Home Novel Cinta UNTUK YANG TERAKHIR
UNTUK YANG TERAKHIR
NOR RAFIDAH JAMIL
25/9/2016 23:46:06
10,847
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 8

Baru saja leka berborak dengan Syikin dan Azlin, telefon bimbit Raisya berbunyi. Nama Najmi terpapar pada skrin telefon dan dia menjawab panggilan itu. Dia mengerling pula pada mereka berdua yang asyik tersengih-sengih memandangnya.

“Hello” Sapa Najmi dihujung talian.

“Hello, assalamualaikum” Jawab Raisya memberi salam.

“ Waalaikummusalam, Raisya” Jawab Najmi pula. Lupa mahu beri salam tadi.

“Raisya tak tidur lagi ke?” Soal Najmi.

“ Hmm, belum lagi. Kejap lagi la kot. Tengah borak-borak dengan Ekin dan Lin tadi” Balas Raisya.

“Najmi tak ganggu ke ni?”

Raisya menahan menguap. Mata pun mula mengantuk dah ni “ Takdelah”

“Najmi dengar bunyi Raisya menguap. Tidurlah dulu kalau mengantuk”

Spontan Raisya menutup mulut. Hisy, tak cover line langsung. Kutuknya memarahi diri sendiri.

Najmi tersengih “ Borak fasal apa? Pasal Najmi ke?” Sambungnya lagi.

Raisya tergelak “Eh! Mana adalah! Najmi call ada nak cakap something ke?”

Nope! Saja call nak cakap good night. I’ll miss you, Raisya” Nada tutur Najmi begitu romantik ditelinga Raisya. Berbulu telinga dia dengar.

Raisya berpura-pura ketawa mengawal perasaan.

“Raisya, are you okay?”

“Opps… sorry, Najmi”

Najmi mengeluh “ Saya ingatkan pasal apa awak gelak tiba-tiba tadi. Manalah tahu tiba-tiba kena sampuk ke apa ke”

“Okeylah Raisya. Nanti Najmi call lagi. Esok ada kelas pagi. Takut lambat pula bangun nanti” Ujar Najmi.

Good night, Najmi. Apa-apa call jela Raisya”

“Good night, sweet dream. Bye”

“Amboi, sweet talker juga Najmi tu ya” Ujar Lin tiba-tiba curi memasang perbualan.

Raisya membuntangkan biji mata. Sejak bila pula Azlin ada dibelakang dia tadi“Dia memang macam tu. Ala, biasalah lelaki. Main dengan ayat jiwang karat dia tu”

“Ada orang tu tak tidur lenalah malam ni” Celah Syikin pula.

Raisya melorot mata memandang Syikin. Tahu siapa yang dimaksudkan gadis itu.

“Raisya, cakaplah cepat. Kau bual apa dengan Najmi tu?” Soal Azlin pula ingin tahu. Makin hangat pula topik malam itu.

“Tak boleh! Aku mengantuklah” Dia meletakkan kepala ke bantal berkira-kira ingin tidur. Ingin mengelak dari disoal mereka berdua.

“Eleh! Tadi Najmi call segar aje biji mata tu aku tengok” Sakat Syikin tidak mahu mengalah. Usik-mengusik sudah menjadi lumrah sepanjang mereka berkawan. Raisya nak terasa, minta simpanglah. Sejauh dia berkawan dengan Raisya, gadis itu bukan jenis kuat merajuk. Sebab itu dia suka menyakat Raisya.

“Hurm, Raisya kau perasan sesuatu tak? Atau kau memang sengaja buat-buat tak perasan” Soal Syikin memancing perhatian Raisya. Raisya menoleh memandang mereka berdua. Azlin duduk disebelah Syikin asyik tersengih aje memanjang “Cakaplah apa yang kau perasan. Main teka-teki pula”

“Yalah Ekin oi! Memang suka buat saspens. Cepatlah bagitahu” Desak Azlin sambil menarik-narik tangan Syikin.

“Aku perasanlah muka Najmi tu macam muka pelakon Thailand tu. Aku lupalah nama pelakon tu. Tapi, aku pernahlah tengok dia berlakon dalam citer Soda & Ice Tea. Aku memang minatlah dengan hero dia tu”

“Ala Tik Jasadaporn tu. Hisy, takdelah merepek aje kau ni” Raisya menafikan. Entahlah, tak sama langsung! Memandai aje Syikin ni.

“Yelah kau ni, Ekin. Merepek apanya” Azlin pula mencelah.

“Raisya!” Jerit Syikin ditelinga Raisya. Digoncang-goncang kuat tubuh Raisya. Terdengar pula bunyi dengkuran halus gadis itu. Dia malas menganggu Raisya yang sedang asyik dibuai mimpi itu.

“ Edlin, keluar lagi? Kak Raisya baru aje balik. Tak boleh ke duduk aje kat umah arini” Tegur Tuan Johari sebaik ternampak kelibat anak tirinya itu keluar dari pintu bilik. Wajah Edlin tidak puas hati memandang ayah tirinya itu. Apa bezanya dia ada didalam rumah itu?

“Ayah, Edlin nak jumpa kawan. Boring duduk umah tau. Macam tunggul je Edlin kat umah ni” Itu aje alasan yang selalu diberi Edlin. Macam takde jawapan lain dah.

Tuan Johari tergelak “ Boring ek? SPM dah nak dekat. Ayah tak pernah tengok Edlin ulangkaji pun selama ni. Yang Edlin tahu keluar aje”

Edlin merengus kuat “ Fasal itulah Edlin nak jumpa kawan-kawan Edlin, ayah. Kitorang ada discussion grouparini”

“Kenapa ayah?” Soal Raisya muncul tiba-tiba dari pintu bilik. Kebetulan waktu itu dia ingin turun ke dapur.

“Adik kamu ni, Raisya. Siang malam keluarnya. Mestilah ayah risau” Adu Tuan Johari melahirkan kerisauan. Dengan siapalah agaknya Edlin itu berkawan agaknya.

“Edlin nak ke mana?” Soal Raisya ingin tahu.

Edlin menjeling Raisya. Sibuk je nak tahu.

“Tak payahlah nak sibuk-sibuk nak tahu. Tadi ayah baru aje tanya, sekarang Kak Raisya pula” Sindir Edlin.

“Edlin! Please answer my question! Edlin nak keluar ke mana?!” Raisya mulai naik berang. Kecil besar, kecil besar je dia pandang adik tirinya ketika itu.

“Sudahlah, Raisya. Tak guna Raisya tanya macam tu kalau dia sendiri tak nak jawab. Ayah tak nak korang berdua bergaduh sebab hal-hal kecil macam ni” Nasihat Tuan Johari seraya menggelengkan-gelengkan kepala.

Edlin tersenyum puas. Lalu membetulkan kedudukan topi dikepala “ Okeylah Edlin gerak dulu. Makin lama Edlin duduk dalam umah ni, boleh masuk hospital mental”

“Ayah tengok tu. Baru kena tegur sikit je, ada aje jawapannya” Ngomel Raisya geram. Tuan Johari tersenyum. Dia tahu yang selama ini Raisya memang banyak bersabar dengan perangai Edlin.

“Raisya doakanlah aje dia. Manalah tahu lembut hati dia nanti” Nasihat Tuan Johari. Raisya mengangguk perlahan.

“Edlin! Edlin!” Laung Puan Yasmin dari arah dapur memanggil anak kesayangannya itu.

Raisya dan ayahnya berpandangan sesama sendiri.

“Ya, Min!” Sahut Tuan Johari bagi pihak Edlin.

“Abang ada nampak Edlin tak?” Soal Puan Yasmin dengan nafas tercungap-cungap. Macam jauh sangat dapur dengan kedudukan tangga di situ.

“Apalagi nak buat budak tu. Keluarlah dia, mana dia nak pergi lagi” Jawab Tuan Johari.

“Bertuah punya budak. Saya nak minta dia tolong kat dapur tadi. Geram saya tau, bang” Bebelnya geram dengan perangai Edlin.

Tergelak Raisya dengar bebelan ibu tirinya itu.

“Takpe auntie. Raisya boleh tolong apa yang patut” Raisya menghulurkan pertolongan.

“Betul ke ni?” Soal Puan Yasmin tidak percaya. Lama dia memandang Raisya, sebelum memandang suaminya semula.

Raisya mengangguk laju seraya memandang Tuan Johari yang berdiri disebelahnya.

“Hurm baguslah macam tu. Tolong sediakan pinggan kat atas meja tu je. Lauk auntie dah siap masak tadi” Arah Puan Yasmin sebelum berlalu ke dapur dibuntuti Raisya dari belakang.

Tuan Johari tersenyum memandang anak gadisnya. Harap-harap sangat hubungan mereka kembali jernih semula.

Previous: BAB 7
Next: BAB 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.