Home Novelet Cinta MY HERO
MY HERO
Dannie Sofea
18/4/2014 06:01:17
5,107
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Senarai Bab
BAB 1
Pasukan bola sepak Kolej Matrix berjaya mengalahkan pasukan bola sepak Kolej Wawasan, 3 berbalas 1. Penonton yang terdiri daripada penyokong Kolej Matrix bersorak-sorak. Penyokong pihak lawan telah lama meninggalkan padang, sebelum wisel penamat kedengaran.

Ricky Iskandar tersenyum puas. Dia berjaya melakukan hatrik. Pasukan bola sepak Kolej Matrix mengusung Ricky kerana dialah hero mereka yang telah membawa pasukan bola sepak kolej ke final yang akan berlangsung dua minggu lagi.

Ricky diarak ke tepi padang.

"Turunkan aku di sini."

Teman-teman akur dengan permintaan Ricky.

Ricky menghampiriku. Dia menghadiahkan senyuman. Luruh jantungku saat bertatapan mata dengan lelaki paling kacak di kolej. Paling ramai peminat. Paling hebat di padang. Paling... playboy! Arghh...itu yang buat aku tak tahan dengan sikapnya. Tak bolehkah dia setia pada yang satu???

"Hoi, berangan!"

Ya Allah, sakitnya bahu aku kena tampar dengan tangan kasar Izati. Ini dah melampau. Rasa nak balas balik saja tamparan dia. Baru dia tahu langit itu tinggi ke rendah.

"Tak habis-habis berangan."

"Mana ada aku berangan!" Aku baling kacang kuda masuk ke dalam mulut. Masih bengang kena tampar oleh kawan baik aku sendiri.

"Macam aku tak tahu. Senyum sorang-sorang dari tadi, beranganlah tu."

"Ye ke?" Betul ke aku senyum sorang-sorang? Aku meraba pipi dan bibirku.

"Orang sebelah kau pun dah perasan."

Aku menjeling ke sebelah. Tiga hero tersengih memandangku. Ya Allah, malunya aku.

"Masih 3 - 1 lagi ke?"

"3-1 apa? 0-0 lagilah."

"Ye ke? Aku ingat perlawanan dah habis."
 
"Berangan apa kau tadi ek? Kongsilah dengan aku."

Aku malas nak layan Izati. Baik aku fokus ke tengah padang daripada melayannya. Ceh, macamlah aku fokus sangat. Mana Ricky? Aku tercari-cari my hero yang sedang beraksi. Tak nampak.

"Tu. Yang tengah bawak bola tu."

Eh, Izati ni macam tahu saja apa yang berada dalam fikiranku. Bahaya ni. Habis kalau dia boleh baca semuanya. Izati memandangku. Sengih! Eee geramnya! Mentang-mentang dia berjaya membaca fikiranku. Megah bukan main!

Penonton bersorak-sorak bila Ricky berjaya melarikan bola sehingga ke kawasan berhampiran gol. Akhirnya.... gol! Stadium mini bergegar dengan jeritan penyokong daripada kolej Matrix. Ricky jadi perhatian. Aku tumpang gembira.

"Aik, relax je kau. Orang lain berdiri bersorakan, kau boleh duduk sambil sengih tengok hero kau jaringkan gol."

"Bukan menang lagi pun."

"Peliklah kau ni. At least, tunjukkanlah yang kau tu peminat sukan bola sepak. Ini macam tak ada perasaan saja."

"Itu yang aku tak boleh tunjuk tu. Sebab aku tak minat. Aku tak boleh berlakon yang aku minat okey."

Izati menggeleng kepala, tak faham mungkin. Tak payah nak fahamlah Izati. Tak penting pun.

Handset aku dalam beg dah tiga kali mendayu-dayu minta diangkat. Tangan aku meraba ke dalam poket beg dan mencapai handset sambil mata masih melekat pada Ricky yang berpeluh di tengah padang. Atas Ricky, bawah Ricky, kanan Ricky, kiri Ricky. Ramai betul yang menjerit-jerit memanggil my hero. Arghhh.... korang tak payahlah nak jerit-jerit. Dia takkan peduli dengan jeritan korang tu. Sebab dia dah ada...

"Hello!!!"

Aku segera menjauhkan handset dari cuping telinga. Mangkuk hayun betul. Ingat aku pekak ke?

"Perlahankan suara, boleh tak? Aku belum pekak lagilah!"

"Ye ke? Aku ingat kau dah hilang satu deria. Aku hello, hello tiga kali tapi kau diam saja."

"Aku ada hallah. Tak boleh bersabar ke?"

"Memang tak boleh. Balik sekarang!"

"Kau siapa nak arah aku hah?"

"Kau tak kenal aku? Nak aku bagitahu lagi ke? Okey, aku bagitahu lagi untuk kali yang ke 10 juta... akulah lelaki..."

"Sudah, sudah, aku tak nak dengar. Kau nak apa?"

"Aku nak kau balik sekarang. Rumah berkunci. Papa dengan mama belum pulang."

"Kunci kau?"

"Tertinggal."

"Pergilah ambik!"

"Masalahnya kunci aku tertinggal kat dalam rumah. Dah, dah balik sekarang!"

"Tak naklah. Kau tunggulah dulu. Pergilah lepak mana-mana dulu."

"Ada barang aku nak ambik kat bilik. Cepatlah. Sejam lagi aku nak kena ada kat library ni."

"Alaaa...."

"Tak ada ala, ala. Balik sekarang!"

Panggilan dimatikan.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.