Home Novel Cinta BUKAN SALAH CINTA
BUKAN SALAH CINTA
AURUM FUHAIRA
3/10/2018 11:37:46
7,352
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 5


            Rindunya.....Itu yang bermain dibenak Nash sejak terpandang wajah Zahra. Rindunya dia dengan sikap gila-gila tapi malu gadis itu. Rindu dengan nasihat selamba badak gadis itu. Pendek kata, dia terlalu rindu dengan sahabatnya yang seorang itu. Dalam ramai-ramai rakan perempuan didalam kelas, Zahra lah yang paling dia senangi. Segala masalah dan kemusykilan, pasti Nash rujuk Zahra. Tapi, sejak tamat sekolah,mereka putus hubungan.

            Entah apa sebabnya. Mungkin juga kerana dia dan Zahra melanjutkan pelajaran ke tempat orang, atau mungkin juga kerana dia tidak pernah ada nombor telefon Zahra yang sejak dari bangku sekolah tidak punya telefon bimbit. Melihat senyuman diwajah itu dia teringat semula kenangan zaman anak remaja. Saat Zahra menjadi penasihat cinta tidak bertauliah. Walaupun dia tahu, Zahra sendriri tidak pernah bercinta masa zaman sekolah, tapi nasihat “ummph” Zahra juga yang diatagih. Orang kata, orang yang tak terlibat dengan cinta punya pandangan yang unik dan boleh pakai. Orang yang sedang bercinta, nasihat mereka pasti terselit emosi.

            Nash bagai tidak percaya, Zahra masih seperti dulu. Mungkin penampilannya berbeza.Sudah berubah menjadi wanita bekerjaya, bergaya dan berkaca mata! Tapi, Zahra tetap Zahra yang dulu, berani dalam malu, becok dalam diam, gila-gila tapi menyenangkan.

            Nash memicit butang telefonnya mencari-cari nombor telefon Zahra yang tersimpan. ‘Akhirnya,ada juga aku nombor kau. Harap-harap kau sudi lagi jadi penasihat aku.’Nash berjeda sendiri sambil memandang tembus skrin telefonnya. Malam itu, dia hanyatersenyum sendirian sambil menunggu kantung matanya terpejam. Sengaja mahu biarkan dirinya terbuai dengan rasa indah bertemu semula ‘sahabat’ lama.

            Namun,lain pula Zahra. Kehadiran sepucuk surat di atas kamar tidurnya membuang terus rasa gembiranya malam itu. Menghapus terus rasa ingin tidur dibuai mimpi indah.Hanya satu insan yang mampu buat dia begitu sampai saat ini. Alif Iskandar!

 

            Sampai saja Zahra dirumah, ibunya masih lagi menonton televisyen. Dia tahu, ibu menantinya. Jarang benar ibu menonton tv hingga lewat malam. Ingin saja dia melangkah terus ke bilik kerana terlalu penat. Tapi mengenangkan ibunya yang berjaga menantikan dia pulang, Zahra melabuhkan punggung disebelah ibunya. Mereka bercerita seketika. Baru saja Zahra memulakan langkah untuk masuk ke bilik,ibunya memanggil namanya.

            “ Along,tadi ada orang hantar surat untuk Along. Ada ibu letakkan atas katil Along.Baca ya Along..”

            Sedikitlain nada ibunya menyampaikan pesan. Zahra perasan suara ibunya seperti orang yang sedikit resah.

            “ Surat apa ibu? Siapa yang bagi?”Zahra tiba-tiba jadi tidak sabar ingin tahu.

             “ Along bacalah sendiri... baca dan fikirmasak-masak. Jangan cepat melatah.” pesan Puan Zaleha.

            Zahra jadi semakin pelik. Surat apa yang perlukan dia berfikir masak-masak ni?

            “Ya lah ibu. Along masuk bilik dulu. Assalamualaikum.”

             Zahra terus berlalu. Hatinya jadi tak keruan.Setibanya di bilik, Zahra terus mengunci rapat pintu biliknya. Dirapati katil empuk bercadar biru lalu terus membuka sampul surat yang dikhabarkan oleh ibunya sebentar tadi.

 

 

Assalamualaikum,

            Mungkinsurat ini langsung tak awak harapkan sayang. Tapi, percayalah nukilan ini khasbuat dirimu. Alif tahu, segalanya yang berlaku 5 tahun lalu masih lagi berbekasdihati sayang, tapi sungguh! Alif menyesal dengan setiap bait perkataan yang keluar dari mulut cabul ini. 3 tahun Alif kumpulkan keberanian untuk berhadapan dengan sayang. 3 tahun Alif dibelengu rasa bersalah yang amat sangat sakitnya!Maafkan Alif. Kita berpisah, pada saat Alif sesat dan tanpa sedar menyakitkan perasaan sayang yang terlalu suci. Beri Alif peluang jelaskan semuanya. Sebulan Alif cuba dekat dengan sayang, tapi sayang sering kali mengelak. Beri peluanguntuk Alif sekali saja lagi............... Sekali lagi.... Alif tunggu Zahra diTaman Jubli, esok  9.30 pagi.. Alif mengharap dan menanti....For old time sake..

 

Alif Iskandar

 

            Zahra tidak tahu apa yang harus dia rasa. Hilang rasa mengantuknya. Segala jenis perasaan timbul saat segala isi surat itu habis dibacanya. Hatinya seperti dicucuk-cucuk. Marah ada, geram ada, meluat, menyampah, tersentuh dan segala macam perasaan ada. Segalanya bercampur baur. ‘Apa lagi kali ni Alif? Aku dah penat. Letih. Lelah. Untuk apa lagi kali ini?’ bermacam bagai persoalan bermaindi fikirannya. Ingin saja buat bodoh. Buat tak tak tahu. Tapi..... ‘Tak salah pun jumpa. Kau pun pernah tertanya-tanya dulu. Go and get your closure for good.’ Satu suara kecil menyampaikan pendapat.

            Dipejamkan matanya rapat-rapat. Malas mahu fikirkan benda yang tiada sudahnya. ‘Apa susah.Tak mati pun jumpa. Sesak-sesak fikir pun tak ada jawapan. Jumpa kejap. You’ve got nothing to lose.susah-susah fikir sekarang nak buat apa. Baik tidur!’ Zahra berbincang dengan diri sendiri.Muktamad! Esok kita jumpa Alif.

 

            Pagiitu, Zahra siap awal. Mana tidaknya, tidurnya tidak lelap. Walaupun dia cubauntuk terus terpejam, dia asyik terjaga. Akhirnya, dibiarkan saja matanya terbuka menghadap siling. Sesudah subuh, Zahra turun menyiapkan sarapan bersama ibunya. Pagi itu, setelah bersarapan, Zahra memaklumkan ibu dan abahnya yang dia mahu berjumpa dengan Alif. Abahnya hanya mengangguk tanpa bersuara. Ibunya pula menyampaikan pesan yang dalam maksudnya.

            “Pergilah Along. Jangan cepat melatah nanti. Jaga adab Along sebagai seorang hamba Allah.Ikut hati, mati. Ikut rasa binasa. Ikut akal menyesal. Ikut jalan agama,insyaallah, ada hikmah dan barakah.”

            Sampai saja di tempat yang dijanjikan, Zahra nampak susuk Alif yang sedang duduk ditepi kolam ikan. Alif hanya mengenakan seluar tracksuit hitam bersama t-shirt merah. Dia kenal t-shirt itu kerana itu hadiahnya kepada Alif dulu. Zahra past iAlif sengaja.

            “Assalamualaikum.”

            “Waalaikumussalam.”

            Untuk seketika mereka hanya berpandangan. Zahra mengambil tempat dibangku sebelah.

            “Saya rasa, kita tak payah nak mukadimah panajng-panjang. Saya pasti awak pun mesti ada kerja nak buat. Boleh awak mula?” dingin segala tutur yang keluardari mulut Zahra. Awal-awal lagi didirikan tembok pertahanan.

            “Arissa dah berubah. Awak...” belum sempat Alif menyambung Zahra memotong bicara lelakiitu.

            “people change over time and circumstances.”

            “Okay.Maaf. Maaf, Alif dah curi masa Arissa. Cuma dulu, Alif rasa perbuatan Alif takadil. We went on our seperate ways not on good terms. I need to make things right. All those horrible things I’ve said wasn’tthe real me.” Alif lemah berbicara.

            “Sorry?! Part mana yang ‘wasn’t the real you? Or is it during that time, Alif tak waras ke? Atau hilang ingatan ke? Ke nak salahkan makhluk lain macam typical others, terkena buatan orang?Macam tu ke?” Zahra membidas. Masih melembutkan suara walau nyata kasar isinya.

            “Saya minta maaf. Bukan macam tu, saya menyesal sebenarnya. Menyesal sangat-sangat.Saya tak patut tinggalkan awak dulu. Saya masih sayangkan awak. Maafkan saya.Saya terlalu ikutkan hati.”

            “Senangje kata-kata maaf keluar dari mulut awak. Semudah kata-kata yang awak lemparkan5 tahun dulu. Awak fikir saya ni siapa?” Zahra mengubah nada suaranya. Sedikit mendatar dan lembut. Dia tidak mahu dikuasai bisikan syaitan yang sentiasa membisikkan marah dalam hatinya.

            “Awak terlalu istimewa Arissa. Sebab tu Alif kumpulkan kekuatan untuk beranikan diri dan bersemuka dengan Arissa. Mungkin 3 tahun terlalu lama masa yang Alif ambil untuk kumpulkan kekuatan. Tapi, 5 tahun pun belum cukup nampaknya untuk redakan marah dihati Arissa.” Lemah Alif bersuara. Kata-kata Alif kali ini tidak dapattidak mengusik hati Arissa. ‘Ah! Mungkin aku terlalu berkasar. Tak salah dengar dulu. Jangan terlalu ikut perasaan Zahra.’

            “Marahdah lama hilang Alif. Yang tinggal cuma parut luka yang masih dalam proses untuksembuh.” Zahra senyum nipis.

            “Bukanmudah dulu untuk saya terima awak dalam usia yang masih setahun jagung. Tapi,yang saya dapat tak semanis impian yang awak taburkan Alif. Perit, pedih dansakit. Sakit sangat Alif! Lama saya ubat hati saya. Allah jadi tempat saya mengadu bila saya jauh dari keluarga merantau ke tempat asing demi awak. Bila saya dah sembuh, awak muncul semula. Tapi sebab saya rasa saya layak untuk diberi penjelasan about what had happened and everybody have  rights to defend themselves, so here I am. Waiting for your explaination. Not excuses.” Zahra teguh dengan kata-katanya. Zahra kiniseorang yang tahu apa mahunya. Bukan anak remaja lagi.

            Alif berdiri dari duduknya. Direnung Zahra hingga Zahra sedikit kurang selesa.

            “Arissa, hari ni saya datang bukan untuk bagi alasan or excuses like you said. I’m here to give reasons. Explaination is toolong and excuses are too childish. I’m here, standing in front of you as a grown up man who found myself after I’ve lost you. Apa yang terjadi 5 tahundulu semua sebab Alif yang tak pandai jaga mata dan hati. Sebab Alif tak pandai menilai. Sebab Alif terburu-buru. Sayang tak salah. Alif punca. Alif terlaluikut perasaan yang nak sangat perhatian seorang wanita. Bila Alif dah terbua idengan Sha, Sha pula yang hancurkan hati Alif macam apa yang Alif buat dengan Arissa. Dia sebenarnya isteri orang. Alif tahu semuanya bila 6 bulan kami bersama, Alif nampak dia dengan lelaki lain. Waktu tu baru Alif sedar, betapa sakitnya kita bila orang yang bagi harapan dengan kita buang kita macam sampah.Baru Alif sedar betapa sakitnya sayang. Baru Alif tahu betapa berharganya apa yang kita ada dulu.”

             Zahra nampak air mata mula bergenang di tubir mata Alif. Tersentuh jadinya.. Matanya tak lepas memandang Alif.

            “Tapi, Alif bersyukur Arissa. Semuani jadikan Alif lebih dekat dengan Allah. Betul kata awak, bila kita rasasendiri, Allah is the best sollution.Alif mula sedar yang Alif jauh dari Allah bila Alif terlalu mengejar cintamanusia. Mungkin semua yang jadi tu as areminder for me. Alif ada cuba contactArissa lepas 3 bulan Alif kena tinggal. But,your sister answer the phone. What she said back then was something I’ll never forget as long as I’m alive. Arissa tahu apa Aryana cakap? ‘She said that for once in your life abang,do the right thing that is best for others,not only for your own good.Fikirkan kesan perbuatan kita kepada orang yang sayangkan kita. It’s good kalau kita fikirkan kebaikandiri kita tapi it will be much better if kita dahulukan kebaikan orang. Bag iruang along to think and abang to ponder.’ ”

            Zahra terkejut. Aryana memang tahu segalanya. Tapi dia tidak pernah tahu Alif ada menghubunginya dan Aryana tak pernah sampaikan apa-apa pun kepadanya.

             “ Alif rasa terpukul waktu tu. Seorang remaja nasihatkan Alif yang lebih tua, tapi matangnya pemikiran Aryana lebih dariAlif. Sebab itu jugalah Alif diam dan undur diri seketika.”

            Ternyata Aryana seorang adik yang baik dan matang pemikirannya. Walaupun pada waktu itudia baru saja belasan tahun.

            “Lama Alif berfikir Arissa, dan tahun lepas masa isi borang pertukaran Alifberdoa. Jika Alif layak jadi khalifah buat wanita yang wajar bergelar suridihati Alif, berikanlah petunjuk dengan Alif. Alif rasa bersyukur sangat danmacam doa Alif terjawab bila waktu lapor diri hari tu, orang pertama yang Alif nampak ialah Zahra Arissa Binti Ahmad Zahri. Insan yang dah lama Alif rindu dan harap sangat dapat sambung apa yang terputus dulu.”

            Zahra tertunduk mendengar segala bait percakapan Alif. Terkesima mungkin. Kosong tiba-tiba. Laju benar jantungnya berdegup saat ini. Tapi Zahra tidak mahu tunduk dengan kata-kata pujukan dari Alif. Dia tidak mahu terus percaya. Tidakmahu terluka kali kedua. Dia kenal Alif yang memang pandai bermain madah.Terdiam sejenak mereka berdua. Sekadar melempar pandang ke arah kolam kecil didepan mata.

            Tersedar dari lamunan  dengan bunyi hon kereta,Zahra membuka mulut.

            “Susah nak hadam.”

            Kemudian,Zahra terdiam semula. Alif berkerut kening.

            “Susah nak hadam? Itu je?” Alif tersenyum lemah. Mungkin tak percaya dengan apayang didengarinya.

            “Bukanmacam tu...” Zahra menarik nafas sebelum menyambung

            “Terlalu banyak benda yang saya dengar hari ni. Saya perlukan waktu nak proses semua. Rasa macam jari kena selumbar. Boleh rasa, nampak dia kat mana tapi kena teliti untuk tarik keluar. Kalau tak hati-hati keluarkan, boleh luka jari dan kalau biar je dekat jari tu boleh bernanah. ”  Alif mengangguk faham.

            “Jadi, awak boleh beri saya peluang?” Alif bersuara.

            “Sayacakap saya perlu masa berfikir.” Balas Zahra.

            “Tapi, masih ada peluang kan?” Alif masih berharap.

            “Hanya Allah ada jawapannya. Kita sama-sama doa. Kita boleh merancang, berharap,merayu meratap sekalipun. Tapi, Allah lagi tahu dan sehebat-sehebat perancangan itu milik Allah. Biar masa tentukan perjalanan hidup kita sebagaimana yang Allah dah tentukan.Saya rasa dah lama kita kat sini, saya dah dengar pun semuayang awak nak cakap. Saya minta diri dulu...”       Zahra tidak mahu lama-lama lagi disitu. Takut dirinya tak kuat menahan empangan matanya yang hampir pecah. Baru saja dia menapak selangkah dua, Alif bersuara lagi.

            “Tapi kita boleh berkawan kan?”

 Zahra menoleh sambil melemparkan senyum nipis.

“ Boleh.”

            Alif mengukir senyum yang kemudiannya termati sendiri bila Zahra menyudahkan kata-katanya.

            “persahabatan kita tak pernah putus pun. Yang putus tunang je..”

            Zahra terus berlalu pergi. Hadam sendirilah apa maksudnya wahai Alif!

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AURUM FUHAIRA