Bab 26

RAJA AGONG AMIRUL mengiringkan badannya ke sebelah. Menghadap wajah Permaisuri Agong Jannah yang sedang beradu. Tangannya diletakkan di atas bahu si isteri. "Dinda." Digoncang bahu isteri pertamanya itu. "Dinda."

"Hm."

"Bangunlah."

"Hm."

"Dinda..." Digoncang kuat sedikit bahu isterinya itu. "Bangunlah."

Perlahan-lahan Permaisuri Agong Jannah membuka kedua kelopak matanya. "Apa?"

"Bangun."

Badan yang tadi dalam posisi mengiring, kini sudah menjadi posisi baring menegak. Permaisuri Agong Jannah memandang syiling buat seketika. Tangan kanan diletakkan di atas mulut yang terganga. Menguap. Mengantuk ya amat. Ditoleh ke tempat suaminya tidur. "Ada apa kanda?"

"Bangunlah." Raja Agong Amirul bangun dari posisi mengiringnya. Sempat dia menepuk peha isterinya itu agar turut dalam posisi duduk.

Dalam keadaan yang masih mengantuk, diturut juga kata si suami. Mata mengantuk dan kuyunya memandang wajah suaminya sekali lagi. "Nak apa? Dinda mengantuk la."

"Dinda..." Raja Agong Amirul merengek.

Permaisuri Agong Jannah mengeluh berat. "Apa dia?"

"Kanda lapar la dinda."

"Biar betul kanda ni. Tadi makan malam, kanda dah bedal dekat tiga pinggan nasi tau."

"Elok sikit ye dinda. Dua suku je."

Permaisuri Agong Jannah menggelengkan kepalanya. Dipusingkan badannya ke tempat dia meletak jam loceng. Diambil jam loceng tersebut, ingin melihat ketika ini pukul berapa. Mana tahu, suaminya itu mahu puasa sunat pula ke secara tiba-tiba. Jadi suaminya itu mahu sahur. "Kanda... tengah malam la."

"Tak nak teman kanda makan sudah. Kanda makan sendiri." Nada suara si suami sudah seakan merajuk.

"Dah tengah malam ni kanda." Tangan kanannya menahan pergerakakn suaminya yang sudah bersedia untuk turun dari katil. "Esok pagi la. Tak elok la makan tengah malam. Pakar Kesihatan Istana suruh kanda diet, baru tahu."

"Ala, dinda ni. Bising la. Dah lapar, makan je la. Dinda, ayam panggang kita makan tadi ada lagi, kan?"

Bulat mata isteri pertama Raja Agong Amirul mendengar apa yang suaminya katakan. Terganga mulutnya. "Kanda. Kanda bela saka ke apa ni? Teruknya nafsu makan kanda sekarang."

"Kanda lapar la dinda sayang."

"Lapar ke... mengidam?"

"Tak tahu." Raja Agong Amirul mengangkat kedua bahunya ke atas.

Permaisuri Agong Jannah meletakkan kepalanya di atas bahu suaminya. Tangannya memeluk lengan suaminya. "Dinda Nafisah mengandung ke sampai kanda teruk sangat makan, makan, makan sejak seminggu dua ni?"

"Tak tahu. Dia tak cakap apa pun dekat kanda. Tak, kut."

"Kut?"

Raja Agong Amirul mengangguk. "Kut. Kenapa?"

Permaisuri Agong Jannah mengeluh panjang. "Lapar sangat ke suami dinda ni?"

Raja Agong Amirul mengangguk."Tak boleh tunggu esok pagi?"

Raja Agong Amirul membuat muka sedih dan berharapnya."

Jom, kita pergi dapur. Dinda teman suami dinda ni makan ye?"

"Macam tu la. Baru kanda bertambah sayang." Dicubit pipi kanan isterinya sebelum turun dari katil.

*****

PERMAISURI AGONG JELITA mengerutkan dahinya tatkala dia seakan mendengar bunyi kentang-kentung dari dapur. Langkah kaki diatur mendekati ke arah itu.

"Dah la, kanda. Teruknya." Permaisuri Agong Jannah menarik pinggan suaminya. "Dah banyak sangat makannya tu."

"Lapar..." Raja Agong Amirul cuba mengambil semula pinggan miliknya yang sudah dirampas isterinya. Mulutnya masih lagi mengunyah sisa makanan.

"Kanda, perangai macam budak-budak la."

"Dinda... bagilah balik. I'm hungry."

"Dah banyak sangat makannya. Makan je tahu, bersenam tak mahu."

Raja Agong Amirul mengeluh berat.

"Apa ni? Dah tengah malam tahu?" Permaisuri Agong Jelita menghampiri anak dan menantunya yang masih duduk di meja yang ada di Dapur Istana.

"Bonda, tengok kanda makan. Tak senonoh. Macam budak-budak je. Lepas tu over pulak makannya. Tak tahu dah berapa kalori terkumpul dalam badan dia."

"Bonda... lapar."

Permaisuri Agong jelita menarik kerusi yang berdekatan. Matanya merenung wajah puteranya tunggalnya. Entah kenapa dia teringat akan kenangan lalu.

"Jelita! Jelita! Jelita!"

Cepat-cepat Permaisuri Agong Jelita turun dari katil dan menghampiri pintu biliknya. Kalau dia terlambat, suaminya pasti akan mengeluarkan suara tarzannya lagi kuat. Habis bergoncang istana. "Kenapa kanda? Dinda Shima nak bersalin ke?" soalnya sebaik sahaja pintu bilik dibuka.

"Nak bersalin apa! Aku lapar! Masak sekarang!" arah Raja Agong Shafiq dengan kasar. "Cepat la! Masak!"

"Bonda... bonda." Raja Agong Amirul mengoncang lengan bondanya. "Jauhnya termenung."

Permaisuri Agong Jelita tersenyum. Dia mengusap wajah puteranya. "Bonda teringat masa arwah bonda kamu, mengandungkan kamu dan arwah Amira dulu. Ayahanda kamu, kuat sangat makan. Hari-hari ayahanda kamu akan kejut bonda tengah malam, untuk masak. Sampai berisi badan ayahanda kamu, tau." Air mata si bonda mengalir perlahan.

"Bonda..." Raja Agong Amirul mengelap air mata si bonda.

Permaisuri Agong Jelita memegang tangan puteranya. Tawa kecil keluar dari mulutnya. "Melihat kamu kuat makan macam ni, satu je bonda fikir. Anakanda Nafisah, mengandung ye anakanda?"

Raja Agong Amirul mengangkat kedua bahunya. "Tak tahu."

"Tanyalah kanda."

"Malas lah. Kanda sekarang sibuk tau dinda. Nanti-nanti kanda tanyalah."

"Ada je alasan tau kanda ni. Bonda, tengok anak bonda ni."

Permaisuri Agong Jelita hanya ketawa kecil. Matanya tidak lepas dari memandang wajah Raja Agong Amirul. 'Kanda, Amirul tak ubah seperti kanda semasa bondanya mengandungkannya dulu.' Perlahan-lahan air matanya mengalir lagi.

Melihat putera yang dijaganya sejak lahir bersikap sebegini, banyak mengembalikannya ke masa lalu. Masa arwah suaminya masih hidup. Masa dimana dia teralu teringin untuk mempunyai anak sendiri. Tapi itu mustahil untuk terjadi. Ini adalah kerana selama perkahwinannya, hanya beberapa kali sahaja dia disentuh. Selepas Raja Agong Shafiq berkahwin dengan bonda kandung Raja Agong Amirul, dia diketepikan terus.

Dia pernah mahu menuntut cerai tapi dibatalkan niatnya tatkala dia melihat wajah-wajah anak-anak suaminya. Wajah Puteri Agong Zinnirah yang masih kecil dan baru kehilangan bonda kandungnya di dalam penjara dan wajah Raja Agong Amirul dan Puteri Agong Amira yang baru sahaja lahir ketika itu, dia jadi tak sanggup nak tinggalkan mereka bertiga.

Mereka sudah hilang kasih bonda kandung mereka juga kasih seorang ayahanda ekoran Raja Agong Shafiq langsung tak pedulikan anak-anaknya. Dia jadi kahsian kepada mereka. Lantas dia tekad untuk menjaga anak-anak tirinya dengan baik meskipun hatinya terus menerus terluka dengan suaminya sendiri sehinggalah suaminya mangkat beberapa tahun lepas.

Permaisuri Agong Jannah menyentuh tangan suaminya yang sedang kembali mengunyah makanan. Mulutnya dijuih ke arah bonda mertuanya yang menitiskan air mata. Keadaan Permaisuri Agong Jelita ketika itu seperti sedang termenung jauh.

Laju Raja Agong Amirul menghabiskan makanannya dan membasuh tangan. Kaki diatur mendekati meja makan semula. "Bonda." Raja Agong Amirul memeluk bahu bondanya. Dagunya diletakkan di atas bahu Permaisuri Agong Jelita. "Mengapa bonda menangis ni? Anakanda ada buat salah ye?"

"Tak lah. Anakanada anak yang baik." Tangan si putera ditepuk perlahan. "Bertuah bonda anakanda sebab melahirkan anakanda." Permaisuri Agong Jelita mengelap air matanya.

"Anakanda pulak sangat bertuah mendapat bonda seperti bonda. I love you, bonda." Dicium pipi bondanya.

Permaisuri Agong Jannah yang melihat adegan itu menitiskan air matanya. Tersentuh dia melihat kasih sayang antara anak dan ibu itu.

"Anakanda tahu, bonda menangis sebab teringat kisah lalu bonda, kan?" Raja Agong Amirul mengelap air mata yang mengalir di wajah Permaisuri Agong Jelita. "Poligami ni... menyakitkan dan teruk, betul tak bonda?"

"Tak semuanya teruk. Ada baiknya sekiranya mengikut landasan Islam yang betul. Apa yang dialami oleh bonda dan Dinda Mawar kamu itu ialah takdir untuk kami, sayang. Bonda redha semuanya. Jadi putera bonda ni, kalau sayang bonda, adillah dengan kedua-duanya ye?" Pipi si putera dipegang penuh kasih sayang. "Jangan ulang sejarah lalu. Sejarah ayahanda kamu." Permaisuri Agong Jelita menitip pesan.

Selama ini, dia hanya memerhati sahaja rumah tangga puteranya itu dari jauh. Tidak mahu masuk campur. Hanya doa yang dikirimkan. Tapi malam ini, dia mahu puteranya itu berubah walau mata tuanya sudah melihat perubahan puteranya itu sedikit demi sedikit. Perubahan ke arah lebih positif.

Raja Agong Amirul mengangguk. Air matanya mula menitis.

"Janji dengan bonda."

"Janji." Raja Agong Amirul memeluk tubuh bondanya. "Tapi bonda jangan menangis lagi. Anakanda tak suka. Tolonglah senyum, bonda."

"Hati bonda akan tersangat terluka kalau anakanda ulang sejarah lalu. Ingat ye, anakanda."

Raja Agong Amirul mengangguk.

*****

"TUANKU, patik rindu tuanku." Tubuh si suami dipeluk erat sebaik sahaja dia melihat susuk tubuh suami yang dirinduinya itu masuk ke dalam Kamar Peraduan Diraja.

Bulat mata Raja Agong Amirul menerima pelukkan dari isteri mudanya itu.

"Wangi."

Raja Agong Amirul mengerutkan dahinya. Pelik sangat dia dengan sikap isteri keduanya ini. Sebelum ni, tak pernah walau sekali isterinya manja begini.

Perkara pelik yang pertama, selalunya Permaisuri Agong Nafisah yang lemah lembut ni pandang je muka dia, jadi takut. Tak adanya bila mereka berdua nak peluk-peluk, suap-suap kecuali dia yang mulakan. Hari ni je tercipta satu sejarah dimana Permaisuri Agong Nafisah yang mulakan.

Kedua, luahan hati kata rindu. Dekat tiga bulan mereka bernikah, inilah kali kedua dia dengar isteri berkata sebegitu. Kali pertama semasa isterinya menganggunya semalam di pejabat dalam Istana Agong. Isteri yang pernah dilayannya dengan teruk meluah kata rindu kepadanya. Pelik? Bukan patut benci ke?

Ketiga. Wangi? Allah hai... dia belum mandi pun lagi. Baru nak tenangkan fikiran. Peluh pun menitik lagi. Celah mana datangnya wangi?

"Tuanku..." Permaisuri Agong Nafisah mendongakkan kepalanya ke atas.

"Nafisah, kau sihat tak?" Tapak tangan diletak atas dahi isterinya. Ingin memeriksa suhu badan.

"Sihat."

"Macam tak sihat je?"

"Sihatlah, tuanku."

"Serius kau sihat? Mana tahu sakit."

"Hish tuanku ni. Spoil betullah. Baru nak bermanja tahu?" Pelukan dilepaskan. Tangannya kini disilangkan di dada.

Raja Agong Amirul ketawa. "Manja? Bermanja? Sumpah kau tak sihat, Nafisah. Semalam kau dah kata rindu, hari ni rindu lagi. Kau rindu apa sebenarnya? Rindu tu ye..."

"Eee... tak lah!" Merah wajah Permaisuri Agong Nafisah menerima usikan sebegitu dari suaminya. "Orang rasa rindu, cakap rindu lah. Kalau rasa menyampah, cakap menyampah."

"Macam tu?"

"Ye la."

"Rindu, kena ada sebab."

Permaisuri Agong Nafisa membuat gaya seakan sedang berfikir sesuatu. "Patik rindu tuanku, sebab tuanku busy je sekarang."

"Alasan macam semalam."

"Dah tak ada alasan lagi nak bagi."

"Dah la, aku nak mandi dulu. Badan letih tahu." Kaki diatur masuk ek dalam bilik pakaian.

Permaisuri Agong Nafisah mengigit hujung bibirnya. 'Aduh, Nafisah kenapa tak kawal perangai? Kalau dia syak awal-awal macam mana. Kata nak buat surprise. Sabar, tinggal berapa hari je lagi. Sabar ye. Tahan perangai pelik kau tu.'

*****

"TUANKU...." Permaisuri Agong Nafisah bersuara manja.

"Hm." Respon sang raja. Matanya kekal terpejam rapat. Mengantuk.

"Wangi la tuanku malam ni. Tapi bila tuanku balik kerja tadi, lagi wangi. Tuanku pakai minyak wangi apa?"

"Hm."

"Tuanku... cakaplah. Pakai minyak wangi apa," rengek si isteri.

"Apa ni, Nafisah. Aku mengantuk tahu?" Tangan si isteri yang bermain-main pada tangannya, ditepis. Menganggunya hendak tidur.

Permaisuri Agong Nafisah mengeluh panjang. "Janganlah marah. Tanya je."

"Aku tak pakai minyak wangi bila nak tidur. Puas?"

"Habis, kenapa wangi sangat?"

"Eeee..." Wajah isteri keduanya dipandang. "Nafisah. Aku letih tahu tak? Esok banyak benda nak kena buat. Kau lak dari tadi ajak sembang. Dah kenapa?"

"Maaf la. Patik cuma tanya je tuanku pakai minyak wangi apa?"

Raja Agong Amirul menunding jari ke arah meja solek. "Pergi sana. Semua minyak wangi aku ada kat situ. Dah jangan kacau!" Gebar ditarik sampai ke kepala.

Permaisuri Agong Nafisah turun dari katil. Kaki diatur ke meja solek. Punggung dilabuhkan di kerusi. Senyuman ditarik. Tangannya mengambil botol minyak wangi milik suaminya. Dihidu. Terjulur lidahnya. "Busuknya! Bukan yang ni. Lain." Diambil botol yang lain. Dihidu.

Raja Agong Amirul memerhati dalam diam. 'Dia kenapa?'

"Busuk! Bukan yang ni." Botol yang dihidu sebentar tadi, cepat-cepat ditutup. Tidak tahan dia dengan bau tersebut. Rasa mahu termuntah.

Botol yang lain diambil. "Hm... busuknya. Bukan... Bau bedak kut."

Habis dilihatnya isteri keduanya itu menghidu satu-satu botol minyak wangi miliknya. Tak cukup dengan itu, bedak yang dia pakai pun menjadi sasaran.

"Bedak apa ni. Busuk Ya Rabbi..."

Air mata mulai bergenang di tubir mata si isteri. Ditoleh ke belakang. Arah katil. "Tak ada pun yang sama bau dekat badan tuanku. Tuanku tipu ye? Sorok ye minyak wangi tu?" Tuduh isteri kedua Raja Agong Amirul.

Gebar ditolak kasar oleh si suami. Terus dia dalam posisi duduk. Dipandang tajam wajah isterinya. "Kau dah kenapa? Tak kanlah aku nak sorok benda tak berfaedah tu."

"Sikit-sikit nak marah. Cakap elok-elok tak boleh ke?" Tangannya disilang ke dada. "Tanya je pun. Tak sudi nak cakap, tak payah cakap. Buat sakit hati je. Menyampah!" Sedih! Terasa! Dia sangat-sangat terasa bila suaminya kasar dengannya. Dan yang nak buat dia menangis sangat ni, kenapa bau minyak wangi dalam botol di atas meja solek tak sama bau dengan di badan suaminya?

"Kau ni sikit-sikit nak nangis. Nak nangis je memanjang. Pergi la bilik air, bau sabun yang aku guna tak."

Air mata yang mengalir dikesat. "Ye tak ye jugak, kan?" Punggung diangkat dari kerusi. Pintu bilik air dibuka. Tangannya mengambil botol sabun mandi. "Tak sama! Aaa... nak bau tu." Kecewa rasanya. Mulutnya sudah dimuncung sedepa ke depan.

Matanya merenung susuk tubuh suaminya yang sudah kembali berselubung. Satu keluh kecewa dilepaskan. Tangannya menutup semula pintu bilik air dan kembali ke arah katil.

Direbahkan dirinya di sisi suami yang sudah dibuai mimpi. Hidungnya mula menjalankan tugas. Makin lama makin dekat dia dengan baju di badan suaminya. "Wanginya..."

"Nafisah! Kau boleh tak jangan macam tu. Dah macam apa je. Aku nak tidur pun tak boleh bila kau buat aksi bau macam tu."

"Sorry."

"Tidur!"

Permaisuri Agong Nafisah mengembungkan kedua pipinya dengan angin. "Tuanku..."

"Nak apa lagi!"

"Nak peluk. Nak bau wangi tu." Matanya dikerbil-kebil beberapa kali. Dia rasa dia tak boleh tidur tanpa bau itu.

"Tak boleh! Kau ni, aku letih ni! Tidur! Banyak cekadak pulak nak peluk bagai. Hilang akal ke apa?"

Permaisuri Agong Nafisah diam. Air mata mengalir perlahan. Dijarakkan tubuh mereka. Tubuhnya kini betul-betul di hujung katil.

'Asyik nak marah aku je. Nak peluk je pun. Salah ke? Tak boleh cakap la elok-elok. Tapi bila turn dia nak, aku wajib bagi. Tak leh bantah. Tak adil namanya!'

"Nafisah..."

Permaisuri Agong Nafisah menitiskan air matanya.

"Nafisah... kau menangis?"

Tangan kanan Permaisuri Agong Nafisah menyentuh perutnya. 'Sampai hati ayahanda buat umi macam ni.'

Raja Agong Amirul mengeluh berat. Kedua kelopak matanya, dipejam buat seketika sebelum dia membuat keputusan untuk mengiringkan tubuhnya, menghadap isteri mudanya yang sudah mengiring membelakanginya.

"Aku panggil elok-elok, tak nyahut. Jangan buat aku macam ni. Aku dah la tengah letih ni."

Makin lebatlah air mata isteri sang raja itu menitis. 'Aku cuma tanya pasal minyak wangi je pun. Tapi dia asyik nak marah je.'

Tangan kanan sang raja mula melingkar memeluk tubuh si isteri. "Aku tak marah kau la. Dah la jangan la nangis."

"Habis, tuanku asyik nak cakap kasar-kasar je dengan patik macam patik ni tak ada hati dan perasaan langsung. Dengan Kanda Jannah tuanku layan lembut je. Dengan patik, kasar, tengking je dapat," luah Permaisuri Agong Nafisah.

"Kau cemburu ye?"

Permaisuri Agong Nafisah diam. Cemburu? Mestilah.

"Nafisah... aku masih belajar nak jaga hati Jannah dan kau pada masa yang sama."

"Kalau nak jaga hati, perlu ke sampai pilih kasih? Patik pun isteri tuanku jugak. Kalau tak suka, lepaskan je patik ni. Patik tahu, tuanku malu ada isteri macam patik ni." Permaisuri Agong Nafisah sudah mula beremosi.

"Siapa cakap aku malu?"

"Ye la. Kita kahwin pun sebab kena tangkap. Lepas tu, patik ni bekas dayang istana je."

"Alia pun bekas dayang. Okey je."

Permaisuri Agong Nafisah mengeluh kasar. "Senang cerita la kan kalau tak suka dengan patik ni, lepaskan je. Senang!"

"Nafisah." Nada suara si suami sedikit tegas. "Kan kita dalam proses nak mulakan hubungan? Bagi peluang ye?" Dieratkan pelukkannya.

"Dah la! Jangan peluk-peluk. Nak tidur. Lepas!" Permaisuri Agong Nafisah menepis tangan suaminya yang memeluk badannya.

"Nafisah, jangan macam ni. Aku letih sangat ni. Banyak benda nak kena buat, nak kena fikir. Cuba kau letak diri kau dekat aku. Balik je kerja memerintah, dengan kepala pening lagi, kau lak tetiba macam ni. Tolonglah la faham keadaan aku."

"Asyik patik je nak kena faham."

Raja Agong Amirul mengeluh. Pelukan makin dieratkan. "Ni jawapan untuk soalan kau. Aku tak pakai minyak wangi malam ni, sayang. Nah, bau badan aku ni puas-puas. Jangan marah, merajuk dan emosi sangat malam ni. Tidur ye."

"Lepas la. Sapa nak bau badan dia ntah." Permaisuri Agong Nafisah cuba melepaskan pelukan.

"Ada la orang tu. Siap merajuk tak dapat bau tadi. Menangis lagi. Dah bagi, tak nak pulak. Haih... tidur dengan Khalil karang baru tahu," ugut Raja Agong Amirul.

"Pergilah, tak kisah."

"Betul?"

"Ye, pergilah."

Raja Agong Amirul melepaskan pelukkan. Dia sudah bersedia untuk turun dari katil.

Laju Permaisuri Agong Nafisah memusingkan badannya ke belakang. Tempat suaminya baring. "Nak pergi mana?" Tangannya menangkap lengan kiri si suami.

"Tidur dengan Khalil."

"La... kenapa?"

"Dah kena halau tadi." Raja Agong Amirul berpura-pura merajuk.

"Ala..." Permaisuri Agong Nafisah merapatkan dirinya dengan suaminya. Dipeluk erat lengan suaminya. "Tak payah la. Pleasee..."

"Kenapa pulak. Tadi kan halau."

"Itu tadi... ni sekarang...."

"Hm." Sang raja mempalingkan wajahnya ke arah lain.

"Ala... tuanku... patik tak boleh la tidur kalau tuanku tak ada kat sebelah. Nanti tak boleh bau wangi lagi." Permaisuri Agong Nafisah bersuara manja. "Tidur sini."

"Boleh. Dengan satu syarat."

"Apa?"

"Aku lapar. Masakkan aku magie."

"Magie?"

Raja Agong Amirul mengangguk.

*****

"LETAK lah telur lagi. Tak cukup tu."

Permaisuri Agong Nafisah menjeling suaminya. Sudi di tangannya di angkat. Badannya dipusing ke arah suami yang ebrdiri di sebelah. "Eeee... banyak karenah pulak dia. Orang mengantuk tahu."

"Sapa suruh kacau aku tidur tadi?"

Permaisuri Agong Nafisah memusingkan badannya, menghadap periuk di depannya. "Patik tak kacau, patik tanya je." Tangannya mengacau magie di dalam periuk.

"Eleh. Kalau kau tak kacau, aku dah tidur dah. Kau tak payah masak tengah malam ni tau."

"Ye la tu."

"Ye la!"

'Ingat orang percaya. Kau tu tengah mengidam sebab aku tahu? Kalau aku tak kacau tadi pun, kau kejut aku punya. Bertuah punya twins. Ni umi nak marah ni. Kenapa anak-anak umi gerakkan umi untuk bau badan ayahanda tadi, ha? Lepas tu pada masa yang sama gerakkan selera makan ayahanda dia pulak. Makan je tahu ayahanda korang sekarang ni. Badan pun dah nak naik mendadak. Kalah tong drum. Kesian la kat umi ni sayang-sayang oi. Tak pasai-pasai umi kena bangun masak tengah malam ni untuk selera makan ayahanda korang tau. Magie tak berhasiat! Mintak lah salad ke, apa ke.' Mulutnya tergera-gerak perlahan.

"Bebel apa sorang-sorang?"

"Sibuk je."

"Mengutuk aku ye."

"Adalah sikit."

Bulat mata sang raja mendengarnya.

"Marah je, masak sendiri. Patik masuk bilik. Tidur," ugut si isteri.

Satu keluhan berat dilepaskan oleh si suami. "Lambat lagi ke?"

"Sabar la. Tak menyempat betul. Masak sendiri la."

"Amboi."

Permaisuri Agong Nafisah menjulurkan lidahnya ke arah suaminya.

----- BERSAMBUNG -----

Previous: Bab 25
Next: Bab 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh