Home Novel Cinta Prank-Prank Cinta
Prank-Prank Cinta
Zulkifli Zakaria
17/3/2018 18:23:31
13,954
Kategori: Novel
Genre: Cinta
PMULAAN

Nazirah suka kenakan Adnan daripada Tadika membawa ke dewasa. Adnan pula jujur budaknya tapi bila Adnan bunuh diri kerana prank, kehidupan Nazirah berubah 180 darjah. Jika Adnan cinta pertamanya, mampukah dia memutar kembali masa?


PERMULAAN

HARI INI MERUPAKAN hari pertama persekolahan. Para ibubapa terlihat sibuk menghantar anak masing-masing ke perkarangan sekolah. Nyata terlebih ceria dan terlebih seronok berbanding anak mereka sendiri. Hal ini boleh dilihat dengan jelas lebih-lebih lagi bagi saat-saat pertama persekolahan untuk para pelajar Tadika Seri Permai.

Seorang budak perempuan kecil kelihatan tersedu-sedan ditepi pagar Tadika. Tangisan adalah perkara biasa pada hari ini jadi para ibubapa yang bertandang tidak hiraukan budak yang menangis itu. Dia berdiri di situ dan memerhatikan dengan penuh sayu anak-anak lain yang kelihatan riang ceria dipimpin oleh ibu bapa masing-masing ke dalam kawasan persekolahan. Di tangannya ada sebuah beg kecil dengan gambar puteri dan orang salji.

Seorang budak lelaki kelihatan keseorangan juga di tepi pagar tetapi dia tidak menangis langsung. Menggalas beg kecil di belakangnya dengan tegap. Turut kelihatan mengenakan topi dengan gambar Spiderman sebelum menonong aja berjalan ke dalam pagar sekolah. Budak lelaki itu berhenti, perasan bunyi esak tangis di tepi pagar lantas terputar ke belakang sambil mengangkat kening menunjukkan minat.

Dia tidak jadi masuk ke dalam pagar dan memilih untuk mendekati budak perempuan kecil lantas bertanya dengan sopan, “Kenapa awak menangis?” suara halusnya memecah suasana hening pagi.

Budak perempuan itu kelihatan memberi perhatian. Tidak lagi bunyi mengongoi tapi tangisnya cuma tinggal sedu-sedan yang cuba ditahannya.

“Kalau beg awak berat sangat, biar saya bawakan untuk awak,” budak lelaki kecil meminta beg dari tangan budak perempuan yang kelihatan menyerahkannya tanpa sebarang bantahan.

Sebaik sahaja beg bertukar tangan, budak perempuan menangis lebih kuat. Kali ini meraung bingit.

“Awak... kenapa ni?”

“Ayah saya tak sayang saya. Ayah orang lain semua pimpin sampai ke dalam. Tapi ayah saya...” budak perempuan itu tidak meneruskan perkataannya namun meneruskan dengan tangisnya.

“Ayah awak pergi mana?” budak lelaki menyoal lagi.

“Ayah saya sibuk... Ayah kerja... Huu... Nak ayah!!!” budak perempuan melaung lantas menghentak kaki memulakan protes.

Budak lelaki kecil menghulurkan tangan halus miliknya, “mari saya pimpin awak,” tawar budak lelaki itu kemudian.

Budak perempuan kecil mula perlahan tangisnya sejurus berhenti sampai tinggal sedu-sedan. Dia mengesat air mata, melihat ke arah tangan kecil yang dihulurkan di hadapannya lantas menyambut huluran tangan dari budak lelaki yang tidak dikenalinya. Kedua anak kecil itu menggenggam tangan masing-masing lalu berjalan beriringan memulakan hari pertama mereka.

Okey, Cop!

Untuk pengetahuan, budak lelaki dengan bakat terpendam sebagai buaya darat yang main pegang je tangan budak perempuan sesuka hati tu namanya Adnan. Adnan Iskandar.

Dan budak perempuan yang tak bersalah, suci serta pemalu itu adalah aku, Nurun Nazirah Jaafar.



=======================================================

Sebarang cadangan hantarkan kepada [email protected]

Fastabiqul Khairaat

-Zulkifli Zakaria-

Shareislam.com Team

=======================================================

Next: BAB 01

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Zulkifli Zakaria