Home Novel Cinta Hatiku Not For Sale
Hatiku Not For Sale
Batiah Hadi
23/5/2015 22:35:39
455,233
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Beli Sekarang
Bab 16

HASEF duduk di sofa buruk di ruang tamu rumah kecil itu. Atas hajat itu, Rais setuju mengajak Hasef masuk ke dalam rumah untuk berbincang. Semasa masuk tadi dia tambah-tambah kasihan pada Zahra bila melihat keadaan rumah yang sangat daif itu.

Rais mengamati lelaki yang berpakaian kemas dengan kemeja biru dan seluar khaki. Bajunya jenis mahal dan jam yang dipakai pula berjenama. Hati Rais pula berbunga kerana dia sudah dapat membau keuntungan yang akan jatuh ke ribanya. Kereta di luar sudah jadi satu petunjuk. Petunjuk yang dia mungkin akan dapat wang yang banyak.

Namun, dia tidak boleh nampak tamak sangat dan terburu-buru. Dia perlu ada strategi. Dia memandang tegas pada Hasef. Dia mengamati pakaian dan penampilan lelaki itu. Sah orang kaya. Siapa sangka Zahra dapat memerangkap lelaki kaya seperti itu?. Siapa tahu nasib baiknya hari itu???

“Aku tak mahu kahwinkan anak aku dengan kau.” kata Rais tiba-tiba menanti reaksi lelaki itu. Hasef terpempan. Tadi nampak Rais seolah teruja sahaja sekarang tak mahu pula?. Rais seperti bermain tarik tali pula. Hasef menarik nafas menenangkan dirinya. Dia perlu berunding dengan baik.

“Pakcik…beginilah…kalau saya kahwin dengan anak pakcik…saya boleh ringankan beban pakcik kerana tak perlu tanggung anak pakcik lagi. Kehormatan anak pakcik pun terjaga kerana saya akan mengahwininya dengan cara baik.” kata Hasef bersungguh. Dia mahu menyelamatkan gadis itu. Dia rasa itu adalah jalan yang terbaik. Dia mengerling pada Zahra yang memandang padanya dengan wajah masih tak percaya.

“Huh…itu sahaja? Aku tak kisah tentang kehormatan budak ni. Kau perlu ada hajat yang lebih menarik dari itu. Aku nak duit. Apa jaminan yang aku akan dapat duit dari hajat kau tu?” tanya Rais tiba-tiba. Zahra yang berada di situ benar-benar terkejut dan malu dengan kata-kata ayahnya itu. Duit??? Sekarang maruah Zahra yang sedang dibincangkan dan ayahnya hanya berminat dengan duit???. Oh hinanya dia terasa! Air mata terbit di mata. Jelas yang ayahnya tidak sayang langsung padanya.

“Pakcik tak kisah kehormatan dia? Dia kan anak pakcik? Tak bermaknakah dia pada pakcik?” soal Hasef kehairanan. Sangkanya tadi boleh juga dia sedarkan lelaki itu tapi ternyata sangkaannya meleset. Kehormatan bukan sesuatu yang dipandang tinggi oleh Rais. Kalau tidak tak mungkin dia sanggup paksa Zahra bekerja sebagai gadis escort. Hasef menjadi lebih simpati pada Zahra yang mempunyai seorang ayah seperti itu. Dia melirik pada gadis itu yang kini berwajah sedih. Simpatinya makin mencanak.

“Suka hati akulah nak kisah atau tidak. Dia memang anak aku. Tapi…dah banyak dia menyusahkan aku selama ini. Ini masa dia untuk bayar semuanya pada aku semula setelah aku bersusah-susah payah membesarkannya,” jawab Rais. Hasef mengeleng-ngeleng mendengar kata-kata lelaki itu.

“Apa aku dapat kalau kahwinkan kau dengan dia? Kalau aku biarkan dia menjadi wanita escort boleh juga aku dapat dalam satu ribu satu malam,” tambah lelaki itu lagi. Memang lelaki itu tidak boleh disedarkan lagi.

Wajah tua Rais direnungnya. Dengan mata merah dan bau yang meloyakan itu Hasef dapat mengagak sama ada lelaki itu penagih dadah atau arak dan mungkin juga ada masalah judi. Selalunya tiga kategori itu boleh menghapus perasaan kasih dan sayang seseorang pada manusia lain hatta kepada anak atau ibu sendiri. Hasef sedikit mengeluh tentang realiti kehidupan seperti itu. Realiti masyarakat.

Wajah Zahra yang sugul menambah simpati di hatinya. Dia nekad. Gadis itu perlu dijadikan isterinya supaya selamat dari ketamakan ayahnya sendiri. Di kala itu hatinya terasa begitu nekad untuk menyelamatkan gadis itu. Hanya dengan cara itu sahaja dia dapat membantu gadis itu. Dan dia tidak kisah apa yang akan berlaku selepas itu. Hasef menghela nafas.

“Baiklah….berapa pakcik mahu? Saya sanggup bayar asalkan pakcik boleh lepaskan anak pakcik pada saya untuk saya kahwini.” kata Hasef penuh yakin. Zahra terpempan. Wajah Hasef ditenung tepat. Perasaannya berbaur.

“Aku mahu 50 ribu. Kalau aku dapat 50 ribu, aku akan lepaskan dia pada kau.” ujar Rais tanpa perasaan. Melihatkan kereta Range Rover Hasef yang terparkir di hadapan dia tahu yang menghantar Zahra balik hari itu sudah pastilah seseorang yang punya wang. Baik dia sesah lelaki itu cukup-cukup. Hah dapatlah dia bayar hutang dan berjoli nanti dengan duit sebanyak itu. Tak sia-sia dia hantar Zahra jadi escort. Dapat bawa balik orang kaya!.

Zahra merenung Hasef dan ayahnya silih berganti. Biar benar. Mereka berdua sedang berurusniagakan dirinya?? Oh Tuhan, apa yang dah berlaku ni??

“Saya akan bagi pakcik RM50,000.” kata Hasef seperti bertawar pula. Hati Zahra terasa bersakar. Geram, sedih dan tersinggung semua ada. Dia tak menyangka Hasef sanggup membayar untuk dirinya seolah seperti barang dagangan. Buruk lagi nasib dirinya kerana mempunyai seorang ayah yang lebih sayangkan wang dari dirinya.

“Aku setuju!” tegas Rais lantas ketawa besar. Hati Zahra membuak geram. Ketawa yang kedengaran menambah sakit hatinya. Tak boleh jadi! desis hati Zahra.

“Ayah!, saya ada harga diri. Kenapa ayah nak jual saya?.” jerit Zahra pada ayahnya. Kemudian dia berpaling pada Hasef. “Hasef, apa yang awak lakukan ni? Awak nak beli saya? Saya ada maruah. Saya tak mahu duit awak! Simpan duit awak tu!!! Eh! Kamu berdua ingat saya ni apa? Barang yang senang-senang dijual?” Hasef memandang wajah gadis itu yang menyinga. Dia hairan kenapa gadis itu marah pula? Dia sedang cuba menyelesaikan masalah gadis itu dan gadis itu marah? Hasef hairan. Wajah Zahra dipandang tepat.

“Dah…engkau Zahra jangan nak buat drama pulak. Bertuahlah ada orang nak beli kau. Kalau tak duduklah kau di kelab escort tu! Banyak hal pulak kau ye!. Tak sedar diuntung!!” tengking Rais marah.

“Tapi ayah…” Zahra cuba membantah.

“Kau jangan nak mengada. Kau kena ikut cakap aku. Kalau tak siaplah kau!!!” ugut Rais dengan wajah bengis. Kecut hati Zahra. Belakang yang banyak kali dibalun seolah terasa berdenyut-denyut. Tak sanggup dia kalau dibalun lagi dengan tali pinggang. Yang ada pun sudah cukup tersiksa.

Zahra terdiam. Manakah yang lebih buruk? Daripada dijual kepada tauke atau berterusan kerja sebagai escort dan menghadap siksaan ayahnya atau menerima aturan lelaki itu?. Wajah Hasef dipandang. Hasef yang perasan memandang kembali wajah gadis itu. Zahra menghela nafas. Hatinya geram dan marah. Tapi benar juga. Dia harus cari jalan keluar. Dan mungkin itulah jalan keluarnya. Tapi, bukan dijual seperti itu!

Previous: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.