Bab 15

"PAGI yang penuh ketenangan..." Tersenyum lebar Permaisuri Agong Jannah. Langkah kakinya diatur ke arah sofa. Dia masih lagi dalam cuti berpantang, dan selama itu dia 'dikurung' dalam Istana Agong. Hm... titah bonda kepada Raja Agong Lafiya. Kenalah turut.

"Tuanku..."

Permaisuri Agong Jannah mengukir senyuman ke arah pembantunya. "Masuklah."

Pembantu Permaisuri Agong Jannah menghampiri majikannya. Dia meletakkan kepala lututnya ke lantai. Diambil kaki majikannya dan diletak di atas kerusi kecil. Senang untuk diurut olehnya.

Permaisuri Agong Jannah mengambil anyaman benang yang baru siap separuh, tidak jauh darinya itu. Tangannya mulai bergerak. "Anak-anak beta dah pergi sekolah?"

"Dah, tuanku."

"Alhamdulillah."

Pembantu permaisuri itu hanya tersenyum. Tangannya masih bekerja, mengurut kaki Permaisuri Agong Jannah. "Tuanku, boleh patik bertanya sesuatu?"

"Apa dia?"

"Tuanku, ada rasa kecik hati... marah atau benci tak dekat Tuanku Permaisuri Nafisah?"

Pergerakkan tangan si permaisuri terhenti mendengarnya. "Kenapa tanya?"

"Tak la, selalu orang yang hidup bermadu ni... bergaduh, perang."

"Apa pendapat peribadi dayang tentang Dinda Nafisah?"

"Patik tengok Tuanku Permaisuri Nafisah tu baik orangnya. Lemah lembut, penyabar. Masa baginda jadi dayang dekat Istana Rehat, baginda sangat rajin orangnya. Kuat bekerja. Jadi, hati patik ni terlintas la macam mana hidup poligami tuanku dengan baginda? Sebab tengok, macam bestfriend. Nampak macam adik-beradik pun ye. Tak gaduh tarik rambut pun."

Permaisuri Agong Jannah ketawa kecil mendengarnya. "Dinda Nafisah, memang baik orangnya. Jadi tak ada sebab beta nak kecik hati, marah apatah lagi benci dengan dia. Kenapa nak marah dia?"

"Tuanku berdua kan berkongsi suami."

"Pasal tu... hm..." Anyaman di tangan diletak ketepi. "Beta yang suruh suami beta kahwin dengan dia. Bukan sebab suami beta curang atau digoda orang, kan?"

Dayang hanya tersenyum.

"Dayang, Dinda Nafisah tu... satu-satunya kawan perempuan yang beta ada sejak kecil. Masa beta kecil, beta tak tahu yang beta ni tunang Tuanku Amirul. Hidup beta diluar istana tapi gaya hidup yang beta lalui macam dalam istana. Tak boleh sesuka hati keluar, nak pakai kena jaga, makan... semuanya. Beta tak ada kawan. Raja Shafiq mengawal semua tindak tanduk beta."

Pembantu yang mengurut kaki majikannya, tekun mendengar.

"Beta ni dari kecil lagi dah kagum dengan Dinda Nafisah. Dia terkenal tau masa tu. Bukan sebab dia punya gosip dengan tuanku... tapi sebab perwatakkan keluarga dia dan dia sendiri. Mak dia, kerabat diraja yang sangat kaya. Kaya gila. Ada perniagaan sendiri sampai ke luar negara. Ayah dia, ustaz yang sangat terkenal. Berdarah tulen Arab, kalau tak salah. Sebab tu muka Dinda Nafisah cantik. Walaupun hidup dia mewah, dia tak sombong. Keluarga mereka sangat murah hati."

Pembantu Permaisuri Agong Jannah mengangguk-angguk mendengar kisah itu.

"Masa umur beta 12 tahun, Dinda Nafisah datang cari beta di rumah, mula dari peristiwa itu kami jadi kawan baik sampai sekarang. Masa tu kami jiran dekat Taman Perumahan Kerabat Diraja."

"Ooo, Tuanku Permaisuri Nafisah Kerabat Diraja Lafiya rupanya."

"Ye. Dia lima pupu Tuanku Amirul."

"Serius? Wau!"

Permaisuri Agong Jannah tersenyum. "Dayang sendiri cakap tadi, Tuanku Permaisuri Nafisah tu baiklah, macam-macam kan? Jadi... ada sebab tak beta nak cari gaduh dengan dia? Atau sebab untuk kami bergaduh?"

Dayang tersebut menggelengkan kepalanya.

"Dia tak pernah kacau hubungan beta dengan Tuanku Amirul, tak pernah burukkan Tuanku Amirul ataupun beta, tak pernah ambil kesempatan pada beta, tak pernah nak cari pasal dengan beta, tak pernah nak sakitkan hati beta, jadi langsung tak ada sebab nak bergaduh dengan dia. Memanglah hidup bermadu ni orang akan fikir, gaduh je. Tapi tak la."

"Cemburu?"

"Ada. Tapi... kena kawallah. Cemburu tu biasa, dalam hubungan tapi cemburu lebih-lebih boleh rosakkan hubungan."

Dayang tersebut mengangguk setuju.

"Bagi beta, hidup bermadu ni hanya untuk orang yang terpilih sahaja, dayang. Tak semua orang akan dapat hidup poligami dan juga monogami. Ada yang ditakdirkan tak berkahwin pun. Yang hidup monogami, ada yang bahagia... ada yang derita. Poligami pun sama. Yang single sampai akhir hayat pun. Bahagia ni... akan ada, akan dapat rasa... kalau kita terima Qada' dan Qadar. Allah akan letak rasa tu dalam hati kita."

"Tuanku ada simpan harapan tak nak hubungan baik tuanku berdua kekal sampai bila-bila?"

"Mestilah."

"Tuanku memang baik hati, sama macam Tuanku Permaisuri Nafisah. Tuanku Amirul patut beruntung ada dua permaisuri yang baik hati. Tapi... kesian Tuanku Permaisuri Nafisah..."

"Maksud dayang?"

"Sepupu patik yang kerja dekat Istana Rehat beritahu patik, Tuanku Amirul layan Tuanku Permaisuri Nafisah dengan teruk. Hari-hari kena marah, tengking. Terkadang dayang istana sana terkena tempias amukan tuanku bila mereka ada dekat kawasan berhampiran Tuanku Amirul mengamuk walau mereka tak tahu hujung pangkal cerita pun. Terbaru, semalam... Tuanku Amirul tampar muka Tuanku Permaisuri Nafisah. Kesian baginda, tuanku. Muka merah, berbekas kena tampar."

"Semalam?"

"Ye."

Permaisuri Agong Jannah teringatkan riak wajah suaminya yang pulang malam semalam.

*****

RAJA AGONG AMIRUL memandang sekilas wajah isteri mudanya yang duduk di sebelahnya di dalam Dewan Santapan. Merah! Pasti bekas penamparnya semalam.

Permaisuri Agong Nafisah mengambil pinggan berisi potongan buah. Diletakkan beberapa potongan buah ke dalam pinggan kosong milik suaminya. Tanpa dirinya sedar bahawa dari tadi suaminya memerhatinya.

"Hm... Khalil dah pergi sekolah?"

Permaisuri Agong Nafisah mengangguk.

"Hm... maaf lambat datang sini. Kalau tak, mesti dah sarapan dengan Khalil."

"Tak apa. Tuanku makanlah, nanti lambat masuk pejabat."

"Tak makan?"

Permaisuri Agong Nafisah hanya diam.

Melihat si isteri hanya diam, tangannya mengambil seketul ketulan potongan buah yang kecil, ada di dalam pinggannya dan disua ke arah isteri mudanya.

Terkejut Permaisuri Agong Nafisah. Bulat matanya memandang sudu yang disua suaminya. Wajah si suami dipandang lama.

"Makanlah. Hm." Didekatkan sudu yang dipegangnya ke mulut si isteri.

Perlahan-lahan Permaisuri Agong Nafisah membuka mulutnya, menerima suapan dari suaminya. Hatinya terharu! Inilah kali pertama suaminya menyuapnya makan.

"Maaf, semalam."

Mata Permaisuri Agong Nafisah merenung anak mata suaminya.

"Tak sengaja. Aku ingat kau nak lukakan hati Jannah."

"Kanda Jannah dah macam kakak patik sendiri. Patik tak akan sanggup nak lukakan hati Kanda Jannah. Tak terlintas niat di hati patik nak rosakkan hubungan tuanku dengan Kanda Jannah."

"Maafkan aku. Aku fikir, semua isteri muda tu jahat. Perampas dan pemusnah rumah tangga orang lain. Sama macam isteri muda arwah ayah aku. Perampas! Pemusnah! Yang derita akhirnya isteri yang tua."

"Sebab tu... tuanku sangat jaga perasaan Kanda Jannah?"

Raja Agong Amirul mengangguk.

'Ya Allah, bukanlah pintu hati suamiku ini untuk menjaga juga perasaanku sebagai isterinya. Aku sangat sayang kepadanya. Tolonglah Tuhan. HambaMu ini merayu kapadaMu,' doa Permaisuri Agong Nafisah dalam hatinya.

"Aku tak sanggup nak lukakan hati Jannah. Dia berkorban banyak untuk Halimah."

"Jangan risau, patik masih sedar diri patik ni siapa di mata tuanku. Tak layak nak berdiri sama tinggi dengan Kanda Jannah. Tuanku pun terpaksa je kahwin dengan patik. Jadi mestilah perasaan isteri yang tuanku sayang, tuanku nak jaga, kan?"

Raja Agong Amirul terdiam. 'Aku sayang kau, Nafisah. Aku nak jaga hati kau, tapi aku takut lukakan hati Jannah.'

'Aku teringin... nak rasa sikit kasih sayangnya Ya Allah.' Permaisuri Agong Nafisah menahan air matanya dari jatuh.

"Kau menangis?"

Permaisuri Agong Nafisah menggelengkan kepalanya. Jarinya pantas menyeka air matanya yang degil. Tetap juga mahu mengalir walau sudah diperintahkan agar jangan menangis.

"Aku mintak maaf."

"Tak ada apa la, tuanku."

"Aku tahu, kau banyak menderita bila kahwin dengan aku. Maafkan aku. Aku janji, aku tak akan buat kau menderita lagi."

Permaisuri Agong Nafisah memandang wajah suaminya. Tidak percaya dengan apa yang suaminya sedang bicarakan. Adakah ini, makna Istikharahnya selama ini? Dia kena bertahan dengan suaminya ini, adalah lebih baik dari mereka bercerai?

"Tunggulah saat tu, aku akan lepaskan kau pergi sebebasnya." Raja Agong Amirul menarik nafas sedalamnya. "Mungkin, perceraian adalah terbaik buat kita. Aku tak nak kau derita lagi. Tunggulah saat tu," sambung sang raja.

Air mata Permaisuri Agong Nafisah mengalir. 'Ya Allah... aku tak nak cerai...'

'Tapi ketahuilah Nafisah, aku sangat cintakan kau. Cuma aku tersepit! Jannah! Hati Jannah akan terluka, Nafisah. Andai ada jodoh antara kita... aku harap tiada orang ketiga ketika itu.'Suasana sunyi sepi... antara mereka berdua.

'Ya Allah, berikanlah yang terbaik untuk mereka,' doa Dayang Ita yang kebetulan lalu dan terdengar perbualan pasangan diraja itu. Sejujurnya, dia berharap happy ending untuk majikannya. Tapi sekiranya perceraian lebih baik untuk mereka siapa dia untuk menghalang?

"Nah, makan." Sekali lagi Raja Agong Amirul menyuakan sudu yang ada potongan buah kecil untuk isteri mudanya.

Permaisuri Agong Nafisah membuka mulutnya.

"Esok, aku bertolak pergi kerja luar. Dua tiga hari."

Permaisuri Agong Nafisah mengangguk.

"Masa tu... fikir.. ye?"

Permaisuri Agong Nafisah terdiam.

*****

PERMAISURI AGONG JANNAH memandang wajah suaminya. "Betul ke kanda buat Dinda Nafisah macam tu?" soalnya setelah dia bercerita apa yang dia tahu. Isu suaminya menampar wajah madunya sehingga berbekas!

Raja Agong Amirul mengeluh. Dikarlihkan pandangannya ke arah lain.

Permaisuri Agong Jannah bangun dari tempat duduknya, dan mengambil tempat duduk di sisi suaminya. Sengaja dia meminta suaminya untuk datang ke Istana Agong. Dia mahu dengar sendiri dari mulut suaminya, benarkah apa yang pembantunya cerita pagi tadi?

Tangan Permaisuri Agong Jannah memegang pipi kiri suaminya. Ditarik wajah suaminya agar memandangnya. "Kanda. Betul ke?"

"Tak sengaja."

"Kenapa? Kesian Dinda Nafisah."

"Kanda tak nak lukakan hati dinda."

"Tak nak lukakan hati dinda, tapi kanda sanggup lukakan hati orang yang kanda cinta sekali gus hati kanda sendiri?"

Air mata sang raja sudah mulai bergenang.

"Kanda... berhentilah bencikan Dinda Nafisah. Berhenti seksa dia, kesian dia. Dinda merayu sangat dengan kanda ni, jangan buat adik angkat dinda macam tu. Jangan buat kawan baik dinda menderita lagi. Tolonglah." Air matanya mengalir.

"Kalau berhenti... kanda akan lukakan hati dinda."

"Tak semestinya. Banyak cara lain, kanda nak jaga hati dinda dan Dinda Nafisah pada masa yang sama. Kanda kena belajar selami hati kami," nasihat Permaisuri Agong Jannah.

Raja Agong Amirul diam.

"Kanda... Pilih. Dinda... atau Nafisah."

"Dinda!" Bulat mata Raja Agong Amirul memandang isteri pertamanya. "Dinda yang paksa kanda kahwin dengan dia, kenapa sekarang suruh kanda buat pilihan?"

"Tolong jawab, kanda." Matanya mencari anak mata suaminya. Dia mahu suaminya itu jujur dalam membuat keputusan. Dia mahu pastikan perasaan suaminya. Benarkah rasa cinta yang ada pernah wujud antara suaminya dan madunya dulu kini sudah tiada? Cinta pada zaman mereka kecil.

"Kanda... kanda... kanda..."

"Kanda tak boleh nak buat pilihan, kan?"

Raja Agong Amirul hanya diam. Dia mengeluh panjang. Bagaimana dia harus memilih? Kedua-duanya ada keistimewaan yang tersendiri. Yang bernama Jannah, berkorban demi puterinya. Nafisah, cinta pertamanya. Dia tak mahu memilih antara mereka! Dia nak kedua-duanya! Meskipun pagi tadi dia beritahu isteri mudanya yang mereka bakal bercerai, tapi sesungguhnya dia tak sanggup nak melakukannya!

"Nampaknya... kanda sayangkan Dinda Nafisah."

Raja Agong Amirul tercengang. Dahinya berkerut, memikir kata si isteri. "Kanda... sayang dinda," jujur dia memberitahu. Tidak mahu hati si isteri terluka.

"Kalau sayang salah seorang, buatlah pilihan," pinta isteri pertama Raja Agong Amirul.

"Tak... boleh..." Raja Agong Amirul menundukkan wajahnya ke bawah.

"Bila disuruh buat pilihan, kanda tak mampu nak memilih. Itu tandanya... kanda sayangkan kami. Sayangkan Nafisah. Tapi kenapa kanda seksa dia macam ni? Tak kesian ke pada dia? Your first love."

Sang raja hanya berdiam.

"Dulu, kanda pernah tanya... kenapa dinda tak marah bila melibatkan Nafisah. Jawapannya... sebab Nafisah la, kita bersama sekarang. Sebab dia la, dinda dapat kahwin dengan cinta hati dinda di zaman remaja ni. Don't you know that you're my first love, Your Highness?"

Bulat mata si suami mendengarnya.

Permaisuri Agong Jannah tersenyum. "Dinda jatuh cinta dengan kanda pada malam kali pertama kita berjumpa dulu."

"Habis, kenapa lari dari nak kahwin dengan kanda? Sebab dinda lari lah, kanda kahwin dengan Alia. Dayang istana yang simpan perasaan pada kanda."

"Sebab dinda tahu, nama Puteri Syarifah Nafisah binti Syed Fathul, masih ada dalam hati kanda." Jarinya mengusap kedua pipi suaminya. "Macam mana nak kahwin, kan? Masa tu kanda terlalu cintakan dia."

Air mata sang suami mulai mengalir.

"Dinda Nafisah, datang jumpa dinda sebelum dia hilang dari hidup kanda. Dia mintak dinda jaga kanda untuk dia. Selama dia pergi, kami selalu berhubung. Dari situ dinda tahu, dia cintakan kanda jugak."

"Dinda... dan Nafisah..."

"Kami dah lama kenal."

Raja Agong Amirul terganga. Tak percaya.

"Dindalah orang yang ambil dia bekerja di Istana Rehat sebab dinda tahu dia perlukan duit yang banyak untuk tebus anak dia."

Raja Agong Amirul merenung lama anak mata isterinya.

"Fikirlah sedalamnya kanda. Kalau sayang, jaga dia. Kalau dah tak ada rasa sayang tu... lepaskanlah dia atau dinda. Agar jiwa kanda lebih tenang."

Raja Agong Amirul pantas memeluk tubuh isteri pertamanya. "Tak akan kanda sanggup ceraikan dinda."

"Nafisah?"

Raja Agong diam.

"Sayang dan cintailah dia. Berhenti seksa diri sendiri."

"I don't want to hurt you."

"Selamilah sedalamnya hati dinda, hati kami. Kanda akan tahu cara nak jaga hati kami pada masa yang sama. Okey?"

Raja Agong Amirul mengangguk.

"Dah. Lap air mata ni." Senyuman terukir di bibirnya. Jarinya mengelap air mata suaminya. "Balik Istana Rehat. Malam ni giliran kanda di sana."

Raja Agong Amirul tersenyum pahit.

*****

DIPANDANG wajah si isteri yang sudah tidur. 'Aku tak nak ceraikan kau. Aku harap jawapan yang kau akan bagi aku bila aku balik kerja luar nanti... ialah kita tetap bersama.'

Permaisuri Agong Nafisah kekal mengeraskan badannya tatkala dia merasa katil tenggelam sedikit. Tanda ada insan naik di atas katil, siapa lagi kalau bukan suaminya.

"Aku sayang kau sangat... Tapi aku tak nak lukakan Jannah..." bisik Raja Agong Amirul di cuping telinga isteri yang disangkanya masih tidur. Tangannya melingkar memeluk tubuh wanita itu. "Aku keliru. Aku takut."

Permaisuri Agong Nafisah menahan air matanya dari tumpah. 'Ya Allah, berikanlah yang terbaik buat kami.'

----- BERSAMBUNG -----

Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh