Bab 13

"KHALIL! Tengok ayahanda bawa siapa datang ni."

Khalil memandang ke arah pintu wad. Wajahnya mengukir senyuman indah dan manis tatkala dia melihat wajah ayah tirinya masuk ke dalam wad.

Raja Agong Amirul menghampiri katil Khalil.

"Mereka siapa? Macam pernah nampak." Khalil memandang wajah dua budak lelaki di sisi ayah tirinya. Tangannya menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Anak ayahanda. Hisham dan Ridzuwan. Khalil pernah jumpa masa ayahanda kahwin dengan umi. Ingat tak?"

Khalil mengangguk.

Raja Agong Amirul memandang wajah anak-anaknya. "Kenalkanlah diri."

"Ridzuwan," Ungku Ridzuwan memperkenalkan dirinya. Tangan kanannya dihulurkan kepada Khalil yang separa duduk di atas katil.

Ungku Ridzuwan ialah anak hasil perkahwinan pertama Permaisuri Agong Jannah sebelum berkahwin dengan Raja Agong Amirul. Ayah kandungnya telah meninggal hampir dua tahun yang lepas akibat kemalangan jalan raya.

Khalil menyambut huluran tangan itu. "Khalil."

"Hisham," kali ini Putera Agong Hisham yang berdiri di sebelah Ungku Ridzuwan pula memperkenalkan dirinya.

Putera Agong Hisham pula ialah anak Raja Agong Amirul dengan arwah isterinya; Permaisuri Agong Alia yang mangkat awal tahun setelah melahirkan Puteri Agong Halimah.

"Khalil."

Raja Agong Amirul mengukir senyuman gembira melihat anak-anaknya berkenalan.

"Umur kau berapa ye sekarang?" soal Putera Agong Hisham sebaik sahaja dia naik ke atas kerusi yang ada di sisi katil saudara tirinya.

"Lima tahun," jawab Khalil.

"Ooo... kita bertiga sebaya la. Aku dengan Ridzuwan pun lima tahun jugak."

Khalil tersenyum.

"Lepas ni boleh duduk belajar sama-sama dalam kelas," ujar Raja Agong Amirul. Dia mengangkat tubuh Ungku Ridzuwan ke atas katil. Biar anak-anaknya mudah berborak sesama sendiri.

"Khalil nanti sekolah sama dengan Sham ke ayahanda?" soal putera sulung Raja Agong Amirul.

"Ye. Suka tak?"

"Suka! Ada kawan. Bestnya."

"Ridzuwan? Suka tak?"

Ungku Ridzuwan mengangguk.

Raja Agong Amirul tersenyum gembira. Dia tahu Ungku Ridzuwan masih belum boleh terima dia sebagai ayah lagi. Anak tirinya yang seorang ini sangat rapat dengan arwah ayah kandungnya. Jadi pasti susah untuk menerima orang lain sebagai ayah.

"Ayahanda tak kerja ke?" soal Khalil.

"Kerja. Nak pergi la ni. Tapi nak jenguk Khalil dulu."

"Ooo."

Raja Agong Amirul membelai kepala anak-anaknya. Kemudian dia memandang jam di tangan kirinya. "Ayahanda kena pergi. Ridzuwan dengan Hisham tinggal sini ye? Main dengan Khalil. Boleh?"

"Boleh!" Ceria Putera Agong Hisham dan Ungku Ridzuwan menjawab.

"Good boy. Jangan nakal-nakal," pesan si ayah. Dicium ubun-ubun Putera Agong Hisham, Ungku Ridzuwan dan akhir sekali Khalil. Tangannya menyentuh kepala anak tirinya yang masih berbalut. "Umi mana?"

"Umi keluar sekejap. Tak tahu pergi mana."

Tiba-tiba pintu wad dibuka dari luar.

Terkaku Permaisuri Agong Nafisah melihat suaminya dan anak-anak suaminya ada di dalam wad itu.

"Umi!" Putera Agong Hisham melambaikan tangannya ke arah isteri muda ayahandanya.

Raja Agong Amirul tersenyum. "Sham dengan Ridzuwan, pergi salam umi ye? Ayahanda nak pergi kerja."

Ungku Ridzuwan dan Putera Agong Hisham mengangguk.

"Hai..." Permaisuri Agong Nafisah merendahkan dirinya tatkala dua budak lelaki di sisi suaminya mendekatinya. "Tak sekolah ke?" Tangannya di salam dan dicium lembut oleh Ungku Ridzuwan dan Putera Agong Hisham.

"Tak. Cuti la umi," petah anak kandung suaminya menjawab.

Ungku Ridzuwan menggaru-garukan kepalanya. "Nak panggil umi ke?"

Permaisuri Agong Nafisah ketawa kecil. Dia tahu Ungku Ridzuwan ialah anak tiri suaminya. "Panggilah umi. Ridzuwan tak suka panggil umi?"

Ungku Ridzuwan menggeleng. "Tak. Cuma tanya."

Raja Agong Amirul menghampiri mereka yang di depan pintu wad.

Permaisuri Agong Nafisah pantas berdiri.

"Pergi main Khalil. Ayahanda nak cakap dengan umi."

Ungku Ridzuwan dan Putera Agong Hisham mengangguk. Langkah kaki mereka diatur ke katil Khalil.

"Biar Khalil main dengan mereka. Balik kerja nanti aku datang ambik. Jaga dorang elok-elok."

Permaisuri Agong Nafisah mengangguk.

Baru sahaja Raja Agong Amirul mahu memulas tombol pintu, anak sulungnya bersuara.

"Kenapa umi dan ayahanda tak salam? Macam ayahanda dengan bonda?" soal Putera Agong Hisham.

Raja Agong Amirul menoleh ke belakang. Dipandang wajah anaknya yang menanti jawapan. Satu keluhan dilepaskan. Tangan kanannya dihulur ke arah isteri mudanya.

*****

"KAU ada adik-beradik tak?" tanya Ungku Ridzuwan.

Khalil mengangguk. "Ada."

"Abang ke, kakak ke adik?" soal Putera Agong Hisham yang duduk di atas katil wad bersama saudara tirinya.

Khalil termenung seketika. "Abang. Namanya Kabir. Adik pun ada. Hanim."

"Mana abang dengan adik kau? Dia tak tengok kau kat sini ke?" soal Ungku Ridzuwan. "Ayah kau ada lagi tak? Ke... dah tak ada macam aku. Ayah dah tak ada."

"Papa... ada. Abang dengan adik... hm..." Khalil menundukkan kepalanya. Dia tidak tahu mahu menjawab pertanyaan saudara tirinya itu bagaimana.

Ungku Ridzuwan berbalas pandang dengan Putera Agong Hisham tatkala Khalil hanya berdiam diri sahaja.

"Kenapa diam? Cakaplah, mana abang kau? Abang kau kan dah jadi abang kita orang jugak." Desak Putera Agong Hisham.

"Ha'ah... cakaplah mana abang kau?" tanya Ungku Ridzuwan lagi.

"Papa... papa...dah bagi abang... dekat orang kaya... sebab nak bayar hutang papa," balas Khalil lambat-lambat. Air matanya mengalir. Dia rindukan adik-beradiknya.

"Jahatnya papa kau."

Khalil hanya diam.

"Kau jangan la sedih. Ayahanda cakap kan, kita bertiga kena baik-baik antara satu sama lain. Sebab kita bersaudara. Adik-beradik. Aku dengan Ridzuwan... adik-beradik kau jugak. Lagipun, aku ada adik perempuan. Nama dia Halimah. Nnati bila kau dah sihat, datang lah istana, kita main sama-sama."

Khalil mulai menarik segaris senyuman.

Ungku Ridzuwan mengeluarkan sesuatu dari poket seluar. "Nah. Bonda bagi."

Khalil mengangkat wajahnya. "Bonda?"

"Bonda tu, mak aku. Ala... dah jadi macam bonda kau jugak, kan? Ambik la." Ungku Ridzuwan menghulur satu kain kecil ke arah saudara tirinya. "Bonda jahit sendiri untuk kau tau."

Khalil mengukir senyuman lebar. "Terima kasih. Korang memang baik."

"Kita kan dah jadi adik beradik. Kenalah baik. Kan?"

Permaisuri Agong Nafisah hanya tersenyum melihat mereka bertiga bermain dan berborak di atas katil dari jauh.

"Assalamulaikum." Pintu wad di tutup. Semua mata-mata yang ada di dalam wad, beralih ke empunya suara.

"Ayahanda!"

Raja Agong Amirul mendekati anak-anaknya. Punggungnya dilabuh ke atas katil, dihujung kaki Khalil. "Gaduh-gaduh tak anak ayahanda semua ni?"

"Tak! Kami baik je," ujar Ungku Ridzuwan.

"Alhamdulillah. Ni ayahanda ada hadiah untuk korang sebab tak gaduh. Nah." Beg plastik diletak di hadapan anak-anaknya.

"Mainan!"

Raja Agong Amirul tersenyum. Kemudian dia bangun dan menghampiri isteri mudanya yang duduk di sofa. "Ada apa-apa berita?" Diambil tempat duduk bertentangan dengan si isteri.

"Khalil dah boleh keluar."

"Alhamdulillah."

"Awalnya tuanku habis kerja."

"Belum habis. Sekarang waktu makan tengah hari, singgah sini sekejap. Tengok mereka. Kenapa? Tak boleh? Salah?"

Permaisuri Agong Nafisah menggelengkan kepalanya. "Tak. Tak salah."

"Ayahanda! Sini la main sekali dengan kami!" jerit Putera Agong Hisham.

Raja Agong Amirul mengangguk.

'Kalaulah dia boleh layan aku baik macam dia layan Khalil kan bagus,' ujar hati kecil si isteri. Satu keluhan berat dilepaskan.

*****

RAJA AGONG AMIRUL pantas menarik lengan kanan Permaisuri Agong Nafisah. Dibawa si isteri keluar dari wad. Membara rasa hatinya sekarang ini bila anak-anaknya tadi bercerita pasal Kabir yang telah pun dijual oleh ayahnya sendiri. Entah kenapa dia teringat akan anak-anak saudaranya yang hilang akibat dijual.

"Tuanku, dah kenapa ni?" soal Permaisuri Agong Nafisah dengan kehairanan. Sakit tangannya dicengkam kuat oleh suaminya.

"Siapa yang ambik anak kau tu?"

"Hah?"

"Aku tanya, siapa ambik anak kau? Abang si Khalil tu? Kabir!" soal sang raja. Matanya memandang tepat wajah isteri yang kebinggungan.

"Boss dekat tempat Fuad kerja," jawab Permaisuri Agong Nafisah.

"Macam mana nak tebus Kabir balik? Berapa kena bayar?"

Sekali lagi Permaisuri Agong Nafisah terkedu. 'Kenapa dia ni? Peliknya.'

Raja Agong Amirul pantas menarik tangan isteri mudanya itu menuju ke kereta yang sememangnya menunggu di depan lobi hospital. "Cakaplah."

"Kena bayar berjuta dollar."

"Berapa!"

Baru sahaja Permaisuri Agong Nafisah ingin bercakap, suaminya memintas.

"Masuk!" Dibuka tempat duduk penumpang di sebelah pemandu.

Permaisuri Agong Nafisah hanya menurut.

"Tuanku nak kemana?" soal si Pemandu Istana.

"Bak kunci. Ada hal peribadi."

Pemandu Istana menghulur kunci ke pada sang raja. Tercengang dia buat seketika. Jarang sekali dia melihat raja di depannya ini memandu sendiri. Pasti hal yang terlalu peribadi.

*****

"CAKAP, berapa harganya untuk isteri aku bawak balik anak dia dari rumah ni? Berapa?" soal Raja Agong Amirul dengan tegas. Dia sangat-sangat benci dengan orang yang terlibat dengan penjualan kanak-kanak. Tak kisah sebab apa. Dia tak suka!

"Dua juta dollar. Ada duit?" jawab lelaki kaya itu dengan belagaknya. Dia tidak tahu di depannya ini merupakan pemerintah tertinggi Lafiya.

Raja Agong Amirul tersenyum sinis. "Bagi nombor akaun kau, aku bayar sekarang juga."

"Okey."

"Bawak keluar Kabir, aku nak jumpa dia," arah Raja Agong Amirul.

"Kabir!"

"Ye papa," sahut Kabir dari dalam rumah.

"Kabir, datang sini."

"Baik!"

*****

TERDUDUK Permaisuri Agong Nafisah melihat wajah anak sulungnya itu. Senyumannya terukir di bibir. Dipeluk tubuh Kabir. Melepaskan rasa kerinduan yang teramat buat si anak. "Umi... rindukan Kabir."

Kabir hanya berdiam diri. Benci dia melihat wajah perempuan yang memeluknya ini.

"Kabir ikut umi ye? Kita balik rumah umi."

Kabir menggelengkan kepalanya. "Tak nak." Tangan kecilnya menepis tangan si umi yang memegang kedua bahunya. "Umi dah jual Kabir kan? Jadi Kabir bukan anak umi lagi!"

"Kabir... umi tak pernah jual Kabir." Air mata si umi mulai bergenang.

"Tipu! Papa Fuad cakap, umi yang jual Kabir. Umi jual Kabir sebab umi dah tak ada duit! Umi jahat!"

"Kabir...."

"Kabir benci umi! Umi jangan datang sini lagi untuk jumpa Kabir atau nak bawak Kabir balik, sebab Kabir dah tak sayang umi lagi. Kabir sayang keluarga ni. Mereka jaga Kabir dengan baik. Mereka bagi apa yang Kabir nak. Kabir tak nak duduk dengan umi. Kabir benci umi!"

Menitis air mata Permaisuri Agong Nafisah mendengarnya. "Kabir..."

Kabir pantas menarik tangannya dari pegangan tangan Permaisuri Agong Nafisah dan pantas belari masuk ke dalam rumah besar itu semula.

Raja Agong Amirul memandang wajah lelaki yang berdiri di hadapannya. "Kenapa dia boleh jadi macam tu? Kau dah buat apa dengan Kabir?"

Lelaki tersebut hanya tersenyum sinis. "Maybe dia dah sayang aku dengan isteri aku berbanding dengan mak kandung dia sendiri yang dah jual dia."

Raja Agong Amirul menumbuk muka lelaki itu. "Biadap!"

"Tuanku!" Permaisuri Agong Nafisah menahan tangan suaminya dari terus menumbuk lelaki itu.

Tercengang lelaki itu bila mendengar perkataan 'tuanku'. Pucat lesi mukanya ketika ini. "Tu... tuanku?"

"Kenapa!"

"Dah la, tak guna tuanku tumbuk dia. Bukan Kabir akan ikut kita pun. Kabir akan bertambah bencikan patik lagi, adalah. Jom kita balik."

Raja Agong Amirul mendengus kasar. Sempat dia memberi jelingan maut kepada lelaki itu.

*****

"KENAPA tak tarik je tangan Kabir dan masuk dalam kereta?" soal Raja Agong Amirul. Matanya fokus pada pemanduan. "Nak sesi peluk-peluk tu nanti pun boleh."

"Tak guna pun patik paksa dia untuk dia ikut kita, kalau dia dah tak nak tinggal dengan patik."

"Tapi dia anak kau kan?"

"Sebab dia anak patik lah, patik biarkan. Sebab patik kenal sangat Kabir tu. Kalau dipaksa benda yang dia tak suka, dia akan bertambah benci dan tak suka. Jadi kalau bawak dia sekalipun untuk tinggal dengan patik, dia akan cari pelbagai jalan untuk lari nanti. Jadi biarlah dia tinggal dengan keluarga tu. Dia... nampak gembira di situ."

"Mak macam apa kau ni sanggup biarkan anak sendiri tinggal dengan orang lain? Gila ke apa!"

Permaisuri Agong Nafisah hanya berdiam. 'Awak tak faham Amirul. Saya kenal Kabir tu. Biarlah dia hidup dengan keluarga tu, sebab tak guna paksa dia kalau dia sendiri tak nak dan tak suka.'

"Kesian Khalil, rindukan Kabir dan Hanim. Hanim tu aku faham la. Adik kongsi ayah. Ini... Kabir! Abang kandung dia sendiri. Tergamak kau kan! Tak usaha nak ambik anak kau balik! Mana perasaan kau seorang mak ha? Biarkan anak dijual ayah sendiri? Kenapa tak pertahankan dia?"

Air mata si isteri menitis perlahan.

"Kau tahu tak, kau lah seorang mak paling teruk dan jahat dalam dunia ni yang aku pernah jumpa dan kenal dalam seumur hidup aku. Dan yang malangnya, jadi isteri aku pulak tu! Huh. Menyusahkan! Membebankan! Memalukan aku je!"

"Ye, patik ni mak yang jahat dalam dunia ni. Puas hati tuanku?" kendur sahaja suara Permaisuri Agong Nafisah berkata. Terasa? Ye, dia sangat terasa. Dia sudah cuba pelbagai cara untuk pertahankan anak-anak dia, dan suami di sebelahnya boleh berkata sebegitu kepadanya?

Raja Agong Amirul memandang sekilas ke arah isteri di sebelahnya.

"Kesian tuanku, malang ada isteri macam patik ni. Menyusahkan, membebankan dan memalukan tuanku je. Patik faham. Mintak ampun la atas kekurangan patik ni."

Raja Agong Amirul mulai diam.

----- BERSAMBUNG -----

Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh