Home Novel Cinta ISTERI CEO VIRAL (SUAMI KU CEO VIRAL)
ISTERI CEO VIRAL (SUAMI KU CEO VIRAL)
Batiah Hadi
13/2/2020 23:02:04
181,951
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 16

      “Hei! Tunggu!” jeritnya lantas mengejar Bella dan berjalan di sebelah gadis itu. Bella cuba menjauhi lelaki itu tetapi lelaki itu mudah saja menyaingi Bella dengan langkahnya yang panjang.

“Bella yang degil dan sombong, awak nak ke mana? Biar saya hantarkan,” pelawanya sinis. Hati Bella jadi panas dengan panggilan lelaki itu.

“Tak perlu. Jangan susahkan diri awak!,” ujar Bella geram.

“Saya temankan awak ke sana. Kita jalan sama-sama ke sana ye?.,” pelawanya lagi. Matanya pada wajah masam Bella.

“Tak mengapa Encik. Terima kasih sajalah!,” ujar Bella cuba menolak tawaran lelaki itu.

“Awak jangan degil. Awak tak takut ke? Nanti saya kena selamatkan awak lagi sekali kalau dia datang balik. Sekurang-kurangnya hargailah pertolongan saya tadi dengan benarkan saya teman awak hingga ke tempat selamat. Awak ni memang degil ye!,” ujarnya geram. Mata perang cairnya lekat di wajah Bella. Bella yang sedar wajahnya direnung tidak mengangkat muka.

“Saya tak mahu menyusahkan Encik. Lagipun saya adalah orang yang Encik bergaduh tadi sewaktu di gerai burung puyuh tu,” ujar Bella berterus-terang. Tawa kecil kedengaran dari lelaki itu. Kening Bella berkerut. Apa yang lucu?

“Ha memang! Dahlah bergaduh dengan saya. Lepas tu tak semena-mena saya kena selamatkan awak pulak sekali lagi. Buat penat sahaja. Lepas tu apa yang saya dapat? Kena marah dan terpaksa hadap perangai degil awak ni sekarang,” ujarnya dengan nada tidak puas hati terus Bella rasa bersalah.


“Saya bukan tahu Encik nak lalu kat situ. Saya tahu saya susahkan Encik tapi saya bukan minta untuk kena macam tu!,” ujar Bella dengan nada yang sebak. Sekarang air matanya telah pun berjurai. Dia sudah mula menangis teresak-esak pula. Lelaki itu mula kelihatan serba-salah. Dia memerhatikan Bella yang menangis itu. Kemudian dia rasa kekok bila beberapa orang yang lalu di situ mula memandang-mandang Bella yang menangis dan dirinya yang serba-salah. Dia tarik Bella rapat ke tepinya.

“Eh Bella. Tak payahlah nak nangis buat drama kat sini pula. Memang awak dah susahkan saya tapi, kalau sedikit lagi susah apa salahnya. Saya tolong awak atas rasa tanggungjawab sebagai seorang manusia. Sudahlah, jangan nangis.  Nanti saya pulak kena tuduh kacau awak. Tak kan awak nak orang lain pulak marah pada saya sebab buat awak nangis?,” ujarnya berbisik pada Bella. Bella terdiam. Betul juga kata-kata lelaki itu. Sudahlah dia menyusahkan lelaki itu apa jadi pula kalau lelaki itu dipersalahkan? Dia tidak mahu menambah masalah lelaki itu lagi. Dia menyeka air mata dengan lengan bajunya beberapa kali. Lelaki itu buat muka. Terganggu bila Bella menggunakan lengan bajunya. Dia mengeluarkan sapu tangannya dan menyuakannya pada Bella. Bella tersentak.

“Guna ini. Lengan baju bukan untuk kesat air mata tahu tak?” bebelnya. Bella mengeleng.

“Ambiklah!” arahnya dengan nada kurang sabar. Mahu tak mahu Bella terpaksa ambil sapu tangan maskulin bercorak checkers itu. Matanya pada lelaki itu. Teragak-agak untuk menggunanya walaupun sapu tangan itu harum berbau minyak wangi lelaki itu. Itulah juga bau lelaki itu sewaktu dia ditarik masuk ke dalam kereta lelaki itu dulu. Harumnya bau itu. Bau selamat dan menenangkan Bella di saat itu.

“Pakailah. Saya belum guna lagi. Dari pagi sapu tangan tu dalam poket kemeja saya ni,” ujarnya selamba. Mahu tak mahu Bella terpaksa menggunakannya untuk mengesat air matanya kemudian hidungnya pula yang sudah berair. Bulat mata lelaki itu bila melihat sapu tangannya ditenyeh oleh Bella ke hidungnya yang berhingus. Dia menepuk dahi. Dia sepatutnya beritahu Bella supaya hanya mengesat mata bukannya hidung! Aduhai perempuan ni, desis hatinya geram. Seketika juga Bella menangis. Bila Bella sudah berhenti menangis dan cuma ada sedikit-sedikit sahaja barulah lelaki itu bersuara.

“Jadi, lepas ni awak nak ke mana? Biar saya temankan awak ke sana,” pelawanya mengamati wajah Bella lagi. Bella mengangkat muka. Kini sudah tiada air mata dan hidungnya juga sudah tidak berair. Dia menghulur sapu tangan kepada lelaki itu. Namun lelaki itu tidak mengambilnya. Malahan dia memandang sahaja.

“Sapu tangan tu, awak simpan dulu. Nanti dah basuh awak bagilah semula,” ujarnya dengan wajah semacam. Dia seperti geli dengan sapu tangan itu. Bella terus faham. Mahu tak geli Bella bukan hanya kesat air mata tapi juga hingus sekali tadi. Aduhai! Baru dia perasan. Bella tersengeh sedikit.

“Maaf, saya kesat hidung tadi. Ye, saya akan basuh dan bagi semula pada Encik,” ujar Bella dengan kesal. Lelaki itu mengangguk. Bella kini melipat sapu tangan itu dan memasukkannya ke dalam poketnya seluar jeansnya.

“Sekarang, saya akan hantar awak balik atau ke mana sahaja. Jadi, bagi tahu saya awak nak ke mana?” pelawa lelaki itu. Seperti sebelum ini, lelaki itu agak perihatin sehingga mahu menghantar Bella balik. 

“Saya nak kembali ke pasar malam itu,” ujar Bella.

“Baiklah...saya temankan awak ke sana,” pelawanya. Bella mengangguk. Mereka berdua lantas berjalan bersama ke pasar malam itu. Masing-masing seolah kelu. Mereka berjalan untuk beberapa minit hingga tiba di gerai pertama dari kawasan parkir. Bella sudah tidak risau kerana ramai orang yang lalu-lalang di situ. 

“Terima kasihlah Encik. Saya dah ok sekarang,” ujar Bella memberikan isyarat yang lelaki itu tidak perlu menemannya lagi.

Lelaki itu menghentikan langkahnya dan kemudian menyeluk poket baju kemejanya.

“Panggil saya Ben. Ini kad saya. Kalau awak nak laporkan pada polis dan perlukan bantuan saya, awak boleh hubungi saya di nombor ini. Saya sanggup jadi saksi awak hari ini. Awak patut bawa lelaki itu ke pihak berwajib,” nasihatnya lantas memberikan Bella sekeping kad. Perlahan-lahan Bella mengambilnya. Tanpa melihatnya Bella memasukkan kad itu ke dalam poket seluarnya. Lelaki itu menghela nafas. Geram pula dia rasa. Sekurang-kurangnya lihatlah kad itu!. Tapi, kenapa dia perlu kisah. Gadis itu bukan sesiapa pun yang dia perlu terujakan.

“Terima kasih Ben. Saya sangat terhutang budi. Saya dah banyak menyusahkan awak Ben,” ucap Bella dengan wajah kesal. Lelaki itu mengeleng.

“Ah, jangan cakap macam itu. Nanti kena balas budi pula. Awak nak ke?.,” ujarnya. Bella tersentak. Nampak wajahnya sedikit bimbang.

“Jangan risau. Saya bergurau saja.,” jelas lelaki itu. Bella menarik nafas lega.

“Terima kasih sekali lagi Ben,” ucap Bella sekali lagi.

“Dan awak Bella binti? soalnya. Bella terdiam. Mata Ben tunak pada Bella. Dia kelihatan menunggu buah butir dari bibir gadis itu.

“Bella sahaja seperti yang saya beritahu sebelum ini,” tegas Bella. Ben mengangguk. Whatever! Ah, apa yang penting sangat untuk tahu nama bapanya pun? Aku bukan nak pinang dia! desis hati Ben geram. Marah pada diri sendiri yang tiba-tiba perihatin pula sehingga mahu tahu nama bapa gadis itu.

“Awak tinggal di mana?” soal Ben lagi. Masih dalam mode menyibuk.

“Maaf....saya kena pergi. Saya ada kerja,” ujar Bella. Ben terpaksa mengangguk, Ben rasa terpukul. Geram pada diri sendiri. Kenapa pula terpacul soalan tinggal di mana pula? Penting sangat ke nak tahu tinggal di mana? Desis hati Ben lagi. Hairan dalam hal ini mulutnya bagai bernyawa sendiri.

“Kerja? Kerja mana?” tanya Ben masih mahu tahu. Bella seperti teragak untuk menjawab.

“Di pasar malam ini ke?” tambah Ben lagi. Bella mengangguk tidak mengeleng pun tidak. Hati Ben rasa geram. Ben sedar gadis itu mahu merahsiakan siapa dirinya. Cuma dia pula yang sibuk-sibuk mahu tahu. Melihatkan sikap gadis itu acuh tak acuh Ben mula tersedar untuk tidak melebih mahu tahu segala. Walaupun sebenarnya ini kali ketiga mereka bertemu. Tetapi gadis itu bukan siapa-siapa.

“Ok Bella. No more questions from me. Nampaknya saya menyibuk sahaja dengan soalan-soalan saya. Okay, bye and take care,” ujarnya dengan wajah acuh tak acuh. Hatinya geram kerana soalannya tidak berjawab. Bella tersentak dengan perubahan mood lelaki itu. Ben membetulkan topi yang dipakainya seketika. Kemudian dia mengorak langkah berpatah ke kawasan parkir lalu meninggalkan Bella. 


     Bella merenung kelibat lelaki itu sejenak. Tubuh tegap dengan bahu lebar itu kini kian hilang dari pandangan. Sesungguhnya dia rasa amat terhutang budi kepada lelaki itu namun dia masih tidak boleh percayakan lelaki atau sesiapa sahaja sekarang. Tangan Bella spontan turun ke poket seluarnya di mana sapu tangan lelaki itu dan kadnya berada. Esok dia akan basuh sapu tangan itu dan hantar kepada lelaki itu. Pasti ada alamat pada kad yang diberikan oleh lelaki itu, janjinya dalam hati. Dia memang telah menyusahkan lelaki itu tapi dia tidak akan susahkan lelaki itu lagi. Dia janji.


Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.