu ada lopak-lopak air berlumpur yang terhasil dari hujan lebat tadi. Lopak-lopak itu disebabkan oleh beratnya tayar bas yang acap kali menghunjam di situ bila berhenti mengambil penumpang. Biarpun diturap berkali-kali kawasan depan perhentian bas tetap berlubang dan menakung air bila hujan.

    Sedang Zahra berdiri berdekatan tercangak-cangak, tiba-tiba sebuah kereta Range Rover Evoque berwarna merah berhenti mengejut dan melanggar lopak air tersebut. Impak dari tayar SUV itu telah menyebabkan air lopak itu menyimbah tepat pada Zahra yang berdiri di situ mengenai dirinya.

    Zahra yang terkena air tersebut menjerit kuat kerana terkejut. Semuanya berlaku terlalu pantas dan Zahra pula tidak sempat mengelak. “Argggh!!!!!!” jeritnya bila air lumpur mengenai muka dan bajunya. Tepat pula tu sehingga ada yang masuk ke dalam mata dan hidungnya. Bila dia melihat kesannya dia lagi terjerit tapi kali itu dengan perasaan marah dan geram.

     “Orang gila mana bawak kereta berenti ikut suka nih!!!!” jerit Zahra spontan dan agak kuat kepada kelibat SUV merah itu. Dia terperasan pemandu di dalamnya memandang padanya sekilas sebelum berhenti di hadapan.

    Zahra mengesat lumpur yang mengenai wajahnya. “Blerghh!!” lumpur yang termasuk ke dalam mulut diludah beberapa kali. Saat itu terasa seperti mahu muntah mengingatkan entah apa yang ada pada lumpur itu.

     “Buta ke atau tak reti bawak kereta. Kalau tak reti bawak kereta tu jangan bawak. Menyusahkan orang je. Harap kereta je besar tapi otak kecik, isyhhhh menyampah betul. Tak semena-mena aku makan lumpur pulak. Memang aku tak cukup makan tapi aku tak naklah makan lumpur ni….hiiii gerammnyaaaaa!!!” bebel Zahra seorang diri melayan perasaan geram.

  Dia menarik pula tudung dan baju yang basah yang sudah tentu melekat pada tubuhnya saat itu. SUV di hadapan direnung. Pemandunya masih belum turun.

    “Entah-entah nak lari. Kurang asam betul…tahulah awaktu ada kereta hebat…orang kat tepi tak nampak. Main berhenti je ikut suka. Tak semena-mena aku pulak jadi mangsa," Zahra mengomel lagi. 

     Argghhh! Habislah muka aku, baju aku. Dahlah berlumpur entah ada tahi anjing ke kucing ke…ishhh!! Bakteria…bakteria..Yang masuk mata, hidung dan mulut aku lagi. Entah-entah aku kena samak pulak. Apa jadi kalau jangkit kuman pulak? Geramnya. 

     Kalau dia ada depan aku ni aku tonyoh-tonyoh balik lumpur ni kat muka dia. Manusia yang langsung tidak bertimbangrasa. Entah dari planet mana tah. 

       Argghhh! Tahi itikk….tahi ayammmm….tahi kudaaa….memanglah shitttt. Dahlah busukkk.....yuckkk!” omel Zahra pula sambil menyapu lagi lumpur yang terkena pada pakaian dan tudungnya. Baju kurung dan tudungnya yang berwarna cerah itu telah berbelang-belang dengan lumpur. 

      Entah apa malangnya hari itu. Dahlah basah, kena lumpur lagi. Nak menangis pun ada... sabar Zahra, sabar, pujuknya sendiri. Arggh! Tapi hatinya geram!

     “Tak elok menyumpah orang macam tu…not so sweet for a girl..” tiba-tiba kedengaran suatu suara garau seorang lelaki . 

    “Huh??!!” Zahra tersentak. Dia yang sedang tunduk menyapu lumpur itu mengangkat muka. Matanya menangkap kelibat seorang lelaki berpakaian kemas bertali leher sedang berdiri di salah satu tiang bus stand sedang memandang padanya. Lengan baju dilipat hingga ke siku. Matanya tajam memerhati.

     “Dah habis sessi menyumpah saya?? Dah puas hati? Amboi…siap keluar semua tahi binatang tu…rare sungguh sumpahan itu!” ujarnya dengan sinis. Zahra mencebik. Rare kata dia? Mamat ni nak kena cekik ke apa? Zahra rasa seperti mahu keluar api saja dari hidungnya seperti seekor naga. Kalau dia seekor naga pasti sudah rentung lelaki di hadapannya itu.

       “Look, saya memang tak nampak awak tadi. I am really sorry. I really do,” ujar lelaki itu memandang gadis itu dengan rasa simpati berbuku di hati. Ada rasa bersalah. Ada senyuman simpati di bibirnya melihat gadis bersalut lumpur kuning itu.

Namun, senyuman lelaki itu tidak dapat memadamkan rasa geram yang bertakhta di hati Zahra saat itu. Oh, senyuman apakah itu? Senyum gelihatikah itu? 

    Hatinya mencanak geram. Dahlah palitkan lumpur padanya dan sekarang ikut suka pula tersenyum gelihati?? 

    Tunggu!, bisik hati Zahra, ada sesuatu yang sangat familiar tentang lelaki itu. Mata mereka bersatu seketika. Renungan mata dan senyuman sinis itu? lelaki berpenampilan kemas itu seperti pernah nampak….serta-merta otak Zahra terpapar peristiwa beberapa hari lepas.

      Tak guna…lelaki itu ialah kawan abang Malek yang menempah nasi lemak darinya beberapa hari lepas!!. Itulah lelaki yang emo dengannya waktu itu!!!

    Arggh!!! Zahra terasa seperti mahu menjerit. Dia geram. Sangat geram!

Previous: Sinopsis
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.