Home Novel Cinta AKU TAK SALAH
AKU TAK SALAH
Kamsiah Abu
1/1/2014 18:47:29
70,883
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Beli Sekarang
BAB 9

“Ma’af… pejabat saya telefon beritahu esok ada mesyuarat tergempar dengan pihak Audit dan memerlukan kehadiran saya juga…” Airil Amri memberitahu sebaik memutuskan taliannya. Sempat dia menghirup minumannya yang masih bersisa.

“Oh!.. iya ke? Kalau begitu eloklah kita balik sekarang kerana Encik Amri pun sebuk nampaknya tu!..” Norsyazwani segera menyarankan apabila melihat tiada tanda-tanda lelaki itu mahu bangun dari kerusinya.

“Cik Syazwani memandu kereta ke?” Airil Amri bertanya.

Norsyazwani hanya mengangguk.

“Pakir kat mana? Entah-entah dekat dengan tempat saya pakir kereta saya tadi. Jadi bolehlah kita jalan ke situ sama-sama…” Airil Amri mencadangkan, bagaikan agak keberatan untuk berpisah dengan gadis di hadapannya itu.

“Eeemmm… tapi hari ini saya tak bawa kereta kerana saya datang lewat tadi. Takut susah nak cari pakir. Jadi saya naik KTM commuter sahaja..” balas Norsyazwani, jujur.

“Oh, iya ke? Kalau macam tu, biar saya hantar Cik Syazwani balik!..” dengan nada teruja, Airil Amri segera menawarkan khidmatnya.

“Eh!... tak payahlah!.. Saya boleh balik sendiri…” spontan Norsyazwani menolak.

Norsyazwani sendiri bagaikan tidak sedar perkataan itu begitu laju meluncur dari mulutnya. Tetapi hakikatnya memang dia selalu berhati-hati untuk tidak sewenang-wenangnya mengikut lelaki yang tidak dikenalinya menaikki kereta atau ke tempat-tempat yang dia tidak tahu.

Jenayah yang melibatkan penganiayaan terhadap gadis-gadis yang ditipu oleh teman lelaki atau lelaki yang baru dikenali, begitu berleluasa sekarang ini. Fenomena itu benar-benar menakutkan Norsyazwani. Dan sebab itu jugalah, sedaya upayanya Norsyazwani tidak akan sewenangnya menumpang kereta orang lain sekiranya dia tidak memandu keretanya sendiri. Dia lebih selesa menaikki pengangkutan awam yang dirasanya lebih selamat.

“Apa salahnya saya hantar Cik Syazwani balik. Bukannya jauh sangat. Lagi pun ianya sama jalan dengan saya balik ke rumah…” Airil Amri terus mempelawa.

“Encik Amri tinggal di mana?” soal Norsyazwani sambil merenung tepat ke anak mata Airil Amri. Seolah cuba mentafsir keikhlasan lelaki itu.

“Bandar Sunway…” jawab Airil Amri bersahaja.

Mata mereka bertautan lagi seketika apabila Airil Amri membalas mesra renungan Norsyazwani dengan harapan gadis itu mahu menerima pelawaannya. Hati Norsyazwani tiba-tiba bergetaran melihat riak anak mata Airil Amri yang begitu romantis dan redup itu. Namun terdetik juga rasa curiga dalam hatinya. Lebih-lebih lagi apabila melihat lelaki itu begitu bersungguh-sungguh mahu mendekatinya, sedangkan mereka baru sahaja berkenalan.

“Oooh… Bandar Sunway. Tapi kalau hendak hantar saya, Encik Amri kena pergi terus dulu ke Subang Jaya kemudian baru balik semula ke Bandar Sunway. Itu kan menyusahkan Encik Amri. Jadi, tak mengapalah… biarlah saya balik naik commuter sajer. Lagi pun…”

“Lagi pun, apa? Cik Syazwani takut? Takut saya menipu?”

Bagaikan dapat membaca apa yang berdetik dalam fikiran gadis itu, Airil Amri segera memintas sebelum Norsyazwani sempat menghabiskan justifikasi penolakkannya.

Norsyazwani terkedu. Tidak menyangka lelaki itu boleh menduga apa yang sedang berlegar di fikirannya. Segera Norsyazwani menunduk, cuba mengelak dari tenungan Airil Amri yang disedarinya sedang menelanjangi wajahnya.

“Cik Syazwani… saya ikhlas nak tolong Cik Syazwani. Kalau Cik Syazwani tak percayakan saya, nah!.. ambil gambar saya pakai handphone Cik Syazwani tu. Kemudian upload dalam facebook ke, whatsapp ke, atau pun e-mail Cik Syazwani sendiri…” kedengaran Airil Amri menyuruh apabila Norsyazwani terus membisu.

“Untuk apa?” soal Norsyazwani, hairan.

“Untuk simpanan Cik Syazwani sebagai bukti. Jadi kalau pun handphone Cik Syazwani hilang atau dimusnahkan orang, Cik Syazwani masih boleh retrieve gambar saya dari sistem-sistem tu di mana sajer untuk diberi kepada polis…” ujar Airil Amri, menjelaskan.

“Tapi untuk apa saya beri gambar Encik Amri pada polis?” Norsyazwani semakin hairan.

“Sebab Cik Syazwani kan takut nak ikut saya!.. Takut saya menipu atau berniat jahat pada Cik Syazwani!.. Jadi bila dah ada gambar saya tu, saya dah tak boleh lari lagi. Polis pasti akan senang cari dan menangkap saya…” jelas Airil Amri lagi sambil tersenyum mesra.

Norsyazwani tergamam mendengar kata-kata Airil Amri. Tidak pernah terfikir di fikirannya sehingga begitu sekali lelaki itu mahu membuktikan kejujurannya untuk mendekatinya. Hati Norsyazwani jadi bertambah keliru dengan sikap Airil Amri itu. Apakah sebenarnya lelaki ini mahu dariku?... hati kecil Norsyazwani terus bertanya-tanya.

“Mana handphone Cik Syazwani? Ambillah gambar saya sekarang!..” sambil memanjangkan lehernya untuk lebih dekat dengan Norsyazwani, Airil Amri menyuruh lagi apabila melihat gadis itu terus membisu.

Norsyazwani terus merenung dalam-dalam ke anak mata Airil Amri dengan dahi yang berkerut. Dia masih tidak tahu samada mahu menuruti perintah lelaki itu atau pun tidak. Namun, terdetik juga di hatinya bahawa apa yang disarankan Airil Amri itu ada juga baiknya sebagai tindakan berjaga-jaga bagi gadis-gadis yang baru mengenali teman lelaki. Sekurang-kurangnya boleh membantu pihak polis mengenal wajah lelaki yang cuba berbuat jahat kepada gadis-gadis yang telah diperdayanya.

“Kenapa Cik Syazwani? Masih tak tahu apa nak buat?” perli Airil Amri lagi sambil mengangakat-ngangkat keningnya.

“Perlukah saya berbuat begitu?”

“Kalau Cik Syazwani tak percaya pada keikhlasan saya!...”

“Saya tak fikir Encik Amri sanggup menipu atau berbuat jahat pada saya kerana seorang lelaki yang beriman tidak akan sanggup menganiaya sesama manusia. Saya yakin Encik Amri seorang yang beriman. Sebab itu Encik Amri mahu menolong saya!..”

“Cik Syazwani yakin?” Airil Amri pula menduga keikhlasan kata-kata Norsyazwani.

“Saya selalu berserah kepada ALLAH untuk melindungi saya dari sebarang kejahatan setelah saya berusaha menjaga keselamatan diri saya dengan apa yang termampu oleh saya. Lagi pun saya percaya, walaupun Encik Amri mungkin terlepas dari undang-undang dunia kerana menipu saya, tetapi Encik Amri tidak akan terlepas dari hukuman ALLAH. Betul kan?...” ujar Norsyazwani sengaja pula bermain reverse psychology dengan lelaki itu.

“Awak memang pandai bermain dengan psychology,Cik Syazwani. Memang tepatlah awak jadi pegawai pemasaran. Awak pandai mempengaruhi minda pelanggan..” sambil tersenyum nakal Airil Amri mengusik.

“Encik Amri rasa begitu ke? Kalau saya pandai mempengaruhi orang lain, tentu Encik Amri tak perlu berfikir-fikir panjang sampai sekarang untuk buat keputusan nak beli rumah yang mana satu!..” seperti mengambil peluang yang ada, Norsyazwani menyindir.

“Wah!.. pandai awak perli saya ya!..” getus Airil Amri melawan sindiran Norsyazwani.

“Bukan perli tetapi hakikat. Tak betul ke apa yang saya kata? Kalau saya memang pandai mempengaruhi orang lain, sudah tentu saya tak payah susah-susah terangkan pada Encik Amri pasal kecanggihan rumah-rumah yang kami ada tu...” sambil turut tersenyum nakal, Norsyazwani mempertahankan hujjahnya.

“Tapi bagi saya, awak memang mempunyai kelebihan awak sendiri sebagai pegawai pemasaran yang berkalibar. Frankly speaking, I really admire you. And that made me want to be closed to you all the times!..” tanpa mahu berselindung, Airil Amri mengakui.

Norsyazwani benar-benar tergamam mendengar pengakuan Airil Amri. Hatinya bergetaran, jantungnya berdenyut laju ketika anak matanya bagaikan dipanah oleh anak mata Airil Amri yang dalam dan romantis itu. Jiwa Norsyazwani tiba-tiba jadi bergelora bagaikan lautan dipukul ombak apabila melihat senyuman Airil Amri yang begitu menggoda terus terukir di bibirnya. Seolah mengharapkan perasaan yang diucapkannya itu akan ada juga di hati Norsyazwani.

“Encik Amri, terima kasih dan Alhamdulillah sekiranya pujian itu adalah pujian yang ikhlas dari awak. Tapi, saya rasa janganlah kita bincangkan lagi perkara tu sekarang, sebab dah lewat ni. Jadi eloklah kita balik sekarang…”

Norsyazwani menyarankan sambil cuba mengalih perhatian Airil Amri. Sebolehnya Norsyazwani tidak mahu terpengaruh dengan reaksi mesra lelaki itu. Norsyazwani cuba untuk menahan hatinya dari merasa syok sendiri. Norsyazwani tidak dapat menafikan bahawa perwatakkan dan cara-cara Airil Amri melayannya memang boleh mencairkan hati dan nalurinya. Itulah yang amat Norsyazwani takuti kerana belum pernah dia merasa sebegitu dengan lelaki lain yang pernah dikenalinya.

“Eeeemm… okey. Tetapi sebelum tu, Cik Syazwani senyum sikit!...” ujar Airil Amri sambil menghalakan telefon bimbitnya ke arah Norsyazwani yang sedang menghadapnya.

“Nak buat apa tu?” soal Norsyazwani agak hairan tetapi sempat melemparkan senyuman sebagaimana yang dipinta Airil Amri.

“Nak simpan buat tatapan di kala keseorangan!..” balas Airil Amri, bersahaja sambil menekan sesuatu di atas telefon bimbitnya.

“Hah?..” Norsyazwani bertambah hairan. Terlalu banyak kejutan yang dilakukan Airil Amri petang itu. Hati Norsyazwani jadi bergetaran tidak menentu.

Previous: BAB 8
Next: BAB 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.