Bab 20

TELEFON bimbit yang berbunyi di sisi komputer, dijeling sepintas lalu oleh Raja Agong Amirul. Ingin melihat siapa yang menelefonnya.

Pagi tadi sebaik sahaja dia membuka telefon bimbitnya setelah menutup semalam kerana terlampau geram dengan gangguan yang Encik Fuad berikan, begitu banyak mesej, miss call masuk berdesup-desup. Sehingga menyebabkan telefon bimbitnya heng seketika. Banyak mesej dan panggilan yang terlepas, datang dari pembantunya, isteri pertamanya dan beberapa panggilan penting melibatkan negara.

Argh! Kerana gangguan dari Encik Fuad, dia hampir sahaja terlepas segala-gala infomasi yang penting. Penting untuknya dan tentulah melibatkan Lafiya juga.

Syukurlah pagi tadi dalam pukul 10.40 pagi, pembantunya memberitahu bahawa Encik Fuad sudah selamat masuk ke dalam penjara bawah tanah dengan selamat. Lega rasanya. Bagai batu yang dihempap atas kepalanya, sudah jatuh ke bawah. Kepalanya sudah ringan. Mudah untuk membuat kerja lain.

Senyuman di tarik tatkala dia melihat nama isteri pertamanya terpampar di skreen. Badan disandar ke belakang setelah tangan kanannya mengambil telefon bimbit di atas meja.

"Kanda..."

Raja Agong Amirul tersenyum mendengar suara Permaisuri Agong Jannah di corong telefon bimbit. "Dinda."

"Kanda buat apa tu?"

"Tengah buat kerjalah, sayang."

"Kanda, kenapa malam tadi dinda call, tak dapat? Asyik masuk peti simpanan suara je. Pagi tadi dinda call, berbunyi tut.. tut... tapi kanda tak angkat jugak. Kanda buat apa?" soal Permaisuri Agong Jannah dengan manja dan lembut.

"Maafkan kanda. Malam tadi kanda tutup telefon sebab ada makhluk Allah ni, tak habis-habis nak ganggu kanda. Tak kira masa. Runsing kanda dibuatnya."

"Ooo ye ke? Siapa? Awek baru ke?" Permaisuri Agong Jannah ingin bergurau.

"Awek baru apa pulak. Tak pandang la awek baru ni. Kanda pandang awek halal kanda je."

Permaisuri Agong Jannah ketawa kecil di corong telefon. "Kanda... bila kanda balik? Dinda rindu angat-angat (sangat-sangat) dengan kanda tau."

"Ni kenapa dengan dinda ni, ha? Goda kanda dikala kanda tengah sibuk dan kita pula tengah berjauhan ni?"

"Hihi... tak salahkan, goda suami sendiri, tuanku?"

"Tak. Tapi janganlah sekarang."

"Okey. Maafkan beta ye, tuanku."

Raja Agong Amirul membetulkan posisi duduknya. Biar lebih selesa. "Kanda ingat tadi, dinda terbuka hati nak masak untuk kanda. Sebab tu dinda tanya bila kanda nak balik."

"Kanda ngidam ye?"

"Kanda teringin sangat nak rasa air tangan isteri kanda."

"Kalau nak rasa air tangan seorang isteri, kanda hubungilah Dinda Nafisah ye. Dinda yang ini tak pandai masak. Sebab seumur hidup dinda, sudip pun dinda tak pegang."

Raja Agong Amirul hanya tersenyum. Dalam hidupnya selama ini, hanya bonda, mak dan isteri mudanya sahaja yang pernah memasak untuknya.

Arwah isterinya; Permaisuri Agong Alia, meskipun bekas dayang istana tidak pernah memasak untuknya kerana sibuk belajar menjadi isteri pemerintah. Apatah lagi isterinya yang bernama Permaisuri Agong Jannah ni. Dari kecil, sudah mendapat titah Baginda Agong Lafiya; ayahandanya tak boleh buat sebarang kerja.

Setahunya, Permaisuri Agong Jannah dulu dengan arwah ayah kandung Ungku Ridzuwan pun tak pernah memasak. Maklumlah berkahwin dengan orang kaya-raya.

"Dinda marah?"

"Buat apa nak marah?"

"Sebab kanda cakap kanda nak rasa air tangan isteri?"

"Kanda cuma luahkan rasa hati je, kan? It's okay. Tapikan kanda... maafkanlah dinda di atas kekurangan dinda ni. Tak macam isteri orang lain, pandai masak." Nada suara Permaisuri Agong Jannah mulai kendur.

"Kanda tetap sayangkan dinda meskipun dinda tak mahir memasak sampai bila-bila. Rasa sayang dan cinta dari kanda untuk dinda, wujud dan akan terus ada dalam hati kanda sampai hujung usia kanda. Kanda nak dinda tahu, kanda terima dinda seadanya. Sepenuh jiwa dan raga sebagaimana dinda menerima putera dan puteri kanda bersama Alia sepenuh jiwa dan raga dinda."

"Auw, so sweet. Thank you, kanda."

"My pleasure, my dear and also my queen of my life."

"Kanda kata... kanda sayang dan cintakan dinda kan?"

"Yup."

"Kanda sayangkan dan cintakan Dinda Nafisah, tak?" soal Permaisuri Agong Jannah, ingin tahu.

Terdiam Raja Agong Amirul mendengar apa yang isterinya katakan.

"Kanda... are you there?"

"Ye, kanda ada lagi."

"Kanda, jawablah soalan dinda. Dinda nak tahu."

"Dinda sayang, kanda tak terkata bila dengar soalan macam tu dari dinda tahu?"

Berkerut dahi Permaisuri Agong Jannah mendengar apa yang suaminya katakan.

"Nafisah, teman rapat dinda sejak kecil. Bahkan dinda anggap dia adik dinda sendiri. Kalau kanda kata, dalam hati kanda tak ada rasa cinta dan sayang untuk dia, sebagai orang yang rapat dengan Nafisah mesti dinda marahkan kanda. Betul tak?"

Terkaku si isteri mendengar.

"Dinda teman rapat kanda setelah Nafisah pergi dulu. Dinda tahu betapa dalam cinta kanda untuk dia dulu sampai dinda sanggup lari dari berkahwin dengan kanda. Kalau dinda di tempat kanda, apa jawapan yang dinda akan berikan untuk soalan dinda tadi?"

"Dinda... akan jujur la. Sayang, atau tak."

"Jujur? Really?"

"Hm... maybe."

"Dinda, bila kita berdua jangan fikirkan orang lain. Macam sekarang, dinda bersembang dengan kanda. Dinda bebas nak cakap apa sahaja dengan kanda. Cuma satu kanda mintak, jangan tanya kanda apa-apa pasal Nafisah. Kanda sayangkan dia ke tak, cintakan dia atau tak, biarlah Allah je yang tahu. Kanda tak mahu lukakan hati dinda dengan jawapan kanda. Kalau kanda jawab dengan menipu atau jujur, hati dinda akan sakit. Dinda faham, kan?"

"Faham."

"Kanda tak suka dinda tanya soalan seangkatan dengannya lagi."

"Sorry, kanda."

"Tak apa."

Suasana sunyi dan sepi buat seketika.

"Dinda..." panggil Raja Agong Amirul.

"Ye."

"Kenapa diam ni?"

"Terkaku bila suami kita jadi macam penceramah tadi sampai idea yang nak cakap dengan kanda semuanya dah hilang."

"Kanda tegur untuk kebaikan kita bersama. Dinda jangan marah ye?"

"Tak la."

"Sayang kanda tak?"

"Sayang."

"Banyak mana?"

"Banyak-banyak la. Kanda? Sayang dinda tak?"

"Mestilah.... kanda sayang."

Permaisuri Agong Jannah tersenyum-senyum mendengar jawapan dari suaminya itu. Dia suka bila suaminya menyatakan rasa sayang dan cinta buat dirinya. Rasa bahagia. Siapa yang tidak rasa gembira dan bahagia bila orang yang mereka cintai, turut mencintai mereka? Kenangan masa kecil terimas di fikiran.

Dari dia kecil tanpa dia tahu yang dia sebenarnya tunang kepada putera tunggal Raja Shafiq lagi, dia sudah menyimpan perasaan dalam diam untuk lelaki itu. Dia pendamkan perasaan itu, sebab dia tahu dalam hati lelaki itu ada nama orang lain.

Selepas mereka bertunang, hari-hari dia menangis sendirian. Setiap malam memikirkan nasib dirinya yang bertunang dengan lelaki yang tak mencintainya. Ditabahkan dan disabarkan hatinya untuk terus rapat dengan Putera Mahkota Agong Amirul sehinggalah mereka mampu bergurau-senda. Tapi itu menyebabkan hatinya semakin sakit. Tunangnya itu langsung tak boleh lupakan cinta pertamanya. Hari-hari putera itu akan bercerita memori indah bersama cinta pertama dari mula mereka kenal sehingga mereka berpisah. Akhirnya dia tekad.

Dengan bantuan teman baiknya dari Malaysia, dia lari ke negara itu. Negara yang cukup asing baginya. Dia enggan untuk pulang ke Lafiya sehingga menyebabkan arwah ayahnya terpaksa bersetuju mengahwinkannya dengan temannya yang membantunya itu. Selepas dia berkahwin, dia terus dibuang keluarga. Tapi dia bahagia hidup dengan arwah ayah kandung Ungku Ridzuwan meskipun pada awal pernikahan mereka yang muda itu, dia tidak mencintai lelaki itu. Tapi semuanya berubah perlahan-lahan kerana layanan baik lelaki itu.

Hidupnya berubah 360 darjah bila arwah ayah kandung Ungku Ridzuwan meninggal dunia. Dia terpaksa pulang semula ke Lafiya. Ditebalkan mukanya menghadap bekas tunangnya untuk memohon kemaafan kerana lari dari berkahwin dahulu, Sebagai tanda maaf, dia sanggup menjaga Puteri Agong Halimah yang masih merah ketika itu. Dia sama sekali tidak menyangka, bekas tunangnya melamarnya semula untuk dijadikan permaisuri.

Berkahwin sahaja buat kali kedua ini, cinta buat Raja Agong Amirul yang pernah mati dalam hatinya kini, bercambah semula. Layanan sang raja yang baik kepadanya, makin membuatnya jatuh sayang.

"Lamanya diam. Flashback ke... termenung?" usik Raja Agong Amirul di corong telefon.

"Flashback la."

"Flashback apa?"

"Zaman dinda kecil. Zaman dinda suka kanda. Zaman dinda bertepuk sebelah tangan..."

Raja Agong Amirul mengeluh panjang. "Itukan dulu. Janganlah dikenang. Sekarang dinda dah tak bertepuk sebelah tangan. Kanda tepuk sebelah lagi tangan dinda tu sehingga berbunyi."

"Kanda, dinda happy sangat jadi isteri kanda."

"Happy la sebab kahwin dengan cinta pertama, kan?"

Muka Permaisuri Agong Jannah sudah merah mendengarnya. Suaminya suka mengusiknya hal itu bila dia bercerita kepada suaminya yang suaminya itu cinta pertamanya sejak dia kecil. "Hm... tak kisah la kanda. Yang penting, dinda happy hidup dengan kanda."

"Thank you."

"Dan dinda harap, kanda dan Dinda Nafisah pun happy hidup bersama," tulus Permaisuri Agong Jannah katakan.

Raja Agong Amirul diam. Kepalanya mulai terfikirkan isteri keduanya.

"Dinda yakin meskipun kanda amalkan poligami, kanda boleh bahagiakan dan gembirakan hati kami. Kan?"

Raja Agong Amirul sudah berada dalam dunianya sendiri. Dia teringat setiap perbuatannya kepada isteri mudanya. Tiba-tiba dia teringat akan satu kejadian di mana dia menghina masakkan isteri mudanya walhal itu semua permintaannya sendiri semasa kecil. Ingin merasa masakan golongan kelas bawahan. Rasa bersalah menyerbu dalam hatinya.

"Kanda..." panggil si isteri bila suaminya senyap secara tiba-tiba. Marah ke suaminya itu?

"Tolong suruh Nafisah masak. Kanda teringin."

"Telefonlah dia sendiri. Kanda ni. Isteri kan. Tapi... hm..."

"Kenapa dinda?" Dia sudah tidak sedap hati.

"Dinda Nafisah tak sihat lah kanda."

"Tak sihat?"

"Demam sejak semalam. Tapikan kanda demam hari ni lagi teruk tau. Dinda Nafisah tak boleh bangun dari katil terus. Muka pucat sangat."

'Nafisah tak sihat?'

"Kanda... kanda marah ye dinda sebut pasal Dinda Nafisah? Kanda jangan marah ye. Dinda cuma beritahu je."

"Kalau beritahu apa-apa, tak mengapa. Jangan tanya soalan mengenai perasaan. Itu je tak boleh."

"Oookey."

"Kanda busysangat, tapi kanda akan cuba siapkan kerja kanda hari ni. Lepas tu, kanda terus balik."

"Okey. Malam ni, giliran dinda, kan?"

"Ye, giliran dinda."

*****

PUAN SUHANA mendekati Hanim yang sedang lena tidur di atas katil. Fikirannya teringat akan peristiwa malam tadi. Saat suaminya membongkar satu rahsia. Rahsia yang ebrjaya merobek-robek hatinya.

"Surat apa ni, bang?" Puan Suhana mengambil huluran surat yang diberikan oleh suaminya.

Encik Fuad mengeluh panjang. "Abang rasa, dah sampai masanya abang beritahu hal sebenar."

"Hal sebenar?" Dahinya dikerutkan. Tidak faham dengan apa yang suaminya katakan.

"Hanim."

"Kenapa dengan Hanim?"

Encik Fuad menguak rambut isterinya ke belakang telingga. "Ingat tak saat Hanim lahir? Nafisah bersalin lepas tu?"

Dada Puan Suhana sudah berdegup kencang mendengarnya. Apa yang suaminya mahu katakan sebenarnya ni? "Ingat. Kenapa?"

"Hanim... Hanim..."

"Hanim bukan anak saya ke, bang?"

Perlahan-lahan Encik Fuad mengangguk. "Anak kita berdua, mati dalam perut."

Bulat mata Puan Suhana mendengarnya. Hatinya sakit. Jadi selama ini, dia menjaga anak bekas madunya. Anak tirinya. Bukan anak yang dikandungnya selama ini. "Betina tu... tahu?"

Encik Fuad menggeleng. "Tak. Sampai sekarang dia tak tahu Hanim anak kandung dia. Abang tukar Hanim dengan anak kita."

Puan Suhana terdiam.

"Masa tu, otak abang blank terus. Abang tak nak awak jadi macam dulu. Meroyan." Encik Fuad memandang anak mata isterinya. Dia sangat cintakan wanita dihadapannya ini.

Permaisuri Agong Nafisah? Argh! Wanita itu hanya lubuk emasnya untuk kemewahan sahaja.

Air mata Puan Suhana mengalir. Ye dia ingat masa itu. Dia meroyan apabila dia keguguran dahulu. Kandungan pertamanya. Tapi dia mulai sembuh apabila Permaisuri Agong Nafisah sekeluarga membantunya.

"Lepas awak bersalin, abang terus balik rumah. Abang takut, otak abang blank. Masa tu, abang nampak dia masuk dalam bilik air, terus abang tolak dia jatuh tanpa fikir panjang."

"Dan itu penyebab your ex-wife bersalin awal?"

Encik Fuad mengangguk.

"How could you!" Ditumbuk dada suaminya dengan perasaan geram yang membara. "Abang tahu saya bencikan dia! Oh god... selama ni saya jaga anak dia! Saya belai anak dia! Sampai hati abang buat saya macam ni!" Puan Suhana sudah mulai beremosi.

"Listen." Bahu isterinya dipegang kuat. "Dengar. Kalau dulu, abang tukar Hanim dengan anak kita untuk awak... sekarang fikirkan benefit yang akan kita dapat dengan menggunakan Hanim."

Terdiam isteri Encik Fuad.

"Hanim, akan beri kita banyak manfaat. Abang nak awak terus jaga Hanim dengan baik. Jangan bagi Hanim atau Nafisah tahu hubungan mereka. Biar dia besar, dia sayangkan awak lebih dari Nafisah."

Puan Suhana memandang kosong wajah suaminya.

"Please. Promise me."

"No! Dia bukan anak saya!"

"Please! Tolong."

Satu keluhan berat dilepaskan tatkala dia teringat perbualannya dengan suaminya. Pisau ditangan diletak betul-betul dibawah leher kecil Hanim. Air matanya mengalir. "Kau... bukan anak aku. Anak aku... dah mati. Kau pun kena mati!"

Terjaga Hanim mendengar jeritan itu. Bulat matanya melihat mamanya merenung tajam ke arahnya dan pisau dibawah lehernya. "Mama..."

"Diam!"

Hanim mula menangis.

"Diam! Diam! Kalau kau tak diam aku kelar leher kau!"

"Papa! Bukak pintu!" Hanim terus menangis. Dia menolak tangan mamanya dan berlalu ke pintu bilik. Tangannya mengetuk-ngetuk pintu bilik itu. Meminta orang di luar untuk membukanya memandangkan dia tidak sampai untuk memulas tombol pintu.

"Papa kau tak ada. Dia dah kena tangkap. Haha..." Puan Suhana mula ketawa bagai orang tidak waras.

Hanim terus menguatkan ketukannya pada pintu. "Papa! Tolong! Bukak pintu!"

Puan Suhana mendekati Hanim ditarik kasar tangan budak perempuan itu dan dilepaskan ke arah bucu katil. Terhantuk kepala Hanim pada bucu itu. "Matilah kau!"

*****

PERMAISURI AGONG NAFISAH mula tercungap-cungap. Dia mengurut perlahan dadanya. Kemudian tangannya mula memicit kepalanya yang semakin lama semakin sakit dan terasa sangat berat. "Ya Allah... aku tak sedap hati." Air matanya menitis.

Kemudian dia teringat akan arwah anaknya. Anak yang sempat dia kandungkan selama tujuh bulan lebih namun tidak sempat meneruskan hidupnya ke dunia ini. Seandainya usia anaknya itu panjang pasti sebaya dengan Hanim. Empat tahun.

"Kenapa... aku teringat dekat arwah? Ya Allah..." Kedua tapak tangannya meraup wajahnya yang pucat.

Sejak kelmarin dia tidak sihat. Demam. Bukan sebab dirinya yang hamil, tapi penat memikirkan penerimaan suaminya dengan kandungannya ini dan Encik Fuad. Banyak sangat yang perlu dia fikir. Lebih-lebih lagi tentang bekas suaminya yang pernah mengajak Khalil pulang ke rumah dan bermain dengan Hanim. Sampai sakit kepalanya berfikir apa tujuan Encik Fuad melakukan itu.

"Duhai anak, umi rindukan kamu sayang," rintih Permaisuri Agong Nafisah.

Sebaik sahaja dia membuka mata selepas bersalin dahulu, Encik Fuad memberitahu bahawa anak dalam kandungannya sudah selamat dikebumikan. Tidak sempat dia mahu menatap jasad anaknya. Apatah lagi jantina dan nama si anak. Encik Fuad tidak mahu memberitahunya apa-apa! Bila ditanya, hanya sepi menjawab. Tak pun sepak, penampar dan terajang dari Encik Fuad.

Air matanya mengalir perlahan. Tangannya mengusap perutnya. 'Betul ke aku mengandung? Betul ke pemeriksaan Doktor Daniel tu betul? Aku takut Ya Allah...'

"Umi." Khalil naik ke atas katil. Sejak pagi tadi dia bermain dalam bilik Permaisuri Agong Nafisah. Ingin menemani uminya.

Permaisuri Agong Nafisah mengukir senyuman pahit untuk Khalil. Tangannya mengusap perlahan dan penuh kasih kepala Khalil.

"Kenapa umi menangis?" Khalil mengusap air mata uminya.

"Umi rindukan adik, sayang..."

Khalil terus memeluk tubuh uminya. "Umi janganlah nangis, nanti adik dekat sana pun nangis. Umi kan sakit, umi kena rehat je."

Permaisuri Agong Nafisah membalas pelukan anaknya.

"Umi, Khalil rindukan adik Hanim."

Dada Permaisuri Agong Nafisah berdegup kencang mendengar nama itu.

----- BERSAMBUNG -----

Previous: Bab 19
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh