Home Novel Cinta BUKAN SALAH CINTA
BUKAN SALAH CINTA
AURUM FUHAIRA
3/10/2018 11:37:46
7,341
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 2

Bab 2

            “Alif ingat nak minta ibu dengan babah pergi rumah sayang. Boleh tak?” Tanpa amaran,Alif menyatakan hasratnya kepada Zahra. Terkebil-kebil mata bundar milik Zahra mendengar luahan Alif. Tiba-tiba saja suasana kafetaria yang bingit tadi terussunyi sepi ditelinga Zahra.

            “Awak biar betul? Kenapa tiba-tiba? Saya baru sem 6. Apa kata mak ayah kita nanti.Makan pun orang suap lagi, ada hati nak bina masjid? Awak ni betul-betul ke?”Zahra masih lagi tidak percaya dengan apa yang Alif sampaikan. Alif hanyatersenyum. Senyuman yang menyerlahkan lagi ketampanan jejaka hitam manis itu.Lesung pipit itu! Lesung pipit pujaan hati Zahra. Menambah lagi kekacakan padawajah jejaka itu.

            “ Macam ni. Bukan kita nak nikahterus. Alif nak hantar tanda. Kita tunang dulu ke? Alif rasa baik macam tu. Family Alif ok. Diorang ikut je apa yangAlif nak. Lagipun ibu memang dah berkenan dengan sayang. Sem 6 tu sayang. Alifdah nak habis dah. Insyaallah awal tahun depan dah mengajar pun. Alif tak naknanti, bila Alif dah jauh dari sayang, ada orang lain yang cuba nak adjust sayang.” Bicara Alif membuatkan Zahra ingin menduga jejaka itu.    

            “Apa awak nak risaukan. Tak ada orang pun yang nakkan saya ni. Lagipun, mana tahu bila dah kerja nanti Alif jumpa orang yang lagi cantik, baik, dan sempurnauntuk Alif. Waktu tu kalau kita dah bertunang ke, kahwin ke, saya jugak yang makan hati. Alif buang saya.”

            Zahracuba mencari anak mata Alif. Inginkan kepastian dari apa yang Alif usulkan. Dia tidak mahu masa depannya dipersia. Soal nikah kahwin bukan perkara main-main.

            “Kalau Alif tak pasti dengan hati Alif yang satu ni, Alif takkan berani cakap apa yangAlif cakap.” Begitu tenang Alif membalas sambil tangannya menepuk lembut dadakirinya. Zahra dapat lihat dari mata Alif yang dia bukan main-main. Zahra mengumpulkan segala kekuatan untuk memberanikan diri. Memberanikan diri untukmemberi jawapan kepada Alif yang tidak lepas-lepas memandangnya.

            “Boleh Alif bagi masa dengan saya? Biar saya fikir dulu? Bukan saya nak mengela kataupun perkecilkan harapan awak, tapi, ni soal masa depan. Masa depan awak,masa depan saya. Masa depan kita. Awak tahu kan ibu dengan ayah saya, keluargasaya terlalu penting buat diri saya. Saya tak mahu keputusan yang saya buatboleh kecilkan hati mereka walaupun sebesar zarah. Dan saya juga tak mahu awak,satu-satunya lelaki yang saya hargai lebih dari seorang rakan kecewa dengansaya. Boleh kan awak beri ruang untuk saya berfikir?”. Alif tersenyum lagi.Lelaki yang satu ini memang kaya dengan senyuman.

            “Ini yang buatkan hati Alif Iskandar semakin sayang dengan Zahra Arissa. Memang tak salah lagi niat Alif nak ikat sayang. Sayang ni selalu fikirkan kebaikan semua pihak. Baik betul hati sayang. Alif tak kisah. Kalau sayang nakkan masa,ambillah sebanyak mana pun. Tapi, Alif minta sangat janganlah sampai makan tahun fikir.” Terus ketawa kecil Alif  dihujungkata-katanya.

            “ Ish awak ni, sempat lagi bergurau.Tadi dia yang serius sampai naik kecut perut saya. Takkan la nak berfikir sampai bertahun. Insyallah, mungkin lagi dua tiga hari, paling lambat seminggu saya bagi tahu keputusan saya.”

            “Okey, saya tunggu dua tiga hari, paling lambat seminggu awak tu!”.

            Ajukkan Alif menimbulkan rasa senang di hati Zahra.  Ya Allah, kau bantulah aku buat keputusan yang terbaik buat aku. Lafaz itu terus bermain dalam benak Zahra. Petang itu, dia hanya melayan sahaja Alif yang tak sudah-sudah dengan angan tentang betapa gembiranya mereka nanti setelah membina keluarga.

 

            Tit!tit!Pasti itu mesej dari Alif. Tiga hari terlalu cepat berlalu rasanya. Zahra masihlagi ragu-ragu. Zahra mencapai telefonnya lalu membuka peti mesejnya.

 

            Assalamualaikum syg (^_^)v. Alif harap ptg ni kita boleh jumpa. Syg dh ada kptusan kn?reallyhope it’s a gud news 4 me! :p

            Zahra tidak pasti bagaimana harus dibalas. Alif betul-betul berharap. Apa yang harusaku cakap kalau hati ni belum lagi pasti. Tiba-tiba hatinya terdetik. Telefonibu! Ya! Itu yang akan dilakukannya. Kenapalah tak boleh terfikir mahumendapatkan pandangan ibunya sebelum ini. Hai la hati... Banyak sangat berfikirguna hati sampai lupa yang berfikir itu sepatutnya kerja otak. Ibu mesti tahuapa yang terbaik. Bertenang wahai hati. Biar otak pula yang take over. Tapi sebelum tu, balas mesejAlif dulu. Zahra nekad semuanya perlu terungkai hari ini!

            Wait 4 me atd library. Meet u after maghrib. :)

            “Helo, assalamualaikum ibu! Along ni. Ibu apa khabar? Along rindu la dengan ibu,”

            “Waalaikumussalam.Ibu lama dah tunggu Along telefon ibu. Selalunya 2 hari sekali mesti Along telefon ibu. Ini dah nak masuk 4 hari baru nak telefon. Nasib baik ibu taktelefon polis suruh cari Along.”

            Sempat lagi ibunya berseloroh. Senang hati Zahra mendengar suara itu walaupun perkara yang menyusutkan kepalanya belum dikongsi. Ibu, memang punya aura yang begitu menenangkan. Segala percakapannya umpama penawar semua kelukaan.

            “Aik ibu, dah rindu sangat dengan Along ke? Sengaja Along tak nak telefon. Sajanak bagi ibu rindu dengan Along dulu. Hehehehe... maaflah ibu, Along ada banyak assignment  nak disiapkan sebenarnya. Itu yang tak sempatnak telefon ibu sebelum ni.”

            “Ya la tu. Ke Along sibukkan benda lain? “ Aduh! Sudah. Ibu memang hebat. Hati Zahra mula terasa berdebar. Bagaimana harus dimulakan bicara.

            “Ibu, sebenarnya Along ada benda nak cakap dengan ibu ni. Along perlukan nasihat ibu. Sebenarnya...Errrr... Along... mmmm... Along nak..” belum sempat Zahrameneruskan, ibunya pula mencelah.

            “Along nak tanya ibu pasal Alif kan? Along nak bertunang dengan Alif? ”

            Gulp!Hampir tidak tertelan liurnya. Dadanya terus berdengup kencang. Baru dia ingin membuka mulut, ibunya menyambung lagi.

             “Ibu tahu Along.. Ibu memang tengah tunggu bila Along nak telefon ibu. Sebenarnya, minggu lepas ada orang tua Alif datang rumah kita. Terkejut ibu dengan ayah.” Tenang sahaja nada ibunya.

             Zahra pula terkejut beruk! Dah sampai rumah??Bukan ke Alif kata baru nak pergi? Bila masa dah sampai rumah pula ni?? Alif, you owe me an explaination!

 “Mak ayah Alif dah sampai rumah? Macam mana ibu kenal Alif? Dah kenapa pula mak ayah dia sampai rumah ibu? Buat apa?” tungggang terbalik jadinya soalan yangkeluar dari mulut Zahra. Berterabur semua. Yang patut dan tak patut ditanya juga keluar. Seperti peluru sesat pertanyaan itu keluar.

            “Along,cuba bawa bertenang.”

            “Along terkejut ibu. Hari tu Alif cakap lain.” Sedikit nada tidak puas hatiterdengar dari mulut Zahra.

            “Along nanti jangan pergi serang Alif pula,” amaran ibunya itu seperti sudahtahu apa yang mahu dilakukannya sebentar lagi. Tunggu kau Alif!

            “ Mak dengan ayah Alif datang Selasa hari tu. Waktu tu ayah dengan ibu tengah rehat-rehat kat depan rumah. Terkejutjugalah sebab tak kenal orang yang datang rumah. Tapi lepas tu, dua jam jugaayah dengan ibu bersembang-sembang dengan diorang. Sebelum tu, kenapa sebelumni Along langsung tak pernah cerita pasal Alif dengan ibu?” 

            Zahra menarik nafas panjang. Segalanya perlu diluahkan sekarang.

            “Bukan Along tak nak bagi tahu tapi Along rasa timing belum sesuai untuk Along bercerita. Along kan masih belajar.Along tak sangka pula Alif cepat sangat serius. Kami baru berkawan rapat 6bulan ibu. Bila dia tiba-tiba suarakan hasrat dia dengan Along 3 hari lepas,Along terkedu ibu. Hilang punca jadinya. Belum sempat Along nak berterus terang dengan ibu, ibu pula yang buat Along terkejut.” Pn. Zaleha tergelak kecil dihujung talian.

            “Sekarang ni, ibu nak tanya Along. Ibu nak Along jawab dengan jujur. Along sayang dengan budak Alif ni? Along dah sedia nak jadi tunangan orang?”

            Pertanyaan serius Pn. Zalehamembuatkan Zahra sepi seketika. Dikumpulkan semangat dan kekuatan untuk menjawab semua pertanyaan ibunya.

            “Jadi Along?”

            Zahra membaca Bismillah di dalam hati.

            “ Along selesa dengan Alif. Alongsenang berkawan dengan Alif. Dia baik dan faham Along.” Zahra berhentiseketika. Ingin mengambil nafas dan kekuatan baru sebelum menyambung bicaranya yang tergantung.

            “Bab bersedia untuk jadi tunangan orang ke tak, Along perlukan nasihat ibu.Sebab Along tak ada rasa apa-apa pun sekarang ni. Along rasa kosong. Tapi bilaAlong nampak Alif, Along rasa selesa. Ibu rasa?” tiba-tiba saja ibunya pula yang dijadikan sasaran. Zahra keliru dengan rasa sendiri.

            “Aik, ibu pula yang ditanya? Along.. Along. Along dah buat solat istikarah?”soalan ibunya membuatkan Zahra mengeluh.

            “ Dah ibu. Setiap kali lepas isyak,Along buat.”

            “Apa Along rasa sekarang?” ibunya bertanya lagi.

            “ Macam yang Along cakap tadi. Along rasa biasa tapi....selesa bila nampak Alif.”

            “Kalau macam tu, begini aje lah. Lepas orang tua Alif datang rumah hari tu, ayahdengan ibu ada berbincang. Ibu tengok keluarga Alif tu orang baik-baik. Alifpula, walaupun ibu dan ayah tak kenal dengan dia, tapi cara dia minta ayah dan mak dia terus datang rumah merisik Along, kami rasa dia betul-betul serius dengan Along. Macam yang Along cakap tadi, walaupun dia baru kenal dengan Along enam bulan, tapi dia berani suarakan niat dia. Lihat dengan cara Alif dengan keluarga dia, ayah dengan ibu tak ada halangan.Jodoh cepat ke lambat, bukan hakibu dengan ayah. Allah dah tentukan.Long fikirlah yang terbaik buat Along.Lagipun Along, kita ni sebagai perempuan, jangan kita yang terlalu sayangkan orang. Biar orang yang sayangkan kita. Apa yang ibu tengok, Alif sayangkan Along sebab walaupun masih belajar, dia berani buat keputusan nak berkahwin dengan Along. Along timbanglah baik-baik. Apa saja yang keputusan Along, ibu dengan ayah sokong.”

            Kata-katadari ibunya sedikit sebanyak membantu Zahra keluar dari ketidakpastian hatinya.Ibu betul, buat apa cari yang kita sayang. Lebih baik teruskan dengan orangyang sayang kita. Mengenali Alif selama enam bulan, Zahra tidak dapat mengelak untuk sudah jatuh sayang dengan jejaka itu. Jodoh awal atau lambat bukan ada ditangannya.

             Mungkin sudah tertulis, jodoh Zahra ArissaBinti Ahmad Zahri datang awal. Mendengar kata-kata ibunya tadi, Zahra jadisedikit lega. Hati kecil Zahra sudah ada keputusan. Malam ini Alif akan tahu rahsia hatinya. Mungkin ini yang terbaik buat dirinya.

            “ Terima kasih ibu sebab percayakanAlong. Insyaallah, Along cuba buat keputusan yang terbaik untuk diri Along buatmasa ni. Along sayang ibu dengan ayah.”

            “Ayah pun sayang dengan puteri sulung ayah ni.” tiba-tiba saja suara garau kedengaran. Jadi, ayah dengar ke semua yang aku cakap dengan ibu tadi?

            Aduh!Malunya dengan ayah.

            “ Eh, ayah! Ayah dengar ke tadi?nasibbaik Along tak pengsan. Ya lah, tiba-tiba suara ibu jadi suara lelaki.” Zahracuba menutup malunya dengan gurauan.

            “Ayah dengar Along.. dan ayah setuju dengan ibu. Anak ayah dah cukup matang untuk buat keputusan. Ibu kamu buka loudspeaker.Ayah yang suruh.”

             Tersenyum Zahra mendengarnya. Ayah dan ibumemang begitu. Tak ada rahsia antara mereka.   

            “ Terima kasih ayah. Terima kasihsangat sebab percayakan Along yang baru nak belajar hidup ni. Along janji,along akan cuba buat keputusan yang baik.” Zahra sedikit sebak menuturkan kata-kata. Sebelum dia menangis teresak-esak lebih baik dia matikan perbualan ini.

            “  Ayah, dah nak maghrib ni. Along nak pergi mandi, lepas tu solat. Esok Along telefon lagi. Along sayang ayah dengan ibu.Assalamualaikum.”

            “Ya lah Along. Ayah dengan Pn. Zaleha ni pun sayang dengan along.Waalaikummussalam.”

Talian terus dimatikan. Zahra sudah ada keputusannya. Malam ini segalanya akan terungkai.

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AURUM FUHAIRA