Home Novel Cinta MAK DATIN ISTERI CIKGU
MAK DATIN ISTERI CIKGU
Dannie Sofea
6/3/2014 21:38:20
68,201
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Beli Sekarang
BAB 10

Ayra mengambil keputusan untuk menunggu sehingga pengantin datang. Aisyah sudah berpesan supaya dia mengambil gambar teman lelaki Nadira. Dia mahu tengok sejauh mana handsome wajahnya. Hai, macam-macam...

“Aku dah lapar ni.”

Dean menekan perutnya. Orang perempuan kalau dah bersembang memang sudah nak berhenti. Dia mengomel dalam hati.

“Pergilah makan. Aku nak masuk kejap.”

Nadira terus beredar. Dia menghilangkan diri dalam rumah banglo tiga tingkat. Khemah tetamu didirikan di halaman rumah mereka yang luas. Meja makan pengantin juga disediakan di luar, bersebelahan khemah tetamu.

Suara DJ kenduri juga turut kedengaran. Dia memutarkan lagu-lagu pengantin diselang-seli dengan celotehnya. Kedudukannya tidak diketahui.

Ayra dan Dean beriringan menuju ke khemah hidangan. Di situ terhidang pelbagai jenis juadah. Ayam masak merah, udang goreng tepung, daging masak hitam dan macam-macam lagi. Ais kacang dan bubur juga turut disediakan. Pilih sahaja yang mana suka.

“Kau pergilah duduk sana tu. Aku ambilkan makanan untuk kau.”

Dean menawar diri.

“Tak payah, aku ambil sendiri.”

“Amboi, garangnya!”

“Maaf... tak terniat nak jadi garang.”

Ayra tergelak kecil. Dia pun tak perasan, tiba-tiba saja nada suaranya lebih kuat dari biasa hingga menyebabkan tetamu yang berhampiran memandang ke arahnya.

“Dah, kau pergi duduk sana. Aku ambilkan nasi, kau pulak ambilkan air.”

Dean membahagikan tugas.

“Okey.”

Ayra terus melangkah ke meja yang terhidang air oren, sirap limau dan jus tembikai. Ayra mencapai dua gelas oren lalu terus menuju ke meja kosong. Sebaik sahaja dia melabuhkan punggung, telefon bimbitnya bergetar. Dia terus mengeluarkan telefon bimbit yang sengaja disenyapkan itu. Hanya isyarat getar sahaja yang diaktifkan.

Mesej dari Aisyah. Aisyah mengingatkan dia supaya mengambil gambar teman lelaki Nadira. Ayra tersenyum. Dia geleng kepala. Nak tengok sangat, datanglah sendiri!

Hari ini, dia belum menerima mesej yang tidak diingini. ‘Sibuk agaknya sampai lupa nak mesej aku.’ Ayra membuat andaian.

Dean datang bersama dua pinggan nasi penuh dengan lauk. Ayra terus menyimpan telefon bimbit ke dalam beg tangan.

“Siapa call?”

“Aisyah hantar mesej. Dia mintak aku ambik gambar boyfriendSi Dira.”

Dean terus ketawa mengekek. Kelakar!

“Hai, macam-macam! Sudahlah, jom makan.”

Dean terus menadah tangan. Doa makan dibaca. Mereka terus menjamu selera.

“Aku nak tambah lagi. Lapar lagi la. Kau nak?”

Ayra menggeleng. Nasinya belum habis lagi. Dean sudah menghabiskan sepinggan nasi. Tapi perutnya masih lapar. Ayra hanya tersenyum.

“Betul?”

“Aku dah kenyang. Ni pun entah boleh habis ke tak. Banyak sangat kau letak.”

Ayra meneguk air oren sehingga separuh gelas.

“Orang perempuan ni tak ada kerja lain, mesti nak jaga badan. Dah kurus pun masih nak berdiet lagi.”

“Aku bukannya nak berdiet la. Kau ni pun satu, masa kenduri mana ada orang tambah. Karang tak cukup pulak. Katering ni ikut kepala. Mana boleh ambil lebih.”

“Ada aku kesah?”

Dean terus bangus, tersenyum-senyum menuju ke meja hidangan.

“Dah habis Ayra? Pergi la ambik bubur pulak... ais kacang pun ada tu.”

Nadira menghampiri meja. Dia menarik kerusi kosong lalu duduk di sebelah Ayra.

“Dah kenyang.”

“La... bubur dengan ais kacang kena rasa juga tau.”

“Dia tengah tunggu makanan hadam dulu tu,” usik Dean yang baru tiba dengan sepinggan nasi lagi.

“Pandai-pandai aje kau ni!”

Nadira tersenyum melihat karenah Ayra dan Dean yang macam budak-budak. Kalau berbual, tak pernah mesra. Mesti nak bertekak sepanjang masa.

Seorang gadis menghampiri Nadira dan berbisik sesuatu.

“Dalam lima minit lagi pengantin sampai. Aku mintak diri dulu. Makan sampai kenyang ye.”

Nadira lantas beredar. Kesibukannya mengalahkan mak andam.

* * *

DJ mengumumkan ketibaan pengantin. Dari jauh lagi sudah kedengaran paluan kompang. Orang ramai mula berkerumun di hadapan pagar utama. Semuanya sudah tidak sabar lagi hendak melihat pengantin yang sedang diarak.

Dean bingkas bangun.

“Kau nak ke mana tu?”

“Tengok pengantin la.”

“Eh, kejap lagilah. Biar pengantin masuk dulu.”

“Kau tak nak tengok kawan kau jadi pengapit ke?”

“Jadi pengapit je, bukan jadi pengantin.”

“Eh, tadi kata nak tengok pengapit lelaki.”

Pengapit lelaki? Ayra terus bangun. Dia hampir terlupa dengan permintaan Aisyah. Gadis itu beria-ia mahu melihat wajah teman lelaki Nadira.

“Sebut pengapit lelaki terus bangun ye.”

“Bukan aku nak tengok sangat pun. Aisyah yang sibuk suruh aku ambil gambar boyfriend Dira tu.”

Ayra dan Dean berdiri tidak jauh dari pintu utama, tempat pengantin akan dibawa masuk terus menuju ke pelamin untuk sesi fotografi.

Matanya terus tertancap pada wajah Nadira, beralih ke wajah pengantin perempuan di sebelahnya, pengantin lelaki dan seterusnya pengapit lelaki...

Terbeliak terus matanya bila melihat pengapit lelaki!

Previous: BAB 9
Next: BAB 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.