Home Novel Cinta BUKAN SALAH CINTA
BUKAN SALAH CINTA
AURUM FUHAIRA
3/10/2018 11:37:46
7,355
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 3

Bab 3

            Perjalanan dari asrama ke perpustakaan tidak pernah terasa sejauh ini. Mungkin kerana tujuannya kali ini bukan untuk mencari buku, langkahnya terasa berat dan lambat. Hari ini aku bukan mencari buku. Hari ini aku akan buka buku baru dalam episod kehidupan sendiri. Semakin hampir dia dengan perpustakaan, semakin jelas kelibat Alif yang sedang bersandar ditiang sambil berpeluk tubuh. Kacak pula Alif malam ini. Belum sempat Zahra memberi salam, Alif sudah bergerak kearahnya.

            “Assalamualaikum sayang. Jadi, macam mana?”

            Alif kelihatan tidak sabar-sabar. Cuak mungkin. Zahra tersenyum melihat telatah Alif yang boleh dikatakan seperti pacat ditabur garam. Tak boleh duduk diam. Sekejap gosok tangan. Sekejap gosok paha. Sekejap main kening. Sebelum dia sampai tadi,boleh saja Alif relaks menyandar ditiang. Alif..Alif..

             “ Boleh kita duduk dulu? Tak best kalau bercakap sambil berdiri ni. Lenguh kaki ni.”

Zahra bergurau lembut. Mahu mematikan gelisah Alif. Mungkin juga melindungi resah hati sendiri sebelum  betul-betul meluahkan apa yang terbuku.

            Usai duduk dibangku hujung dihadapan perpustakaan, Zahra pantas memulakan bicara.Bismillah!

            “ Saya harap apa yang bakal saya sampaikan ni awak dapat terima dengan hati yang terbuka. Tak ada langsung niat dalam hati saya ni nak main-main atau bergurau. Hal yang bakal saya sampaikan ni terlalu dekat dengan hati saya..”

             Alif tidak lepas memandang Zahra dari awa lsaat gadis itu memulakan bicara. Mata itu terpancar selaut harapan. Tanpa mahuber dalih lagi, Zahra meneruskan mata-katanya.

 “Saya setuju nak bawa hubungan kita ni ke fasa seterusnya. Walaupun kita baru kenal, cara awak beri saya keyakinan yang awak tak main-main dengan saya. Saya harap, awak takkan kecewakan saya nanti. Satu yang saya nak awak tahu, memang saya ni kasar, tak selembut perempuan lain yang awak kenal, tapi hati saya tetap hanya ada satu. Dan bila saya serahkan hati saya ni untuk awak, bukan bermakna saya bersedia untuk dilukai tapi saya serahkan hati saya untuk awak simpan dekat dengan hati awak. Saya tak sekuat yang awak nampak. Saya takut sangat saya tak mampu bangkit kalau hati saya sakit. Hati saya belum pernah luka lagi dan kalau boleh saya nak kekalkan begitu. Sekalipun terluka, janganlah awak orang yang bertanggungjawab sebab....... saya dah mula ada rasa sayang bua tawak.”

            Segala yang tersimpan dalam ceruk paling dalam hati Zahra diluahkan kepada Alif. Zahra mahu Alif tahu, dia ikhlas dan jujur dengan semua yang dia sampaikan.

            Alif beriak gembira. Tangan digenggam dan tumbuk ke udara. “ Yes! Thank you sayang! Terima kasih sebab sudi terima Alif dalam hidup sayang. Saya janji yang saya akan jaga hati sayang lebih dari hati saya sendiri. Zahra Arissa hanya untuk Alif  Iskandar dan kekal milik Alif Iskandar selamanya.”

            Alifbegitu yakin dengan kata-katanya. Zahra jadi takut melihat keyakinan itu.

“Alif, jodoh itu milik Allah. Saya juga milik Allah. Jangan terlalu yakin dengan kata-kata awak.”

             Zahra sekadar mengingatkan Alif. Manusia takkan mungkin tahu perjalanan hidup yang telah Allah S.W.T rencanakan.

            “Tapi tak salah kita merancang kan?” Balas Alif.

            “Tak salah tapi jangan terlalu yakin.” Zahra senyum.

            Suasana jadi senyap seketika. Melihat senyum meleret Alif, Zahra jadi teringat soalan yang sejak tadi tersimpan.

            “Okey, sekarang semua dah jelaskan. Cuma sekarang saya nak tanya kenapa Alif tak cakap yang mak dan ayah Alif dah sampai pun rumah Arissa? Boleh Alif jelaskan?”

            Nada Zahra kali ini sedikit geram. Sudah selesai soal hati, soal ‘lawatan mengejut’ pula yang Zahra bangkitkan. Dia ingin tahu alasan Alif sembunyikan perkara sepenting itu darinya.

            “Ohhi tu... Alif ingat apa la yang buat sayang tiba-tiba berkerut-kerut muka.”Selamba saja Alif menjawab. Zahra gigit bibir menahan geram.

            “Betul-betul la Alif. Arissa nak tahu.”

            “Ok..ok.Alif sengaja tak cakap dengan Arissa sebab nak sayang rasa kesungguhan Alif.Semua yang Alif katakan bukan cakap-cakap kosong. Alif nak Arissa tahu, I meant every single word I said and what I didn’t say out loud, my action speaks for me.

            Wow! Romantisnya. Hati Zahra berbunga-bunga. Zahra bagai terimbas hari-hari bahagia yang bakal dilalui bersama Alif. Bahagia! Itu yang dirasakannya saat ini.

            Itu cerita 5 tahun dulu. Empat minggu selepas peristiwa itu, mereka bergelar tunangan. Bahagia yang Zahra rasakan hanya bertahan 5 bulan. Selebihnya bersulam duka.

            Segalanya indah. Namun, setelah ditempatkan di S.K Nanga Sempili di Kapit, Sarawak, Alif mula berubah. Awalnya Zahra memujuk hati sendiri. Mungkin Alif sibuk dengan kerja. Lagi pula kawasan sekolah Alif berkhidmat talian telefon umpama hidup segan, mati tak mahu. Macam chipsmore.Sekejap ada sekejap tak ada. Atas cadangan mak dan ayah Alif, juga sokongan daripada ibu dan ayahnya, Zahra juga memohon untuk ditempatkan di Sarawak. Kata mereka, senang nanti bila sudah berumah tangga. Biar susah dan senang bersama.

            Walaupun cereka hidupnya bersama anak-anak iban disana begitu membahagiakan, namun lain pula dengan cereka pertunangnnya. Segalanya hanya jadi memori cinta yang begitu melukakan. Baru dua bulan berkhidmat di Sarawak, Zahra sendiri menjadi saksi musnahnya impian yang dibina. Saat dia sedang mengikuti kursus di RH Hotel Sibu, dirinya melihat tunangnya berpimpin tangan dan berpeluk-pelukkan dengan wanita lain. Detik itu tak mungkin hilang dari kotak ingatannya.

            Zahra masih ingat saat dia mengumpul segala kekuatan untuk melangkah mendekati pasangan yang sedang asyik makan di restoran hotel itu. Kekuatan yang tak seberapa itu juga Zahra gunakan untuk menyapa pasangan itu.

            “Alif?” hanya itu yang terkeluar dari bibirnya.

            Serentak itu, pasangan itu menoleh ke arahnya. Wanita itu nampak tertanya-tanya. Tapi , jelas riak terkejut diwajah Alif.

            “Arissa..apa awak buat kat sini? Bukan awak cakap awak kursus di Hotel Kingwood ke?”          

            Pertanyaan itu membuatkan hati Zahra makin tercucuk. Lagi menambah sakit di hati bila Alifhanya duduk disebelah wanita tadi tanpa langsung ada rasa bersalah. ‘Oh jadi,kalau aku di RH berkursus kau berpesta di Kingwood pula la?’ Hendak saja ditanya terus dengan Alif. Tapi dia masih punya harga diri dan rasa malu.

            “Maaflah kalau saya mengganggu. Tapi, boleh saya nak bercakap dengan Alif sekejap. 5 minit pun jadilah.” Zahra tidak berminat untuk menjawab pertanyaan Alif. Dialebih berminat untuk mendapatkan penjelasan Alif.

            Zahra dan Alif bergerak meninggalkan meja di restoran. Zahra memilih satu sudut dihujung restoran untuk mereka berbincang.

            “Apa semua ni Alif?” Zahra memulakan.

            “It is what it is..” Alif bersahaja membalas. Tahap kesabaran Zahra sudah jatuh satu anak tangga.

            “Apa yang berlaku sekarang ni? Boleh tak jangan berdalih lagi? Ya, memang Arissa nampak semua tu... tapi what is what?takkan Alif tak ada apa-apa nak jelaskan?” suara Zahra juga sudah naik satu oktaf, tapi masih lagi dikawalnya. Dia bukan orang yang sukakan kekecohan.

            “It is what it is. I’m seeing that lady overthere.” Alif menuding jarinya ke arah wanita tadi. Alif yakin. Tiadalangsung rasa kesal. Apa lagi rasa bersalah.

            “To be honest, Alif dengan dia dah lama.Dari awal Alif kat sini lagi. Dia baik, faham Alif dan dia buat Alif rasa dihargai dan disayangi. Semua yang Alif tak dapat rasa dengan you, Alif rasa dengan dia. She’s someone I want to spent the rest of my life with.”

            Terbuntang mata Zahra mendengar kata-kata Alif. Sudah hilang panggilan sayang yang selama ini digunakan. Yang tinggal hanya ‘you’. Zahra seakan tidak percaya Alif berubah begitu. Dia masih lagi mahukan penjelasan yang lebih.

            “Jadi selama ni, siapa saya dengan awak? Kenapa baru sekarang cakap yang  takde rasa dengan saya? Apa salah saya?Sebulan lagi je majlis kita Alif. Kenapa tak putuskan je dulu? Waktu awak posting sini. Awak ada masa setahun Alif to put an end to our relationship. Why not then?”

            Kesabaran Zahra kini hanya tinggal satu anak tangga saja lagi dari jatuh tersungkur ke lantai. Nada suaranya sudah tidak lagi ditahan-tahan.

            “I tried. Infact, I dah cakap dengan mak dan ayah. Tapi diorang yang tak nak putuskan. Diorang cakap Alif keliru je.Katanya, you are too good to be dump by me. Apa yang diorang nampak dekat you pun I tak tahu. Sepanjang I dengan you, I  rasa  you tak pernah sekali pun tunjuk yang you hargai I. I je yang terhegeh-hegeh panggil you sayang sana sini. Tapi bila dengan Sha, baru I rasa I am the happiest man alive. When I was with you, my life was misserable! I’m so glad we bump into each other today.  So, Alif dah tak payah susah-susah habiskan kredit nak telefon you to end our engagement. So now, our wedding is off!”

            Sinis sungguh Alif berkata-kata. Alif bukan lagi Alif yang dulu. Segala yang keluar dari mulut Alif bagaikan belati yang menoreh-noreh hati Zahra. Perit rasanya mendengar semuanya. Pipinya basah tiba-tiba. Air mata yang pada awalnya tiada,tiba-tiba saja mencurah bagai tiada penghujungnya.

            Dikumpulkan sisa-sisa kekuatan yang tinggal. Air mata yang jatuh disapu perlahan. Zahra tidak lagi mahu menunggu dan mendengar alasan serta kata-kata yang menyakitkan hati dari lelaki itu. Ditariknya satu nafas yang panjang lalu Zahra hamburkan semuanya. Jika segalanya harus tamat, dia tak mahu jatuh sebagai orang yang lemah dimata lelaki itu.           

            “Alhamdulillah. Saya bersyukur sangat saya salah bagi tahu tempat dengan awak. Ada hikmah rupanya. Saya bersyukur saya nampak sendiri apa yang saya nampak. Saya bersyukur juga awak putuskan sekarang dan bukan lepas selesai ijab dan kabul. Saya bersyukur sangat Allah hadirkan awak dalam hidup saya sebab sekarang, saya lagi yakin dengan prinsip saya yang takkan tunjukkan semua sayang saya kepada lelaki yang bukan suami saya. Cuma saya ralat, saya benarkan diri saya buka ruang untuk belajar sayang awak! Lelaki yang hanya tunang saya dan bukan suami saya.Janji-janji awak cuma mimpi. Tapi janji Allah itu pasti! Saya yakin Allah ada simpankan saya orang yang lebih istimewa buat saya. Orang yang betul-betul layak jadi imam saya. Bukan orang macam awak!”

            Zahra terus berlalu pergi selepas meluahkan semuanya. Dia tidak mahu tunggu lagi di situ. Lelaki itu tidak perlu lihat kekecewaannya. Hatinya sudah terluka.Perit dan pedih.  Dua minggu selepas itu,Zahra pulang ke Pulau Pinang dan meminta ayahnya memulangkan cincin pertunangannya.Tiada lagi Alif Iskandar dalam hidupnya. Semuanya bernoktah disitu.


 

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AURUM FUHAIRA