Home Novel Cinta BUKAN SALAH CINTA
BUKAN SALAH CINTA
AURUM FUHAIRA
3/10/2018 11:37:46
7,353
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 1

Kita tak pernah wujud dalam kamus hidup

sebelum aku dankau bertemu…

Kita tak pernah hadir sebelum bayang kau muncul…

Kita itu cuma khalayan bila aku pejamkan mata…

Tapi saat rasa kau dan aku bertaut,

Tiba-tiba kita itu di puncak segalanya…

Kita itu indahbelaka…

Namun, siapa kita untuk mencongak percaturan DIA.

Kita insan kerdil.

Kita lagi bilisdari kerikil.

Redha dan bersyukurlah.

Bersyukurlah walau kita tak bertahan sampai bila-bila,

Sekurang-kurangnya pernah ada kita walau pinjaman cuma,

Bersyukurlah kita ada dalam perkiraanNya.

Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui dan tidak ada satu pun terlepas dari PandanganNya.


 

BAB 1

            Deringan jam loceng menyedarkan  Zahra Arissa dari tidur. Terlalu nyenyaklenanya hingga dia masih bermalas-malasan.

            “Malasnya. Kalaulah aku cuti hari ni kan best!”

            Seawal subuh Zahra sudah mengeluh. Mengenang nasib yang letih bekerja demi anak murid tercinta. Tapi tak mengapa! Dia puas saat terlihat senyuman polos anak-anak kecil itu.

            Belum puas rasanya dua hari berhujung minggu. Penatnya belum hilang. Hujung minggu itu, ayah dan ibu Zahra adakan majlis tahlil untuk arwah atuknya. Jadi, hujungminggu kali ini terlalu meletihkan. Manakan tidak, ayah dan ibunya walaupun sekadar majlis tahlil selalu saja inginkan yang besar. Kata mereka, alang-alang bersedekah biar ikhlas. Janganlah asal ada sahaja.

            Walaupun ayahnya sekadar pegawai bomba dan ibunya hanyalah suri rumah sepenuh masa,alhamdulillah keluarga mereka sentiasa punya rezeki lebih. Betul kata ayah,sedekah membawa barakah. Ayahnya sentiasa memberikan yang terbaik buat mereka sekeluarga. Lihat sajalah dirinya yang sudah berjaya menggenggam segulung ijazah dan sudah 5 tahun bergelar guru. Adik-adiknya juga apa kurangnya,seorang bakal doktor dan  seorang lagi insyaallahbakal memegang title ‘cikgu’sepertinya.

            Sesudah majlis, Zahra bersama adiknya mencuci segala perkakasan yang digunakan.Sepetang jugalah dia dan Zamil Afzan mengerjakan semuanya. Adik bongsunya,Zahra Aryana pula tidak dapat pulang kerana sibuk dengan ‘study week’.  Jadi tinggaldia dan Zamil yang perlu menghadap semuanya.

            “Kringgg!!!!!.”Hampir tercabut jantung Zahra terkejut akan bunyi jam locengnya sekali lagi.Terbeliak biji matanya melihat jam sudah pukul 6.45 pagi. Lagak seperti atlet olahraga sekolah, Zahra melompat turun dari katil lalu mencapai tuala yangtersangkut di bucu katil. “ Aduh! Matilah. Lambatlah kau pergi sekolah hari niZahra. Tu lah, gatal lagi bergolek-golek atas tilam, berangan entah apa-apa!Subuh pun belum. Astaghafirullahalazim.”

            Selesai saja segala urusan bersiap, Zahra cepat-cepat mencapai kunci keretanya.Sepantas kilat Zahra beredar dari biliknya terus ke kereta. Sempat dia mengerling ke arah jam dinding di ruang tamu. “Alhamdulillah. Nasib aku bersiap15 minit je. Sempat sampai sekolah sebelum perhimpunan ni.” Tergocoh-gocoh Zahra meloloskan diri ke dalam keretanya.

            Baru saja dia mahu mengundurkan kereta, ibunya Puan Zaleha melambai-lambai sambil berlari anak ke arah kereta putihnya.

            “Zahra! Tunggu kejap.” Terjerit kecil ibunya.

             “ Tak menyempat kamu ni Zahra. Ingatkan dahbesar ibu tak payah kejutkan lagi dah. Lain kali buatlah lagi, biar sampai tengah hari baru bangun. Tak payah pergi kerja terus. Nah, ambil bekal ni!Kalut sangat sampai sarapan dengan ibu pun tak sempat.”

            Zahra senyum meleret mendengar leteran ibunya. Terharu dia dengan ibunya yang menyediakan bekalan buat dirinya. Kasih ibu, tak siapa mampu sangkal biarlah anaknya sudah bergelar nenek sekalipun.

            “Ibu ni, sempat lagi bebel pagi-pagi.” Balas Zahra dengan senyum yang masih bersisa sambil menyambut bekalan dari ibunya.

            “Terima kasih ibu, Along sayang ibu sangat-sangat. Lain kali Along tak buat dah.Dah insaf. Tak cukup nafas Along rasa pagi ni. Okey lah ibu, Along dah lambat ni. Along pergi dulu,” setelah bersalaman dengan ibunya, Zahra memecut laju hero putihnya.

            Nasib Zahra memang baik pagi ini. Jalan raya tak sesak. Lancar saja perjalanannya kesekolah. Tak sampai 15 minit dia sudah sampai di depan pagar sekolah. Mujur ada pengawas sekolah yang menjaga pagar menolong dia membuka pagar. Jimat lagi duaminit masanya.

            Selesai memakirkan keretanya, Zahra menuju terus ke bilik guru. Dia tak mahu rekod bersih tanpa dakwat merah mencacatkan kad kehadirannya. Sampai saja dia dipejabat untuk punch card, dia di sapa dari arah belakang.

            “Assalamualaikum, Arissa.”

            Suara garau yang sangat dikenali mula menegurnya. Hanya lelaki itu yang memanggilnya Arissa. Tanpa berlengah, Zahra terus menoleh. Tidak tahu riak bagaimana yang harus diberikan.

            “Alif.Apa buat kat sini?” Wajah manis itu hanya melemparkan senyuman. Senyuman yang membuatkan luka dihati Zahra terasa bagai dihiris lagi. Diperah limau, ditabur garam. Pedih yang amat sangat!

             “ Alif baru dapat transfer sini. Ni nak lapor diri dengan Guru besar la ni. Taksangka pulak Arissa pun mengajar kat sini.” Jawapan yang diberikan membuatkansenyuman perit sebelum ini yang terukir terus padam. ‘Argh!!! Kenapa sini?Dalam banyak-banyak sekolah di Pulau Pinang ni, sini jugak kau muncul. Dugaan apa yang Engkau berikan ini ya Allah.’ Hati Zahra dijentik lagi.

             Memori 5 tahun lalu terus terpancar dimindanya seperti segalanya baru semalam terjadi. Memori hatinya tersiat saat menyaksikankecurangan seorang lelaki bergelar tunangan diri. Hati yang ditoreh-toreh tak  tergambar peritnya bila mana pelamin yang sudah ditempah dan kad yang sudah tercetak terbazir bersama kasih dan sayangnya.Melihat mesranya tunang sendiri bersama wanita lain. Sakit yang terlalu perit. Lelaki itu terlalu Zahra sayangi suatu saat dulu.

             “ Arissa... Arissa.. hey! Kita tanya manabilik Guru besar, boleh pulak dia melayang entah ke mana?” senyuman itu lagi !Tersentak dengan senyuman itu, Zahra pura-pura tergelak kecil

            “Eh, tak ada lah.. saya dengar. Cuma, macam tak percaya awak ada depan saya sekarang. Ingatkan dah tak nak balik  Penang. Bilik guru besar  pintu yang ketiga tu. Hujung sana. Ok lah,saya turun dulu. Perhimpunan dah nak mula. I better go now.”  Zahra berlagak biasaseperti tiada sejarah antara mereka.

            Tanpaberlengah Zahra terus berlalu. Dia tak mahu nampak lemah dihadapan lelaki yangsatu ini. Dibiarkan saja panggilan Alif selepas itu. Buat-buat tak dengarsudah! Zahra dihimpit segala kenangan lalu. Hatinya saat ini seperti baru saja diputar-putar, dibilas-bilas dalam mesin basuh. Zahra ingat semuanya. Setiap bait perkataan, setiap langkah yang diambil. Ya. Semuanya kembali segar dalam kotak ingatan. Alif Iskandar lelaki yang pernah membuai perasaannya dengancinta. Lelaki yang sama juga membunuh perasaan cinta itu.Mana mungkin dia lupa.


 

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AURUM FUHAIRA